George – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 27 Nov 2025 10:21:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png George – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 George Hiew yakin dapat pertahan kerusi DUN Karamunting https://sabahmedia.com/2025/11/27/george-hiew-yakin-dapat-pertahan-kerusi-dun-karamunting/ https://sabahmedia.com/2025/11/27/george-hiew-yakin-dapat-pertahan-kerusi-dun-karamunting/#respond Thu, 27 Nov 2025 10:20:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87217
Read Time:1 Minute, 8 Second

SANDAKAN: Tinggal dua hari menjelang hari mengundi Sabtu ini, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin tampil yakin mampu mempertahan kerusi itu.

Menyifatkan sokongan pengundi di kawasan itu kekal kukuh, George berkata, biarpun berlaku perubahan parti yang diwakilinya pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), sambutan pengundi terhadapnya sentiasa menggalakkan.

Ini kerana, katanya, pengundi di peringkat akar umbi lebih mengutamakan calon yang telah lama bekerja untuk rakyat berbanding kemunculan saat akhir.

“Sejak hari pertama hingga hari ini, saya nampak jelas bahawa penduduk di Karamunting lebih menghargai calon yang konsisten turun padang dan berkhidmat.

“Mereka tidak mahu calon yang hanya muncul bila tiba musim kempen,” katanya ketika ditemui dalam kempennya di Karamunting.

George berkata, pada awalnya beliau bimbang mengenai isu penyokong tradisinya selepas beliau bertanding atas tiket PH, bukan lagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Memang dari awal saya risau juga tentang isu itu, sebab saya dari parti sebelum ini.

“Tetapi bila saya turun ke lapangan, saya lihat sendiri kenapa saya kata pengundi di Karamunting lebih bijak. Selama tujuh tahun, dua penggal, setiap aduan mereka,terutama berkaitan infrastruktur, saya usaha dan bantu,” katanya.

George berkata pengalaman turun padang sejak sekian lama menyebabkan pengundi lebih menilai rekod khidmatnya, bukan simbol parti semata-mata.

Beliau optimis pengundi akan terus memberikan kepercayaan kepadanya pada hari pengundian nanti, berdasarkan sokongan berterusan yang diterimanya sepanjang kempen.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/27/george-hiew-yakin-dapat-pertahan-kerusi-dun-karamunting/feed/ 0 87217
George Hiew, Jamawi ucap terima kasih kepada Hajiji atas restu tanding bawah PKR https://sabahmedia.com/2025/11/12/george-hiew-jamawi-ucap-terima-kasih-kepada-hajiji-atas-restu-tanding-bawah-pkr/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/george-hiew-jamawi-ucap-terima-kasih-kepada-hajiji-atas-restu-tanding-bawah-pkr/#respond Wed, 12 Nov 2025 07:34:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85599
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan calon PKR Melalap Datuk Jamawi Jaafar bertemu Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyampaikan ucapan terima kasih atas restu beliau untuk mereka bertanding di bawah tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah kali ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, George berkata pertemuan itu diadakan sejurus selepas sesi pengumuman calon PKR bagi menyatakan penghargaan mereka kepada Hajiji yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap kedua-dua bekas ADUN tersebut walaupun mereka bertanding di bawah logo berbeza.

“Saya dan Jamawi ambil masa berjumpa Hajiji untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi restu kepada kami.

“Walaupun kami bertanding atas logo yang berbeza, matlamat tetap sama iaitu untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan demi kebaikan Sabah,” katanya.

George turut mengucapkan tahniah kepada 51 calon GRS yang telah diumumkan setakat ini dan menegaskan semua mempunyai semangat yang sama untuk memajukan negeri.

“Tahniah kepada kesemua calon GRS. Walaupun kita daripada pelbagai parti namun berkongsi tujuan yang sama,” katanya.

Tambah George, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu bekerjasama bagi memastikan kemajuan Sabah, dan slogan Sabah Maju Jaya terus membawa harapan kepada rakyat.

George dan Jamawi diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi masing-masing, Karamunting dan Melalap, pada 9 November lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/george-hiew-jamawi-ucap-terima-kasih-kepada-hajiji-atas-restu-tanding-bawah-pkr/feed/ 0 85599
Hubungan kerjasama erat Sabah, Sarawak perlu diteruskan demi pembangunan lebih pesat – George https://sabahmedia.com/2024/09/02/hubungan-kerjasama-erat-sabah-sarawak-perlu-diteruskan-demi-pembangunan-lebih-pesat-george/ https://sabahmedia.com/2024/09/02/hubungan-kerjasama-erat-sabah-sarawak-perlu-diteruskan-demi-pembangunan-lebih-pesat-george/#respond Mon, 02 Sep 2024 07:39:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60089
Read Time:1 Minute, 15 Second

SANDAKAN: Kerjasama erat antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sedang membuahkan hasil, dan hubungan di antara kedua-dua negeri Borneo itu perlu diteruskan bagi menjamin pembangunan yang lebih pesat, kata Ketua Bahagian N54 Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk George Hiew Vun Zin.

Ketua Bahagian N54 Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk George Hiew Vun Zin.

Justeru, beliau menyeru ahli-ahli di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Karamunting untuk kekal bersatu padu dan mengelakkan perpecahan dalaman serta geseran politik yang hanya akan membawa kepada ketidakstabilan di kawasan itu dan Sabah secara keseluruhan.

“Sabah sedang berkembang pesat dan berada di landasan yang lebih baik berbanding dahulu, di mana negeri ini sering terjerumus dalam konflik politik. Rakyat sudah bosan dengan perebutan kuasa politik. Mereka hanya ingin hidup aman dengan kestabilan politik,” katanya.

George berkata demikian dalam ucapannya semasa Mesyuarat Tahunan Bahagian Gagasan Rakyat 2024 bagi Bahagian N54 Karamunting, kelmarin.

Beliau juga menekankan bahawa semua pihak perlu mengetepikan ego masing-masing dan bersatu untuk memimpin Karamunting ke arah kemakmuran dan kemajuan.

Majlis yang dilancarkan oleh Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah itu dihadiri oleh kira-kira 350 orang, termasuk ramai pemimpin dan ahli parti.

Suasana penuh semangat ahli-ahli Gagasan Rakyat di sini menunjukkan kesediaan untuk terus memperjuangkan hak dan kemakmuran Sabah.

Turut hadir semasa upacara perasmian mesyuarat itu termasuk wakil-wakil daripada parti komponen Gabungan Rakyat Sabah, iaitu parti STAR Sabah dan USNO, serta wakil daripada Gagasan Rakyat bahagian Sekong yang hadir sebagai pemerhati mesyuarat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/02/hubungan-kerjasama-erat-sabah-sarawak-perlu-diteruskan-demi-pembangunan-lebih-pesat-george/feed/ 0 60089
George dilantik Ketua Bahagian Karamunting Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/20/george-dilantik-ketua-bahagian-karamunting-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/20/george-dilantik-ketua-bahagian-karamunting-gagasan-rakyat/#respond Mon, 20 Mar 2023 08:57:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31156
Read Time:50 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Bahagian Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini.

Beliau menerima watikah pelantikan tersebut di ibu pejabat Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini.

Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor yang berada di luar negara hari ini telah diwakili oleh Naib President Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah dalam penyerahan watikah pelantikan tersebut.

George berkata, beliau akan terus memperkasakan perkhidmatan untuk rakyat dan membangunkan kemudahan infrastruktur di kawasan Karamunting.

“Gagasan Rakyat adalah sebuah parti tempatan berbilang kaum yang berupaya mempertahankan perjuangan rakyat Sabah. Pendirian politik parti ini adalah untuk melindungi hak-hak rakyat Sabah dan membawa pembangunan yang lebih pesat di dalam Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Gagasan Rakyat Bahagian Karamunting akan mengukuhkan struktur organisasi dan membawa lebih ramai ahli baru dan menambah cawangan bahagian tersebut.

“Kami akan menambah keahlian dari kalangan mereka yang mempunyai matlamat dan pendirian yang sama dengan Gagasan Rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/20/george-dilantik-ketua-bahagian-karamunting-gagasan-rakyat/feed/ 0 31156