Gerakan Koperasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Jan 2024 04:10:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gerakan Koperasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gerakan tubuh koperasi di Sabah perlu terus diperhebatkan https://sabahmedia.com/2024/01/28/gerakan-tubuh-koperasi-di-sabah-perlu-terus-diperhebatkan/ https://sabahmedia.com/2024/01/28/gerakan-tubuh-koperasi-di-sabah-perlu-terus-diperhebatkan/#respond Sun, 28 Jan 2024 04:10:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48623
Read Time:1 Minute, 38 Second

Putatan : Gerakan untuk menubuhkan koperasi perlu terus diperhebatkan lagi khususnya di negeri ini kerana ia mampu menjadi platform bagi menyelesaikan keperluan rakyat di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Kerajaan Sabah juga sentiasa berusaha untuk mencukupi keperluan rakyat di negeri ini.

Katanya, keprihatinan kerajaan negeri dapat diterjemahkan apabila Belanjawan 2024 yang dibentangkan dengan tema Sabah Teguh, Rakyat Terbela menyaksikan peningkatan peruntukan sebanyak RM563 juta dari RM5.138 Bilion tahun lalu kepada RM5.701 Bilion  tahun ini.

“Antara perkara yang diberi perhatian melalui belanjawan ini termasuklah peningkatan kualiti taraf hidup rakyat di negeri ini.

“Saya melihat salah satu caranya adalah memperkukuhkan lagi pembangunan koperasi di negeri ini kerana ianya terbukti sebagai wadah bantu diri yang berkesan dan cukup menyeluruh mencakupi setiap sudut kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kembara Jelajah Borneo (KJB) Sabah di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan yakin koperasi di Sabah mampu untuk bergerak lebih jauh dalam pasaran terbuka khususnya dengan kewujudan badan puncak koperasi negara iaitu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Katanya, ANGKASA juga bergerak aktif bukan sahaja di dalam negara malah di pentas antarabangsa.

“Dalam bahasa mudahnya ANGKASA ini sebagai penghubung dan pemudahcara untuk koperasi meluaskan pasarannya di peringkat global.

“Peluang sebegini seharusnya direbut oleh koperasi di negeri Sabah. Apatah lagi tahun ini, perdagangan luar dijangka pulih dengan eksport dan import barangan dijangka meningkat semula.

“Saya amat berharap ANGKASA dapat memainkan peranannya dalam membuka lebih banyak peluang kepada koperasi untuk bergiat aktif dalam pasaran antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut berharap koperasi melalui ANGKASA dapat menjalankan lebih banyak kerjasama strategik bersama kerajaan negeri Sabah.

Katanya, ini termasuk agensinya dan juga pemain industri supaya ianya mampu untuk membina ekosistem ekonomi yang dipelopori oleh sektor ini.

“Saya difahamkan juga ANGKASA telah menjalankan beberapa projek dengan Jabatan Pertanian, Veterinar dan lain – lain bagi melihat kepada peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pihak kerajaan dan juga koperasi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/28/gerakan-tubuh-koperasi-di-sabah-perlu-terus-diperhebatkan/feed/ 0 48623
Gerakan koperasi membasmi kemiskinan tegar – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/07/22/gerakan-koperasi-membasmi-kemiskinan-tegar-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/07/22/gerakan-koperasi-membasmi-kemiskinan-tegar-hajiji/#respond Sat, 22 Jul 2023 07:53:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38738
Read Time:3 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin gerakan koperasi di Sabah yang mempunyai 1,707 koperasi berdaftar dan jumlah anggota lebih 350,000 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat membantu membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

“Saya berbangga kerana Sabah mempunyai bilangan koperasi berdaftar kedua tertinggi di negara selepas Selangor dengan jumlah pendapatan RM570 juta.

“Ini membuktikan gerakan koperasi di Sabah telah berjaya memainkan peranannya dan menyumbang secara signifikan sebagai salah satu agen pertumbuhan sosioekonomi yang berpotensi menamatkan kemiskinan tegar,” katanya pada Hari Koperasi Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah ( SICC) di sini hari ini.

Hajiji berkata, lebih membanggakan terdapat empat koperasi dari Sabah iaitu Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad, Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad, Koperasi Borneo Malaysia Berhad dan Koperasi Usahawan Tawau Berhad telah disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia tahun lalu.

“Syabas dan tahniah kepada semua koperasi di Sabah. Saya ingin melihat agar lebih banyak lagi koperasi dari Sabah disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun akan datang,” ujarnya.

Justeru, beliau percaya angka ini boleh dipertingkatkan apabila kesedaran dan minat menyertai koperasi menjadi cara hidup
yang menyumbang kepada kemakmuran sosio ekonomi negara.

“Ini adalah kerana wahana koperasi merupakan pendekatan yang efektif bukan sahaja dalam merangsang pembangunan sektor keusahawanan, bahkan berupaya memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 menangani cabaran peningkatan kos sara hidup.

“Tekad serta iltizam kerajaan adalah “to facilitate and not to frustrate” bagi membantu menyediakan dasar yang mesra koperasi agar gerakan koperasi secara khususnya di negeri ini adalah berdaya maju dan kompetitif,” katanya.

Menurut Hajiji, Sselaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berpaksikan kepada tiga teras utama iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan, Kerajaan negeri berharap agar gerakan koperasi di negeri ini dapat mengambil peluang sebaiknya inisiatif serta insentif dana yang disediakan dalam memajukan sektor perniagaan koperasi yang diceburi.

“Begitu juga dari segi bantuan dana dan tabung pembangunan modal koperasi, saya dimaklumkan baru-baru ini Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan bantuan pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM Tahun 2023 (TMPSKM) kepada dua koperasi di negeri Sabah dengan dana keseluruhan berjumlah RM25.9 juta dalam bentuk pembelian aset tanah kelapa sawit seluas 1,500 ekar dan juga premis perniagaan runcit.

“Selain itu, SKM juga telah meluluskan bantuan kepada dua buah koperasi melalui program pembiayaan yang dikenali sebagai Program eFAST berbentuk geran pembangunan perniagaan kepada koperasi-koperasi yang produktif untuk memantapkan perniagaan,” jelas beliau.

Hajiji berkata, peranan koperasi menjadi pelengkap dan berganding bahu bersama kerajaan dan sektor swasta dalam mengisi ruang-ruang kosong “untapped business opportunities” yang ada dalam membangunkan negeri ini secara spesifiknya.

“Justeru, saya mahu semua gerakan koperasi di Sabah terus memperkasakan diri, meningkatkan daya saing dan merebut peluang ekonomi yang tersedia.

“Di Sabah kita mempunyai banyak jenis koperasi yang membangunkan sosio ekonomi komuniti, sama ada berkaitan peruncitan atau aktiviti pelancongan dan kelestarian alam sekitar. Negeri ini kaya dengan sumber alam semulajadi dan sosio budaya yang mampu menarik ramai pelancong berkunjung sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Tambah beliau, pembukaan semula pintu-pintu masuk sempadan negara telah memberi impak positif dan menggalakkan pemulihan sektor pelancongan di mana Sabah telah mencatatkan seramai 1.73 juta ketibaan pelancong pada tahun lalu dan tahun ini dijangka seramai 2.2 juta orang dengan berupaya menjana pendapatan sebanyak RM4.1 bilion.

Beliau menggesa koperasi di Sabah memanfaatkan ledakan industri pelancongan, yang mewujudkan pelbagai peluang perniagaan hiliran seperti penginapan, inap desa, pengangkutan, restoran, taman, dan kedai cenderamata.

Dalam pada itu, Ketua Menteri juga turut mengalu-alukan penyertaan seramai 186 belia dari 19 negara Asia Pasifik ke Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik (APCYS) di Sabah yang julung
kalinya diadakan di Malaysia bermula 27 hingga 30 Julai tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/22/gerakan-koperasi-membasmi-kemiskinan-tegar-hajiji/feed/ 0 38738
Gerakan koperasi berjaya capai sumbangan perolehan mencecah RM45.5 bilion https://sabahmedia.com/2023/07/21/gerakan-koperasi-berjaya-capai-sumbangan-perolehan-mencecah-rm45-5-bilion/ https://sabahmedia.com/2023/07/21/gerakan-koperasi-berjaya-capai-sumbangan-perolehan-mencecah-rm45-5-bilion/#respond Fri, 21 Jul 2023 05:16:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38689
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Gerakan koperasi yang sudah wujud melebihi 100 tahun di negara ini telah berjaya mencapai sumbangan perolehan koperasi mencecah RM45.5 bilion.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah itu menjadikan ianya penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara selepas sekor Kerajaan dan swasta.

Katanya, gerakan koperasi pada masa kini telah mengorak langkah menceburi enam sektor ekonomi utama negara seperti sektor perkhidmatan kewangan, pemborongan peruncitan, perladangan, pelancongan, pembangunan hartanah dan industri pembinaan serta penjagaan diri dan kesihatan.

“Gerakan koperasi di Sabah umpamanya, mempunyai potensi yang besar mampu menoktahkan kemiskinan tegar dalam mencapai matlamat Sabah Maju Jaya pada tahun 2025.

“Suka saya memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,707 buah koperasi yang berdaftar di Sabah. Ini menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi yang mempunyai bilangan koperasi selepas Selangor.

“Dengan keanggotaan sekitar 350,000 orang, gerakan koperasi di Sabah berjaya merekodkan perolehan lebih kurang sebanyak RM570 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 di sini semalam.

Majlis disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ewon berkata, antara kejayaan yang telah berjaya dilakar dalam tempoh 100 tahun gerakan koperasi di negara ini adalah penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Katanya, UKKM merupakan universiti koperasi pertama di negara ini yang akan menerajui negara melahirkan pelapispelapis profesional modal insan koperasi.

“Ini bagi memastikan sektor koperasi terus berdaya saing, dipimpin dan dianggotai oleh mereka yang kompeten, dinamik dan progresif. 

“Buat masa ini, UKKM menawarkan program daripada peringkat diploma, ijazah sarjana muda sehingga sarjana dalam bidang pentadbiran dan keusahawanan dan saya telah menyampaikan tawaran kepada 20 pelajar siri pertama MBA Pengurusan Koperasi pada 23 Mei 2023 yang lalu. Pengambilan pelajar seterusnya akan dibuat pada bulan September 2023 bagi program diploma dan ijazah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/21/gerakan-koperasi-berjaya-capai-sumbangan-perolehan-mencecah-rm45-5-bilion/feed/ 0 38689
Gerakan Koperasi di Sabah bantu perkasa ekonomi negeri https://sabahmedia.com/2023/04/01/gerakan-koperasi-di-sabah-bantu-perkasa-ekonomi-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/04/01/gerakan-koperasi-di-sabah-bantu-perkasa-ekonomi-negeri/#respond Sat, 01 Apr 2023 00:59:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31939
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Gerakan koperasi di Sabah perlu mencapai kejayaan yang boleh.dicontohi, termasuk berganding bahu bersama kerajaan dan sektor swasta dalam meningkatkan ekonomi negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada segala usaha yang dijalankan oleh koperasi termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dalam memperkasakan lagi ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Beliau yakin sektor koperasi di Sabah mampu menjana perolehan dan memenuhi keperluan anggota serta masyarakat terutama dalam menggunakan kekayaan sumber alam semulajadi dan kekuatan tarikan pelancongan di negeri ini.

“Ia kerana di Sabah kita mempunyai banyak jenis koperasi yang membangunkan sosio ekonomi komunitii sama ada berkaitan peruncitan atau aktiviti pelancongan dan kelestarian alam sekitar”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Moreh Ramadan ANGKASA Sabah di Hotel Hilton Kota Kinabalu, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmy Yahya.

Hajiji berkata, jumlah koperasi berdaftar di Sabah pada tahun 2022 sebanyak 1,706
buah dengan anggota seramai 343,230 orang, manakala modal syer terkumpul sebanyak RM220 juta, aset terkumpul sebanyak RM826.44 juta dan pencapaian jumlah perolehan sebanyak RM437.15 juta.

Menurutnya, berdasarkan statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA sebagai badan apeks (puncak) gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan menaungi 15,315 buah koperasi pada tahun 2022, dengan seramai 7.04 juta keanggotaan.
“Manakala aset ANGKASA pula sebanyak RM156.2 Bilion dan modal syer/ yuran sebanyak RM16.5 Bilion. Perolehan gerakan koperasi sehingga 31 Disember 2021 pula mencapai RM37.9 Bilion”.

“ANGKASA telah memainkan peranan signifikan kepada pembangunan gerakan koperasi di seluruh negara termasuklah di Sabah. Amat penting usaha ini diteruskan kerana koperasi harus lebih berdaya maju dan progresif dengan aktivitinya seiring dengan keadaan ekonomi yang kian berubah, terutama selepas penularan pandemik COVID-19”, tegasnya.

Hajiji berkata, selain menawarkan perkhidmatan kewangan seperti pembiayaan dan dividen kepada anggota, koperasi turut memelihara aspek sosial termasuk antaranya
membuka peluang pekerjaan, memberi pelbagai bentuk latihan dan pendidikan termasuk keusahawan, serta memberi bantuan kepada anggota memerlukan.

Beliau yakin peranan yang boleh dibuat oleh koperasi, melalui kepimpinan ANGKASA dalam membantu rakyat khususnya dalam menjadi ejen pembasmi kemiskinan.

Katanya, perkara itu dapat direalisasikan jika koperasi dapat terlibat dalam sektor keberhasilan utama negara dan berimpak tinggi.

“Besar harapan saya untuk melihat koperasi dapat membantu dalam isu – isu rakyat,
termasuk kos sara hidup dan keterjaminan makanan yang sering diuar-uarkan oleh kerajaan”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/01/gerakan-koperasi-di-sabah-bantu-perkasa-ekonomi-negeri/feed/ 0 31939