graduan ILKKM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Sep 2023 11:36:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png graduan ILKKM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Graduan ILKKM perlu sedia hadapi cabaran https://sabahmedia.com/2023/09/24/graduan-ilkkm-perlu-sedia-hadapi-cabaran/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/graduan-ilkkm-perlu-sedia-hadapi-cabaran/#respond Sun, 24 Sep 2023 00:50:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42429
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) perlu bersedia menghadapi cabaran bekerja dalam perkhidmatan kesihatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob berkata, para graduan bakal menempuhi alam pekerjaan yang berbeza berbanding semasa belajar di ILKKM.

Norazman ketika menyampaikan ucapannya

“Sebagai anggota kesihatan, graduan bakal  berhadapan dengan pelbagai keadaan dan situasi terutamanya selepas ditempatkan di hospital atau klinik. Dalam keadaan tertentu, graduan akan bersendirian dalam membuat sesuatu keputusan dan disinilah ujian sebenar mereka.

“Saya ingin menyatakan bahawa para graduan sangat bertuah kerana melakukan pekerjaan paling penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat selain sebagai sumber pendapatan.

Masrudin Usman menerima anugerah pencapaian cemerlang akademik yang disampaikan oleh Norazman (kanan).

“Di KKM terdapat lebih 116 skim perkhidmatan dan jumlah anggota warga KKM hampir 300,000 orang daripada jumlah tersebut 24 peratus adalah jururawat manakala doktor atau pegawai perubatan hanya 16 peratus dan dapat dilihat betapa signifikannya sumbangan para graduan ini dalam perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Norazman berkata demikian semasa menyempurnakan majlis Istiadat Konvokesyen ILKKM 2023 Zon Sabah di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 1,332 graduan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen ILKKM 2023 Zon Sabah menerima Diploma, Diploma Lanjutan, Diploma (Peralihan), Sijil dan Sijil Pos Basik manakala 32 pelatih menerima anugerah kategori cemerlang akademik dan kategori cemerlang Ko-kurikulum sebanyak tujuh pelatih.

Dayang Fifyleawatty Yusop, 33 menerima anugerah pencapaian cemerlang akademik yang disampaikan oleh Norazman (kanan).

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Asits Sanna, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan, Nor Aini Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan (Institusi Latihan), Nadiyah Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan (Operasi Latihan), Azlan Ahmad dan Pengarah ILKKM Kota Kinabalu, Jepsi Ngangie yang juga Pengerusi Jawatankuasa kerja Istiadat Konvokesyen ILKKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/graduan-ilkkm-perlu-sedia-hadapi-cabaran/feed/ 0 42429