GLC – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 02 Jan 2026 10:49:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png GLC – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GLC digesa bantu inisiatif Dapur Siswa UMS https://sabahmedia.com/2026/01/02/glc-digesa-bantu-inisiatif-dapur-siswa-ums/ https://sabahmedia.com/2026/01/02/glc-digesa-bantu-inisiatif-dapur-siswa-ums/#respond Fri, 02 Jan 2026 10:26:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89125
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digesa tampil menghulurkan sumbangan bagi menyokong inisiatif Dapur Siswa yang diperkenalkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu pelajar kurang berkemampuan, khususnya yang datang dari luar bandar.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, sokongan GLC termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diyakini mampu memberi manfaat langsung kepada pelajar terlibat.

Katanya, inisiatif Dapur Siswa yang diperkenalkan sejak November tahun lalu itu berupaya memberi manfaat kepada kira-kira 3,500 pelajar melibatkan dua kolej kediaman utama UMS iaitu Kolej Kediaman Tun Fuad dan Kolej Kediaman Tun Mustafa.

“Program ini sangat baik kerana ia membantu pelajar yang berdepan kekangan kewangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah Dapur Siswa itu di sini pada Jumaat.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansur.

James berkata, kerajaan negeri komited untuk terus membantu memastikan kelangsungan program tersebut dan akan memaklumkan kepada beberapa GLC serta syarikat berkemampuan agar turut sama menyumbang dalam bentuk bahan mentah makanan atau bantuan kewangan.

Sebagai tanda sokongan awal, James memaklumkan beliau telah membawa beberapa GLC di bawah kementeriannya dan turut menyumbangkan sumbangan peribadi sebanyak RM30,000 bagi menjayakan pelaksanaan dapur siswa berkenaan.

“Ini merupakan permulaan dan saya berharap lebih banyak GLC tampil bersama-sama bagi meringankan beban mahasiswa, sekali gus memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara,” katanya.

Program Dapur Siswa UMS menyediakan makanan asas seperti beras dan nasi yang dimasak oleh sukarelawan pelajar, manakala pelajar turut dibenarkan membawa bahan mentah sendiri atau mendapatkan lauk di kafeteria berhampiran.

Inisiatif yang mula diformalkan sejak November tahun lalu itu turut dirancang untuk diperluaskan ke kampus UMS di Labuan dan Sandakan, selari dengan hasrat kerajaan negeri memastikan kebajikan semua mahasiswa terus terjamin. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/02/glc-digesa-bantu-inisiatif-dapur-siswa-ums/feed/ 0 89125
GLC negeri gagal tunjuk prestasi lima tahun berturut-turut berdepan penutupan https://sabahmedia.com/2025/12/18/glc-negeri-gagal-tunjuk-prestasi-lima-tahun-berturut-turut-berdepan-penutupan/ https://sabahmedia.com/2025/12/18/glc-negeri-gagal-tunjuk-prestasi-lima-tahun-berturut-turut-berdepan-penutupan/#respond Thu, 18 Dec 2025 06:58:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88517
Read Time:3 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didapati gagal menunjukkan prestasi selama lima tahun berturut-turut akan dikaji semula dan berdepan kemungkinan arahan penutupan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri berkata mana-mana GLC yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun berturut-turut akan dikaji oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS).

“Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan penutupan sekiranya GLC berkenaan tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih,” katanya ketika majlis penyampaian dividen dan sumbangan GLC serta badan berkanun di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, setiap badan berkanun dan GLC bertanggungjawab mematuhi kadar pembayaran dividen minimum sedia ada iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai.

“Ini merupakan ketetapan yang telah lama digariskan dan saya menjangkakan semua GLC menunjukkan disiplin kewangan serta komitmen penuh dalam memenuhi kewajipan ini.

“Selain itu, bermula tahun hadapan, saya juga mahu melihat peningkatan tahap sumbangan tahunan daripada GLC, antara sekitar RM2 juta hingga RM10 juta, bergantung kepada keupayaan dan prestasi syarikat,” katanya.

Hajiji menegaskan semula bahawa Kerajaan Negeri akan melaksanakan rombakan terhadap pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC bagi memperkukuh tadbir urus korporat dan kebertanggungjawaban, selain menyuntik kepimpinan baharu ke dalam syarikat-syarikat tersebut.

“Kerajaan Negeri menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu, namun rombakan perlu dilakukan bagi memastikan transformasi yang berkesan dan mampan.

“Untuk maju ke hadapan, kita mahu meningkatkan prestasi GLC selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya 2.0. Objektif utama kita adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang cekap dan dipercayai menerusi pengurusan yang berwibawa bagi menjana pendapatan dan nilai yang lebih tinggi untuk rakyat dan negeri,” katanya.

Beliau turut mengulangi bahawa bermula tahun hadapan, semua ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kumpulan dan pengurus besar GLC serta badan berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan terus kepadanya.

“Laporan tersebut mesti merangkumi kemajuan projek, status kewangan, pencapaian Petunjuk. Prestasi Utama (KPI) serta tahap kecekapan operasi.

“Mana-mana pihak yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai KPI atau menunjukkan prestasi tidak memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan diganti atau ditamatkan perkhidmatan,” ujarnya.

Berdasarkan laporan semasa, katanya, prestasi keseluruhan GLC masih berada pada tahap sederhana, dengan jumlah dividen dan sumbangan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM125.3 juta berbanding jumlah tertinggi yang direkodkan pada 2022 iaitu RM156.31 juta.

“Walaupun angka ini menunjukkan sumbangan masih positif, saya percaya potensi sebenar agensi milik kerajaan adalah jauh lebih besar daripada apa yang telah dicapai setakat ini,” katanya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri menuntut standard integriti kewangan yang tinggi, pelaksanaan yang telus serta kebertanggungjawaban.

“Bagi mencapai matlamat ini, saya mahu semua ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi bekerja sebagai satu pasukan yang padu dalam membuat keputusan dan merangka strategi.

“Saya yakin dengan hala tuju perniagaan yang dikemas kini, tadbir urus korporat yang berdisiplin serta kerjasama erat antara lembaga pengarah dan pengurusan, semua agensi mampu melangkah lebih jauh, meningkatkan pulangan kepada Kerajaan Negeri dan akhimya memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Hajiji turut menekankan kepentingan memiliki pasukan kepimpinan yang dinamik, profesional dan berorientasikan hasil bagi mengharungi era baharu yang didorong oleh pelaburan strategik, pendigitalan, tenaga baharu dan pembangunan sosial.

“Langkah yang diambil ini bukan sekadar untuk menukar kepimpinan, tetapi merupakan usaha menyeluruh bagi memastikan GLC lebih berdaya saing dan bersedia menerajui agenda. pembangunan baharu Sabah,” katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya Sabah meneroka bidang strategik baharu seperti Kecerdasan Buatan (Al), tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, teknologi data serta sektor-sektor lain yang relevan dengan pertumbuhan global.

Ketua Menteri turut mengalu-alukan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya setiap agensi melantik Pegawai Integriti Bertauliah atau menubuhkan Unit Integriti sebagai mekanisme pemantauan dalaman.

“Langkah ini akan memastikan budaya kerja yang lebih bersih, telus dan bertanggungjawab dalam keseluruhan organisasi,” katanya.

Pada majlis itu, Ketua Menteri menerima replika cek daripada pelbagai GLC dan Badan Berkanun Negeri berjumlah RM131.6 juta dengan SMJ Energy Sdn Bhd pembayar dividen terbesar bernilai RM50 juta dan RM 1 juta sumbangan untuk Jawatankuasa Bencana Alam Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/18/glc-negeri-gagal-tunjuk-prestasi-lima-tahun-berturut-turut-berdepan-penutupan/feed/ 0 88517
GLC, Badan Berkanun diarah hantar laporan setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2025/12/10/glc-badan-berkanun-diarah-hantar-laporan-setiap-tiga-bulan-terus-kepada-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2025/12/10/glc-badan-berkanun-diarah-hantar-laporan-setiap-tiga-bulan-terus-kepada-ketua-menteri/#respond Wed, 10 Dec 2025 06:46:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88027
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengarahkan semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dan Pengurus Besar (GM) bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun di Sabah untuk mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri, mulai tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bahawa inisiatif ini bertujuan memastikan Kerajaan Negeri menerima maklumat tepat pada masanya berhubung kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan dan pencapaian masing-masing.

“Langkah ini penting untuk memantau prestasi setiap entiti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di sini, hari ini.

Hajiji menegaskan bahawa mana-mana CEO, GGM dan GM yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk ditukar atau ditamatkan perkhidmatan mereka.

Beliau menggesa semua CEO, GGM dan GM untuk menetapkan KPI yang jelas dan terukur selaras dengan mandat organisasi masing-masing.

“Semua inisiatif, program dan perbelanjaan mesti mematuhi piawaian tadbir urus profesional, termasuk integriti kewangan, ketelusan pelaksanaan dan akauntabiliti kepada rakyat,” tegasnya.

Sambil mengakui bahawa setiap GLC dan badan berkanun di Sabah mempunyai objektif yang berbeza, ada yang berorientasikan keuntungan dan ada yang berorientasikan perkhidmatan sosial, Ketua Menteri menegaskan bahawa semua entiti tetap bertanggungjawab menunjukkan tahap komitmen, kecekapan dan integriti yang tinggi.

“Setiap CEO, GGM dan GM yang dilantik mesti menyumbang secara bertanggungjawab, seperti yang diharapkan oleh rakyat dan kerajaan, bagi membantu memajukan Sabah.

“Dengan pemantauan yang lebih teratur dan pengurusan yang lebih bertanggungjawab, agenda Sabah Maju Jaya 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/10/glc-badan-berkanun-diarah-hantar-laporan-setiap-tiga-bulan-terus-kepada-ketua-menteri/feed/ 0 88027
Kerajaan Negeri akan rombak kepimpinan GLC negeri Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/07/kerajaan-negeri-akan-rombak-kepimpinan-glc-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/07/kerajaan-negeri-akan-rombak-kepimpinan-glc-negeri-sabah/#respond Sun, 07 Dec 2025 07:51:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87886
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri akan memulakan proses penstrukturan semula secara menyeluruh ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC), melibatkan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.

Beliau berkata langkah ini adalah satu keperluan pentadbiran untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan akauntabiliti, selain menyuntik kepimpinan baharu bagi meningkatkan prestasi serta memacu pencapaian matlamat Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Matlamat kita adalah untuk menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang berkesan dan boleh dipercayai melalui pengurusan yang kompeten, demi menjana nilai yang lebih besar kepada rakyat dan negeri,” kata Ketua Menteri.

Hajiji menekankan keperluan pasukan kepimpinan yang dinamik, profesional dan berorientasikan hasil untuk mengemudi era baharu yang dipacu oleh pelaburan strategik, pendigitalan, tenaga baharu, dan pembangunan sosial.

“Kita menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu, namun rombakan adalah perlu bagi memastikan transformasi yang berkesan dan kesinambungan. Keutamaan kita hanyalah untuk memastikan masa depan Sabah yang stabil, makmur dan terjamin selaras dengan aspirasi SMJ 2.0,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/07/kerajaan-negeri-akan-rombak-kepimpinan-glc-negeri-sabah/feed/ 0 87886
Pengurus Kanan Syarikat GLC direman 4 hari berhubung rasuah https://sabahmedia.com/2025/07/03/pengurus-kanan-syarikat-glc-direman-4-hari-berhubung-rasuah/ https://sabahmedia.com/2025/07/03/pengurus-kanan-syarikat-glc-direman-4-hari-berhubung-rasuah/#respond Thu, 03 Jul 2025 03:19:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76608
Read Time:58 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditahan berhubung kes rasuah direman selama empat hari.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan perintah reman sehingga 7 Julai terhadap suspek berusia 53 tahun terbabit di Mahkamah Majistret hari ini.

Terdahulu dalam prosiding yang dibuat secara tertutup pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon tujuh hari reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun suspek, seorang lelaki, yang tidak diwakili peguam meminta tempoh reman dipendekkan.

Kelmarin, media melaporkan SPRM telah menahan suspek kira-kira jam 4 petang berhubung kes rasuah melibatkan RM16,000.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM Sabah, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah tersebut sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja di bawah syarikatnya bekerja.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2024 dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM16,000.

Suspek dipercayai telah menerima suapan secara transaksi pindahan ke akaun bank miliknya secara berperingkat sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di bawah GLC tersebut di sekitar negeri Sabah.

LINK BERITA TERDAHULU: https://sabahmedia.com/2025/07/02/pengurus-kanan-syarikat-glc-ditahan-berhubung-rasuah/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/03/pengurus-kanan-syarikat-glc-direman-4-hari-berhubung-rasuah/feed/ 0 76608
Pengurus Kanan Syarikat GLC ditahan berhubung rasuah https://sabahmedia.com/2025/07/02/pengurus-kanan-syarikat-glc-ditahan-berhubung-rasuah/ https://sabahmedia.com/2025/07/02/pengurus-kanan-syarikat-glc-ditahan-berhubung-rasuah/#respond Wed, 02 Jul 2025 14:26:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76584
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini ditahan berhubung kes rasuah melibatkan RM16,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan suspek lelaki berusia sekitar 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM Sabah, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah tersebut sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja di bawah syarikatnya bekerja.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2024 dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM16,000.

“Suspek dipercayai telah menerima suapan secara transaksi pindahan ke akaun bank miliknya secara berperingkat sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di bawah GLC tersebut di sekitar negeri Sabah,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah esok bagi permohonan reman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/02/pengurus-kanan-syarikat-glc-ditahan-berhubung-rasuah/feed/ 0 76584
Sabah Development Bank Catat Kejayaan Awal, Jadi Pemangkin Reformasi GLC Negeri https://sabahmedia.com/2025/06/15/sabah-development-bank-catat-kejayaan-awal-jadi-pemangkin-reformasi-glc-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/06/15/sabah-development-bank-catat-kejayaan-awal-jadi-pemangkin-reformasi-glc-negeri/#respond Sun, 15 Jun 2025 01:32:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75563
Read Time:5 Minute, 32 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

Dalam usaha memperkukuh struktur ekonomi negeri, Kerajaan Sabah menunjukkan kemajuan ketara dalam agenda pemulihan entiti milik negeri — khususnya menerusi kejayaan awal Sabah Development Bank (SDB).

Pada awal Jun 2025, RAM Ratings (RAM), iaitu firma penarafan kredit ulung negara, telah mengesahkan penarafan AA1/Stable bagi instrumen hutang Sabah Development Bank (SDB). Ini bermakna, SDB berada dalam kategori ‘low default risk’, yang memberi keyakinan kepada pelabur bahawa instrumen kewangannya hampir setanding dengan penerbit bertaraf tertinggi seperti entiti kerajaan persekutuan.

Penarafan AA adalah tahap kedua tertinggi oleh RAM, di mana organisasi berkenaan dinilai memiliki keupayaan kukuh untuk memenuhi obligasi kewangan, serta memiliki daya tahan untuk menghadapi cabaran dan perubahan suasana operasi.

RAM menyatakan bahawa penarafan tersebut diberikan kepada SDB bersandarkan sokongan luar biasa berterusan daripada Kerajaan Sabah, dan tindakan Kerajaan Sabah tidak lama dahulu untuk memulihkan kedudukan kewangan SDB. Tambahan lagi, RAM turut memperakui kedudukan fiskal Kerajaan Sabah yang kukuh, dengan jumlah simpanan atau reserves yang besar, melebihi RM6 bilion.

SABAH DEVELOPMENT BANK

Sabah Development Bank (SDB) ialah sebuah institusi kewangan pembangunan (development financial institution, DFI) milik penuh Kerajaan Sabah. Ditubuhkan pada tahun 1977, antara matlamat utama SDB ialah mendokong agenda pembangunan ekonomi di Sabah dengan menyediakan dana pinjaman kepada pihak yang layak.

Pengesahan penarafan RAM berkenaan membuktikan kejayaan awal Kerajaan Sabah bagi memulihkan kedudukan kewangan SDB. Pada bulan Julai 2024, Menteri Kewangan Sabah telah mendedahkan bahawa SDB merekodkan kerugian kewangan yang besar bagi tahun 2023 dan 2024.

Selain itu, SDB juga menanggung kualiti aset yang teruk, di mana 75% (RM5 bilion) dari jumlah portfolio pinjaman (RM6.6 bilion) adalah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans, NPL). Laporan tersebut turut menyentuh isu warisan pengurusan terdahulu yang menjadi punca kerugian, dan bagaimana hala tuju baharu diletakkan untuk membetulkan semula fungsi asal bank pembangunan ini.

Menurut beliau, antara punca kerugian SDB adalah kelemahan tadbir urus, perakaunan kreatif, dan penyediaan peruntukan yang tidak mencukupi (under provision).

Di samping itu, beliau turut mendedahkan bahawa sejumlah RM8 bilion pinjaman diluluskan oleh SDB kepada syarikat-syarikat dari Semenanjung Malaysia dalam tempoh masa 15 tahun (2003–2018). Daripada jumlah tersebut, 95% adalah syarikat yang terlibat di dalam sektor pembangunan hartanah di WP Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Jumlah pinjaman besar tersebut adalah tidak selari dengan matlamat utama SDB untuk mendokong agenda pembangunan ekonomi Sabah.

PEMBEDAYAAN DAN PEMULIHAN SDB

Bermula pertengahan tahun 2023, Kerajaan Sabah telah mengambil langkah pemulihan SDB dengan menyusun semula Lembaga Pengarah dan pengurusan SDB. Salah satu pelantikan utama Lembaga Pengarah SDB ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas — entiti pemulihan aset milik Kementerian Kewangan — yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas di dalam bidang pengurusan dan pemulihan kewangan.

Prokhas ialah sebuah agensi milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, yang menguruskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad, DanaInfra Nasional dan Danaharta Nasional.

Sejak itu, SDB telah berjaya mengurangkan obligasi pembayaran bon sebanyak RM2 bilion, dari RM5 bilion (Julai 2023) kepada RM2 bilion (akhir 2024). Nisbah Modal Keseluruhan atau Total Capital Ratio juga telah meningkat dari 7.9% (akhir 2023) kepada 19.6% (akhir 2024).

Pada masa yang sama, bagi menangani isu legasi pinjaman tidak berbayar (NPL) yang sangat tinggi, sebanyak RM965 juta telah diluluskan sebagai penyelesaian bayaran pinjaman dalam tempoh masa 16 bulan (Januari 2024 – April 2025). Sementara itu, sejumlah RM2 bilion sekuriti yang dicagar oleh peminjam telah diletakkan di bawah pengurusan penerima (receivership).

Dengan kedudukan kewangan yang lebih stabil, SDB dapat mengukuhkan peranan mendokong agenda pembangunan ekonomi Sabah dengan menumpukan fokus kepada pembiayaan projek pembangunan di Sabah, terutamanya air, tenaga dan infrastruktur. Dalam tempoh masa 16 bulan (Januari 2024 – April 2025), SDB telah meluluskan pembiayaan pinjaman sebanyak RM1.71 bilion. Tetapi telah menolak permohonan pinjaman sebanyak RM9.39 bilion yang tidak memenuhi standard kredit dan fokus strategik terkini.

PEMANGKIN KEPADA GLC NEGERI YANG LAIN

Kejayaan awal pemulihan SDB boleh menjadi model kepada pemerkasaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah. Usaha pemulihan SDB telah menghasilkan kejayaan dengan sokongan padu Kerajaan Sabah yang meletakkan Lembaga Pengarah dan pengurusan yang cekap, berpengalaman dan berkemahiran. Serta memberikan kebebasan dan ruang kepada SDB untuk membuat keputusan terbaik, tanpa campur tangan yang tidak wajar dari mana-mana pihak.

Rata-rata, banyak GLC di Sabah telah merekodkan kerugian setiap tahun. Pada bulan November 2023, Menteri Kewangan Sabah telah menyatakan bahawa daripada sekitar 100 buah GLC di Sabah, hanya sebahagian kecil sahaja yang memperoleh keuntungan. Lebih banyak GLC Sabah yang rugi daripada yang untung.

Malah, beliau memaklumkan bahawa GLC Sabah berhutang sebanyak RM2.2 bilion kepada Sabah Development Bank (SDB) setakat Suku Ketiga 2023. Malangnya, banyak daripada GLC berkenaan tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik pinjaman SDB. Akhirnya, ini melemahkan kedudukan kewangan dan prestasi SDB.

Kelemahan prestasi pencapaian GLC bukan sahaja merencatkan agenda pembangunan Sabah. Bahkan tidak dapat menyumbang kepada hasil pendapatan Kerajaan Sabah. Pada awal tahun 2022, Ketua Menteri Sabah pernah menyarankan bahawa setiap GLC Sabah perlu membayar sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun sebagai dividen kepada Kerajaan Sabah.

Ini dapat meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Sabah, yang boleh digunakan bagi agenda kesejahteraan rakyat Sabah. Tambahan pula, GLC yang efisien bukan sahaja menjana pendapatan kerajaan negeri, malah mengurangkan kebergantungan fiskal terhadap hasil tradisional seperti komoditi dan tanah.

KUTIPAN GLC

Namun begitu, jumlah dividen yang diterima oleh Kerajaan Sabah masih rendah. Sebagai contoh, pada tahun 2022, Kerajaan Sabah telah menerima dividen berjumlah RM152 juta daripada 15 GLC Sabah dan lima badan berkanun.

Manakala, setakat bulan Oktober 2023, jumlah dividen telah menurun hampir 9% kepada RM138.7 juta, berbanding tahun sebelumnya. Majoriti (66%) dividen tersebut adalah dari empat GLC Sabah: SMJ Sdn Bhd (RM50 juta), Perbadanan Pinjaman Sabah (RM17 juta), KKIP Sdn Bhd (RM12 juta) dan Sabah Energy Corporation (RM12 juta).

Justeru itu, GLC Sabah sediada mesti diperkasa menerusi transformasi yang menyeluruh, agar dapat melaksanakan peranan yang ditetapkan secara efektif dan seterusnya menyumbang kepada agenda pembangunan Sabah. Bukannya terus menerus menjadi bebanan kepada Kerajaan Sabah.

Tiga minggu lepas, Pembantu Menteri Kewangan Sabah dilaporkan berkata bahawa Kerajaan Sabah telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan GLC atau GLC Monitoring Committee bagi menambah baik tadbir urus dan prestasi GLC Sabah.

Antaranya, jawatankuasa ini dianggotai oleh pakar perbankan, perundangan dan audit.

Menurut beliau, ketika ini Kerajaan Sabah menyelia 27 syarikat induk dan 22 badan berkanun, dengan merangkumi sekitar 250 syarikat subsidiari dan bersekutu, yang terlibat di dalam sektor utama Sabah seperti perladangan, tenaga dan pembangunan hartanah.

Kejayaan transformasi GLC Sabah akan dapat memenuhi sasaran yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Sabah semasa ucapan penggulungan Belanjawan Sabah 2024, di mana GLC Sabah perlu membayar sekurang-kurangnya dividen sebanyak 10% daripada keuntungan syarikat kepada Kerajaan Sabah. Dengan hala tuju yang lebih jelas dan keazaman politik yang konsisten, pemulihan SDB mungkin menjadi titik tolak kepada lembaran baharu GLC Sabah — ke arah kemakmuran yang lestari.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/15/sabah-development-bank-catat-kejayaan-awal-jadi-pemangkin-reformasi-glc-negeri/feed/ 0 75563
Badan Berkanun, GLC Negeri perlu sokong aspirasi kerajaan negeri https://sabahmedia.com/2024/11/26/badan-berkanun-glc-negeri-perlu-sokong-aspirasi-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/11/26/badan-berkanun-glc-negeri-perlu-sokong-aspirasi-kerajaan-negeri/#respond Tue, 26 Nov 2024 11:12:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64448
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Badan-badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) menyokong aspirasi kerajaan untuk pembangunan ekonomi negeri secara holistik dan memastikan dapat menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.

Sesuai dengan objektif mewujudkan Badan Berkanun dan GLC negeri, beliau mahu mereka memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti pembangunan sosioekonomi bagi membantu mencapai objektif untuk mensejahterakan rakyat negeri ini.

“Seiring dengan usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini, saya mahu Badan Berkanun dan GLC Negeri mencetus kreativiti dan daya cipta dalam meneroka peluang-peluang perniagaan, sama ada menceburi perniagaan baharu atau mewujudkan jalinan kerjasama sesama agensi kerajaan negeri lain yang berkaitan, selagi ia tidak bercanggah dengan objektif penubuhan.

“Oleh itu, setiap agensi perlu bijak dan berhemah dalam perbelanjaan dan mengutamakan pulangan yang perlu dicapai agar dapat memelihara kebajikan syarikat, mengekalkan prestasi dan menyumbang kepada sosioekonomi negeri”, katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri Sesi 2, Tahun 2024 serta Penyampaian Dividen dan Sumbangan Agensi Awam Kepada Kerajaan Negeri di sini pada Selasa.

Beliau mengingatkan semua Badan Berkanun dan GLC Negeri bahawa pelantikan ALP, kenaikan elaun, kemudahan-kemudahan, dan permohonan pemberian (grant) perlu mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dan tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada peraturan yang ditetapkan sama ada melalui Akta Syarikat, enakmen atau pekeliling kewangan semasa.

Menurutnya, aspek penting yang perlu sentiasa diamalkan adalah pematuhan kepada undang-undang dan peraturan semasa yang berkuatkuasa.

“Saya yakin dan percaya melalui penerapan prinsip tadbir urus baik, akan membantu ALP menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan ke arah memandu organisasi melaksanakan mandatnya dan mencapai sasaran ditetapkan, supaya pelaburan kerajaan mendapat pulangan sewajarnya”, tegasnya.

Hajiji menegaskan bahawa jawatan ALP bukanlah satu keistimewaan, tetapi merupakan satu amanah untuk menahkoda sesebuah agensi ke arah pencapaian hala tuju.

Oleh itu katanya, selain memberikan nilai tambah kepada organisasi dan menjaga kepentingan serta harapan stakeholder, ALP perlu mengutamakan peraturan, tadbir urus korporat dan menjunjung tinggi integriti.

Hajiji berkata, kerjasama dan kesefahaman di antara ALP Pengurusan Tertinggi sangat penting dalam merancang strategi terbaik sebagai sebuah agensi, selain mempunyai etika dan moral yang baik akan membawa syarikat bertindak secara beretika dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan berkeupayaan mengukuhkan langkah Kerajaan.

Katanya, kursus anjuran Kementerian Kewangan Negeri itu bersesuaian dengan keperluan ALP yang baharu dilantik dan yang sedia ada, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mentadbir dan mengurus agensi masing-masing.

“Saya yakin melalui kursus ini ALP akan dapat meningkatkan gaya kepimpinan ke arah kecemerlangan dan Pengurusan Tertinggi dapat mengukuhkan komposisi pengurusan yang lebih baik sekali gus mencetuskan ketepatan dan ketelusan dalam memacu hala tuju sesebuah agensi”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/26/badan-berkanun-glc-negeri-perlu-sokong-aspirasi-kerajaan-negeri/feed/ 0 64448
Agensi kerajaan, GLC diseru bekerjasama sokong visi ekonomi digital kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/04/agensi-kerajaan-glc-diseru-bekerjasama-sokong-visi-ekonomi-digital-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/agensi-kerajaan-glc-diseru-bekerjasama-sokong-visi-ekonomi-digital-kerajaan-sabah/#respond Sun, 04 Aug 2024 14:51:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58556
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diseru agar turut serta dan bekerjasama menyokong kerajaan negeri Sabah mencapai objektif dan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui visi ekonomi digital untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, seiring dengan perkongsian strategik ini adalah penting bagi ekonomi digital dan Teknologi Telekomunikasi di negeri Sabah yang mana perlu memberi tumpuan membawa masuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terkini.

“Pengetahuan syarikat mahupun agensi kerajaan yang terlibat amat diperlukan bagi menyokong inisiatif lain seperti bandar pintar, hubungan pintar luar bandar, kampus pintar, pertanian pintar, pendidikan pintar dan bangunan pintar.

“Kita mengharapkan agar inisiatif ini mampu menarik minat pihak pelabur dalam industri Digital dan Teknikal agar turut serta menjadi sebahagian daripada usaha menyokong transformasi ekonomi dan Pendidikan digital di negeri Sabah,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Penutupan: Sabah Education Tech (SET) 2024 Sempena Karnival Pendidikan Aspirasi, Komunikasi Dan Digital Belia Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) itu telah berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Ogos 2024.

Kira-kira 88 gerai pameran dari pelbagai agensi dan jabatan serta sekolah-sekolah di negeri ini menyertai program tersebut.

Arifin berkata, beliau gembira SET 2024 yang julung kali diadakan di sini telah membawa program-program pentingnya mempelajari teknologi digital masa kini.

“Saya turut gembira kerana SET 2024 sudi membawa program-program yang mengajar kita tentang kepentingannya untuk mempelajari dan mengambil tahu akan teknologi digital pada masa kini.

“Tahniah kepada pihak penganjur Sabah Education Technology atau SET 2024 yang diketuai Munirah Ruslan bersama pasukannya,” katanya.

Tambah beliau lagi, baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ada menyatakan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan KPM menerusi JPN dalam merealisasikan agenda kerajaan ke arah memperkasa, meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan di negeri ini.

“Kerjasama ini amat penting kerana kecemerlangan pendidikan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat keseluruhannya.

“Usaha itu termasuklah menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan di negeri ini, seiring dengan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran, cemerlang dan mampu bersaing.

“Semua pihak yang berkaitan termasuk warga Jabatan Pendidikan, pendidik dan ibu bapa perlu berganding bahu serta bekerjasama demi kejayaan dan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Menurutnya, dalam tahun ini 2024, kerajaan telah menyediakan memperuntukkan sebanyak RM474.55 juta untuk pendidikan.

“Kerajaan negeri juga telah melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini melalui satu portal.

“Ini adalah inisiatif baharu Ketua Menteri Sabah di bawah Hala Tuju SMJ dalam memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi melalui gabungan kerjasama badan-badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Program SET 2024, Munirah Ruslan dan Penasihat SET 2024, Datuk Surinam Sadikun.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/agensi-kerajaan-glc-diseru-bekerjasama-sokong-visi-ekonomi-digital-kerajaan-sabah/feed/ 0 58556
Pelantikan Pengerusi KEDA akan diteliti semula – PM https://sabahmedia.com/2023/04/10/pelantikan-pengerusi-keda-akan-diteliti-semula-pm/ https://sabahmedia.com/2023/04/10/pelantikan-pengerusi-keda-akan-diteliti-semula-pm/#respond Mon, 10 Apr 2023 14:01:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32495
Read Time:49 Second

BERNAMA

IPOH — Pelantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan diteliti semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Saya bincang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid (Dr Ahmad Zahid Hamidi), belum dihantar surat, kita akan teliti semula, belum ada pelantikan,” katanya. 

Beliau demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya di sini hari ini. 

Anwar berkata demikian bagi mengulas mengenai pelantikan beberapa pemimpin UMNO ke dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mendapat kritikan pelbagai pihak. 

Pada 5 April lepas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diumum oleh Ahmad Zahid sebagai Pengerusi KEDA. 

Sementara itu Anwar berkata pelantikan pemimpin UMNO ke dalam GLC adalah berdasarkan kelayakan dan mereka yang dilantik perlu mengikuti syarat ketat. 

“Ia juga bukan syarikat tersenarai awam, kalau ada kelayakan kita akan lantik. 

Syarat-syarat kita ketat, mereka (yang dilantik) mesti bertanggungjawab, tak boleh berbelanja lebih, elaun juga dihadkan ikut kelayakan,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/10/pelantikan-pengerusi-keda-akan-diteliti-semula-pm/feed/ 0 32495