Graduan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Aug 2025 00:47:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Graduan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 IPDAS lahirkan lebih 16,000 graduan dalam tempoh 46 tahun https://sabahmedia.com/2025/08/12/ipdas-lahirkan-lebih-16000-graduan-dalam-tempoh-46-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/08/12/ipdas-lahirkan-lebih-16000-graduan-dalam-tempoh-46-tahun/#respond Tue, 12 Aug 2025 00:47:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79065
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Seramai 16,327 graduan berjaya dilahirkan di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)  sejak penubuhannya pada 46 tahun lalu.                

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pencapaian itu adalah bukti keberkesanan IPDAS sebagai institusi yang membina masyarakat berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama serta negara.

”Pada konvokesyen tahun ini, seramai 305 graduan diraikan membabitkan 97 graduan Diploma Dakwah Islamiah (DDI), 28 graduan Sijil Pengajian Islam (SPI), 167 graduan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) Kampus Kudat dan 13 graduan SAPIM di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.

”Kejayaan para graduan hari ini bukan semata-mata hasil usaha fizikal dan kecerdikan akal tetapi juga berkat taufik dan hidayah Allah yang memandu langkah mereka dalam menuntut ilmu.

”Kenaikan darjat ini bukanlah penghujung perjalanan, sebaliknya amanah untuk terus memanfaatkan ilmu bagi membimbing masyarakat, memperkukuh dakwah dan menjadi agen kebaikan di mana sahaja berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-19 Tahun 2025, di sini pada Isnin.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang turut menyampaikan Anugerah Pingat Emas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah kepada AlHassan Abdul di samping penyampaian beberapa anugerah lain, diploma dan sijil kepada para graduan.

Mohd Na’im berkata, konvokesyen itu bukan penamat perjalanan ilmu, sebaliknya permulaan untuk terus melangkah ke peringkat lebih tinggi, termasuk ke Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Sejarah IPDAS bermula pada 1979 sebagai Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) untuk golongan muallaf, sebelum diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada 1984.

Perkembangan pesatnya diperkukuh dengan perasmian bangunan baharu di Kudat pada 2004.

Bermula 2024, IPDAS memperkenalkan Diploma Dakwah Kontemporari yang menekankan kemahiran teknologi digital dan multimedia, selari aspirasi negara untuk merapatkan jurang antara turath Islam dan ilmu semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/12/ipdas-lahirkan-lebih-16000-graduan-dalam-tempoh-46-tahun/feed/ 0 79065
UMS berjaya lahirkan 91,915 graduan sepanjang tiga dekad penubuhan https://sabahmedia.com/2024/12/09/ums-berjaya-lahirkan-91915-graduan-sepanjang-tiga-dekad-penubuhan/ https://sabahmedia.com/2024/12/09/ums-berjaya-lahirkan-91915-graduan-sepanjang-tiga-dekad-penubuhan/#respond Mon, 09 Dec 2024 01:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65075
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melahirkan seramai 91,915 graduan dalam pelbagai bidang sepanjang tempoh tiga dekad penubuhan universiti itu.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, graduan yang dilahirkan kini telah menjadi modal insan kompeten dan berkaliber tinggi banyak menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat, nasional dan antarangsa.

Katanya, ini adalah bukti bahawa pendidikan yang disediakan UMS bukan sahaja berorientasikan akademik, tetapi juga membina kemahiran insaniah yang penting dalam kehidupan seharian.

“UMS juga berfungsi sebagai pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi di Sabah menerusi usaha-usaha membangunkan komuniti luar bandar dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, serta memberi tumpuan kepada isu-isu sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat tempatan, termasuk pemeliharaan budaya etnik tempatan, pemuliharaan alam sekitar dan penyelidikan biodiversiti. 

“Usaha kelestarian alam sekitar di Sabah, terutamanya yang berkaitan dengan maritim, biodiversiti, dan konservasi hutan hujan tropika juga  menunjukkan komitmen UMS dalam memartabatkan masyarakat setempat dan menyelesaikan isu-isu sosial yang kritikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-26 bagi Graduan 2024 sidang kedua di Dewan Canselor UMS di sini.

Kasim berkata, majlis konvokesyen yang diadakan tahun ini merupakan satu detik penting dalam sejarah UMS kerana universiti itu turut menyambut ulang tahun ke-30 UMS.

Katanya, bilangan graduan UMS merupakan kejayaan universiti menghasilkan modal insan kepada pelbagai sektor pekerjaan di peringkat negeri dan negara. 

Menurutnya, kadar kebolehpasaran graduan UMS merekodkan kadar peningkatan yang tinggi. 

“Untuk rekod, pada tahun lalu, kadar kebolehpasaran graduan mencecah 98.5 peratus iaitu meningkat lagi sebanyak 0.02 peratus berbanding tahun 2022 (98.3 peratus) dan 96.2 peratus pada tahun 2021. 

“Rentetan dari kejayaan tersebut, pada 27 November 2024, UMS telah menerima anugerah Top Public Higher Education Institution pada majlis Talentbank Graduates’ Choice Award (GCA),” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/09/ums-berjaya-lahirkan-91915-graduan-sepanjang-tiga-dekad-penubuhan/feed/ 0 65075
Graduan berkemahiran menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya https://sabahmedia.com/2024/12/04/graduan-berkemahiran-menyokong-pelan-pembangunan-sabah-maju-jaya/ https://sabahmedia.com/2024/12/04/graduan-berkemahiran-menyokong-pelan-pembangunan-sabah-maju-jaya/#respond Wed, 04 Dec 2024 01:04:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64849
Read Time:2 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seramai 277 graduan dari Cyberjaya College Kota Kinabalu berjaya menerima diploma masing-masing dalam pelbagai bidang pada Majlis Konvokesyen Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada Selasa.

Acara yang penuh bermakna ini menzahirkan komitmen Kolej dalam menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui pembangunan modal insan, penggalakan pembelajaran sepanjang hayat, serta peningkatan kesejahteraan komuniti.

Majlis konvokesyen ini adalah satu tanda aras dengan pencapaian penting bagi para graduan, yang kejayaan mereka mencerminkan komitmen Kolej dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berpengetahuan.

Dengan membekalkan pelajar berkemahiran dan berpengetahuan, Cyberjaya College Kota Kinabalu akan terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Sabah secara keseluruhan.

Profesor Dr. David Whitford, Naib Canselor University of Cyberjaya, Profesor Dr. David Whitford menyeru kepada para graduan supaya mempunyai semangat ingin tahu, ketabahan, dan integriti ke mana sahaja mereka pergi.

“Ingatlah, kejayaan bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi perubahan positif yang anda bawa kepada dunia,” katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Cyberjaya College Kota Kinabalu, Dr Awang Faisal Assyiffa Ag. Rahim dalam ucapannya menekankan sumbangan Kolej kepada inisiatif pembangunan negeri.

“Graduan berkemahiran yang dilahirkan oleh Cyberjaya College Kota Kinabalu adalah bukti komitmen kami terhadap pendidikan dan kesejahteraan komuniti. Saya percaya mereka akan terus menyumbang dengan signifikan, terutamanya dalam bidang kesihatan dan bidang berkaitan.

“Hari ini, kami telah menganugerahkan Diploma dalam Farmasi, Fisioterapi, Penjagaan Kesihatan, Psikologi, Pengajian Perniagaan, dan Kejururawatan, yang mencerminkan dedikasi kami dalam memenuhi keperluan Sabah,” katanya.

Anugerah Pengerusi bagi Kelas 2024 telah dianugerahkan kepada Emily Yapp Sian Fui, graduan Diploma Psikologi yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan.

Diiktiraf atas Pencapaian Akademik Terbaik, Emily juga telah berkhidmat sebagai Presiden Junior Psychologist Club, Naib Presiden Artisans Club, dan Setiausaha 1 Majlis Perwakilan Pelajar. Dalam ucapan valedictorian yang penuh inspirasi, beliau mengimbas kembali perjalanan kolektif para graduan.

“Melalui suka dan duka, kita telah belajar, berkembang, dan berusaha untuk mencapai saat yang bermakna ini. Berdirinya kita di sini untuk menghadapi peringkat hidup yang seterusnya, kita harus menyambut peluang untuk membentuk masa depan, mengejar minat, dan membentuk legasi yang bermakna,” katanya.

Institusi ini kekal teguh dalam komitmennya menyokong SMJ dengan melahirkan graduan berkemahiran yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negeri.

Cyberjaya College Kota Kinabalu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Kelas 2024 atas pencapaian mereka yang cemerlang.

Cyberjaya College Kota Kinabalu kini membuka permohonan bagi tahun akademik 2024/2025. Pelajar lepasan SPM yang berminat boleh memohon melalui laman web kk.cyberjaya.edu.my/mohon atau hubungi kolej melalui WhatsApp di 019-3888621.

Ditubuhkan pada tahun 2008, Cyberjaya College Kota Kinabalu berada di hadapan transformasi pendidikan, menawarkan kemudahan dan makmal yang lengkap. Kolej ini komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan memperkayakan pengalaman pelajar, yang telah melayakkan kolej ini menerima penarafan ‘Kompetitif’ dalam Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2022.

Kolej ini juga afliasi kepada University of Cyberjaya, yang memberikan manfaat melalui perkongsian sumber, pemindahan ilmu, dan penanda aras kualiti. Universiti tersebut baru-baru ini mendapat penarafan 5 Bintang dalam QS Universities Rankings, menyokong Cyberjaya College Kota Kinabalu dan institusi saudaranya, Cyberjaya College Kuching.

Semua institusi di bawah jenama Cyberjaya beroperasi dengan visi untuk meningkatkan komuniti melalui akses pendidikan berkualiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/04/graduan-berkemahiran-menyokong-pelan-pembangunan-sabah-maju-jaya/feed/ 0 64849
Graduan diminta kembali sumbang bakti kepada masyarakat – Ellron https://sabahmedia.com/2024/11/22/graduan-diminta-kembali-sumbang-bakti-kepada-masyarakat-ellron/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/graduan-diminta-kembali-sumbang-bakti-kepada-masyarakat-ellron/#respond Fri, 22 Nov 2024 05:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64201
Read Time:2 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Para graduan diminta memanfaatkan ilmu pengetahuan yang ada untuk menyumbang bakti semula bagi memajukan masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin berkata, mereka juga tidak seharusnya berpuas hati dengan ilmu yang dipelajari sebaliknya terus berusaha menambah kemahiran yang ada.

“Kepada para graduan, ingatlah bahawa pendidikan adalah perjalanan seumur hidup. Ilmu yang telah anda peroleh di sini akan menjadi asas anda, tetapi adalah tanggungjawab anda untuk terus membinanya.

“Saya berharap setiap anda akan membawa nilai dan kemahiran yang telah dipelajari dan menggunakannya untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Kongsikan ilmu anda, jadilah inspirasi kepada orang lain, dan tunjukkan contoh yang baik.

“Dengan berbuat demikian, anda akan membantu membentuk masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang,” katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej SIDMA di sini, hari ini (22 Nov).

Dr Morni (kiri) dan Ellron Angin (kanan) bergambar kenangan bersama dua pelajar terbaik Kolej Sidma Abigail (dua kanan) dan Darren.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sook berkata, hari graduasi adalah merupakan permulaan kepada perjalanan hidup yang lebih mencabar dan seharusnya mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi arus perubahan yang berlaku.

“Hari ini adalah satu acara untuk meraikan pencapaian anda, tetapi ia juga merupakan permulaan bab baru dalam hidup anda. Semasa anda memulakan perjalanan yang menarik ini, semoga anda menghadapi setiap peluang dan cabaran dengan keberanian dan ketekunan. Saat kejayaan ini hanyalah permulaan kepada jalan yang dipenuhi dengan potensi dan kemungkinan,” ujar beliau.

Beliau turut merakam tahniah di atas kejayaan Kolej SIDMA yang kini muncul sebagai salah satu institusi terkemuka di Sabah dalam pendidikan tinggi, terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Katanya, usaha Kolej SIDMA dalam mengutamakan kepentingan pendidikan awal, dari penjagaan kanak-kanak hingga ke tadika, telah membuka jalan bagi pendidikan berkualiti di Sabah, dan menjadi contoh yang terpuji bagi institusi lain untuk diteladani.

“Saya berharap pada masa hadapan, program-program lain yang dikendalikan oleh Kolej SIDMA seperti bidang pengurusan dan bidang pengurusan sukan akan terus berkembang dan berjaya di masa hadapan.

“Kepada graduan pula, anda kini dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memberi impak yang bermakna dalam bidang pilihan yang anda telah pilih, dan konvokesyen ini adalah pengiktirafan terhadap pencapaian anda serta panggilan untuk terus berkembang dan belajar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kolej SIDMA, Prof Dr Morni Kambrie memberitahu Kolej SIDMA buat pertama kali akan menawarkan biasiswa kepada dua pelajar yang ingin mengambil Diploma Pengurusan Sukan di kolej tersebut pada tahun ini.

Dalam majlis itu, seramai 107 graduan Kolej Sidma dalam pelbagai bidang telah menerima diploma mereka. Daripada jumlah tersebut seramai 83 graduan menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, manakala lapan graduan pula menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sebanyak 10 graduan lagi menerima Diploma Pengurusan dan enam graduan menerima  Diploma Pengurusan Sukan. 

Pada konvokesyen kali ini, Abigail Joan Frederick telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2024 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, manakala Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma Pengurusan, Darren Paulson Linggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/graduan-diminta-kembali-sumbang-bakti-kepada-masyarakat-ellron/feed/ 0 64201
Fahami cabaran kebolehpasaran graduan https://sabahmedia.com/2022/03/25/fahami-cabaran-kebolehpasaran-graduan/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/fahami-cabaran-kebolehpasaran-graduan/#respond Fri, 25 Mar 2022 09:14:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13483
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Semua pihak diminta untuk terus memahami cabaran kebolehpasaran graduan dengan mengambil kira kemahiran yang diperlukan majikan dalam pengambilan siswazah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, majikan bukan hanya mencari kemahiran teknikal yang berkaitan malah turut mencari kualiti lain melebihi kelayakan akademik.

Soft skills yang relevan akan menjadikan calon yang kompetitif kepada para majikan yang bermanfaat bagi organisasi masing-masing.

“Selain daripada kemahiran utama yang berkaitan dengan fungsi pekerjaan, graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah penting seperti kemahiran pengurusan masa dan organisasi, kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan serta kerja berpasukan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena UMS Career Power Week 2022 di Auditorium Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Andi berkata, pihaknya gembira dan berbesar hati apabila Yayasan Juwita dan UMS mengambil inisiatif seumpama itu yang dapat membantu pelajar dalam menghadapi cabaran yang akan datang.

Sementara itu, Andi berkata, senario pengajian tinggi global pada masa ini amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda.

Katanya, tempoh krisis dan pemulihan yang berpanjangan memerlukan semua pihak mencari solusi yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan kelestarian institusi pendidikan tinggi terpelihara.

“Adalah suka saya nyatakan bahawa di Kementerian Belia dan Sukan Sabah menyokong hasrat dan fokus strategik ketiga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di mana kita memfokuskan untuk  “Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan”.

“Penurunan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 1.8 peratus kepada 84.4 peratus pada tahun 2020 berbanding 86.2 peratus pada tahun 2019 menunjukkan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kebolehpasaran graduan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/fahami-cabaran-kebolehpasaran-graduan/feed/ 0 13483
PENJANA KPT-CAP Tangani Kebolehpasaran Graduan Dan Pengangguran Akibat COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/11/24/penjana-kpt-cap-tangani-kebolehpasaran-graduan-dan-pengangguran-akibat-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/11/24/penjana-kpt-cap-tangani-kebolehpasaran-graduan-dan-pengangguran-akibat-covid-19/#respond Wed, 24 Nov 2021 08:16:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8819
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, inisiatif kerajaan yang dikenali sebagai PENJANA KPT-CAP itu bertujuan membantu graduan meningkatkan kemahiran serta mendapat penempatan pekerjaan selepas tamat program pengajian.

“Program ini merupakan platform terbaik untuk meningkatkan lagi kemahiran insaniah graduan sebagai nilai tambah selain daripada softskill yang diperoleh semasa menimba ilmu di universiti.

“Di peringkat UMS, kita merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi awam yang melaksanakan inisiatif ini bagi memastikan graduan memiliki daya saing yang tinggi dan mempunyai kompetensi yang relevan bagi menjamin kebolehpasaran mereka di alam pekerjaan,” katanya.

Raman berkata demikian ketika berucap melancarkan Program PENJANA KPT-CAP bagi Kursus Perunding Unit Amanah yang dianjurkan dengan kerjasama PMB Investment Berhad, di sini, baru-baru ini.

Ujar beliau, program PENJANA KPT-CAP sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun 2020 bagi membantu graduan tahun 2019 dan tahun 2020 mendapatkan latihan dan penempatan pekerjaan.

“Tetapi dengan kekangan situasi semasa pandemik Covid-19 menyebabkan program ini terpaksa ditangguh sehingga bulan September 2021.

“Syukur ke hadrat Allah SWT program ini dapat dilaksanakan dengan sokongan KPT dan semangat yang jitu daripada semua peserta yang terlibat.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) selaku pelaksana program ini di peringkat UMS,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Interim merangkap Pengarah PMB Investment Berhad, Dato’ Zulfikri Osman; Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh; dan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Berhad Mahani Ibrahim.

Dalam pada itu, Soon memaklumkan, UMS sebelum ini telah mengadakan lima program di bawah PENJANA KPT-CAP, antaranya Kursus Aircraft Manufacturing Technology; Certified Drone Precision Agriculture Proficient; Industrial Internet of Things; Kursus Pengurusan Acara Karnival dan Jualan; dan Kursus Pengurusan dan Perniagaan dalam Muzik.

“Pada kursus Perunding Unit Amanah kali ini, ia diadakan dengan objektif bagi memberi pengetahuan dan ilmu berkaitan bidang kewangan dan pelaburan kepada peserta.

“Selain itu, ia bagi menyediakan peluang kerjaya kepada para graduan UMS yang telah bergraduat dan belum bekerja.

“Sebanyak 100 graduan UMS mengambil bahagian dalam kursus yang berlangsung selama 42 hari yang dilaksanakan secara hibrid iaitu atas talian dan secara fizikal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/24/penjana-kpt-cap-tangani-kebolehpasaran-graduan-dan-pengangguran-akibat-covid-19/feed/ 0 8819
Program ‘Finishing School’ Persiap Bakal Graduan UMS Hadapi Cabaran Alam Pekerjaan https://sabahmedia.com/2021/08/21/program-finishing-school-persiap-bakal-graduan-ums-hadapi-cabaran-alam-pekerjaan/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/program-finishing-school-persiap-bakal-graduan-ums-hadapi-cabaran-alam-pekerjaan/#respond Sat, 21 Aug 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4992
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Tamat Pengajian (Finishing School) setiap tahun bagi mempersiapkan bakal graduan mendepani cabaran alam pekerjaan.

Dekan FPEP UMS, Prof. Datuk. Dr. Hj. Kasim Mansur berkata, melalui program tersebut pelbagai aktiviti dilaksanakan ke arah melahirkan graduan yang berketrampilan dan berdaya saing.

“Program ini antara lain memberi pendedahan kepada semua pelajar terhadap isu kerjaya dan cabaran-cabaran yang akan ditempuh apabila memasuki dunia pekerjaan.

“Di samping itu, ia bagi memberi panduan persiapan yang perlu dibuat untuk menyediakan fizikal dan mental apabila menamatkan pengajian kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Menurut Kasim, tahun ini program itu telah dimulakan sejak April lalu dan akan diadakan secara berterusan.

“Penganjuran program sebegini sememangnya mampu memberi nilai tambah kepada graduan agar lebih berkeyakinan dan profesional bagi tujuan kebolehpasaran,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa FPEP UMS, Maslina Saiba berkata, Program Finishing School memberi manfaat yang besar kepada semua bakal graduan.

“Hala tuju yang jelas dapat dibentuk agar pelajar mampu menghadapi situasi selepas tamatnya pengajian untuk bersaing dengan graduan yang lain.

“Seperti yang pelajar sedia maklum, persaingan dalam kebolehpasaran graduan adalah tinggi. Oleh itu, pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi situasi tersebut.

“Kemahiran-kemahiran ini membantu pelajar menjadi individu yang lebih versatile dalam apa sahaja bidang yang diceburi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/program-finishing-school-persiap-bakal-graduan-ums-hadapi-cabaran-alam-pekerjaan/feed/ 0 4992