GAZA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Jan 2025 06:39:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png GAZA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Malaysia, Jepun percepat pembangunan semula Gaza melalui CEAPAD https://sabahmedia.com/2025/01/29/malaysia-jepun-percepat-pembangunan-semula-gaza-melalui-ceapad/ https://sabahmedia.com/2025/01/29/malaysia-jepun-percepat-pembangunan-semula-gaza-melalui-ceapad/#respond Wed, 29 Jan 2025 06:39:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67678
Read Time:46 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun komited mempercepatkan program pembangunan semula Gaza dan Palestin melalui inisiatif Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kepastian mengenai pelaksanaan program itu diperoleh hasil usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian Luar, dengan kerjasama pihak Jepun.

“Alhamdulillah, atas usaha Kerajaan dan Menteri Luar, kita telah mendapat kepastian supaya pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin dapat disegerakan. Malaysia dan Jepun berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur untuk membangunkan Gaza,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri memaklumkan bahawa inisiatif itu akan melibatkan pembinaan sebuah sekolah, rumah sakit dan masjid sebagai tanda sokongan serta pengorbanan masyarakat.

“Dengan usaha ini, serta sokongan rakyat dan kolaborasi sektor swasta, Insya-Allah kita akan mulakan projek tersebut demi kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar usaha ini diberkati serta keselamatan Gaza dan Palestin terus terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/29/malaysia-jepun-percepat-pembangunan-semula-gaza-melalui-ceapad/feed/ 0 67678
Dunia Islam Jangan lesu, Mesti Bangkit Pertahankan Bumi Palestin – PM https://sabahmedia.com/2023/10/25/dunia-islam-jangan-lesu-mesti-bangkit-pertahankan-bumi-palestin-pm/ https://sabahmedia.com/2023/10/25/dunia-islam-jangan-lesu-mesti-bangkit-pertahankan-bumi-palestin-pm/#respond Wed, 25 Oct 2023 00:57:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44136
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji rakyat malaysia yang dapat berhimpun malam tadi dimana rakyat Malaysia tegas mempertahan hak rakyat Palestin.

Katanya beliau menjelajah ke negara Arab bagi bertemu kepimpinan dunia Islam untuk menyatakan sokongan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.

‘ Dalam sejarah Malaysia, selalunya kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh tetapi ini kali pertama melihat semangat denyut nadi anak-anak Malaysia, saya ambil keputusan untuk keliling dunia arab, menyatakan pendirian kita’

“Saya menyampaikan mesej Malaysia ketika bertemu Putera Mahkota, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin Islam lain.

“Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasai, mana dia kemanusian apakah kemanusian hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Mesir juga memberitahu negara manapun yang ingin menghantar bantuan pihaknya akan terima dan membantu membawa masuk ke Gaza untuk penduduk di sana.

“Ubat tidak cukup, susu bayi tidak cukup, bekalan elektrik dipotong dan terputus air minuman tetapi di tahun 2023 masih ada manusia bercakap soal tamadun kemanusiaan, hak asasi tetapi masih ada yang kebuluran.

“Saya juga bertambah terkesan hasil pertemuan dengan negara Arab itu semuanya memberi penghormatan tinggi kepada Malaysia…makanya mereka mengharapkan kita buat sesuatu yang lebih lagi,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 16,000 peserta membanjiri stadium terbabit sambil mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Acara dimulakan dengan solat berjemaah yang dipimpin oleh seorang imam Palestin, Rami Sousi, sebelum sesi ucapan.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/25/dunia-islam-jangan-lesu-mesti-bangkit-pertahankan-bumi-palestin-pm/feed/ 0 44136
Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan – Saifuddin https://sabahmedia.com/2023/10/24/larangan-naikkan-sepanduk-laung-takbir-bukan-pendirian-kerajaan-saifuddin/ https://sabahmedia.com/2023/10/24/larangan-naikkan-sepanduk-laung-takbir-bukan-pendirian-kerajaan-saifuddin/#respond Tue, 24 Oct 2023 06:14:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44101
Read Time:1 Minute, 54 Second

BERNAMA
Larangan menaikkan sepanduk mengecam pemimpin Israel dan melaungkan takbir pada perhimpunan aman Ahad lepas, bukan pendirian kerajaan mahupun umat Islam di negara ini yang cintakan perdamaian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara berkaitan larangan itu adalah atas budi bicara penganjur yang bertanggungjawab memastikan tiada perbuatan cenderung kepada permusuhan berlaku. 

“Di Parlimen saya tegaskan, bila saya berdiri pendirian kerajaan saya sampaikan dengan tanggungjawab, pengiktirafan kita kepada mereka (Palestin)…tetapi soalnya apakah boleh dikecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita jelas, hakikat bahawa kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin, dengan sendirinya kita menidakkan sokongan (kepada Israel).

“Tetapi kalau di himpunan dengan 300, 400 orang, dianjurkan satu pertubuhan kemudian kalau dikenakan apa-apa sekatan, yang boleh dan tidak boleh, kena lihat fakta kejadian pada waktu itu dan ia tak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada terdapat undang-undang baharu untuk menurunkan sepanduk yang mengecam pemimpin Israel itu. 

 Saifuddin berkata Akta Perhimpunan Aman 2012 mensyaratkan penganjur bertanggungjawab memastikan pihaknya dan orang lain berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan perbuatan dan tidak mengeluarkan pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam.

Selain itu, Saifuddin berkata pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini, turut menunjukkan usaha Malaysia dalam bersama-sama menyelamatkan rakyat Palestin. 

“Isu pokoknya solidariti kepada rakyat Palestin diiktiraf oleh negara yang bersimpati sebagai negara berdaulat tetapi tidak ada tanah air baik di Gaza atau tebing barat yang buminya itu adalah bumi dijajah. 

“Sekarang nyawa dua juta rakyatnya terancam, tentera Israel sudah ada di sempadan dan isu pokoknya bagaimana mengeluarkan rakyatnya daripada tanah Gaza yang tengah terkepung dan ini yang dilakukan perdana menteri bertemu Erdogan, Raja Salman dan menjadi koordinator bagi pihak ASEAN,” katanya. 

Menjawab soalan asal Wan Ahmad Fayhsal sama ada kerajaan mengeluarkan garis panduan perkara tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman, Saifuddin berkata akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia sudah memadai dalam menguruskan sesuatu perjalanan perhimpunan awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/24/larangan-naikkan-sepanduk-laung-takbir-bukan-pendirian-kerajaan-saifuddin/feed/ 0 44101
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan Israel https://sabahmedia.com/2023/05/12/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-israel/ https://sabahmedia.com/2023/05/12/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-israel/#respond Fri, 12 May 2023 01:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34195
Read Time:41 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilakukan rejim Israel ke atas bangunan kediaman dan kawasan lain di Gaza sejak 9 Mei lalu, yang sudah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70 orang awam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini, serangan terbaru oleh rejim Israel itu, satu lagi sikap tidak acuh dan tidak menghormati hak asasi manusia antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan.

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak serentak untuk menamatkan penganiayaan selama beberapa dekad terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa mengecam dengan tegas tindakan rejim Israel kerana berterusan melakukan penindasan tidak berperikemanusiaan dan jenayah apartheid yang mengerikan terhadap rakyat Palestin.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa mengecam dengan tegas tindakan rejim Israel kerana berterusan melakukan penindasan tidak berperikemanusiaan dan jenayah apartheid yang mengerikan terhadap rakyat Palestin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/12/malaysia-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-israel/feed/ 0 34195