gps – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Apr 2025 09:03:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gps – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Felda Lancar Revolusi Digital Perladangan: Tamatkan Era Ketirisan Hasil Sawit https://sabahmedia.com/2025/04/18/felda-lancar-revolusi-digital-perladangan-tamatkan-era-ketirisan-hasil-sawit/ https://sabahmedia.com/2025/04/18/felda-lancar-revolusi-digital-perladangan-tamatkan-era-ketirisan-hasil-sawit/#respond Fri, 18 Apr 2025 09:03:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72215
Read Time:1 Minute, 33 Second

Putrajaya — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kini melangkah ke fasa baharu dalam pengurusan hasil sawit apabila memperkenalkan penggunaan lori elektrik berteknologi tinggi dan sistem pemantauan GPS, sebagai usaha konkrit menoktahkan isu ketirisan yang telah lama membelenggu komuniti peneroka.

Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Sustainable Future Sdn Bhd itu membolehkan setiap penghantaran hasil sawit direkod secara digital dan dipantau secara langsung ke destinasi akhir — sama ada kilang atau pusat pengumpulan Felda — sekali gus menghalang penyelewengan oleh peraih dan ejen luar.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata teknologi ini bakal menjadi titik perubahan dalam usaha memastikan setiap titik peluh peneroka diberi nilai yang adil dan setimpal.

“Sudah tiba masa kita tamatkan penguasaan orang tengah yang selama ini mempermainkan nasib peneroka. Kini, hasil mereka akan dihantar terus ke kilang tanpa ruang untuk dimanipulasi. Setiap timbangan direkod, setiap pergerakan dipantau,” tegasnya.

Pusat Pengumpulan Baharu Simbol Permulaan

Langkah ini turut disokong dengan pembukaan rasmi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) Damar Berkat di Felda Bukit Damar, Pahang yang kini berfungsi sebagai model baharu pusat logistik bersepadu Felda.

Shabery turut mendedahkan bahawa Felda kerugian hampir RM200 juta setahun akibat hasil yang “hilang” dalam perjalanan atau dijual secara tidak sah kepada pihak ketiga.

“Selama ini, ada pihak yang mengambil kesempatan — manipulasi harga, penipuan timbangan, pembayaran tidak telus. Mereka kaut untung tanpa menanam walau sebatang pokok pun,” katanya.

Pulih Maruah Koperasi dan Peneroka

Selain menjamin hasil peneroka, sistem baharu ini juga menjadi tulang belakang pemulihan semula kekuatan Koperasi Permodalan Felda (KPF), yang selama ini terjejas akibat sistem agihan hasil yang tidak cekap.

“Kita mahu kembalikan KPF sebagai nadi ekonomi peneroka. Apabila hasil disalur melalui saluran rasmi, keuntungan boleh diagih semula dalam bentuk dividen dan pembangunan semula komuniti,” katanya lagi.

Dengan pelaksanaan sistem digital ini, Felda bukan sahaja mengurangkan ketirisan — tetapi turut mengorak langkah membina masa depan yang lebih mampan, adil dan berdaya saing untuk seluruh komuniti tanah rancangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/18/felda-lancar-revolusi-digital-perladangan-tamatkan-era-ketirisan-hasil-sawit/feed/ 0 72215
Pemimpin GRS, GPS mengiringi PM pada Hari Penamaan Calon https://sabahmedia.com/2023/07/29/pemimpin-grs-gps-mengiringi-pm-pada-hari-penamaan-calon/ https://sabahmedia.com/2023/07/29/pemimpin-grs-gps-mengiringi-pm-pada-hari-penamaan-calon/#respond Sat, 29 Jul 2023 05:35:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39178
Read Time:48 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama rakan sejawat beliau Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyokong calon Kerajaan Perpaduan di tiga pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Selangor di sini hari ini.

Persinggahan pertama ialah di SMK Sungai Pusu, pusat penamaan calon bagi Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Pakatan Harapan diwakili dari Parti Keadilan di Sungai Tua and Hulu Kelang manakala Umno di Gombak Setia.

Persinggahan kedua ialah pejabat Majlis Perbandaran Selayang, pusat penamaan calon Taman Templer, Kuang dan Rawang, diwakili oleh Amanah, Umno dan Keadilan, masing-masing untuk Kerajaan Perpaduan.

Persinggahan terakhir mereka ialah Dewan Dato’ Ahmad Razali, pusat penamaan calon bagi Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya. Kedua-dua kerusi itu diwakili oleh Keadilan dari PH.

Hari Mengundi di Selangor dan lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan diadakan serentak pada 12 Ogos ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/29/pemimpin-grs-gps-mengiringi-pm-pada-hari-penamaan-calon/feed/ 0 39178
GPS tidak akan bekerjasama dengan Mahathir – Karim https://sabahmedia.com/2023/07/05/gps-tidak-akan-bekerjasama-dengan-mahathir-karim/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/gps-tidak-akan-bekerjasama-dengan-mahathir-karim/#respond Wed, 05 Jul 2023 10:10:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37741
Read Time:1 Minute, 20 Second

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya baru-baru ini menentang usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.

Memetik laporan Utusan Borneo Online, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang tidak menolak kemungkinan itu berkata, Dr Mahathir yang telah bersara setelah sekian lama menerajui negara, tidak seharusnya kembali berpolitik sebaliknya ‘memberi laluan’ kepada pemimpin lain mengendalikan negara dengan lancar.

“Apabila beliau (Dr Mahathir) mengatakan Malaysia bukan negara pelbagai bangsa, maka Malaysia tidak boleh dipromosi sebagai parti berbilang kaum kerana (kononnya) ia bertentangan dengan Perlembagaan (Persekutuan). Pendapat apakah itu?

“Sebab itulah saya katakan, bagaimana hendak bekerjasama dengan orang seperti ini.

“Serahkan politik kepada mereka yang telah anda ‘bentuk dan persiapkan’ untuk memimpin negara. Itu seharusnya berlaku. Anda tidak kembali dan mula menentang mereka yang telah anda bentuk.

“Ia mencerminkan (siapa) beliau, membuat kenyataan itu. Jadi bagaimana untuk bekerjasama dengan orang seperti itu, apabila kenyataan seperti itu tidak memberi gambaran yang baik kepada majoriti rakyat,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan Kejohanan Badminton Remaja Piala Abang Jo di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata beliau keliru dengan kenyataan Dr Mahathir itu.

“Apa pula perasaan bukan Melayu? Saya Melayu tetapi ada kala merasakan, apabila anda mengatakan anda tidak boleh mempromosikan malaysia sebagai parti pelbagai kaum, kenyataan apakah ini? Dan kenyataan ini dibuat oleh seseorang yang telah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali,” tambahnya.

Pada 3 Julai Dr Mahathir mendakwa mempromosikan Malaysia sebagai negara pelbagai bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. – Utusan Borneo Online

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/gps-tidak-akan-bekerjasama-dengan-mahathir-karim/feed/ 0 37741
SPR Tetapkan PRN Sarawak Pada 18 Disember Ini https://sabahmedia.com/2021/11/24/spr-tetapkan-prn-sarawak-pada-18-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/24/spr-tetapkan-prn-sarawak-pada-18-disember-ini/#respond Wed, 24 Nov 2021 04:45:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8808
Read Time:1 Minute, 37 Second

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Abdul Ghani berkata, seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN-12 dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya.

Abdul Ghani juga berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 17 Disember.

Beliau juga memaklumkan, Daftar Pemilih Pilihan Raya itu akan mula dijual pada 1 Disember dan pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi laman sosial SPR iaitu pengundi.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927018 atau menerusi aplikasi MySPR Semak dengan semakan boleh dibuat mulai 1 Disember,” katanya.

Bagi urusan permohonan undi pos luar dan dalam negara, permohonan undi pos untuk mengundi Kategori Borang 1B dan Kategori Borang 1C dibuka mulai 8 November lalu sehingga 24 November.

“Bagi kategori Borang 1A pula bermula 24 November sehingga 3 Disember manakala permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C dilaksanakan secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini.

“Permohonan untuk mengundi secara pos boleh dilakukan menerusi MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/24/spr-tetapkan-prn-sarawak-pada-18-disember-ini/feed/ 0 8808