GISBH sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Sep 2024 03:24:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png GISBH sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GISBH : Semua premis berkaitan di Sabah, Sarawak tutup dan tidak beroperasi https://sabahmedia.com/2024/09/27/gisbh-semua-premis-berkaitan-di-sabah-sarawak-tutup-dan-tidak-beroperasi/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/gisbh-semua-premis-berkaitan-di-sabah-sarawak-tutup-dan-tidak-beroperasi/#respond Fri, 27 Sep 2024 03:24:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61294
Read Time:59 Second

Kuala Lumpur : Semua premis berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi susulan Op Global dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun premis tidak beroperasi namun pihaknya akan terus memantau bagi memastikan individu yang terlibat dapat dikenal pasti dan dibawa untuk di dakwa.

Katanya, bagi memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan, PDRM telah mengadakan sesi mesyuarat bersama pelbagai agensi kerajaan untuk meneliti situasi semasa pengoperasian premis berkenaan di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, mesyuarat itu melibatkan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Hasil mesyuarat mendapati premis berkaitan dengan GISB di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi. Maka dicadangkan supaya agensi-agensi yang terbabit mengambil tindakan untuk menggeledah dan menyita premis itu mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 3/1995 dan Seksyen 16a Akta Pusat Jagaan 1993 bagi premis di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Razarudin berkata, tindakan sama akan dibuat di Sarawak mengikut Seksyen 44 Ordinan Tatacara Jenayah Syariah (Sarawak) dan Seksyen 16a Akta Pusat Jagaan 1993.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/gisbh-semua-premis-berkaitan-di-sabah-sarawak-tutup-dan-tidak-beroperasi/feed/ 0 61294
Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan https://sabahmedia.com/2024/09/20/mesyuarat-berhubung-isu-gisbh-di-sabah-diadakan-bulan-depan/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/mesyuarat-berhubung-isu-gisbh-di-sabah-diadakan-bulan-depan/#respond Fri, 20 Sep 2024 01:42:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60907
Read Time:1 Minute, 18 Second

Membakut : Satu mesyuarat bersama Pejabat Mufti negeri Sabah akan diadakan bulan depan bagi mengetahui keputusan berhubung isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)  di negeri ini.

Exco Pendidikan dan Agama Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) turut memainkan peranan dalam menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

“Saya sudah meminta kepada Pejabatan Mufti untuk meneliti dan membuat ketetapan pada bulan Oktober ini dan mereka akan bermesyuarat bagi memutuskan hukum tentang perkara organisasi ini.

“Saya juga telah meminta kepada Mufti untuk membuat penyelidikan dari sudut hukum berhubung apa yang diamalkan oleh pihak berkenaan.

“Mufti akan memaklumkan kita dan Kerajaan akan memaklumkan kepada Masyarakat dan yang ada hubung kait dengan kita tentang hukum akidah. kita akan teliti dan kita akan putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu GISBH di negeri ini.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, GISBH sebelum ini pernah dikenali sebagai Rufaqa Corporation Sdn Bhd dan pernah diharamkan pada 2014.

Katanya, Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam Sabah  juga merupakan antara usaha Kerajaan negeri bagi menghalang tindakan ekstrem yang boleh menimbulkan kebimbangan Masyarakat khususnya di Sabah.

“Ini kita juga ada jawatankuasa bersama dengan pihak berkuasa dalam hal ehwal dan isu agama, tiga bulan lalu kita ada membuat watikah pelantikan baru untuk jawatankuasa ini dan ini melibatkan beberapa agensi penguatkuasa.

“Ini kerana ia ada berhubung kait dengan isu-isu agama termasuklah akidah, halal haram, dan beberapa isu lagi. Jadi apa-apa dapatan daripada pihak berkenaan kita akan dapat daripada jawatankuasa ini khususnya mufti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/mesyuarat-berhubung-isu-gisbh-di-sabah-diadakan-bulan-depan/feed/ 0 60907