Geng upik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Jul 2025 08:53:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Geng upik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli ‘Geng Upik’ dipenjara lima tahun, dua lagi sambung bicara https://sabahmedia.com/2025/07/16/ahli-geng-upik-dipenjara-lima-tahun-dua-lagi-sambung-bicara/ https://sabahmedia.com/2025/07/16/ahli-geng-upik-dipenjara-lima-tahun-dua-lagi-sambung-bicara/#respond Wed, 16 Jul 2025 08:53:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77433
Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang baru-baru ini disabitkan kesalahan mengedar dadah telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara tahun 2015 hingga 2023.

Zulkahar Dusing, 30, menukar pengakuannya kepada bersalah selepas pihak pendakwaan memanggil tiga orang saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Dr Lim Hock Leng, memerintahkan Zulkahar menjalani hukuman penjara itu bermula dari 1 Mac 2024, iaitu tarikh dia didakwa di mahkamah.

Zulkahar disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Terdahulu, Zulkahar menjalani perbicaraan bersama dua individu lain, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, sejak kelmarin.

Rahman dan Jaisalfian akan meneruskan perbicaraan mereka sehingga 18 Julai ini.

Fakta kes menyatakan bahawa tertuduh merupakan ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ yang terlibat secara langsung dalam kegiatan pengedaran dadah berbahaya yang dilakukan oleh kumpulan itu antara tahun 2021 dan 3 Mei 2023.

Tertuduh telah berperanan sebagai ahli Kumpulan ‘Geng Upik’ dalam melakukan pengedaran dadah berbahaya bersama-sama ahli kumpulan yang lain untuk mendapatkan faedah material.

Hasil siasatan juga mendapati kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” telah melakukan pengedaran dadah berbahaya dalam kes-kes kesalahan serius termasuk dua kes di Tawau dan satu di Manggatal.

Di Tawau, pihak berkuasa telah merampas sebanyak 53 kilogram syabu yang mempunyai kaitan dengan ‘Geng Upik’. Siasatan turut membawa kepada penangkapan seorang individu yang membantu kumpulan itu, iaitu Syafilah Pawawoi, yang telah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas kesalahan dadah.

Manakala di Manggatal, kumpulan itu dikaitkan dengan rampasan 4.6 kilogram syabu.

Pada 10 Julai lalu, media melaporkan bahawa Zulkahar dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah mengedar 738.6 gram Methamphetamine pada 3 Mei 2023 di Tawau.

Secara keseluruhan, seramai 15 individu telah didakwa berkaitan dengan kes ‘Geng Upik’.

Daripada jumlah itu, 12 orang telah mengaku bersalah termasuk ketua kumpulan, Datuk Maslan Sani, 42.

Maslan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang tersebut.

Manakala 11 individu lain masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif membantu kumpulan jenayah terancang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi, dan Nur Ainaa Ridzwan.

Zulkahar diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/06/05/dua-lagi-dipenjara-termasuk-ketua-geng-upik/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/16/ahli-geng-upik-dipenjara-lima-tahun-dua-lagi-sambung-bicara/feed/ 0 77433
Perbicaraan kes ‘Geng Upik’ tangguh https://sabahmedia.com/2025/06/03/perbicaraan-kes-geng-upik-tangguh/ https://sabahmedia.com/2025/06/03/perbicaraan-kes-geng-upik-tangguh/#respond Tue, 03 Jun 2025 12:09:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75014
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes seorang lelaki yang didakwa sebagai anggota kumpulan jenayah terancang ke 5 Jun ini.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menangguhkan kes melibatkan Nelson Yen Yee Chung, 46, atas permintaan pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai hasrat Nelson untuk mengaku bersalah sekiranya pertuduhan alternatif dikenakan terhadapnya.

Pada masa ini, Nelson berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pada 24 Februari lalu, mahkamah sama menolak permohonan Nelson untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Nelson dan empat lagi tertuduh iaitu Datuk Maslan Sani, 41, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, sepatutnya bermula hari ini.

Mereka merupakan antara 15 individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang antara tahun 2015 hingga 2023.

Namun, pada 18 Mac, empat daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setiap seorang. Seterusnya, pada 20 Mac, enam lagi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif iaitu membantu kumpulan jenayah terancang.

Pertuduhan alternatif itu dibuat mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan dan ditawarkan oleh pihak pendakwaan selepas menerima surat representasi daripada mereka.

Nelson diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

LINK BERITA TERDAHULU
https://sabahmedia.com/2025/05/16/bicara-kes-geng-upik-bermula-jun/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/20/enam-individu-dipenjara-3-tahun-bantu-kumpulan-jenayah-terancang-geng-upik/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/03/perbicaraan-kes-geng-upik-tangguh/feed/ 0 75014
Enam Individu Dipenjara 3 Tahun Bantu Kumpulan Jenayah Terancang “Geng Upik” https://sabahmedia.com/2025/03/20/enam-individu-dipenjara-3-tahun-bantu-kumpulan-jenayah-terancang-geng-upik/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/enam-individu-dipenjara-3-tahun-bantu-kumpulan-jenayah-terancang-geng-upik/#respond Thu, 20 Mar 2025 05:18:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70774
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Lima lelaki dan seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini kerana membantu kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara 2015 dan 2023.

Mereka ialah Mohd Fauzie Rablin, 34, Fazrul Bahar, 43, Shahlan Shah Abdul Samad, 38, Mazlan Mahmud, 49, Alkan Abraham, 36, dan Norsyafilah Pawawoi, 28.

Mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng terhadap pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan selepas surat representasi mereka diterima.

Pertuduhan asal mereka adalah di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’, yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan.

Baca – https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh lelaki menjalani hukuman dari tarikh ditangkap iaitu pada 25 Disember 2023. Manakala Norsyafilah diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula 1 Mac 2024 dari tarikh dia didakwa di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah juga memerintahkan pertuduhan asal tertuduh digugurkan (struck out).

Menurut fakta kes, tertuduh telah ditangkap susulan operasi risikan yang menyasarkan Geng Upik. Siasatan mendapati kesemua tertuduh membantu Geng Upik dalam aktiviti pengedaran dadah di Sabah bagi kepentingan kumpulan itu serta memperoleh keuntungan material.

Siasatan lanjut mendapati bahawa Geng Upik dikaitkan dengan beberapa kes dadah, termasuk tiga kes di Tawau dan satu di Manggatal.

Di Tawau, pihak berkuasa telah merampas sejumlah 53kg syabu yang mempunyai kaitan dengan Geng Upik. Siasatan juga membawa kepada penangkapan seorang individu yang telah membantu Geng Upik iaitu Syafilah Pawawoi, yang dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas kesalahan dadah. Satu lagi tangkapan melibatkan individu yang membantu Geng Upik kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di Manggatal, kumpulan itu dikaitkan dengan rampasan 4.6kg syabu.

Kesemua tertuduh merupakan sebahagian daripada 15 individu yang pada mulanya didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.

Lima lagi individu – Datuk Maslan Sani, 41, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45 – masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Mahkamah menetapkan 19 May 2025 untuk sebutan semula dan perbicaraan dijangka bermula pada bulan Jun.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi, dan Nur Ainaa Ridzwan.

Mohd Fauzie dan Mazlan diwakili oleh Sylyester Kuan; Norsyafilah oleh Michelle Usman; Shahlan Shah oleh Luke Ressa Balang; Alkan dan Fazrul oleh Shahlan Jufri.

Maslan diwakili oleh peguam Hamid Ismail, manakala Nelson diwakili oleh Datuk Ram Singh.

Rahman diwakili oleh Jakariya Ab Jalil; dan Jaisalfian oleh Muhamad Amirul Amin.

Pada Selasa, mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas empat individu kerana membantu Geng Upik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/enam-individu-dipenjara-3-tahun-bantu-kumpulan-jenayah-terancang-geng-upik/feed/ 0 70774
Empat individu dipenjara bantu ‘Geng Upik’ https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/#respond Tue, 18 Mar 2025 04:58:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70621
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU ((KEMASKINI)) : Empat daripada 15 individu yang didakwa berkaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Upik dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Mereka ialah Mahathir Jibarail, 49, Manan Ungok @ Salleh, 52, Mohd Faridzul Asmahadi, 32 dan Mohd Fikrie Asme, 29.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu selepas keempat-empat tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan kerana telah membantu kumpulan jenayah terancang Geng Upik, yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Kesalahan itu dilakukan antara tahun 2015 hingga 2023. Seksyen 130W memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Sebelum ini keempat-empat tertuduh pada mulanya didakwa dengan 11 orang lagi individu sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik sejak tahun 2015 hingga 2023.

Tertuduh lain ialah Datuk Maslan Sani, 41; Fazrul Bahar, 32; Norsyafilah Pawawoi, 27; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Zulkahar Dusing, 38; Nelson Yen Yee Chung, 46; Alkan Abraham, 35; Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; dan Mazlan Mahmud, 41.

Pertuduhan asal adalah di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan berikutan risikan terhadap kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai “Geng Upik”, yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berbahaya.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh telah membantu Geng Upik dalam kegiatan pengedaran dadah di Sabah bagi mencapai kepentingan kumpulan tersebut, untuk memperoleh faedah material.

Hasil siasatan juga mendapati Geng Upik telah terlibat dalam pengedaran dadah berbahaya dalam beberapa kes jenayah serius termasuklah rampasan 4.6kg methamphetamine di Manggatal dan rampasan 53kg methamphetamine di Tawau.

Satu lagi tangkapan membawa kepada sabitan kesalahan seorang ahli kumpulan, Syafilah Pawawoi, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, manakala seorang lagi ahli kumpulan, Zulkahar Dusing, turut ditangkap dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kedua-dua kes tersebut melibatkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah memerintahkan keempat-empat tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Manan ditangkap pada 7 Januari 2025, manakala Faridzul dan Mahathir ditahan pada 25 Disember 2023. Sementara itu, Mohd Fikri ditangkap pada 12 Oktober 2023.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi, dan Nur Ainaa Ridzwan.

Mahathir, Manan dan Mohd Faridzul diwakili oleh peguam Shahlan Jufri manakala Mohd Fikrie diwakili oleh peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/feed/ 0 70621
Pertuduhan adalah sah dan tidak cacat, perbicaraan kes “Geng Upik” bermula Mac ini https://sabahmedia.com/2025/02/24/pertuduhan-adalah-sah-dan-tidak-cacat-perbicaraan-kes-geng-upik-bermula-mac-ini/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/pertuduhan-adalah-sah-dan-tidak-cacat-perbicaraan-kes-geng-upik-bermula-mac-ini/#respond Mon, 24 Feb 2025 08:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69287
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadap tiga individu dalam kes jenayah terancang “Geng Upik”.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Datuk Maslan Sani, 41; Fazrul Bahar, 42; dan Nelson Yen Yee Chung, 46.

Kenderaan yang membawa tahanan Geng Upik ke Komplek Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

“Permohonan yang dikemukakan adalah ditolak. Pertuduhan adalah sah dan tidak cacat. Perbicaraan akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan, dengan sesi pertama berlangsung dari 17 hingga 20 Mac 2025,” kata hakim.

Maslan, Fazrul, dan Nelson merupakan tiga daripada 14 individu yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” dari 2015 hingga 2023.

Tertuduh lain ialah Norsyafilah Pawawoi, 27; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Mahathir Jibarail, 49; Zulkahar Dusing, 38; Alkan Abraham, 35; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Mohd Fikrie Asme, 28; Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; dan Mazlan Mahmud, 41.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh kini ditahan reman sementara menunggu perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazran Mohd Sham dan Lina Hanini Ismail.

Maslan dan Fazrul diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Chin Tek Ming, manakala Nelson diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh.

Mohd Fauzie dan Mazlan diwakili oleh Sylyester Kuan; Mohd Fikrie diwakili oleh Mohamed Zairi Zainal Abidin; Norsyafilah oleh Michelle Usman; Rahman oleh Jakariya Ab Jalil; dan Jaisalfian oleh Muhamad Amirul Amin.

Sementara itu, tertuduh lain diwakili oleh peguam Shahlan Jufri, Luqman Syazwan, dan Luke Ressa Balang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/pertuduhan-adalah-sah-dan-tidak-cacat-perbicaraan-kes-geng-upik-bermula-mac-ini/feed/ 0 69287
14 individu Geng Upik hadir ke mahkamah hari ini https://sabahmedia.com/2025/02/05/14-individu-geng-upik-hadir-ke-mahkamah-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2025/02/05/14-individu-geng-upik-hadir-ke-mahkamah-hari-ini/#respond Wed, 05 Feb 2025 12:36:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68053
Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seramai 14 individu yang didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik sejak tahun 2015 hingga 2023 hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi sebutan kes mereka.

Kesemua 14 tertuduh ialah Datuk Maslan Sani, 41; Fazrul Bahar, 32; Norsyafilah Pawawoi, 27; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Mahathir Jibarail, 49; Zulkahar Dusing, 38; Nelson Yen Yee Chung, 46; Alkan Abraham, 35; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Mohd Fikrie Asme, 28; Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; dan Mazlan Mahmud, 41.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng.

Buat masa ini, kesemua tertuduh masih dalam tahanan reman sementara menunggu kes selesai.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi, dan Nur Ainaa Ridzwan.

Antara peguam yang hadir bagi mewakili tertuduh ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Chin Teck Ming, Datuk Ram Singh, Shahlan Jufri, Mohd Luqman Syazwan, Luke Ressa Balang, Muhamad Amirul Amin, dan Sylyester Kuan.

Kes akan dibawa semula pada 24 Februari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/05/14-individu-geng-upik-hadir-ke-mahkamah-hari-ini/feed/ 0 68053
Seorang lagi ‘Geng Upik’ Didakwa Hari Ini https://sabahmedia.com/2024/03/22/14-ahli-geng-upik-kes-dipindah-ke-mahkamah-tinggi/ https://sabahmedia.com/2024/03/22/14-ahli-geng-upik-kes-dipindah-ke-mahkamah-tinggi/#respond Fri, 22 Mar 2024 11:49:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51436
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Seorang lagi individu lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh Mohd Fikrie Isme, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh terbabit sedang menjalani tahanan berkaitan dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor, selama tiga tahun sejak 9 Disember 2023.

Dia didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di Kota Kinabalu antara 2022 hingga 12 Oktober 2023 merupakan individu ke-14 didakwa selepas 11 individu termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa pada 22 Jan lepas manakala dua lagi didakwa pada 1 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail memohon kes Mohd Fikrie dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bersama 13 tertuduh sebelum ini, dan Noor Hafizah membenarkan permohonan berkenaan.

Sementara itu, kesemua 14 individu yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ke atas mereka ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Tertuduh masing-masing didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Prosiding pertuduhan terhadap setiap tertuduh dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ismail Brahim pada sebelah petang tadi.

Mahkamah kemudian menetapkan lima hari untuk sebutan semula bagi serahan dokumen, masing-masing pada 27 Mac ini, diikuti 2 April, 4 April, 8 April dan 17 April depan.

Bagi sebutan semula pada 27 Mac ini, seramai empat tertuduh akan dipanggil untuk prosiding di Mahkamah Tinggi 1 Kota Kinabalu, iaitu Datuk Maslan Sani, 41; Fazrul Bahar, 32; Norsyafilah Pawawoi, 28 dan Rahman Bujirin, 44.

Pada 2 April depan, seramai dua tertuduh, iaitu Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Mohd Fikrie Asme, 28 dipanggil untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi 5, diikuti seramai dua lagi tertuduh pada 4 April depan iaitu Nelson Yen Yee Chung, 46 dan Alkan Abraham, 35 di Mahkamah Tinggi 4.

Baki empat lagi tertuduh akan dipanggil untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi 2 pada 8 April depan iaitu Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Mahathir Jibarail, 49; Zulkahar Dusing, 29 dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45.

Seterusnya, dua tertuduh iaitu Mohd Fauzie Rablin, 33 dan Mazlan Mahmud, 41 dipanggil untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi 3 pada 17 April depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nur Ainaa Ridzwan, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajah Mat Radzi, manakala bagi tertuduh diwakili peguam masing-masing kecuali Zulkahar, Mohd Fikrie dan Rahman tidak diwakili peguam.

Hakim turut membenarkan permohonan DPP untuk semua tertuduh dilanjutkan tahanan reman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/22/14-ahli-geng-upik-kes-dipindah-ke-mahkamah-tinggi/feed/ 0 51436