golf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Jul 2025 04:35:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png golf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertandingan Golf Amal kumpul dana beli mesin hemodialisis https://sabahmedia.com/2025/07/16/pertandingan-golf-amal-kumpul-dana-beli-mesin-hemodialisis/ https://sabahmedia.com/2025/07/16/pertandingan-golf-amal-kumpul-dana-beli-mesin-hemodialisis/#respond Wed, 16 Jul 2025 04:26:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77409
Read Time:40 Second

Lahad Datu : Pertandingan Golf Amal tertutup bagi mengumpul dana untuk membeli alat
hemodialisis dan membantu pelbagai tujuan kebajikan lain akan diadakan 20 Julai ini.

Pengerusi Penganjur yang juga Komander
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos berkata, pertandingan itu akan melibatkan penyertaan pelbagai wakil agensi kerajaan, swasta serta orang perseorangan dari seluruh negeri.

“Pertandingan ini diadakan khusus untuk mengumpul dana membeli peralatan hemodialisis dan menyokong pelbagai inisiatif kebajikan lain demi manfaat masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di Club Golf Lahad Datu di sini pada Selasa.

Acara tersebut akan turut diserikan dengan pertandingan Unduk Ngadau Golf Amal, persembahan artis jemputan dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari.

Turut hadir, Yang Dipertua Asean Chamber of Commerce & Industry (ACCI) Sabah Chapter, Datuk Nordin Ening bersama barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/16/pertandingan-golf-amal-kumpul-dana-beli-mesin-hemodialisis/feed/ 0 77409
Pasukan Kadayan Sarawak juara Kejohanan Golf Se-Borneo Ke-8 https://sabahmedia.com/2025/07/06/pasukan-kadayan-sarawak-juara-kejohanan-golf-se-borneo-ke-8/ https://sabahmedia.com/2025/07/06/pasukan-kadayan-sarawak-juara-kejohanan-golf-se-borneo-ke-8/#respond Sun, 06 Jul 2025 09:57:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76798
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu: Pasukan mewakili Kadayan Sarawak muncul juara kejohanan Golf Kadayan Se-Borneo bagi edisi kelapan yang berlangsung di Sutera Harbour Golf & Country Club, di sini pada Ahad.

Tuan rumah kali ini, Pasukan Kadayan Sabah menduduki tempat kedua, manakala juara tahun lalu, Pasukan Kadayan Wilayah Persekutuan Labuan di tempat ketiga.

Pasukan Kadayan Sarawak merangkul Piala Pusingan pada kejohanan yang disertai 144 pemain golf yang turut disertai Pasukan Kadayan Negara Brunei Darussalam.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) yang dianjurkan secara bergilir-gilir membabitkan tiga wilayah dan negara Brunei Darussalam.

Pada kejohanan itu, Pengurus Sabah adalah Datuk Seri SR. Safar Untong, Arni Yahya (Sarawak), Datuk Rozman Isli (Labuan) dan Dato Zaimi Talip (Brunei Darussalam).

Pada tahun depan, Sarawak akan menjadi tuan rumah kejohanan itu dengan penyerahan bendera kejohanan pada majlis penyampaian hadiah oleh Presiden PAADIAN Datuk Dr Yusof Yacob kepada Arni.

Dr Yusof selaku Presiden PAADIAN ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah berkata, penganjuran kejohanan ini lebih kepada menyatu dan merapatkan hubungan kaum kadayan di tiga wilayah itu dan negara Brunei Darussalam.

Katanya, kejohanan sukan merupakan antara satu platform digunakan bagi merapatkan hubungan kaum kadayan di tiga wilayah dan negara Brunei Darussalam selain menerusi acara kebudayaan, kesenian dan pelancongan.

Menurutnya, pada kejohanan seterusnya, pihaknya menyasarkan pembabitan pasukan Kadayan dari Kalimantan, Indonesia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/06/pasukan-kadayan-sarawak-juara-kejohanan-golf-se-borneo-ke-8/feed/ 0 76798
Persaingan Hebat Pusingan 1, Golf Amatur Terbuka Malaysia Ke-120 di Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/12/persaingan-hebat-pusingan-1-golf-amatur-terbuka-malaysia-ke-120-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/12/persaingan-hebat-pusingan-1-golf-amatur-terbuka-malaysia-ke-120-di-sabah/#respond Thu, 12 Dec 2024 10:59:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65282
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia (MAO) kali ke-120 membuka tirainya hari ini di Kelab Golf & Country Sabah, menyaksikan bakat luar biasa peserta dari seluruh rantau ini.

Majlis Pembukaan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia (MAO) kali ke-120 di Kelab Golf & Country Sabah.- Foto/Ali Mufti

Selepas Pusingan 1, papan pendahulu dalam kedua-dua bahagian lelaki dan wanita dipertandingkan dengan sengit, menjanjikan kesinambungan menarik bagi kejohanan berprestij ini.

Minsu Kim dari Korea dan Anson Yeo dari Malaysia berkongsi pendahulu dalam kategori Men’s Division,
kedua-duanya memperoleh 1 di bawah par 71 mendahului permainan.

Lebih menarik perhatian mereka ialah Zia Iqmal dari Malaysia dan Nguyen Anh Minh dari Vietnam, dalam kedudukan di setara par 72.

“Saya rasa ini permulaan yang hebat dan kuat dalam kejohanan sebesar ini. Course ini mencabar, tetapi saya berjaya kekal fokus dan melaksanakan pukulan saya,” kata Minsu, menyatakan keyakinan untuk pusingan akan datang.

Bagi Anson bermain di tanah air sendiri memberikan motivasi kepadanya dan akan memperhebatkan lagi momentum permainan seterusnya.

“Bermain di tanah air sentiasa menambah motivasi. Saya berbangga untuk berkongsi pendahulu dan berhasrat untuk memperhebatkan lagi momentum ini,” katanya.

Dalam kategori Women’s Division, Hyojin Park dari Korea mendahului padang dengan mantap 1 atas par 73, diikuti rapat oleh Prim Prachnakorn dari Thailand pada 2- atas-par 74 dan Malaysia Pang Hee Jie di 3-atas-par 75.

“Saya bermain dengan rentak yang mantap hari ini dan fokus untuk kekal konsisten. Course ini memberi ganjaran kepada kesabaran, dan saya teruja untuk menghadapi cabaran yang akan datang,” kata Hyojin.

Manakala pemain terbaik Malaysia, Pang Hee Jie, menyatakan keterujaannya mewakili Malaysia.

“Mewakili Malaysia di sini adalah satu penghormatan. Persaingan ini sukar, tetapi saya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk pusingan seterusnya,” katanya.

Bagi kategori Team Event menyaksikan pasukan Korea mendahului awal dengan skor gabungan +4, hanya satu pukulan di hadapan Malaysia.

Pengarah Kejohanan Teoh Piek Kee turut memuji para peserta dan berkata persaingan rapat itu menyerlahkan bakat yang mendalam di kejohanan tahun ini.

“Kami telah menyaksikan permulaan acara yang luar biasa untuk Golf Amatur Terbuka Malaysia 2024. Persembahan hari ini mencerminkan kemahiran dan keazaman pemain, dan kami menantikan permainan golf yang lebih menarik pada hari-hari akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/12/persaingan-hebat-pusingan-1-golf-amatur-terbuka-malaysia-ke-120-di-sabah/feed/ 0 65282
100 pemain golf dijangka sertai Kejohanan Golf Domestik Kuala Penyu https://sabahmedia.com/2024/06/29/100-pemain-golf-dijangka-sertai-kejohanan-golf-domestik-kuala-penyu/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/100-pemain-golf-dijangka-sertai-kejohanan-golf-domestik-kuala-penyu/#respond Sat, 29 Jun 2024 05:18:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56684
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu: Kejohanan golf domestik Kuala Penyu yang dijadualkan berlangsung pada penghujung September depan dilihat mampu menjadi medan kepada kolaborasi antara kelab-kelab golf amatur di negeri ini.

Presiden Kuala Penyu Golf and Country Club (KPGCC) Tan Sri Wences Angang berkata, kejohanan yang bakal diadakan pada 26 September itu menyasarkan lebih 100 pemain golf tempatan bagi menggalas cabaran pada kejohnan itu.

“Inisatif kita lebih terarah untuk aktiviti tahunan di mana lebih 60 pemain telahpun mendaftar sebagai ahli di KPGCC bermula awal tahun ini.

“Selain itu, kutipan penganjuran ini sedikit sebanyak boleh membantu menambah tabung kelab ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kelab itu di sini.

Wences berkata,  kejohanan itu dijangka akan berlangsung di Nexus Golf Resort Karambunai dan Dalit Bay Golf & Country Club.

Katanya, KPGCC akan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah untuk pukulan ‘hole in one’ namun akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang.

Sementara itu, Wences berkata, cadangan membangunkan lapangan golf pertama di Kuala Penyu itu turut mendapat sokongan  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) sebagai industri pelancongan golf amatur dan luar negara.

” Kami baru sahaja mendapat kelulusan kerajaan untuk tapak lapangan golf tersebut seluas 107 ekar di Bukit Nuri dekat Menumbok dan ia bakal dibina dalam tempoh lima tahun.

“Sasaran awal kami sekarang adalah membina terlebih dahulu ‘club house’ dan golf driving range (lapangan latihan golf),” katanya.

Setakat ini, terdapat dua pelabur tempatan telah menyatakan minat untuk membangunkan lapangan golf berstatus 18 lubang itu.

Menurut Wences lokasi lapangan ini cukup ideal terletak di pesisir pantai yang berhadapan dengan Pulau Labuan.

Kewujudan lapangan golf ini amat persesuaian kerana ia dibina bersebelahan dengan hotel antarabangsa bertaraf 5 bintang iaitu Club Med yang kini sedang dalam proses pembinaan.

Pembinaan pertama lapangan golf ini dijangka mengubah landskap Kuala Penyu sebagai promosi pelancongan golf yang terpenting di rantau Asia Pasifik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/100-pemain-golf-dijangka-sertai-kejohanan-golf-domestik-kuala-penyu/feed/ 0 56684
Sabah Dipilih Lokasi Kejohanan Golf TYT Pulau Pinang, Perkukuh Hubungan Baik https://sabahmedia.com/2021/12/17/sabah-dipilih-lokasi-kejohanan-golf-tyt-pulau-pinang-perkukuh-hubungan-baik/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/sabah-dipilih-lokasi-kejohanan-golf-tyt-pulau-pinang-perkukuh-hubungan-baik/#respond Fri, 17 Dec 2021 12:16:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10029
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sabah dipilih menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Golf Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang.

Kejohanan anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai itu akan diadakan di Sutera Harbour Golf Resort Club.

Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Mohd Abdul Rahman Ismail berkata, penganjuran kejohanan ini adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik antara kerajaan Pulau Pinang dan Sabah.

“Menjunjung kasih kepada TYT Sabah kerana menyambut rombongan kami ke negeri ini.

“Bagi mengeratkan hubungan kedua-dua negeri, kita memilih Sabah sebagai lokasi Kejohanan Golf Piala TYT Pulau Pinang 2021 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai di Sutera Harbour Golf Resort Club.

“Kejohanan ini pada kebiasaanya kita adaka di luar Pulau Pinang dan pada kali ini kami memilih Sabah sebagai lokasi kejohanan bagi meraikan hari jadi rasmi ke-72 TYT Pulau Pinang pada Selasa depan,”katanya.

Beliau ditemui media ketika mengiringi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak serta  isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, disini hari ini.

Abdul Rahman berkata, kunjungan ke Istana Seri Kinabalu itu juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pulau Pinang dan Sabah.

“Kunjungan ini juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua buah negeri dimana TYT sendiri berhasrat untuk melawat Sabah yang indah ini,”katanya.

Pada kunjungan itu, Tun Ahmad Fuzi menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Majlis pengurniaan itu  disempurnakan Tun Juhar Mahiruddin, sambil disaksikan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Kunjungan Utama Istana Seri Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/sabah-dipilih-lokasi-kejohanan-golf-tyt-pulau-pinang-perkukuh-hubungan-baik/feed/ 0 10029