GEMPA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Apr 2026 01:22:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png GEMPA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gempa Bumi Kundasang : Tiada kerosakan struktur dilaporkan – JBPM https://sabahmedia.com/2026/04/21/gempa-bumi-kundasang-tiada-kerosakan-struktur-dilaporkan-jbpm/ https://sabahmedia.com/2026/04/21/gempa-bumi-kundasang-tiada-kerosakan-struktur-dilaporkan-jbpm/#respond Tue, 21 Apr 2026 01:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95237
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan tiada sebarang kerosakan struktur dilaporkan di sekitar Pekan Ranau dan Kundasang susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau telah menjalankan rondaan serta pemantauan pada jam 6.35 pagi, melibatkan premis kedai, bangunan kerajaan dan kawasan tumpuan awam.

Hasil pemerhatian di lokasi serta makluman orang awam mendapati keadaan adalah terkawal dan selamat, tanpa sebarang kerosakan struktur, kecederaan mahupun insiden susulan direkodkan setakat ini.

JBPM Sabah memaklumkan bahawa pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk, selain bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus kekal tenang dan sentiasa berwaspada selain mengelakkan memasuki bangunan yang diragui tahap keselamatannya serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/21/gempa-bumi-kundasang-tiada-kerosakan-struktur-dilaporkan-jbpm/feed/ 0 95237
Gempa bumi Isnin lalu 3 kali ganda lebih kuat berbanding gempa 1999 – Erdogan  https://sabahmedia.com/2023/02/12/gempa-bumi-isnin-lalu-3-kali-ganda-lebih-kuat-berbanding-gempa-1999-erdogan/ https://sabahmedia.com/2023/02/12/gempa-bumi-isnin-lalu-3-kali-ganda-lebih-kuat-berbanding-gempa-1999-erdogan/#respond Sun, 12 Feb 2023 05:26:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29437
Read Time:1 Minute, 9 Second

BERNAMA

ANKARA: Dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye minggu ini adalah tiga kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara 1999 di barat laut negara itu, kata Presidennya Recep Tayyip Erdogan semalam.

“Ia tiga kali lebih kuat dan memusnahkan berbanding gempa bumi 1999, yang direkodkan sebagai bencana terbesar dalam sejarah negara kita.

“Ia juga direkodkan sebagai bencana yang jauh lebih besar dan lebih merosakkan daripada gempa bumi Erzincan 1939,” kata Erdogan ketika beliau melawat wilayah tenggara Diyarbakir.

Gempa Erzincan di timur Turkiye sebelum ini meragut kira-kira 33,000 nyawa, manakala gempa bumi Marmara 1999 meragut kira-kira 18,000, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 21,848 orang terbunuh manakala 80,104 yang lain cedera sejak gempa bumi berpusat di wilayah Kahramanmaras, melanda selatan Turkiye pada Isnin.

“Pada masa ini, 160,000 kakitangan bekerja di 10 wilayah, bersama pasukan dari luar negara,” kata Erdogan, yang turut bertemu dengan mangsa gempa di Diyarbakir dan Sanliurfa.

Pemimpin Turkiye itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang menghantar pasukan mencari dan menyelamat.

Erdogan sebelum ini berjanji untuk membina semula wilayah yang dilanda bencana sebagai sebahagian daripada rancangan selama setahun.

“Kami merancang untuk membina semula ratusan ribu rumah, termasuk infrastruktur dan struktur atasnya serta memulihkan bandar kami yang rosak akibat gempa bumi,” katanya.

Semasa lawatan ke Sanliurfa, Erdogan berkata kerajaan sedang menyediakan program “untuk meringankan penderitaan mangsa gempa bumi.”

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/12/gempa-bumi-isnin-lalu-3-kali-ganda-lebih-kuat-berbanding-gempa-1999-erdogan/feed/ 0 29437
Angka korban lebih 12,000, Presiden Turkiye akui bantuan kerajaan hadapi masalah https://sabahmedia.com/2023/02/09/angka-korban-lebih-12000-presiden-turkiye-akui-bantuan-kerajaan-hadapi-masalah/ https://sabahmedia.com/2023/02/09/angka-korban-lebih-12000-presiden-turkiye-akui-bantuan-kerajaan-hadapi-masalah/#respond Thu, 09 Feb 2023 00:54:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29272
Read Time:1 Minute, 14 Second

AGENSI

ANTAKYA — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat masalah dengan tindak balas awal kerajaannya terhadap gempa bumi yang dahsyat di selatan negara itu.

Malah, masalah itu mencetuskan kemarahan rakyat terutamanya mangsa-mangsa yang tercedera yang kecewa dengan kelewatan ketibaan dan tindak balas perlahan pasukan penyelamat.

Erdogan, yang akan bertanding dalam pilihan raya umum Turkiye pada Mei nanti berkata, dalam lawatan ke zon bencana, beliau dapati operasi kini berfungsi seperti biasa.

Beliau juga berjanji bahawa tiada sesiapa pun akan kehilangan tempat tinggal ekoran bencana itu.

Setakat ini, jumlah kematian yang dilaporkan di seluruh Turkiye dan negara jiran Syria meningkat melepasi 12,000 orang.

Di seberang kawasan selatan Turkiye, orang ramai dilaporkan mencari tempat perlindungan sementara dan makanan dalam cuaca musim sejuk yang membeku.

Mereka menunggu dalam kesedihan di sekitar timbunan runtuhan bangunan di mana keluarga dan rakan-rakan mereka masih tertimbus.

Pasukan penyelamat dikatakan masih menemukan beberapa mangsa yang masih hidup.

Tetapi, ramai penduduk Turkiye mengadu tentang kekurangan peralatan, kepakaran dan sokongan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dan kadang kala mereka mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan.

“Di manakah sebenarnya negara ini? Di mana mereka (penyelamat) selama dua hari? Kami merayu kepada mereka. Biar kami melakukannya sendiri, kami boleh mengeluarkan mereka,” kata salah seorang mangsa yang terselamat, Sabiha Alinak.

Terdapat aduan yang sama berlaku di negara jiran, Syria.

Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui kerajaan negara itu mempunyai kekurangan keupayaan dan kekurangan peralatan selain menyalahkan lebih sedekad perang saudara di negara berkenaan dan juga sekatan Barat

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/09/angka-korban-lebih-12000-presiden-turkiye-akui-bantuan-kerajaan-hadapi-masalah/feed/ 0 29272