Generasi muda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Jun 2025 02:34:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Generasi muda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Generasi muda perlu bijak tapis maklumat – Razali Razi https://sabahmedia.com/2025/06/09/generasi-muda-perlu-bijak-tapis-maklumat-razali-razi/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/generasi-muda-perlu-bijak-tapis-maklumat-razali-razi/#respond Mon, 09 Jun 2025 02:34:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75239
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Generasi muda diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan oleh pempengaruh atau ‘influencer’ yang dilihat lebih mementingkan populariti berbanding realiti di lapangan.

Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Mohd Razali Razi berkata, meskipun pendapat yang disuarakan di media sosial dilihat menarik namun ia tidak semestinya berpaksikan kepada fakta atau pengalaman sebenar.

“Sekarang ini memang jadi satu tren untuk ikut ‘influencer’, tetapi kita kena ingat, mereka ini tidak berada di lapangan. Pengamal politik macam kami turun padang, kita dengar sendiri suara rakyat, kita lihat keadaan sebenar, dan kita ambil tindakan berdasarkan realiti, bukan persepsi.

“Mana yang tidak betul, jangan kita gembar-gemburkan dan alhamdulillah parti kita ini baik, kalaulah kita ambil tindakan dengan undang-undang saya rasa ramai akan kena sama.

“Justeru, jangan disebabkan oleh ‘dua minit’, kita terpengaruh, kita diracuni dengan fakta-fakta yang tidak ada kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api di sini pada Ahad.

Razali berkata demikian bagi mengulas mengenai pempengaruh yang sering mengeluarkan fakta tidak benar menerusi platform media sosial khususnya aplikasi Tiktok.

Menurutnya, dalam berpolitik dan menyampaikan pandangan kepada masyarakat, pemimpin perlu sentiasa bertanggungjawab atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau turut menyeru agar belia bijak menilai maklumat yang diterima, terutama menjelang musim pilihan raya yang sering dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

“Fahami isu secara mendalam. Jangan hanya ikut trend atau retorik yang tular. Kita perlukan generasi belia yang kritikal, bijak menapis dan berani bertanya,” katanya.

Jelas beliau, keseimbangan antara maklumat rasmi dan pandangan awam sangat penting dalam membentuk negara yang lebih matang dari segi demokrasi dan pembangunan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/generasi-muda-perlu-bijak-tapis-maklumat-razali-razi/feed/ 0 75239
Generasi muda perlu berhati-hati penjajahan minda pengaruh asing https://sabahmedia.com/2023/08/24/generasi-muda-perlu-berhati-hati-penjajahan-minda-pengaruh-asing/ https://sabahmedia.com/2023/08/24/generasi-muda-perlu-berhati-hati-penjajahan-minda-pengaruh-asing/#respond Wed, 23 Aug 2023 22:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40603
Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA MARUDU: Generasi muda dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan penjajahan minda oleh pengaruh asing berikutan ledakan maklumat tanpa sempadan pada hari ini.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini juga menyebabkan pengaruh luar sukar untuk disekat.

Beliau melahirkan kebimbangan jika pelbagai unsur negatif mempengaruhi minda rakyat khususnya dalam kalangan generasi muda sekali gus meruntuhkan jati diri dan membawa kerosakan akhlak dan sosial.

“Sebagai generasi muda, para pelajar perlu sedar bahawa dalam ledakan era globalisasi ini, mereka mesti mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran yang membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing.

“Semua pelajar perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Sambutan Hari kebangsaan peringkat Tabika Kemas Pekan Lama.1, 2 & 3 di Dewan Serbaguna Bandau Kota Marudu di sini kelmarin.

Hadir sama Penolong Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak daerah Kota Marudu Salmah Kassim, Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan Osman Kanit, kanak-kanak Tadika Kemas Pekan Lama 1, 2& 3 dan ibu bapa.

Menurut Redonah, sebagai pelajar mereka mesti bersikap lebih bijak dan matang dalam memilih apa yang baik dan yang buruk untuk diikuti dan dijadikan amalan dalam kehidupan.

“Jangan sesekali mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif seperti bergaduh, mendengar hasutan kawan, mencuri, minum minuman keras, manjadi mat rempit, menceroboh asrama perempuan atau lelaki dan sebagainya.

“Semua itu menunjukkan akal fikiran kita telah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Sebaiknya kita bersatu antara satu sama lain jika ada kawan-kawan yang berniat seperti itu lebih baik kita nasihat-menasihati antara satu sama lain dan mengelakkan dari tindakan disiplin dari pihak sekolah,” tegas beliau.

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ini juga, beliau mengajak generasi muda agar memahami dan menghayati erti sebenar kemerdekaan kepada diri dan keluarga.

Katanya, melalui ilmu dan kefahaman yang jelas terhadap asal usul sesebuah negara, barulah rakyat khususnya generasi muda dapat mengerti kepentingan untuk menjaga keharmonian dan kedaulatan negara di samping mempertahankannya dengan apa cara sekalipun.

“Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.

“Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya,” katanya.

Justeru, katanya, semangat cintakan negara tidak datang begitu sahaja tetapi perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan.
 
“Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti, warna kulit yang menyalut tubuh badan kita, pangkat atau darjat.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/24/generasi-muda-perlu-berhati-hati-penjajahan-minda-pengaruh-asing/feed/ 0 40603
Masa depan generasi muda perlu jadi keutamaan Kerajaan Perpaduan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/05/14/masa-depan-generasi-muda-perlu-jadi-keutamaan-kerajaan-perpaduan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/05/14/masa-depan-generasi-muda-perlu-jadi-keutamaan-kerajaan-perpaduan-hajiji/#respond Sun, 14 May 2023 09:53:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34355
Read Time:2 Minute, 29 Second

KUALA LUMPUR: Masa depan generasi muda perlu diangkat sebagai salah satu segmen penting dan agenda keutamaan Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, kerajaan perlu menyantuni “fear and concern” anak-anak muda kita tentang peluang pekerjaan mereka hari ini dan cabaran masa depan.

Beliau memberikan jaminan bahawa suara dan tuntutan Sabah berkaitan hak-hak dan kepentingan Sabah bukan hanya berkisar tentang kepentingan kenegerian semata-mata, tetapi berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita tidak sesekali mengambil hak-hak orang lain, tetapi menuntut agar hak-hak kita dipelihara dan dilaksanakan. Tidak timbul soal kesetiaan kepada negara, tanah air ini milik bersama, hidup dan mati kita adalah untuk negara Malaysia tercinta”, katanya pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Katanya, Sabah amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam melaksanakan isu-isu tertangguh sekian lama berhubung MA63.

“Kita amat berharap komitmen tinggi Perdana Menteri ini didokong dan dilaksanakan oleh seluruh penggubal dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan”, tegasnya.

Hajiji berkata, perjuangan GRS adalah seiring dengan agenda Membangun Malaysia Madani. Formula tempatan dan citra lokal yang menjadi landasan perjuangan kita adalah didirikan atas satu hasrat dan matlamat iaitu membentuk kesatuan seluruh rakyat
untuk bergerak seiring, sehati sejiwa membawa perubahan, melonjakkan pembangunan Sabah.

“Kita yakin dan percaya Sabah yang lebih maju dan berjaya akan memberikan nilai dan makna kepada Malaysia tanah air tercinta”, tambahnya.

Hajiji berkata, GRS bertekad untuk jterus memperkukuhkan gagasan perpaduan ini, dan mengajak semua rakan untuk terus melangkah ke hadapan demi mengangkat agenda
rakyat melalui Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tema Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan iaitu Madani: Mengangkat Agenda Rakyat amat bertepatan dan wajar diletakkan sebagai landasan setiap dasar
dan program Kerajaan di semua peringkat.

“Hari ini keutamaan kita adalah untuk memaknai gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kita membangun Malaysia Madani dengan mengangkat agenda rakyat. Secara tuntasnya, nilai dan makna Malaysia Madani bukan semata-mata menjadikan negara ini maju, tetapi juga rakyatnya berkemajuan”.

“Tidak lengkap nilai kemajuan itu sekiranya hanya sebilangan kumpulan masyarakatnya maju dan masih ada yang ketinggalan dari arus perdana, apatah lagi yang masih hidup susah. Atas sebab itu, GRS amat mengalu-alukan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam agenda menoktahkan kemiskinan”, tegasnya.

Hajiji berkata, makna kemajuan itu juga tidak lengkap sekiranya kepesatan pembangunan itu hanya bertumpu di kawasan dan negeri tertentu semata-mata, dan masih ada negeri dan wilayah yang bergelumang dengan kemunduran ekonomi dan isu-isu legasi infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.

Menurutnya, menjadi harapan GRS agar Kerajaan Persekutuan meletakkan dan mengangkat agenda kesaksamaan sosio-ekonomi rakyat dan wilayah sebagai agenda nasional dalam Pembangunan Malaysia Madani.

Hajiji berkata, GRS memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kita mendoakan rakan-rakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan memperolehi kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Negeri-Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sekiranya diperlukan oleh mana-mana negeri dan sekiranya bersesuaian dan diperlukan, kita bersedia membantu rakan-rakan sekalian”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/14/masa-depan-generasi-muda-perlu-jadi-keutamaan-kerajaan-perpaduan-hajiji/feed/ 0 34355
Generasi muda perlu hayati kisah sejarah Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/09/generasi-muda-perlu-hayati-film-kisah-sejarah-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/09/generasi-muda-perlu-hayati-film-kisah-sejarah-sabah/#respond Mon, 09 Jan 2023 07:58:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27620
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Film berunsur sejarah Sabah seperti “Silence of The 177” perlu dihayati oleh generasi muda negeri ini, kata Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Katanya, ini penting agar anak-anak muda memahami sejarah perjuangan generasi terdahulu dalam menentang penjajah asing.

“Generasi muda perlu didedahkan dengan film-film patriotik tempatan yang mengetengahkan kisah benar perjuangan para pejuang kita menentang penjajah kerana ramai dikalangan mereka tidak tahu tentang kisah dan sejarah tersebut.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah dan Penerbit filem “The Silence of the 177”, Marcellus Abas dan krew kerana berjaya menerbitkan film kisah sejarah Sabah.

“Ini merupakan film sejarah Sabah yang kedua diterbitkan selepas film Mat Salleh Pahlawan Sabah yang diterbitkan pada era awal 80an yang mengisahkan penentangan terhadap
penjajah”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada rombongan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) dan Marcellus Abas di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.

IKRAR yang diketuai oleh Pengarahnya, Azrul Ibrahim turut menjemput Juliah bersama- sama ratusan belia untuk menyaksikan tayangan film “The Silence of the 177” yang akan mulai ditayangkan di seluruh negara bermula 12 Januari 2023.

Juliah berharap lebih banyak film mengenai sejarah negeri ini akan diketengahkan oleh pengarah dan penerbit film, termasuk kisah Bobohizan yang memainkan peranan penting dalam perayaan Pesta Kaamatan.

“Kisah mengenai Bobohizan semakin dilupakan oleh generasi muda negeri ini, usaha perlu dibuat untuk membuat film mengenainya”, tambahnya.

Sementara itu, Azrul berkata IKRAR akan membantu promosi film “The Silence of the 177” sebagai usaha membantu penggiat seni tempatan yang mengetengahkan film berunsur sejarah Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/09/generasi-muda-perlu-hayati-film-kisah-sejarah-sabah/feed/ 0 27620