Gerai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 May 2024 07:07:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gerai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga gerai jual makanan rosak dihempap pokok https://sabahmedia.com/2024/05/05/tiga-gerai-jual-makanan-rosak-dihempap-pokok/ https://sabahmedia.com/2024/05/05/tiga-gerai-jual-makanan-rosak-dihempap-pokok/#respond Sun, 05 May 2024 07:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53961
Read Time:45 Second

SEMPORNA: Tiga buah gerai menjual makanan rosak akibat dihempap sebatang pokok di Taman Sempaul dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Madzlan Sarman berkata, sepasukan bomba terdiri daripada tujuh anggota dari BBP Semporna dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.58 pagi (5 Mei).

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan Bomba mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah gerai.

“Kerosakan melibatkan khemah jenis kanopi termasuk barangan jualan makanan siap masak seperti kuih muih dan nasi bungkus.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji berantai dan seterusnya dialihkan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Madzlan, semasa kejadian keadaan adalah hujan dan terdapat penjual di setiap gerai tersebut, namun mereka semuanya terselamat dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.24 pagi setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi kejadian itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/05/tiga-gerai-jual-makanan-rosak-dihempap-pokok/feed/ 0 53961
DBKK Arah Tutup Gerai Untuk Pembersihan https://sabahmedia.com/2022/01/30/dbkk-arah-tutup-gerai-untuk-pembersihan/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/dbkk-arah-tutup-gerai-untuk-pembersihan/#respond Sun, 30 Jan 2022 03:52:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11730
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengarahkan gerai yang tular di laman sosial selepas seekor anjing naik ke atas meja dan menjilat piring yang ditinggalkan supaya ditutup bagi tujuan pembersihan.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, pihaknya telah mengambil maklum isu berkenaan yang dilaporkan berlaku di gerai Anjung Perdana Teluk Likas disini baru-baru ini.

“Gerai tersebut telah diarahkan tutup serta-merta selama satu minggu dimana Kerja-kerja pembersihan dan menyamak peralatan di gerai berkenaan juga sedang giat dilaksanakan oleh peniaga tersebut.

“Di samping itu, Unit Vektor Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), DBKK telah mengambil tindakan serta merta bagi menangkap anjing-anjing yang berada di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Junainah berkata, pihaknya meminta agar setiap penyewa gerai bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan di kawasan gerai mereka sentiasa terjaga agar kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/dbkk-arah-tutup-gerai-untuk-pembersihan/feed/ 0 11730
Pandemik COVID-19 Bukan Penghalang Semarak Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2021/08/28/pandemik-covid-19-bukan-penghalang-semarak-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/pandemik-covid-19-bukan-penghalang-semarak-hari-kebangsaan/#respond Sat, 28 Aug 2021 03:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5389
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Pandemik COVID-19 bukan penghalang bagi para penjaja Pasar Inanam Point menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan menghias gerai menggunakan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

Pengerusi Pasar Inanam Point, Ajimin Awang, 56, berkata, aktiviti berkenaan adalah amalan yang diterapkan sejak lapan tahun lalu.

“Terdapat beberapa orang pemilik gerai yang mengalami kekangan menghias gerai mereka kerana kawasan perumahan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Namun ia tidak menjadi penghalang kerana mereka tetap berbesar hati menyumbang perbelanjaan membeli Jalur Gemilang dan bendera Sabah agar sepuluh ahli jawatankuasa Tamu Inanam Point dapat menghias gerai mereka. 

“Hal ini juga secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penjaja, pelanggan dan masyarakat di sekitar kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata kepada media dalam Program Info On Wheels (IOW) Kempen Nasional Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu di sini, kelmarin.

Bagi seorang penjaja yang popular dengan jualan ‘Kuih Bulan’, Mariani Mussidi, 37 pula berpendapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan rasa cinta akan negara.

“Walaupun keadaan pada masa ini tidak mengizinkan kita untuk melakukan banyak aktiviti kemerdekaan, tetapi kita masih boleh meraikannya dengan cara lain seperti memakai baju bermotifkan corak Jalur Gemilang atau berkongsi gambar berlatarbelakangkan kemerdekaan di laman media sosial,” katanya.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu juga, pasar itu mempunyai satu tempat istimewa di hati kerana menjadi sumber pertama rezeki sehingga berjaya membuka perniagaan lain. 

“Selain pendapatan yang menguntungkan, saya juga rasa sayang untuk meninggalkan tempat ini kerana hubungan yang erat dan kerjasama yang baik sesama peniaga termasuklah dalam menjayakan sambutan bulan kebangsaan setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pasar Inanam Point, Rozinah Joniaas, 36, berkata, walaupun kita tidak terlibat dalam usaha memerdekakan negara dari penjajah, kita harus meneruskan perjuangan nenek moyang kita dengan cara mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki.

“Dalam keadaan sekarang, antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan semangat kemerdekaan adalah meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang sekeliling dalam memerangi COVID-19.

“Ia dapat dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mendapatkan suntikan vaksin agar kita kembali ‘Merdeka’ untuk melakukan aktiviti harian seperti dahulu.

“Jadikan semangat perjuangan nenek moyang kita dalam memerangi penjajah sebagai iktibar dan inspirasi untuk generasi kita memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini,” katanya.

Tambahnya, Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia sekali gus mencetuskan solidariti dalam mendepani cabaran yang mendatang termasuklah pandemik COVID-19.

Rozinah turut menyeru agar orang ramai menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibarkan bendera atau pakaian bermotifkan kemerdekaan untuk sama-sama memeriahkan bulan kebangsaan./PENERANGAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/pandemik-covid-19-bukan-penghalang-semarak-hari-kebangsaan/feed/ 0 5389
Peniaga gerai sayur Pekan Kundasang mahu tempat letak kereta diturap https://sabahmedia.com/2021/07/08/peniaga-gerai-sayur-pekan-kundasang-mahu-tempat-letak-kereta-diturap/ https://sabahmedia.com/2021/07/08/peniaga-gerai-sayur-pekan-kundasang-mahu-tempat-letak-kereta-diturap/#respond Thu, 08 Jul 2021 08:55:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2753
Read Time:35 Second

KUNDASANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam lawatan kerja sehari di daerah ini sempat berkunjung ke kawasan gerai di pekan Kundasang hari ini.

Hajiji berkata kerajaan akan memberi keutamaan terhadap masalah yang dikemukakan persatuan peniaga sayur di gerai itu.

“Kita mendengar rintihan dan permohonan mereka saya mengambil perhatian terhadap setiap masalah yang mereka kemukakan termasuk mahu kawasan tempat letak kereta di gerai itu diturap.

“Kundasang bukan sahaja menjadi pilihan pelancong tempatan malah juga luar negara dan salah satu lokasi yang kerap dikunjungi adalah kawasan gerai,” katanya.

Selain menjual sayuran segar, gerai sayur Pekan Kundasang juga ada menjual pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan bunga-bunga segar menjadi persinggahan serta tarikan pelancong yang berkunjung di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/08/peniaga-gerai-sayur-pekan-kundasang-mahu-tempat-letak-kereta-diturap/feed/ 0 2753