gereja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 26 Dec 2024 03:26:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gereja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Raikan Krismas dalam suasana muhibah – Isquzawan https://sabahmedia.com/2024/12/26/raikan-krismas-dalam-suasana-muhibah-isquzawan/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/raikan-krismas-dalam-suasana-muhibah-isquzawan/#respond Thu, 26 Dec 2024 03:26:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65977
Read Time:59 Second

Penampang : Lebih 100 komuniti dalam Kampung Duvanson di sini telah menyertai Pertandingan Menghias Kawasan Gereja St. Simon.

Pertandingan itu melibatkan enam buah kawasan iaitu Hizavan, Kotiduvan, Tansau, Pakutah, Gumbahon dan Dagang Tanah.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas, Mohd Isquzawan Datuk Arsit.

Isquzawan ketika ditemui berkata, program seperti itu akan dapat memperkukuh dan mengeratkan lagi silaturahim masyarakat di kawasan itu.

Justeru beliau mengajak penduduk di kawasan itu bersama-sama bersatu dalam meraikan kepelbagaian, kepercayaan dan komited dengan sikap toleransi.

“InsyaAllah pada tahun-tahun hadapan kita akan terus membantu menjayakan program-program seperti ini dan mudah-mudahan program-program ini dapat diperbesarkan lagi.

“Ia juga bagi memastikan semua masyarakat di sini dapat menerima manfaatnya. Penglibatan ini merangkumi dari pelbagai umur masyarakat, ada belianya, ada remajanya, ada veterannya dan sebagainya. Itu yang paling penting sebab kita dapat mengeratkan lagi suasana di kawasan kampung,” katanya.

Kawasan Kotiduvan berjaya mendapat tempat pertama, tempat kedua Hizavan manakala tempat ketiga di menangi Pakutah.

Pemenang masing-masing memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, RM700 dan RM500. Pertandingan Menghias Kawasan Gereja dianjurkan Gereja St Simon Duvanson dengan kerjasama Gagasan Rakyat Petagas dan UPPM Putatan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/raikan-krismas-dalam-suasana-muhibah-isquzawan/feed/ 0 65977
‘Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera’ Dibuka Di Tiga Gereja Dalam DUN Lumadan https://sabahmedia.com/2021/09/18/food-bank-lumadan-prihatin-sejahtera-dibuka-di-tiga-gereja-dalam-dun-lumadan/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/food-bank-lumadan-prihatin-sejahtera-dibuka-di-tiga-gereja-dalam-dun-lumadan/#respond Sat, 18 Sep 2021 10:55:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6544
Read Time:1 Minute, 33 Second

BEAUFORT: Pelaksanaan inisiatif Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera terus diperkembang untuk membantu penduduk yang terkesan oleh pandemik Covid-19, dengan melibatkan gereja dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN Lumadan.

Food bank (tabung makanan) tersebut, yang merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam, telah dibuka dan beroperasi di 32 masjid dalam kawasan DUN tersebut.

Dan hari ini, Ruslan bersama Pengerusi Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera, Abd. Aziz Abd. Lazjim, secara simbolik melancarkan pembukaan Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera di tiga buah gereja.

Gereja yang bersama menjayakan inisiatif food bank ini ialah Gereja St. Joseph Kampung Laboi, Meraba, Gereja St. Michael Batu 6 Lumadan dan Gereja Bonda Maria Ratu Rosari Kg. Binunuk.

“Ini adalah sejajar dengan hala tuju Lumadan Sejahtera memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.

“Dengan adanya Food Bank ini, mereka yang memerlukan bahan mentah boleh lah datang mengambil ikut keperluan di food bank di masjid-masjid dan gereja-gereja yang berkenaan,” kata Ruslan dalam kenyataan medianya hari ini.

Katanya, food bank ini terbuka bukan sahaja kepada penduduk yang terkesan di masa pandemik Covid-19, bah kan juga sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya, mereka yang terkesan boleh datang mengambil bahan mentah ini untuk kegunaan harian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga buah gereja yang sudi bersama menjayakan Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera ini.

“Saya juga menyeru kepada mana-mana individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) agar dapat bersama memberikan sumbangan barangan bahan makanan mentah di setiap masjid dan gereja yang mempunyai food bank.

“Saya berharap dengan ikatan tali persaudaraan tanpa mengira pegangan agama mahupun idelogi yang berbeza akan mengekalkan keharmonian demi kesejahteraan kita bersama,” kata Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin kampung yang turut serta dalam acara simbolik pembukaan Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera, pengerusi pengerusi dan AJK gereja serta AJK Food Bank Lumadan Prihatin Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/food-bank-lumadan-prihatin-sejahtera-dibuka-di-tiga-gereja-dalam-dun-lumadan/feed/ 0 6544