gazebo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Nov 2023 04:52:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gazebo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 FPT terima sumbangan Gazebo di Sfera @ UMS https://sabahmedia.com/2023/11/28/fpt-terima-sumbangan-gazebo-di-sfera-ums/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/fpt-terima-sumbangan-gazebo-di-sfera-ums/#respond Tue, 28 Nov 2023 04:52:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45799
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima sumbangan berupa gazebo daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) Sabah yang dibina di Sfera@UMS dipanggil Sulap WISDEC baru-baru ini.

Sumbangan itu telah disampaikan Pengarah WISDEC, Ts Farydatul Nazly Mohd. Zin yang juga merupakan alumni program Teknologi dan Industri Kayu ambilan pertama tahun 2000 yang turut merasmikan gazebo tersebut untuk digunakan oleh pelajar dan kakitangan yang menjalankan amali pengajaran dan pembelajaran dalam kawasan SFERA@UMS.

Ia bersempena dengan majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Professional Management Development (PMD) Khas Industrial Based Learning (IBL) atau pembelajaran berasaskan industri di antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan UMS.

Menurut Dekan FPT, Prof. Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie, program PMD Khas yang telah berlangsung bermula dari 9 Oktober 2023 sehingga 24 November 2023 bukan sahaja memberi pendedahan kepada pengoperasian dan juga suasana kerja sebenar dalam industri perkayuan, malah pelajar juga berpeluang mendapatkan pengalaman pembelajaran di luar kampus secara holistik.

“Pelajar tidak hanya diberikan pengetahuan teknikal yang relevan tetapi juga ditanamkan nilai-nilai kebertanggungjawaban, kecekapan dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. 

“Ini adalah antara elemen penting yang tidak hanya membentuk pelajar sebagai pekerja mahir tetapi juga sebagai individu yang berdaya maju,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Ujarnya, melalui modul pembelajaran dalam program ini, seramai 14 orang pelajar telah menyiapkan gazebo untuk diserahkan kepada pihak fakulti.

“Penyerahan produk ini adalah simbolik kepada kerjasama dan juga hasil pembelajaran para pelajar program Teknologi dan Industri Kayu (HY11) melalui IBL 3u1i (3 tahun universiti, 1 tahun industri).

“Syabas dan tahniah kepada semua pelajar HY11 atas pencapaian cemerlang ini. Semoga setiap usaha yang telah dibangunkan akan menjadi batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MTIB melalui WISDEC atas kerjasama dalam pelaksanaan PMD Khas ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/fpt-terima-sumbangan-gazebo-di-sfera-ums/feed/ 0 45799