George Hiew – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Nov 2025 10:27:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png George Hiew – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakyat nilai rekod, bukan naratif ‘katak’ – George Hiew https://sabahmedia.com/2025/11/21/rakyat-nilai-rekod-bukan-naratif-katak-george-hiew/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/rakyat-nilai-rekod-bukan-naratif-katak-george-hiew/#respond Fri, 21 Nov 2025 10:27:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86634
Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin menegaskan sambutan daripada pengundi sepanjang kempennya menunjukkan rakyat lebih menilai rekod, berbanding dakwaan mengelirukan yang dimainkan pihak pembangkang.

Katanya, pembangkang memilih untuk mengulangi naratif ‘katak’ sedangkan calon dan penyusunan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) diputuskan oleh Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

“Pihak tertentu cuba menimbulkan kekeliruan dengan isu yang sudah pun dimuktamadkan.

“Interaksi saya dengan pengundi jelas menunjukkan mereka menilai prestasi, bukan cerita-cerita yang sengaja diada-adakan,” katanya ketika ditemui di Pusat Media PRN Sabah di sini.

George turut menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan hari ini gagal sambil mengingatkan bahawa isu air, elektrik dan jalan raya turut gagal diselesaikan ketika pembangkang memerintah.

Katanya, kegagalan pembangkang ketika itu adalah kerana kekurangan peruntukan serta hubungan tegang antara kerajaan negeri dan pusat.

“Mereka mengata kerajaan gagal, tetapi semasa mereka memerintah pun masalah itu tetap tidak selesai.

“Hubungan kerajaan negeri dan persekutuan ketika ini jauh lebih baik hasil pentadbiran kerajaan perpaduan. Semua yang dilakukan kerajaan hari ini adalah reformasi jangka panjang, bukan slogan politik sehari dua,” katanya.

George juga menegaskan kemajuan Sabah tidak dapat dicapai melalui sentimen menentang kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan kestabilan politik dan kerjasama erat dengan kerajaan pusat.

“Pembangkang kata mereka menolak parti Semenanjung tetapi akhirnya menyokong kerajaan persekutuan selepas menang.

“Mereka kata menolak ‘katak’, tetapi menerima ‘katak’. Pengundi sendiri dapat menilai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/rakyat-nilai-rekod-bukan-naratif-katak-george-hiew/feed/ 0 86634
‘Orang sokong saya sebab saya anggap mereka macam keluarga’ – George Hiew https://sabahmedia.com/2025/11/20/orang-sokong-saya-sebab-saya-anggap-mereka-macam-keluarga-george-hiew/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/orang-sokong-saya-sebab-saya-anggap-mereka-macam-keluarga-george-hiew/#respond Thu, 20 Nov 2025 06:58:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86484
Read Time:1 Minute, 17 Second

KARAMUNTING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin tampil dengan keyakinan tinggi bahawa sokongan rakyat di kawasan itu masih kukuh biarpun sudah dua penggal berkhidmat di situ.

George yang mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) berkata, kekuatannya bukan daripada jawatan, sebaliknya hubungan rapat dengan masyarakat setempat sejak hari pertama menjadi wakil rakyat.

“Bagi saya, saya masih semangat orang kampung. Mereka masih ingat dan sokong saya sebab selama ini saya anggap mereka macam keluarga.

“Dari dulu sampai hari ini, saya rapat dengan mereka. Siapa yang susah, saya bantu. Bila saya turun ke kampung, mereka sambut saya bukan macam orang besar tapi sebagai keluarga sendiri,” katanya ketika Program Santuni Masyarakat di PPH Karamunting, di sini, hari ini.

George berkata, sepanjang enam hari berkempen, beliau telah melawat banyak kampung dan melihat sendiri peningkatan sokongan terhadapnya.

Jika diberi mandat sekali lagi, katanya, fokus utama beliau ialah mengubah Karamunting menjadi pusat pelancongan dan ekonomi berasaskan laut.

Jelasnya, banyak projek yang sudah dirancang dan sebahagiannya sedang berjalan bersama Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan termasuklah menaik taraf Karamunting dari pasar hingga ke Pasir Putih untuk mewujudkan hab makanan laut.

“Sasaran kita adalah menyediakan tempat teratur kepada nelayan kecil untuk memasarkan hasil, mengelakkan orang tengah, meningkatkan pendapatan nelayan seterusnya menarik pelancong untuk menikmati makanan laut.

“Dalam perancangan ini, kita mahu bina jeti nelayan untuk memudahkan nelayan kecil mendaratkan hasil tangkapan mereka.

“Kita mahu lebih banyak pelancong datang ke Sandakan untuk menikmati ‘seafood’ di sini, bukan semua dieksport ke luar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/orang-sokong-saya-sebab-saya-anggap-mereka-macam-keluarga-george-hiew/feed/ 0 86484
George Hiew kunjungi Pusat Media PRU Sandakan https://sabahmedia.com/2025/11/19/george-hiew-kunjungi-pusat-media-pru-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/george-hiew-kunjungi-pusat-media-pru-sandakan/#respond Wed, 19 Nov 2025 07:29:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86378
Read Time:39 Second

SANDAKAN : Calon Pakatam Harapan (PH) untuk kerusi DUN N54 Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, mengadakan lawatan di Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU DU) Sabah ke-17 Sandakan bagi mengenali fungsi fasiliti tersebut pagi tadi.

Semasa lawatannya, George telah diberi taklimat mendalam oleh wakil Jabatan Penerangan Sandakan mengenai peranan, fungsi, dan objektif khusus pusat media itu sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra serta bertukar pandangan dengan petugas media yang bertugas di pusat berkenaan.

“Ketika mengulas, George menegaskan bahawa peranan media penting dalam melaporkan berita secara tepat dan profesional sepanjang tempoh kempen.

“Peranan media amat penting dan saya sangat menghargai sumbangan serta komitmen semua pihak media dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai,” katanya, sambil mengakui dedikasi pengamal media sebagai satu sumbangan bernilai kepada proses demokrasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/george-hiew-kunjungi-pusat-media-pru-sandakan/feed/ 0 86378
Pengundi Karamunting disaran terus sokong George Hiew Vun Zin https://sabahmedia.com/2025/11/18/pengundi-karamunting-disaran-terus-sokong-george-hiew-vun-zin/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/pengundi-karamunting-disaran-terus-sokong-george-hiew-vun-zin/#respond Tue, 18 Nov 2025 14:44:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86323
Read Time:1 Minute, 19 Second

SANDAKAN: Pengundi di DUN Karamunting disaran memberikan sokongan berterusan kepada calon penyandang, Datuk George Hiew Vun Zin, bagi memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap George sebagai calon pilihan mencerminkan rekod perkhidmatannya yang telah terbukti.

“Beliau juga yakin pengundi cukup mengenali George yang juga penyandang kawasan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Santai Madani bersama penduduk di Karamunting, di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, pengalaman George berkhidmat selama tujuh tahun termasuk ketika berada dalam blok pembangkang menjadi aset berharga untuk meneruskan tugas sebagai wakil rakyat.

“Sokongan terhadap calon itu juga disokong oleh tinjauan semasa kempen hari keempat yang menunjukkan sambutan menggalakkan daripada penduduk.

“Jelasnya, pengundi atau penduduk juga menyambut baik kehadirannya yang juga orang lama bagi pimpinan kawasan itu,” ujar George.

George yang berpengalaman luas bertekad menjadikan Kampung Pukat sebagai hab eksport makanan laut antarabangsa sekiranya diberikan mandat baru.

“Ia jika beliau diberikan mandat sekali lagi selepas menyandang kerusi itu selama tujuh tahun termasuk semasa di blok pembangkang,” tegasnya.

Beliau turut berjanji menyelesaikan isu bekalan air dan masalah lain yang dibangkitkan rakyat bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan yang mempunyai 19,000 pengundi dengan 6,000 daripadanya dari masyarakat TiongHua.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut mengumumkan kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang diterima September lalu, akan ditempatkan di perairan Sabah selepas selesai proses renovasi.

“Ini juga menunjukkan bahawa keutamaan menjaga perairan di Sabah dan Sarawak adalah keutamaan negara,” jelasnya.

Penempatan aset keselamatan baharu ini dijangka meningkatkan keupayaan pengawasan dan keselamatan di perairan negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/pengundi-karamunting-disaran-terus-sokong-george-hiew-vun-zin/feed/ 0 86323
Keyakinan George Hiew diperkukuh sokongan kukuh akar umbi https://sabahmedia.com/2025/11/14/keyakinan-george-hiew-diperkukuh-sokongan-kukuh-akar-umbi/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/keyakinan-george-hiew-diperkukuh-sokongan-kukuh-akar-umbi/#respond Fri, 14 Nov 2025 07:46:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85747
Read Time:1 Minute, 12 Second

SANDAKAN: Calon Pakatan Harapan N.54 Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yakin dengan jentera pilihan rayanya yang bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17.

Keyakinan ini disokong oleh kesepaduan dan sokongan kukuh daripada kepimpinan akar umbi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), khususnya Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

George berkata, beliau telah mengadakan pertemuan santai dengan ketua-ketua cawangan Gagasan Rakyat, ketua-ketua kampung, serta barisan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Dalam pertemuan tersebut, mereka menyatakan komitmen penuh untuk terus berdiri bersamanya dan berusaha mempertahankan kerusi Karamunting.

“Sokongan ini melambangkan kesatuan masyarakat setempat yang mahu memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan ini,” jelas George.

Sokongan padu tersebut dikatakannya telah mengukuhkan lagi semangkanya untuk melalui kempen yang bakal berlangsung. Beliau menekankan kepentingan memastikan seluruh jentera bergerak sebagai satu pasukan yang utuh dan tidak berpecah.

“Kita mesti bekerjasama, satu hati, tidak berpecah. Kita masuk gelanggang ini bersama-sama dan kita bertempur bersama-sama. Ini penting untuk kekuatan jentera kita, bagi memastikan setiap pelusuk Karamunting dapat digerakkan dengan teratur,” tegas George.

George turut menegaskan bahawa kestabilan kerajaan Sabah yang sedia ada adalah penting untuk memastikan kelangsungan pembangunan di Karamunting.

“Kita mahu kekalkan kerajaan yang sedia ada kerana hanya dengan kestabilan, lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan. Rakyat sudah melihat hasilnya dan kita mahu terus membawa perubahan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa keyakinan dan kepercayaan daripada kepimpinan akar umbi merupakan kekuatan utama jentera pilihan rayanya di Karamunting.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/keyakinan-george-hiew-diperkukuh-sokongan-kukuh-akar-umbi/feed/ 0 85747
George Hiew komited terus berkhidmat untuk rakyat kawasan Karamunting https://sabahmedia.com/2025/11/09/george-hiew-komited-terus-berkhidmat-untuk-rakyat-kawasan-karamunting/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/george-hiew-komited-terus-berkhidmat-untuk-rakyat-kawasan-karamunting/#respond Sun, 09 Nov 2025 14:14:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85386
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Calon Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bagi kerusi N54 Karamunting menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu sekiranya diberikan mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengumuman rasmi calon Keadilan bagi PRU DU Sabah ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Menurutnya, pelantikan semula sebagai calon di bawah Parti Keadilan merupakan satu penghormatan dan peluang untuk meneruskan perjuangan membangunkan Karamunting serta memastikan kesinambungan khidmat kepada rakyat.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peluang yang diberikan kepada saya sekali lagi untuk menjadi calon di N54 Karamunting. Ini adalah kali ketiga saya bertanding di sini pertama pada 2018, kemudian 2020, dan kini sekali lagi pada 2025,” katanya.

Beliau menambah, kepercayaan yang ditunjukkan oleh rakyat Karamunting menjadi dorongan untuk terus bekerja keras demi kemajuan kawasan itu, selain menyokong usaha kerajaan gabungan dan Pakatan Harapan membangunkan Sabah.

Katanya, isu utama di Sabah seperti air, elektrik dan jalan raya perlu diselesaikan secara menyeluruh, dan langkah Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM6.9 bilion kepada Sabah baru-baru ini merupakan tanda kesungguhan kerajaan pusat terhadap pembangunan negeri itu.

“Ini pengumuman tertinggi dalam sejarah. Ia membuktikan kerjasama erat antara negeri dan pusat sangat penting supaya misi Sabah Maju Jaya bukan sekadar slogan, tetapi satu realiti,” ujarnya.

Mengulas mengenai penerimaan pengundi, beliau mengakui cabaran tetap ada kerana sebelum ini berkhidmat di bawah lambang parti lain, namun yakin sokongan penduduk Karamunting tidak berubah kerana mereka menilai berdasarkan kerja dan khidmat, bukan semata-mata parti.

“Saya bukan wakil rakyat yang pandai berwayang atau muncul bila pilihan raya. Selama tujuh tahun ini, saya pasang lebih seribu lampu jalan, bantu selesaikan isu tanah tiga kampung besar dan usahakan pelbagai bantuan untuk rakyat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai slogan pembangkang “Selamatkan Sabah” dan “Sabah for Sabahan”, beliau menegaskan bahawa Sabah tidak boleh berdiri sendiri tanpa kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Yang penting, Sabah mesti sehaluan dengan Putrajaya. Kita perlukan Ketua Menteri yang kuat di Sabah dan Perdana Menteri yang memahami Sabah dan hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah buktikan perkara itu dengan turun padang sendiri setiap kali ada isu,” katanya.

Beliau menegaskan, pilihan raya kali ini bukan sekadar tentang lambang parti, tetapi tentang kesinambungan perjuangan dan kestabilan untuk membawa pembangunan berterusan kepada rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/george-hiew-komited-terus-berkhidmat-untuk-rakyat-kawasan-karamunting/feed/ 0 85386
George Hiew sedia jika dicalonkan semula di DUN Karamunting https://sabahmedia.com/2025/11/02/george-hiew-sedia-jika-dicalonkan-semula-di-dun-karamunting/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/george-hiew-sedia-jika-dicalonkan-semula-di-dun-karamunting/#respond Sun, 02 Nov 2025 06:53:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84771
Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew bersedia jika dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Hiew yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, berkata sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau Bersama pasukannya telah menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

Katanya, keutamaannya adalah membangunkan kawasan Karamunting dan memastikan kebajikan penduduk mendapat perhatian sewajarnya.

“Bagi saya, yang penting kerja memang saya sudah siapkan, kita bersedia. Tetapi ini terpulang kepada presiden parti.

“Apa pun keputusan pucuk pimpinan di atas, kami akan ikut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program MOTAC Bersama Komuniti @ Perlumbaan Perahu Naga Zon Kepulauan di pantai Pasir Putih, di sini, hari ini.

Menurut George, sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat di Karamunting juga, beliau berusaha memperkukuh hubungan rakyat di semua peringkat.

Beliau juga menzahirkan keyakinan mampu mempertahankan kerusi sekali gus membawa kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jika diberi peluang bertanding semula berdasarkan rekod dan kerja keras pasukannya untuk membantu rakyat.

Di kawasan Karamunting, katanya, beliau bekerjasama rapat dengan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan sekali gus memantapkan lagi gerak kerja pasukan.

“Dengan kerjasama rakan gabungan Pakatan Harapan (PH), saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi DUN Karamunting sekali gus membawa kemenangan kepada GRS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/george-hiew-sedia-jika-dicalonkan-semula-di-dun-karamunting/feed/ 0 84771
George Hiew sumbang kerusi roda bantu warga emas di Karamunting https://sabahmedia.com/2025/10/08/george-hiew-sumbang-kerusi-roda-bantu-warga-emas-di-karamunting/ https://sabahmedia.com/2025/10/08/george-hiew-sumbang-kerusi-roda-bantu-warga-emas-di-karamunting/#respond Wed, 08 Oct 2025 08:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82774
Read Time:1 Minute, 2 Second

SANDAKAN: Sebagai tanda keprihatinan berterusan terhadap kebajikan penduduk, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Karamunting,George Hiew Vun Zin menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas yang mengalami kesukaran berjalan.

Sumbangan itu disampaikan oleh wakil beliau, Asmat Rems, yang juga Pengerusi JKKK Kampung Air, kepada warga emas berkenaan yang menetap di kawasan Karamunting.

Bantuan ini bertujuan memudahkan pergerakannya, terutamanya ketika menghadiri rawatan susulan bulanan di klinik berhampiran.

Menurut George, bantuan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memastikan golongan warga emas, pesakit kronik dan mereka yang memerlukan mendapat perhatian sewajarnya.

“Kami faham bahawa pergerakan merupakan keperluan asas. Bagi warga emas yang sukar berjalan, kemudahan seperti kerusi roda boleh memberi perbezaan besar dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Beliau menegaskan, sumbangan sebegini bukan sekadar bantuan fizikal, malah tanda prihatin terhadap keperluan masyarakat yang sering berdepan cabaran kesihatan.

“Harapan kami, bantuan kecil ini dapat meringankan beban keluarga serta memudahkan warga emas berkenaan menghadiri pemeriksaan kesihatan bulanan tanpa sebarang kesulitan,” tambahnya.

Hiew turut menekankan bahawa program bantuan seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan kebajikan penduduk, khususnya golongan rentan dan memerlukan, sentiasa terbela.

“Kami akan sentiasa mendengar dan mengambil tindakan terhadap setiap permintaan atau keperluan masyarakat. Apa sahaja bantuan yang mampu kami hulurkan, akan kami usahakan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/08/george-hiew-sumbang-kerusi-roda-bantu-warga-emas-di-karamunting/feed/ 0 82774
Rakyat digesa kekalkan kerajaan stabil demi kesinambungan pembangunan – George Hiew https://sabahmedia.com/2025/10/05/rakyat-digesa-kekalkan-kerajaan-stabil-demi-kesinambungan-pembangunan-george-hiew/ https://sabahmedia.com/2025/10/05/rakyat-digesa-kekalkan-kerajaan-stabil-demi-kesinambungan-pembangunan-george-hiew/#respond Sun, 05 Oct 2025 09:30:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82594
Read Time:2 Minute, 26 Second

SANDAKAN: Hanya sebuah kerajaan yang stabil mampu menjamin kemakmuran dan pembangunan berterusan untuk rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin.

Beliau berkata, kestabilan politik menjadi asas kemajuan sesebuah negeri kerana pertukaran kerajaan secara kerap bukan sahaja menggugat kesinambungan dasar, malah boleh menyebabkan kontrak projek dibatalkan, sekali gus menjejaskan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

“Jika kerajaan sedia ada gagal mempertahankan mandat, semua projek yang dirancang perlu dimulakan semula dan pembangunan tidak akan berjalan seperti dijadualkan. Akhirnya, rakyat juga yang menjadi mangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Karamunting di SK Sung Siew, semalam.

Hiew yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Karamunting turut mengimbas kembali landskap politik Sabah sejak 2018, apabila Barisan Nasional (BN) tumbang selepas sekian lama memerintah dan digantikan oleh Parti Warisan sebelum kerajaan itu pula tumbang pada 2020.

“Apabila Warisan tidak menyertai gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan semula. Selepas kegagalan percubaan ‘Langkah Kinabalu’, Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Ketua Menteri dan menerajui kerajaan negeri,” jelasnya.

Menurut beliau, sejarah telah membuktikan bahawa pertukaran kerajaan yang kerap hanya membawa kepada ketidakstabilan dan kemunduran.

“Tukar kerajaan tidak semestinya membawa perubahan. Pembangunan tidak akan berlaku seperti magis dalam tempoh setahun,” katanya.

Hiew turut mencontohkan Sarawak yang menikmati pertumbuhan pesat hasil pemerintahan stabil oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah secara konsisten dan bekerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Dalam tempoh dua tahun sejak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ditubuhkan, Sabah mendapat perhatian dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan MADANI. Sama ada projek Lebuhraya Pan Borneo, kemasukan pelaburan asing atau pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur, semuanya hasil kestabilan politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi agar terus memberi mandat kepada kerajaan GRS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-17 akan datang supaya momentum pembangunan dapat diteruskan dan ekonomi negeri terus digerakkan ke hadapan.

Menyentuh kawasan DUN Karamunting, Hiew berkata beliau kekal menjadikan khidmat kepada rakyat sebagai keutamaan sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada 2018 walaupun pernah berada dalam blok pembangkang.

“Ketika menjadi pembangkang, mahu baiki satu lampu jalan pun sukar kerana berdepan pelbagai halangan. Kini selepas menyertai Gagasan Rakyat, semua agensi kerajaan boleh bekerjasama dan pembangunan dapat dilaksanakan secara berperingkat,” jelasnya.

Menurut beliau, hampir 1,000 unit lampu jalan solar telah dipasang di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, Sabah Electricity, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

“Masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki, tetapi saya berharap rakyat dapat memberi lebih masa dan kesabaran. Saya akan terus berusaha mendapatkan lebih banyak peruntukan pembangunan,” katanya.

Hiew turut mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk penduduk luar kawasan untuk datang sendiri mendapatkan maklumat sebenar dan menyampaikan cadangan, bukannya menyebarkan kritikan atau salah faham dari luar.

“Politik tidak seharusnya menjadi medan untuk menabur fitnah bagi meraih simpati. Fokus saya sentiasa pada khidmat dan turun padang menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/05/rakyat-digesa-kekalkan-kerajaan-stabil-demi-kesinambungan-pembangunan-george-hiew/feed/ 0 82594