gisb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Oct 2024 04:17:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gisb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 CEO GISBH dan Isteri Didakwa Bersama 20 Individu Lain Atas Pertuduhan Ahli Kumpulan Jenayah Terancang https://sabahmedia.com/2024/10/23/ceo-gisbh-dan-isteri-didakwa-bersama-20-individu-lain-atas-pertuduhan-ahli-kumpulan-jenayah-terancang/ https://sabahmedia.com/2024/10/23/ceo-gisbh-dan-isteri-didakwa-bersama-20-individu-lain-atas-pertuduhan-ahli-kumpulan-jenayah-terancang/#respond Wed, 23 Oct 2024 04:17:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62615
Read Time:1 Minute, 31 Second

SELAYANG — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, dan isterinya, Azura Md Yusof, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Turut didakwa ialah anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tarmimi, bersama 19 individu lain yang menghadapi pertuduhan yang sama.

Kesemua tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan 9 wanita, termasuk beberapa individu terkenal seperti Mohd Shukri Mohd Noor, Muhammad Afdaluddin Latif, Mohamad Sayuti Omar, dan lain-lain. Mereka didakwa atas kesalahan yang didakwa berlaku antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024 di premis GISBH di Bandar Country Homes, Rawang.

Pertuduhan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Kesemua tertuduh berusia antara 27 hingga 72 tahun.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini berada di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ali, memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan kes akan datang. Sementara itu, peguam yang mewakili semua tertuduh, Datuk Rosli Kamaruddin, meminta panduan mahkamah berhubung permohonan jaminan.

Rosli turut menjelaskan bahawa pihak pembelaan ingin mengetahui sama ada permohonan jaminan terhadap anak guamnya boleh didengar di mahkamah ini atau perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, memandangkan kes ini melibatkan SOSMA.

Tarikh sebutan kes akan ditentukan dalam masa terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/23/ceo-gisbh-dan-isteri-didakwa-bersama-20-individu-lain-atas-pertuduhan-ahli-kumpulan-jenayah-terancang/feed/ 0 62615
3 individu yang dikatikan dengan GISB akan didakwa esok – PDRM https://sabahmedia.com/2024/09/18/3-individu-yang-dikatikan-dengan-gisb-akan-didakwa-esok-pdrm/ https://sabahmedia.com/2024/09/18/3-individu-yang-dikatikan-dengan-gisb-akan-didakwa-esok-pdrm/#respond Wed, 18 Sep 2024 14:31:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60864
Read Time:1 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) yang disiasat polis susulan Op Global yang dijalankan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di Negeri Sembilan, esok.

Memetik laporan media, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan asal Op Global di Negeri Sembilan dipecahkan kepada empat mengikut pembabitan suspek bagi memudahkan pertuduhan. 

“Seorang suspek berusia 21 tahun akan didakwa dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) akta sama. 

“Sementara dua lagi suspek berusia 20 dan 22 tahun masing-masing akan didakwa atas enam dan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) akta sama

Ia pertuduhan kedua selepas seorang lelaki didakwa di mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas kesalahan membabitkan ugutan jenayah.

Sebelum ini, polis dilapor menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan melalui Op Global pada 10 September lalu. 

Razarudin dipetik berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Susulan kes itu, katanya 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun. 

Berdasarkan maklumat serta siasatan dilakukan, pihak polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Modus operandi GISBH berdasarkan risikan dan kenyataan mangsa mendapati mangsa diajar, dididik untuk meliwat seterusnya diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain. 

Terdapat juga kanak-kanak didera menggunakan objek seperti sudu panas sebagai bentuk hukuman apabila melakukan kesilapan.

Untuk rekod Seksyen 14 Akta 792 merujuk amang seksual fizikal atas kanak-kanak, dengan Sekyen 14(a) membabitkan kesalahan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak, manakala 14(b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/18/3-individu-yang-dikatikan-dengan-gisb-akan-didakwa-esok-pdrm/feed/ 0 60864