gimrama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 13 Aug 2026 03:57:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gimrama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA XXII: Gimrama Sabah sasar podium, mahu pamer persembahan terbaik https://sabahmedia.com/2026/08/13/sukma-xxii-gimrama-sabah-sasar-podium-mahu-pamer-persembahan-terbaik/ https://sabahmedia.com/2026/08/13/sukma-xxii-gimrama-sabah-sasar-podium-mahu-pamer-persembahan-terbaik/#respond Thu, 13 Aug 2026 03:28:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101472
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Gimnastik Berirama (Gimrama) Sabah bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap rutin yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Pengurus pasukan, Elena Sidekly berkata, pasukan yang disertai seramai 10 atlet dan dua jurulatih itu turut menyasarkan untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik.

Beliau berkata, meskipun sasaran utama adalah untuk meraih pingat emas namun kejayaan menempatkan diri di podium turut sudah dianggap sebagai pencapaian yang membanggakan.

“Semua orang inginkan pingat, tetapi kami bersyukur jika diberi kesempatan untuk berada dalam kelompok tiga terbaik. Sasaran kami adalah pingat gangsa,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini.

Menurut Elena, fokus utama pasukan ketika ini adalah memastikan semua atlet dapat mempamerkan persembahan terbaik dan melaksanakan setiap rutin dengan kemas serta tanpa kesilapan.

Beliau berkata, persiapan pasukan telah dilakukan secara intensif selama kira-kira lapan bulan bagi memastikan atlet berada pada tahap terbaik sebelum menghadapi saingan SUKMA.

“Persiapan latihan telah dibuat selama lapan bulan dan kami juga menghadiri beberapa kejohanan di luar bagi mengukur tahap pencapaian atlet.

“Pengalaman daripada kejohanan-kejohanan itu penting untuk menilai prestasi atlet serta mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi SUKMA,” katanya.

Pasukan gimrama Sabah turut dibimbing jurulatih Zovi Tie Yu Pei dan Christylyn Leikson.

Elena berkata, prestasi semasa atlet turut menunjukkan perkembangan positif selepas pasukan berjaya meraih pingat perak dalam acara bola dan gangsa dalam acara riben pada Kejohanan Gimnastik Berirama Kebangsaan yang berlangsung Mei lalu.

Katanya, atlet dalam acara individu juga menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan, sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan menjelang saingan di Selangor.

“Kami berharap atlet-atlet ini dapat mempamerkan persembahan terbaik mereka dan melakukan rutin dengan ‘clean’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan Gimrama Sabah juga mahu mencapai sasaran yang lebih tinggi berbanding sebelum ini .

“Sudah pasti kami mahu memperbaiki pencapaian pada SUKMA Sarawak dua tahun lalu apabila sekadar menduduki tempat keempat dan pada SUKMA kali ini kami mahu mencapai sasaran lebih tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/13/sukma-xxii-gimrama-sabah-sasar-podium-mahu-pamer-persembahan-terbaik/feed/ 0 101472
Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi  https://sabahmedia.com/2022/05/19/gimrama-tunai-janji-sapu-emas-di-hanoi/ https://sabahmedia.com/2022/05/19/gimrama-tunai-janji-sapu-emas-di-hanoi/#respond Thu, 19 May 2022 11:55:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=15652
Read Time:1 Minute, 6 Second

HANOI: Tidak lama selepas mengungguli kedudukan 1-2 dalam saingan all-around individu Sukan SEA 2021, atlet gimnastik berirama (gimrama) memenuhi janji mereka untuk mempertahankan pingat emas dalam saingan berpasukan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan pasukan gimmastik negara kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada gimmastik artistik dan  dua dalam gimrama.

Skuad negara yang dibarisi Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung nyata tidak menghadapi masalah mempertahankan emas yang dimenangi di Manila 2019 apabila mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola(23.050).

Sementara itu, perak dimenangi wakil tuan rumah, Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 dan gangsa diraih Vietnam (37.800).

Bagi jurulatih gimmastik berirama negara, Eriko Akebayashi mengakui gembira apabila anak didiknya terus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi kali ke-30 di Manila 2019.

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker dilaporkan berkata, kontinjen negara pada landasan tepat untuk mencapai sasaran 36 emas, 35 perak dan 75 pingat gangsa.

Beliau berkata, Malaysia masih mempunyai beberapa lagi sukan pilihan seperti gimrama, karate dan taekwondo yang mampu menghadiahkan pingat untuk mencapai sasaran itu sebelum temasya berkenaan menutup tirai pada 23 Mei ini. 

]]>
https://sabahmedia.com/2022/05/19/gimrama-tunai-janji-sapu-emas-di-hanoi/feed/ 0 15652