Gotong royong – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Jul 2026 09:51:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gotong royong – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gotong-royong komuniti di Kg Sri Aman, 827 kg sisa berjaya dikutip https://sabahmedia.com/2026/07/07/gotong-royong-komuniti-di-kg-sri-aman-827-kg-sisa-berjaya-dikutip/ https://sabahmedia.com/2026/07/07/gotong-royong-komuniti-di-kg-sri-aman-827-kg-sisa-berjaya-dikutip/#respond Tue, 07 Jul 2026 09:47:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99510
Read Time:3 Minute, 5 Second

SEMPORNA: Lebih 827 kilogram sisa berjaya dikutip di Kampung Sri Aman dan perairan sekitarnya menerusi program gotong-royong komuniti yang diadakan pada 4 Julai lalu, sekali gus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha kampung itu memperkukuh komitmen ke arah persekitaran lebih bersih melalui sistem pengurusan sisa berasaskan komuniti.

Peserta gotong-royong mengutip sisa di perairan Kg Sr Aman. – Foto ihsan Reef Check Malaysia

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada Projek Perintis Sistem Pengurusan Sisa Berasaskan Komuniti yang dilaksanakan oleh Reef Check Malaysia bersama Jawatankuasa Kampung Sri Aman.

Inisiatif itu dibiayai oleh Etika Sdn Bhd dengan sokongan Majlis Daerah Semporna, Pejabat Daerah Semporna serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS).

Seramai 53 penduduk kampung, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, menyertai program gotong-royong itu dengan berjaya mengutip sebanyak 476.5 kilogram sisa dari kawasan awam di dalam kampung. Sebahagian besar sisa yang dikumpulkan terdiri daripada pembungkusan plastik dan botol plastik.

Menyedari sisa marin bukan sahaja tertumpu di kawasan pesisir pantai, pasukan pelaksana turut bekerjasama dengan AMWIL yang menyediakan bot bagi membantu mengutip sisa terapung di perairan sekitar. Hasil kerjasama itu, sebanyak 350.8 kilogram sisa terapung berjaya dikumpulkan, terdiri terutamanya daripada kain terbuang, tikar getah dan bahan bersaiz besar yang sukar dicapai melalui laluan darat.

Secara keseluruhan, sebanyak 827.3 kilogram sisa berjaya dikeluarkan dari kampung dan perairan pesisir dalam tempoh sehari. Selain memberi manfaat segera kepada alam sekitar, program itu turut membuktikan keberkesanan sistem pengurusan sisa berasaskan komuniti yang semakin berkembang sejak diperkenalkan empat bulan lalu.

Pengurus Program Kanan Reef Check Malaysia, Adzmin Fatta berkata, program perintis yang dilancarkan pada Mac 2026 itu telah berkembang daripada 50 isi rumah kepada kesemua 100 isi rumah di Kampung Sri Aman, sekali gus mewujudkan antara sistem pengurusan sisa berasaskan komuniti yang pertama dan tersusun di Semporna.

“Setiap isi rumah kini mengasingkan sisa mengikut kategori sebelum dihantar ke pusat pengumpulan setiap Isnin dan Jumaat untuk ditimbang, direkodkan serta dihantar ke lokasi pelupusan yang sesuai.

“Pemantauan dari rumah ke rumah serta sistem pemarkahan isi rumah turut diperkenalkan bagi menggalakkan pengasingan sisa yang lebih baik dan memperkukuh perubahan tingkah laku dalam jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga 22 Jun 2026, program itu merekodkan sebanyak 3,974.52 kilogram sisa berjaya dialihkan daripada memasuki alam sekitar menerusi sistem pengumpulan komuniti, dengan plastik menjadi bahan yang paling banyak dikumpulkan.

Bagi memperkukuh pelaksanaan program, penduduk turut bergotong-royong membina sebuah Rumah Pengumpulan Sisa yang diuruskan komuniti sebagai pusat penyimpanan bahan kitar semula dan penyelarasan aktiviti pengumpulan sisa.

Kemudahan itu bukan sekadar menyediakan infrastruktur, malah melambangkan komitmen jangka panjang penduduk dalam menguruskan sisa secara kolektif dan sistematik.

Program gotong-royong itu turut menerima kunjungan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Senallang, Roslan Mohd. Padlan, yang memuji usaha komuniti serta menyatakan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.

Meneruskan momentum tersebut, Ketua Kampung Sri Aman, Hassan Gabra Hajan berkata, pihaknya bercadang menjadikan program gotong-royong sebagai aktiviti bulanan bagi melengkapkan sistem pengumpulan sisa sedia ada, di samping menggalakkan lebih ramai penduduk bersama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan kampung.

“Pengurusan sisa bukan sekadar mengutip sampah, tetapi membina rasa tanggungjawab dalam kalangan komuniti, mengubah tingkah laku dan mewujudkan sistem yang mampu dikendalikan sendiri oleh masyarakat.

“Kampung Sri Aman membuktikan bahawa apabila komuniti diberi sokongan dan kepimpinan yang sesuai, mereka mampu menjadi pemacu utama dalam menyelesaikan isu yang berlarutan seperti pengurusan sisa,” katanya.

Sistem Pengurusan Sisa Berasaskan Komuniti yang diperkenalkan itu menjadi model demonstrasi bagaimana kerjasama antara komuniti, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan sektor swasta mampu mengurangkan kebocoran sisa ke laut, selain memperkukuh pengurusan alam sekitar di peringkat komuniti.

Reef Check Malaysia berharap pengalaman Kampung Sri Aman dapat menjadi inspirasi kepada pelaksanaan inisiatif pengurusan sisa berasaskan komuniti di perkampungan air sekitar Semporna serta komuniti pesisir pantai lain di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/07/gotong-royong-komuniti-di-kg-sri-aman-827-kg-sisa-berjaya-dikutip/feed/ 0 99510
300 pelajar UMS bantu pulihkan kawasan terjejas banjir di Kampung Rampayan https://sabahmedia.com/2026/01/15/300-pelajar-ums-bantu-pulihkan-kawasan-terjejas-banjir-di-kampung-rampayan/ https://sabahmedia.com/2026/01/15/300-pelajar-ums-bantu-pulihkan-kawasan-terjejas-banjir-di-kampung-rampayan/#respond Thu, 15 Jan 2026 00:34:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89725
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pejabat Parlimen Sepanggar telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana bagi membantu memulihkan kawasan yang terjejas akibat banjir di Kampung Rampayan, Manggatal, di sini, baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UMS dalam menyantuni masyarakat setempat, khususnya ketika berdepan bencana alam. 

“Program ini menyaksikan penglibatan seramai kira-kira 300 orang pelajar UMS yang hadir bagi membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir.

“Ia bagi membantu meringankan beban penduduk kampung dalam membersihkan sisa banjir serta memulihkan persekitaran agar lebih kondusif dan selamat untuk didiami, termasuk kawasan sekolah dan kemudahan awam yang telah dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Menurut Dr Kasim, kerja-kerja pembersihan yang dijalankan tertumpu kepada kemudahan awam, kawasan persekitaran kediaman penduduk serta lokasi-lokasi tumpuan komuniti yang terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, Dr. Kasim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Parlimen Sepanggar atas sokongan padu dan kerjasama erat yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat Parlimen Sepanggar atas kolaborasi strategik ini. 

“Kerjasama erat antara institusi pendidikan dan pejabat parlimen amat penting dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih efisien kepada rakyat yang memerlukan.

“Program ini secara tidak langsung mengukuhkan hubungan strategik antara UMS dan komuniti Parlimen Sepanggar, selari dengan aspirasi universiti untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/15/300-pelajar-ums-bantu-pulihkan-kawasan-terjejas-banjir-di-kampung-rampayan/feed/ 0 89725
Gotong royong perkukuh ukhuwah dan kebersihan Putatan — Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/11/09/gotong-royong-perkukuh-ukhuwah-dan-kebersihan-putatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/gotong-royong-perkukuh-ukhuwah-dan-kebersihan-putatan-shahelmey/#respond Sat, 08 Nov 2025 23:09:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85313
Read Time:58 Second

PUTATAN : Program gotong royong terus menjadi elemen penting dalam memastikan daerah Putatan kekal bersih, kondusif dan sejahtera untuk didiami, selain memainkan peranan besar menyatukan komuniti setempat.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata aktiviti sebegini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan, malah memupuk budaya hidup sihat serta semangat kerjasama di peringkat akar umbi.

“Semua program komuniti yang melibatkan gotong royong amat digalakkan dan diberikan sokongan penuh oleh pihak kami di Parlimen Putatan. 

“Ia bukan sekadar membersihkan kawasan, tetapi juga mengeratkan ukhuwah sesama penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program gotong royong membabitkan penduduk Kampung Sri Pandan dan Taman Pantai Lok Kawi, di sini, pada Sabtu.

Shahelmey turut menggesa agar penduduk di seluruh lokaliti Putatan terus aktif menyertai aktiviti pembersihan dan program komuniti demi mewujudkan persekitaran yang sihat dan selesa.

“Walaupun kita ada PBT dan Majlis Daerah yang bertanggungjawab menguruskan penyelenggaraan sampah, kesedaran masyarakat tetap menjadi faktor utama. 

“Persekitaran yang bersih dan nyaman boleh memberi motivasi kepada kita untuk menjalani rutin harian, belajar dan bekerja dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berharap usaha gotong royong seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai budaya bersama penduduk Putatan.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/gotong-royong-perkukuh-ukhuwah-dan-kebersihan-putatan-shahelmey/feed/ 0 85313
Jambatan usang dibaiki, penduduk tarik nafas lega https://sabahmedia.com/2025/10/20/jambatan-usang-dibaiki-penduduk-tarik-nafas-lega/ https://sabahmedia.com/2025/10/20/jambatan-usang-dibaiki-penduduk-tarik-nafas-lega/#respond Mon, 20 Oct 2025 05:42:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83742
Read Time:1 Minute, 17 Second

SANDAKAN :  Penduduk Kampung Lorong Selamat Batu 16, Gum-Gum kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan utama yang menjadi laluan harian mereka berjaya dibaiki hasil inisiatif gotong-royong bersama pemimpin tempatan, RELA, dan komuniti setempat.

Jambatan tersebut yang mengalami kerosakan sejak beberapa bulan lalu telah menimbulkan kebimbangan penduduk, terutamanya warga emas dan kanak-kanak yang terpaksa merentasi laluan itu setiap hari. Beberapa insiden hampir terjatuh turut dilaporkan.

Menyedari keperluan mendesak ini, satu program gotong-royong telah dilaksanakan baru-baru ini dengan penyertaan istimewa Datuk Jaffari Waliam, Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah dan bekas ADUN Dilantik Sabah.

“Saya datang bukan hanya untuk melihat, tetapi bersama-sama membantu. Kita tidak boleh biarkan rakyat terus dalam keadaan tidak selamat, lebih-lebih lagi melibatkan kemudahan asas seperti jambatan,” katanya.

Program tersebut turut disertai oleh anggota RELA yang bertindak membantu dari segi logistik dan keselamatan, manakala penduduk kampung menyediakan tenaga kerja serta bahan asas untuk membaiki jambatan berkenaan.

Menurut seorang penduduk, Mariam Ahmad, 56, kehadiran pemimpin yang turun padang amat dihargai oleh masyarakat kampung.

“Kami rasa didengar dan dihargai. Selama ini kami hanya harap ada pihak bantu. Bila Datuk Jaffari turun sendiri, kami rasa sangat bersyukur,” katanya.

Projek pembaikan yang mengambil masa satu hari itu bukan sahaja memulihkan struktur jambatan, malah menghidupkan kembali semangat gotong-royong yang kian pudar dalam masyarakat moden.

Jaffari turut menyatakan hasrat untuk terus menyokong usaha komuniti dalam menyelesaikan isu-isu setempat secara kolaboratif.

“Jika kita semua mainkan peranan, banyak masalah dapat selesai tanpa menunggu bantuan besar. Kunci kejayaan adalah kerjasama,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/20/jambatan-usang-dibaiki-penduduk-tarik-nafas-lega/feed/ 0 83742
Gotong-royong Karamunting semarakkan semangat perpaduan dan tanggungjawab bersama https://sabahmedia.com/2025/10/10/gotong-royong-karamunting-semarakkan-semangat-perpaduan-dan-tanggungjawab-bersama/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/gotong-royong-karamunting-semarakkan-semangat-perpaduan-dan-tanggungjawab-bersama/#respond Fri, 10 Oct 2025 06:18:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82911
Read Time:57 Second

SANDAKAN : Program Gotong-Royong Pembersihan Kawasan Jalan Wong Kon Sung dan Jalan Cecily berjaya dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama erat antara Pasukan Petugas mantan ADUN Karamunting dan penduduk setempat.

Inisiatif itu bertujuan memastikan kawasan berkenaan kekal selamat, bersih dan selesa untuk didiami, di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Karamunting, George Hiew Vun Zin berkata,  penganjuran gotong-royong itu amat penting bagi mengelakkan risiko keselamatan terutama ketika musim hujan, selain mencegah banjir kilat dan pembiakan nyamuk.

“Program seperti ini bukan sahaja dapat menjaga kebersihan persekitaran, malah mencerminkan semangat keprihatinan dan perpaduan masyarakat. 

“Ia juga menjadi contoh bahawa pembangunan kawasan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu kerajaan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang turut serta menjayakan program berkenaan, serta berharap semangat kerjasama tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan.

Menurutnya, aktiviti seumpama itu akan diteruskan secara berkala di kawasan lain dalam Karamunting sebagai langkah berterusan memastikan kesejahteraan penduduk.

Usaha gotong-royong ini, tambahnya, bukan sekadar aktiviti pembersihan fizikal tetapi merupakan langkah membina masa depan yang lebih selamat, bersih dan harmoni melalui semangat tanggungjawab bersama seluruh komuniti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/gotong-royong-karamunting-semarakkan-semangat-perpaduan-dan-tanggungjawab-bersama/feed/ 0 82911
Orang ramai dipelawa hadir meriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih’ esok https://sabahmedia.com/2024/09/20/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-program-sabah-kekal-bersih-esok/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-program-sabah-kekal-bersih-esok/#respond Fri, 20 Sep 2024 09:32:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60928
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dipelawa untuk hadir memeriahkan program ‘Sabah Kekal Bersih, Pelihara Alam, Ini Rumah Kita’ esok.

Program anjuran RComm Lestari itu akan berlangsung di Teluk Likas berhampiran dengan Anjung Selera di sini.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang berkata, program gotong-royong yang bermula seawal jam 7 pagi itu adalah bertujuan untuk membersihkan pantai bersempena dengan ‘World Cleanup Day’ dam ‘Coastal Cleanup 2024’.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang

“Dalam program ini, kita akan bekerjasama membersihkan pantai daripada plastik dan sampah yang merosakkan keindahan alam sekitar. Selain itu, semua plastik sampah yang dikumpulkan akan dijadikan sebagai bahan kitar semula.

“Ini juga adalah sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar dan menyokong usaha kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menangani isu plastik.

“Justeru, bagi pihak penganjur, kami mempelawa kepada semua masyarakat khususnya di Kota Kinabalu untuk sama-sama  menyertai kami dalam menjayakan program ini seterusnya menjadikan Sabah lebih bersih dan Lestari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cyron berkata,, program tahunan yang dianjurkan pihaknya itu juga adalah bagi menyatakan sokongan serta usaha kerajaan negeri melalui kempen tiada plastic dengan menghasilkan eco beg galas.

Beliau turut berharap agar program ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat setempat selain menggalakkan orang ramai untuk menyokong usaha bagi menjaga alam sekitar.

Tambahnya lagi, untuk sebarang pertanyaan mengenai program itu, orang ramai boleh menghubungi talian 0149113384 untuk maklumat lebih lanjut.

Dalam pada itu, Cyron brkata, program itu juga merupakan perintis yang dilaksanakan dan akan turut disertai oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kionsom bagi melaksanakan projek upcycling iatu eco bricks. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-program-sabah-kekal-bersih-esok/feed/ 0 60928
Sekolah bersih wujudkan persekitaran kondusif https://sabahmedia.com/2022/08/29/sekolah-bersih-wujudkan-persekitaran-kondusif/ https://sabahmedia.com/2022/08/29/sekolah-bersih-wujudkan-persekitaran-kondusif/#respond Mon, 29 Aug 2022 05:18:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=20805
Read Time:52 Second

BONGAWAN : Penganjuran program gotong royong dalam memastikan persekitaran kawasan sentiasa terjaga khususnya dikawasan sekolah mampu menerapkan unsur lestari alam sekitar dikalangan warganya. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan Yusoff Minin berkata, aktiviti seumpama itu juga mampu memupuk amalan nilai murni alam sekitar antara pelajar dan guru di sekolah. 

“Aktiviti gotong royong ini juga akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

“Selain itu, ianya juga turut menggalakkan warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan selain meningkatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kimanis di sini kelmarin bagi mewakili Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin. 

Yusoff berkata, program seumpama ini juga akan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup sihat bersama alam sekitar yang bersih. 

Program itu juga turut diserikan dengan penanaman pokok durian yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak pengurusan Ladang Kabang Sawit Kinabalu Sdn Bhd. 

]]>
https://sabahmedia.com/2022/08/29/sekolah-bersih-wujudkan-persekitaran-kondusif/feed/ 0 20805