Geg sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Apr 2026 08:54:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Geg sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GEG Sabah perkasa AI dalam pendidikan, komuniti digital terus diperkukuh https://sabahmedia.com/2026/04/06/geg-sabah-perkasa-ai-dalam-pendidikan-komuniti-digital-terus-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2026/04/06/geg-sabah-perkasa-ai-dalam-pendidikan-komuniti-digital-terus-diperkukuh/#respond Mon, 06 Apr 2026 08:38:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94376
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Komuniti Google Educator Group (GEG) Sabah terus memainkan peranan penting dalam memperkasa penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan dalam sistem pendidikan negeri ini, seiring perkembangan pesat dunia digital.

Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, penekanan diberikan terhadap kepentingan AI sebagai keperluan dalam pendidikan masa kini, bukan lagi sekadar pilihan.

“Perkembangan ekonomi digital serta inisiatif seperti AI untuk rakyat telah meletakkan Malaysia di landasan tepat sebagai hab teknologi serantau.

“Dalam konteks ini, GEG Sabah bukan sekadar komuniti, tetapi menjadi tulang belakang kepada transformasi pendidikan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena program “Raya Bersama GEG Sabah” yang diadakan secara dalam talian di sini baru-baru ini.

Arif berkata,  semangat kebersamaan dalam kalangan pendidik tetap utuh meskipun dilaksanakan secara maya, sekali gus membuktikan bahawa jarak bukan penghalang untuk terus memperkukuh jaringan komuniti pendidikan.

Menurutnya, peranan pendidik dalam mengintegrasikan teknologi AI di dalam bilik darjah amat penting bagi memastikan murid lebih kompetitif di peringkat global.

Penggunaan AI, katanya, mampu membantu guru mengurus tugasan dengan lebih efisien, selain menyediakan pembelajaran lebih bersifat peribadi serta membuka ruang kreativiti tanpa batas melalui pelbagai alat digital.

Dalam pada itu, beliau berharap program seperti “Raya Bersama GEG Sabah” dapat diteruskan pada masa hadapan kerana impaknya terhadap komuniti pendidikan di seluruh Sabah, termasuk kawasan pedalaman, amat signifikan.

“Kita sedang membina ekosistem pendidikan digital yang membolehkan ilmu dikongsi tanpa sempadan, dari Beluran hingga ke Tawau,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk wakil Google, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah serta rakan komuniti dari Sarawak yang menyertai program tersebut.

“Tahniah kepada pihak penganjur GEG Sabah terutamanya Ts.Jebat Leader GEG Sabah. Semoga usaha kecil kita pada kali in menjadi amal jariah yang besar impaknya kepada kualiti pendidikan digital negara.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan kata-kata semangat kepada GEG Sabah. Diharapkan pada masa hadapan PIBKS Sabah dapat berkolaborasi dengan GEG Sabah,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/06/geg-sabah-perkasa-ai-dalam-pendidikan-komuniti-digital-terus-diperkukuh/feed/ 0 94376
GEG KK jalin hubungan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan https://sabahmedia.com/2023/12/20/geg-kk-jalin-hubungan-kerjasama-pelbagai-agensi-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2023/12/20/geg-kk-jalin-hubungan-kerjasama-pelbagai-agensi-kerajaan/#respond Wed, 20 Dec 2023 06:17:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46830
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Google Educator Groups (GEG) Kota Kinabalu akan menjalin hubungan dengan pelbagai agensi Kerajaan dalam menyokong serta memperkenalkan sektor pendidikan di negeri ini.

Ketua GEG Kota Kinabalu Mohd Idremzizan Idris berkata, pihaknya juga akan membuat kunjungan ke Google Jakarta bagi menjalin kerjasama dengan GEG Indonesia.

“Kunjungan itu adalah untuk berkongsi kejayaan dalam aspek pendidikan sekolah di Sabah kepada negara jiran kita iaitu Indonesia.

“Maknanya kita ada satu platform antarabangsa dimana kita boleh berkomunikasi dengan orang luar contohnya macam program ini yang melibatkan Thailand, kita panggil dari Singapura, kita panggil dari Indonesia. Jadi itu yang kita buat secara hibrid macam sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program EG Energizer Meet Up GEG Malaysia di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah di sini baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Setiausaha Tetap 1 KSTI Halijah Ismail.

Terdahulu, Halijah ketika berucap berharap agar semua peserta dapat mengambil manfaat yang sepenuhnya dalam program yang direncanakan.

Beliau turut berharap program itu dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan mutu dan kualiti Pendidikan ke arah yang lebih cemerlang.

Dalam program itu turut diadakan forum bertajuk masa depan pendidikan digital.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/20/geg-kk-jalin-hubungan-kerjasama-pelbagai-agensi-kerajaan/feed/ 0 46830