KOTA KINABALU : “Nanti Jumaat atau Sabtu kita gunting rambut ya, nak,” Itu ungkapan terakhir mangsa kemalangan maut, mendiang Jimmy Masadim kepada anaknya, Christiano Jimmy,7,pada pagi Khamis sebelum dia keluar bekerja sebagai penghantar barang dan makanan Grab Food.
Menurut isterinya, Cindy Chin Set Moi, sepanjang 13 tahun usia perkahwinan mereka, mendiang Jimmy merupakan seorang suami yang bertanggungjawab, mudah mesra dan sangat mengambil berat bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga rakan-rakan dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Sabah.
Oleh kerana sikapnya yang baik kepada semua orang di sekeliling, kelmarin jenazah mendiang Kontabel/SP Jimmy Masadim menerima penghormatan terakhir daripada ketua dan rakan-rakan sepasukan.
Hadir di Wisma Fook Lu Siew, Batu 2 Jalan Tuaran pada Sabtu ialah Pemangku Komandan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Sabah, DSP/SP Ag Usli Mohd Salleh yang diiringi Ajutan PVR Sabah, Insp/SP Ruzee Jumatin serta beberapa anggota SSPDRM Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Ikut serta dalam rombongan tersebut ialah mantan Komandan Sabah, Paul Lajumin dan mantan Ketua Penyelia, Roslan Daban.

Selepas itu, Ag Usli dan rombongan sempat melawat ke kediaman mendiang di Taman Keramat bagi menyampaikan sumbangan kebajikan hasil kutipan derma kilat daripada pasukan terbabit kepada anak mendiang.
Turut memberi penghormatan, rakan-rakan skuad mendiang, SSPDRM Siri 2/2012 yang diketuai Penyelia SSPDRM Balai Polis Karamunsing, Koperal/SP Lydia Banging untuk mengucapkan takziah di samping menyampaikan sumbangan kepada Cindy.
Khamis lalu, mendiang yang menunggang motorsikal Grab Food maut selepas dirempuh oleh sebuah lori penghantar kurier yang hilang kawalan dari arah bertentangan di Jalan Papar Lama, kira-kira jam 1.50 petang. PENERANGAN
PAPAR: Seramai 35 penunggang Foodpanda dan GrabFood menerima sumbangan bakul makanan daripada Tabung Makanan Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dekat sini semalam. (19 Jun 2021)
Pengerusi MPT Prof Madya Dr Awang Setia Musleh berkata, pihak MPT memberi sumbangan tersebut kepada penunggang-penunggang Foodpanda dan GrabFood sebagai tanda solidariti kepada mereka yang sedikit sebanyak membantu masyarakat tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.
“Kami menjemput mereka ke MPT untuk mengambil sumbangan secara “drive thru” atau pandu lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mereka gembira serta berterima kasih atas adanya program seperti ini.


“Saya mengalu-alu kepada semua jemaah yang ingin menginfaq atau bersedekah boleh berhubung terus kepada Penyelaras Tabung Makanan Ustaz Nor Azhar Alimin ditalian 011 58094921 atau Ahli Jawatankuasa (AJK) MPT,” kata Dr Awang Setia ketika dihubungi Sabah Media.
Menurut beliau lagi, setakat ini Tabung Makanan MPT telah menyumbangkan 1317 bakul makanan yang telah diagihkan kepada yang memerlukan iaitu penduduk dari 23 buah kampung sekitar Kinarut serta 35 penunggang Foodpanda dan GrabFood.
Tabung Makanan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dilancarkan pada 8 Jun yang lalu.
]]>