Getah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Jun 2026 14:19:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Getah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LIGS hasilkan bantal lateks tingkat nilai industri getah Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/13/ligs-hasilkan-bantal-lateks-tingkat-nilai-industri-getah-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/13/ligs-hasilkan-bantal-lateks-tingkat-nilai-industri-getah-sabah/#respond Fri, 12 Jun 2026 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98127
Read Time:2 Minute, 19 Second

BEAUFORT: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengambil langkah baharu dalam memperkukuh industri getah negeri menerusi pengeluaran bantal berasaskan lateks tempatan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 120,000 pekebun kecil getah di Sabah.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi meningkatkan nilai tambah lateks yang dihasilkan di negeri ini, yang sebelum ini kebanyakannya dieksport ke Johor untuk kegunaan industri sarung tangan.

Menurutnya, pengurusan LIGS telah mengubah suai kilang sedia ada bagi membolehkan pemprosesan bantal yang diperbuat sepenuhnya daripada lateks keluaran Sabah.

“Tujuan utama projek ini adalah untuk menambah nilai lateks yang kita hasilkan di Sabah. Sebelum ini, lateks dieksport terus ke Johor, namun hasil penilaian yang dibuat mendapati pemprosesan di negeri ini mampu meningkatkan nilai produk dan secara tidak langsung memberi pulangan lebih baik kepada pekebun kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat kilang pemprosesan bantal lateks LIGS di sini, pada Jumaat.

Jamawi berkata, kilang berkenaan memulakan pengeluaran pertama pada 29 Mei lalu dan kini telah beroperasi selama dua minggu.

Katanya, usaha yang diterajui LIGS itu mampu membuka lembaran baharu kepada industri getah Sabah selain meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui pembangunan industri hiliran.

Menurutnya, kapasiti semasa kilang itu mampu menghasilkan sehingga 400 bantal sehari bagi operasi lapan jam dan jumlah itu boleh ditingkatkan mengikut permintaan pasaran.

“Produk bantal lateks keluaran LIGS mempunyai potensi besar untuk bersaing dengan produk import yang kini dijual pada harga sekitar RM399 hingga RM400 seunit.

“Kita mahu menawarkan produk berkualiti pada harga yang lebih berpatutan. Yang penting, ada pulangan kepada pekebun kecil dan pada masa sama pengguna memperoleh produk berkualiti,” katanya.

Selain menghasilkan bantal, sisa pemotongan lateks yang tidak digunakan turut diproses menjadi produk cenderamata berbentuk monyet probosis.

Jamawi berkata, produk berkenaan berpotensi dipromosikan sempena Tahun Melawat Sabah 2027 menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

“Sekiranya produk ini mendapat sambutan dan memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan, ia berpotensi menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, Sabah mempunyai kira-kira 500,000 ekar tanaman getah yang diusahakan oleh lebih 120,000 pekebun kecil, dengan Tenom merekodkan keluasan tanaman getah terbesar di negeri ini.

“Golongan inilah yang perlu kita bantu. Hari ini harga getah juga menunjukkan peningkatan kepada sekitar RM10 sekilogram berbanding kira-kira RM7 beberapa bulan lalu dan perkembangan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pekebun getah di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya turut merancang memperluaskan industri hiliran getah menerusi pembangunan fasa kedua yang berpotensi dilaksanakan di Tenom dalam tempoh beberapa tahun akan datang, bergantung kepada kejayaan projek perintis di Beaufort.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan merangkap ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam; Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong; Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), Datuk Dr Ramle Kasin; serta Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA), Dato Shawn Davey.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/13/ligs-hasilkan-bantal-lateks-tingkat-nilai-industri-getah-sabah/feed/ 0 98127
Eksport produk getah ke Amerika Selatan naik 13.7 peratus pada Januari 2026 https://sabahmedia.com/2026/03/19/eksport-produk-getah-ke-amerika-selatan-naik-13-7-peratus-pada-januari-2026/ https://sabahmedia.com/2026/03/19/eksport-produk-getah-ke-amerika-selatan-naik-13-7-peratus-pada-januari-2026/#respond Thu, 19 Mar 2026 04:01:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93563
Read Time:1 Minute, 45 Second

KUALA LUMPUR, Eksport produk getah Malaysia ke pasaran Amerika Selatan mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 13.7 peratus tahun ke tahun kepada RM57.2 juta pada Januari 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai antara peneraju global dalam industri berkenaan. 

Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pencapaian itu mencerminkan keberkesanan pendekatan strategik kerajaan dalam memperluas pasaran bukan tradisional, di samping mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai pembekal produk getah berkualiti tinggi yang diyakini di peringkat antarabangsa. 

Menurut kenyataan itu, Brazil kekal sebagai destinasi eksport utama dengan menyumbang 43.8 peratus daripada keseluruhan eksport ke rantau berkenaan, susulan keputusan negara itu menggantung tindakan anti-lambakan pada Disember 2025. 

Perkembangan itu membuka semula ruang pasaran kepada pengeksport Malaysia, yang kemudiannya bertindak pantas meningkatkan eksport produk bernilai tinggi seperti benang lateks dan kondom. 

Sementara itu, Argentina merekodkan pertumbuhan paling ketara dengan lonjakan 140.6 peratus kepada RM14.3 juta, didorong peningkatan permintaan terhadap sarung tangan getah dan benang lateks sejajar dengan perkembangan sektor penjagaan kesihatan negara berkenaan. Colombia pula mencatat peningkatan 31.8 peratus, dipacu oleh permintaan yang semakin tinggi bagi produk perubatan serta kelengkapan pelindung diri (PPE). 

Kementerian berkata kejayaan itu turut disokong pelaksanaan inisiatif proaktif oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) bersama agensi berkaitan menerusi strategi pemasaran bersasar, pengukuhan jaringan antarabangsa dan sesi libat urus berterusan dengan rakan dagang global. 

Menurut kenyataan itu, walaupun ekonomi global dijangka terus berdepan cabaran termasuk ketegangan geopolitik, ketidaktentuan pasaran dan tekanan kos tenaga, kementerian kekal komited untuk memastikan industri getah negara terus berdaya tahan dan kompetitif. 

Amerika Selatan kini dikenal pasti sebagai antara pasaran berpotensi tinggi dan akan terus diberi keutamaan dalam strategi pengembangan eksport negara, dengan langkah Brazil menggantung tindakan anti-lambakan dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan lebih mampan dalam tempoh terdekat. 

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata perkembangan itu membuktikan Malaysia bukan sekadar pengeluar, sebaliknya peneraju global dalam industri getah yang terus mengembangkan pengaruh ke pasaran baharu. 

Beliau berkata dengan permintaan global yang kekal kukuh, khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan, Malaysia berada di landasan tepat untuk memperluas penguasaan pasaran dan memperkukuh kedudukan sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan getah dunia. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/19/eksport-produk-getah-ke-amerika-selatan-naik-13-7-peratus-pada-januari-2026/feed/ 0 93563
DUN Sabah : LIGS Salur BMT Pekebun Kecil Getah https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-ligs-salur-bmt-pekebun-kecil-getah/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-ligs-salur-bmt-pekebun-kecil-getah/#respond Mon, 06 Dec 2021 10:45:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9415
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah di Sabah sebanyak RM600 seorang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pembayaran BMT sebanyak RM36,949,715 kepada 61,583 pekebun kecil getah telahpun dilaksanakan untuk pembayaran BMT tahun 2020 yang dilaksanakan awal tahun ini.

Katanya, LIGS juga akan menyalurkan pembayaran BMT tahun ini kepada 86,323 pekebun kecil getah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM51,793,800 pada 13 Disember ini.

“Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) seperti penanaman nanas MD2, halia, pisang dan penternakan ikan tilapia akan terus dilaksanakan bagi membolehkan para pekebun kecil memperolehi pendapatan tambahan selain daripada hasil getah.

“Bagi bencana alam, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mewujudkan Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Bencana Pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Fairuz Renddan (BERSATU – Pintasan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dr Jeffrey berkata, PPSPA bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kumpulan sasar iaitu penternak, petani, nelayan, pengusaha akuakultur, pengusaha agro pelancongan, Industri Makanan dan  Asas Tani (IMAT) yang terkesan akibat bencana.

Katanya, jenis-jenis bencana yang diliputi adalah bencana alam seperti banjir, ombak besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami, kemarau, dan tanah runtuh.

“Selain itu, bencana seperti wabak penyakit ternakan, serangan serangga perosak, ledakan Alga (Algal bloom/Red Tide), serangan hidupan liar, pencemaran alam, jerebu, kebakaran, kejadian empangan atau takungan air pecah dan lain-lain bencana yang bukan disebabkan oleh kecuaian manusia juga merupakan jenis-jenis bencana yang diberi bantuan di bawah PPSPA. 

“Bantuan yang ditawarkan adalah dalam bentuk peralatan pertanian, baja, benih, kerja tanah dan lain-lain yang bersesuaian bagi petani tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, makanan ternakan dan fertigasi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Jeffrey berkata, Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan khusus kepada pengusaha padi yang terjejas akibat kawasan sawah yang dilanda banjir melalui program Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP). 

Katanya, program ini diselaraskan oleh MAFI Putrajaya dan kadar bantuan kewangan yang diberikan bagi tanaman padi berumur di bawah 70 hari adalah sebanyak RM876.00/hektar manakala bagi tanaman padi berumur 70 hari ke atas adalah sebanyak RM1,800.00/hektar.

“Jumlah maksimum yang layak diberi bantuan bagi setiap pesawah adalah 3 hektar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-ligs-salur-bmt-pekebun-kecil-getah/feed/ 0 9415
Harga Lantai Getah Perlu Ditingkatkan https://sabahmedia.com/2021/10/19/harga-lantai-getah-perlu-ditingkatkan/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/harga-lantai-getah-perlu-ditingkatkan/#respond Tue, 19 Oct 2021 11:10:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7686
Read Time:1 Minute, 15 Second

TUARAN: Harga lantai getah perlu ditingkatkan dalam usaha membantu para pekebun kecil getah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan akan mencari jalan untuk meningkatkan harga getah yang telah ditetapkan kerana ia merupakan sebahagian dari usaha kerajaan dalam membantu merancakkan lagi kegiatan eksport getah ke luar negara.

“Inisiatif ini sekali gus dapat menggelakkan pengusaha getah beralih kepada penanaman kelapa sawit.

“Oleh sebab itu, saya menyokong kenyataan Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) supaya harga lantai getah dapat ditingkatkan walaupun ia agak sukar tapi kita harus mencari jalan, kalau tidak mereka akan beralih kepada tanaman kelapa sawit.

“Juga perlu diperluaskan, jumlah hektar tanaman getah kerana terdapat 80,000 ribu pekebun kecil di Sabah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kilang Getah SMR Tuaran, pada Selasa.

Tambah beliau, lawatan tersebut bertujuan meninjau kilang memproses getah SMR milik anak syarikat kerajaan negeri Sabah iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang mempunyai kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Kilang ini mampu memproses 150 tan getah sehari dan 50,000 ribu tan setahun dan ia juga membekalkan getah SMR kepada kilang tayar Bridgestone serta turut mengeksport SMR ke China.

“Di kilang getah ini mempunyai lebih kurang 300 orang pekerja dan dalam keadaan yang memuaskan dalam meneruskan perniagaan lebih baik.

“LIGS mempunyai tiga buah kilang yang terdapat di Tuaran, Tenom dan Beaufort.

“Pekebun-pekebun kecil juga mempunyai tempat untuk menjual getah mereka,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/harga-lantai-getah-perlu-ditingkatkan/feed/ 0 7686