gempa bumi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 03 Sep 2026 11:05:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gempa bumi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gempa Keningau: Sesi perbincangan terhenti apabila bangunan bergegar https://sabahmedia.com/2026/09/03/gempa-keningau-sesi-perbincangan-terhenti-apabila-bangunan-bergegar/ https://sabahmedia.com/2026/09/03/gempa-keningau-sesi-perbincangan-terhenti-apabila-bangunan-bergegar/#respond Thu, 03 Sep 2026 11:05:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102730
Read Time:1 Minute, 59 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU : Sesi perbincangan petugas di Pejabat Daerah Keningau terhenti apabila bangunan itu tiba-tiba bergegar susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah berkenaan pada 9.31 pagi tadi.

Petugas Pejabat Daerah Keningau Daffri Adzahari berkata ketika kejadian beliau bersama beberapa petugas sedang mengadakan perbincangan mengenai kerja di tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum merasai gegaran dengan jelas.

“Agak panik tetapi terkawal, seluruh petugas pada ketika itu dalam keadaan terkejut dan kami mengikut SOP (prosedur operasi standard) jika berlaku kecemasan untuk menyelamatkan diri ke kawasan pekarangan parkir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Daffri yang menetap di Keningau berkata gegaran itu berlaku secara tiba-tiba menyebabkan petugas yang berada di pejabat berkenaan menghentikan urusan masing-masing sebelum bergerak ke kawasan selamat mengikut prosedur kecemasan.

Sementara itu, peniaga kecil-kecilan, Lusilly Gamin, 45, dari Kampung Kapakaan Biah berkata sedang berada di garaj rumah bersama suami ketika terdengar bunyi seperti letupan sebelum merasai gegaran seketika.

“Kebetulan ketika itu kami di luar rumah iaitu di garaj, mulanya kami dengar bunyi meletup selepas itu terasa gegaran,” katanya.

Lusilly berkata gegaran itu hanya seketika dan tidak panik, sebaliknya tertanya-tanya mengenai bunyi serta gegaran yang dirasai kerana jarang mengalami keadaan sedemikian.

Beliau hanya mengetahui kejadian itu adalah gempa bumi selepas membaca maklumat mengenainya menerusi WhatsApp, sambil mengakui terkejut apabila mendapat tahu gempa bumi lemah berlaku di Keningau.

Sementara itu, wartawan RTM Dullis Saimon yang menetap di Pekan Keningau berkata beliau tidak merasai sebarang gegaran namun mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada rakannya sebelum maklumat mengenai gempa bumi tersebut tular di media sosial.

Dullis berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, gegaran turut dirasai di beberapa lokasi sekitar Keningau termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, Pejabat Kesihatan Keningau, premis perniagaan, pusat beli-belah serta beberapa kampung.

“Menurut orang ramai yang ditemui, ada yang merasai gegaran dan ada juga yang tidak menyedarinya. Mereka yang merasainya terkejut dan tertanya-tanya apa yang berlaku, namun keadaan kekal terkawal dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional mengesan gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada kedalaman 10 kilometer (km) di daerah Keningau pada 9.31 pagi tadi.

Sehingga 11.30 pagi, jabatan itu telah menerima 463 laporan gegaran dirasai daripada orang awam di sekitar daerah itu.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/03/gempa-keningau-sesi-perbincangan-terhenti-apabila-bangunan-bergegar/feed/ 0 102730
Gempa bumi magnitud 6.1 gegar sulawesi, gegaran dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna https://sabahmedia.com/2026/08/16/gempa-bumi-magnitud-6-1-gegar-sulawesi-gegaran-dirasai-di-tawau-lahad-datu-dan-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/08/16/gempa-bumi-magnitud-6-1-gegar-sulawesi-gegaran-dirasai-di-tawau-lahad-datu-dan-semporna/#respond Sat, 15 Aug 2026 20:29:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101678
Read Time:52 Second

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada jam 12.25 pagi, Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada kedudukan koordinat 0.1 darjah Selatan dan 120.6 darjah Timur, kira-kira 116 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.

Gempa tersebut direkodkan pada kedalaman 10 kilometer di bawah permukaan bumi.

METMalaysia memaklumkan bahawa gegaran akibat gempa bumi berkenaan turut dirasai di beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah, termasuk Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Bagaimanapun, penilaian yang dijalankan mendapati gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai yang merasai gegaran akibat kejadian tersebut diminta membantu METMalaysia dengan mengisi borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran yang dialami di kawasan masing-masing.

Maklumat yang dikumpulkan melalui soal selidik berkenaan akan membantu pihak METMalaysia dalam membuat penilaian dan analisis lanjut berkaitan impak gempa bumi tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi melalui portal rasmi myGempa METMalaysia serta saluran media sosial rasmi jabatan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/16/gempa-bumi-magnitud-6-1-gegar-sulawesi-gegaran-dirasai-di-tawau-lahad-datu-dan-semporna/feed/ 0 101678
Gempa bumi lemah magnitud 3.6 gegar Kuamut, gegaran mungkin dirasai di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2026/07/18/gempa-bumi-lemah-magnitud-3-6-gegar-kuamut-gegaran-mungkin-dirasai-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2026/07/18/gempa-bumi-lemah-magnitud-3-6-gegar-kuamut-gegaran-mungkin-dirasai-di-lahad-datu/#respond Fri, 17 Jul 2026 16:05:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100044
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.6 dilaporkan berlaku di kawasan Kuamut, Kinabatangan pada jam 11.07 malam pada Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada kedudukan koordinat 5.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur dengan kedalaman 289 kilometer.

Pusat gempa dikesan kira-kira 199 kilometer ke utara Tarakan, Indonesia dan 74 kilometer ke barat Lahad Datu, Sabah.

METMalaysia memaklumkan gegaran lemah berkemungkinan dapat dirasai di Lahad Datu serta kawasan sekitarnya.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat kejadian berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini berkaitan gempa bumi melalui saluran rasmi METMalaysia, termasuk portal **mygempa.met.gov.my** dan media sosial rasmi jabatan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/18/gempa-bumi-lemah-magnitud-3-6-gegar-kuamut-gegaran-mungkin-dirasai-di-lahad-datu/feed/ 0 100044
Gempa bumi kuat magnitud 6.8 gegar Mindanao, gegaran dirasai di Semporna https://sabahmedia.com/2026/06/26/gempa-bumi-kuat-magnitud-6-8-gegar-mindanao-gegaran-dirasai-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/06/26/gempa-bumi-kuat-magnitud-6-8-gegar-mindanao-gegaran-dirasai-di-semporna/#respond Fri, 26 Jun 2026 15:02:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98942
Read Time:33 Second

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada jam 7.34 malam tadi, dengan gegaran turut dirasai di Semporna, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 125.1 darjah Timur, kira-kira 140 kilometer ke selatan Koronadal City, Filipina.

Beliau berkata, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

“Gempa bumi kuat telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.34 malam dengan magnitud 6.8.

“Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di Semporna, Sabah dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/26/gempa-bumi-kuat-magnitud-6-8-gegar-mindanao-gegaran-dirasai-di-semporna/feed/ 0 98942
Nasihat tsunami susulan gempa bumi di Mindanao ditamatkan – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2026/06/08/nasihat-tsunami-susulan-gempa-bumi-di-mindanao-ditamatkan-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2026/06/08/nasihat-tsunami-susulan-gempa-bumi-di-mindanao-ditamatkan-metmalaysia/#respond Mon, 08 Jun 2026 04:34:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97893
Read Time:48 Second

KUALA LUMPUR: Nasihat tsunami yang dikeluarkan susulan kejadian gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina pagi tadi telah ditamatkan pada jam 12 tengah hari pada Isnin.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi hari sama kini berakhir selepas penilaian dan pemantauan lanjut dilakukan terhadap keadaan semasa.

Menurut MET Malaysia, maklumat berkenaan merupakan kenyataan terakhir yang dikeluarkan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut, melainkan terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan yang memerlukan tindakan seterusnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mendapatkan maklumat terkini daripada saluran rasmi MET Malaysia serta mematuhi sebarang arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku perubahan situasi.

Sebelum ini, gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 dengan kedalaman 50 kilometer dilaporkan berlaku di kawasan Mindanao, Filipina pada pagi 8 Jun 2026, yang mencetuskan pemantauan risiko tsunami di beberapa kawasan termasuk Sabah.

MET Malaysia turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap maklumat rasmi berkaitan cuaca, gempa bumi dan bencana melalui saluran komunikasi yang sah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/08/nasihat-tsunami-susulan-gempa-bumi-di-mindanao-ditamatkan-metmalaysia/feed/ 0 97893
Gempa bumi kuat gegarkan Mindanao, gegaran dirasa di Tawau dan Semporna https://sabahmedia.com/2026/06/08/gempa-bumi-kuat-gegarkan-mindanao-gegaran-dirasa-di-tawau-dan-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/06/08/gempa-bumi-kuat-gegarkan-mindanao-gegaran-dirasa-di-tawau-dan-semporna/#respond Mon, 08 Jun 2026 00:27:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97870
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.9 melanda kawasan Mindanao, Filipina pada pagi Isnin, dengan gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa kawasan di pantai timur Sabah termasuk Tawau dan Semporna.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kejadian itu berlaku pada jam 7.37 pagi dengan koordinat 5.7 darjah Utara dan 125.1 darjah Timur.

Pusat gempa bumi berkenaan dikesan kira-kira 97 kilometer ke selatan Koronadal City, Filipina dengan kedalaman 50 kilometer.

MET Malaysia memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan kejadian tersebut dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kesan gempa berkenaan.

Gegaran akibat gempa bumi itu dilaporkan dirasai oleh penduduk di Tawau, Semporna serta kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, MET Malaysia memohon kerjasama orang ramai yang merasai gegaran susulan kejadian tersebut supaya mengisi borang soal selidik https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScJr8GpWSHtL_cMLXGKkOmtBUEt-MiFSQtPzE8XAd1Wv9-wUA/viewform bagi membantu pihak berkuasa merekodkan kesan dan maklumat berkaitan gempa bumi.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi serta mengikuti perkembangan terkini berkaitan kejadian berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/08/gempa-bumi-kuat-gegarkan-mindanao-gegaran-dirasa-di-tawau-dan-semporna/feed/ 0 97870
Gempa bumi lemah berlaku di Kundasang https://sabahmedia.com/2026/04/21/gempa-bumi-lemah-berlaku-di-kundasang/ https://sabahmedia.com/2026/04/21/gempa-bumi-lemah-berlaku-di-kundasang/#respond Mon, 20 Apr 2026 21:06:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95234
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU :  Satu gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dilaporkan berlaku di Kundasang awal pagi tadi , mencetuskan gegaran yang turut dirasai di sekitar Ranau.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 3.02 pagi pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 6.1° Utara dan 116.7° Timur, kira-kira lapan kilometer barat laut dari Ranau, di sini.

Beberapa kawasan di Ranau, dilaporkan merasai gegaran berkenaan. 

Setakat ini, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

METMalaysia dalam satu kenyataan turut mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Orang awam yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan METMalaysia di pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/DnwLTgE6V3mYWBv1A

Orang ramai dinasihatkan agar kekal tenang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/21/gempa-bumi-lemah-berlaku-di-kundasang/feed/ 0 95234
Gempa bumi di perairan Sabah terkuat dalam tempoh 11 tahun – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2026/02/23/gempa-bumi-di-perairan-sabah-terkuat-dalam-tempoh-11-tahun-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2026/02/23/gempa-bumi-di-perairan-sabah-terkuat-dalam-tempoh-11-tahun-metmalaysia/#respond Mon, 23 Feb 2026 10:12:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92118
Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berlaku di perairan Sabah awal pagi tadi adalah yang terkuat pernah melanda negara ini dalam tempoh 11 tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau berkata berdasarkan rekod jabatan itu, gegaran terkuat direkodkan di Malaysia sebelum ini ialah bermagnitud 6.0 di Ranau, Sabah yang berlaku pada 5 Jun 2015.

Gempa bumi yang berlaku 11 tahun lepas itu mengorbankan 18 nyawa dan kekal sebagai antara kejadian paling diingati dalam lipatan sejarah negara.

Mengulas mengenai kejadian hari ini, Mohd Hisham berkata gempa di perairan Sabah berlaku berikutan kedudukan negeri itu yang berhampiran kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu zon aktif gempa bumi akibat pergerakan plat kerak bumi.

“MetMalaysia masih menjalankan pemantauan rapi dan setakat ini, tiada sebarang gempa susulan direkodkan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Hisham juga berkata MetMalaysia akan terus memantau secara berterusan aktiviti seismik di kawasan terbabit.

“Memandangkan pusat gempa berada jauh di bawah permukaan bumi, iaitu pada kedalaman 678 kilometer, hanya gegaran lemah dapat dirasai oleh orang ramai,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan bahawa gempa bumi itu, yang melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi, tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 49 kilometer ke barat Kudat, Sabah dan gegaran dirasai di beberapa kawasan di negeri berkenaan selain Sarawak serta Semenanjung Malaysia.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/23/gempa-bumi-di-perairan-sabah-terkuat-dalam-tempoh-11-tahun-metmalaysia/feed/ 0 92118
Gempa bumi lemah landa Tarakan, gegaran dirasai di selatan Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/05/gempa-bumi-lemah-landa-tarakan-gegaran-dirasai-di-selatan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/gempa-bumi-lemah-landa-tarakan-gegaran-dirasai-di-selatan-sabah/#respond Wed, 05 Nov 2025 11:18:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85030
Read Time:39 Second

Kota Kinabalu :  Satu gempa bumi lemah berukuran 4.8 magnitud dilaporkan berlaku di Tarakan Indonesia pada Rabu mencetuskan gegaran yang turut dirasai di selatan Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 6.37 malam pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 2.7° Utara dan 116.6° Timur, kira-kira 227km Selatan dari Sapulut,Sabah

Setakat ini, tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

METMalaysia dalam satu kenyataan turut mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Orang awam yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan METMalaysia di pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/1J6zmY818Gkeh2yK8

Orang ramai dinasihatkan agar kekal tenang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/gempa-bumi-lemah-landa-tarakan-gegaran-dirasai-di-selatan-sabah/feed/ 0 85030
Gempa Bumi Lemah dilaporkan Di Keningau, Tiada Ancaman Tsunami – Met Malaysia https://sabahmedia.com/2025/10/15/gempa-bumi-lemah-dilaporkan-di-keningau-tiada-ancaman-tsunami-met-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/gempa-bumi-lemah-dilaporkan-di-keningau-tiada-ancaman-tsunami-met-malaysia/#respond Wed, 15 Oct 2025 05:28:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83327
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU – Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di kawasan Keningau, Sabah pada jam 8.32 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi berkenaan berukuran magnitud 2.0 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa bumi itu terletak di koordinat 5.9 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.

Gegaran turut dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.

METMalaysia turut memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut dan turut memohon orang ramai yang  merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut :

https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/gempa-bumi-lemah-dilaporkan-di-keningau-tiada-ancaman-tsunami-met-malaysia/feed/ 0 83327