Gempur Rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 08:47:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gempur Rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 13 pelajar UMS mungkin digantung, buang universiti di bawah AUKU https://sabahmedia.com/2025/06/23/13-pelajar-ums-mungkin-digantung-buang-universiti-di-bawah-auku/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/13-pelajar-ums-mungkin-digantung-buang-universiti-di-bawah-auku/#respond Mon, 23 Jun 2025 08:47:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76020
Read Time:40 Second

Kota Kinabalu: Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan ‘Gempur Rasuah 2.0’ baru-baru ini berkemungkinan akan berdepan tindakan tatatertib termasuk penggantungan atau dibuang universiti mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU).

Memetik laporan Daily Express di sini pada Isnin, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, dari jumlah itu hanya dua pelajar didapati terlibat secara langsung dalam tindakan membakar karikatur Perdana Menteri.

Menurutnya, tindakan itu satu perbuatan yang dikecam keras oleh pihak universiti.

Katanya, satu jawatankuasa tatatertib yang terdiri daripada ahli akademik yang dilantik akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat perkara itu dan menentukan tindakan yang sesuai mengikut peruntukan AUKU.

Jawatankuasa tersebut akan memanggil setiap pelajar secara individu untuk memberikan penjelasan berkenaan insiden yang berlaku semasa perhimpunan pada Ahad lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/13-pelajar-ums-mungkin-digantung-buang-universiti-di-bawah-auku/feed/ 0 76020
Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah Berlangsung Terkawal https://sabahmedia.com/2024/12/31/perhimpunan-aman-gempur-rasuah-berlangsung-terkawal/ https://sabahmedia.com/2024/12/31/perhimpunan-aman-gempur-rasuah-berlangsung-terkawal/#respond Tue, 31 Dec 2024 12:02:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66273
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah yang dianjurkan oleh gabungan mahasiswa dan NGO berlangsung dengan lancar di hadapan Menara Kinabalu, sejak 1 petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi pihak media, mengesahkan bahawa keadaan keselamatan berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Perhimpunan tersebut berlangsung sehingga jam 1 pagi, dengan kehadiran pihak polis memastikan kawalan keselamatan di kawasan sekitar.

Perhimpunan ini merupakan usaha kumpulan itu untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap isu rasuah yang membelenggu negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/31/perhimpunan-aman-gempur-rasuah-berlangsung-terkawal/feed/ 0 66273