grid Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Jan 2024 02:55:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png grid Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua syarikat IPP beri bekalan 155MW semula ke Grid Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/#respond Sat, 20 Jan 2024 02:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48233
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Dua syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) kini kembali beroperasi membekalkan sejumlah 155MW tenaga elektrik kepada Grid Sabah.

Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, syarikat Kimanis Power Sdn. Bhd. telah beroperasi dan membekalkan semula 95MW tenaga pada Jumaat setelah menutup sementara bekalan elektrik pada 6 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Sebuah lagi syarikat IPP, Ranhill Powertron ll Sdn. Bhd juga telah pulih dan membekalkan tenaga elektrik pada Khamis selepas penutupan kecemasan melibatkan 60MW akibat masalah high vibration gear di set penjanaan mereka pada 14 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adrian, dengan pengoperasian semula kedua-dua IPP itu akan meningkatkan semula kapasiti penjanaan bekalan elektrik yang sebelum ini mengalami rizab margin pada paras kritikal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua – dua IPP tersebut yang telah berusaha memastikan pemeriksaan keselamatan dan masalah teknikal dapat diselesaikan dengan dalam tempoh yang singkat.

SESB dan IPP sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan gangguan dan catuan bekalan elektrik bagi memastikan para pengguna sentiasa dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil.

Adrian turut menyatakan bahawa SESB akan membuat hebahan ramalan bekalan elektrik setiap Isnin hingga Jumaat bagi memastikan semua pihak dalam keadaan bersiap sedia dengan perkembangan semasa bekalan elektrik di Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan perkembangan semasa beberapa stesen jana kuasa yang sedang dalam proses pembaikan.

Syarikat Serudong Power Sdn Bhd dijangka akan dapat membekalkan semula 11MW penjanaan ke Grid Sabah pada 1 Mac, 2024. Kerja-kerja baikpulih crank case cover yang rosak sejak 27 April, 2023 sedang giat dilaksanakan.

Sebuah unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau- Patau W.P Labuan berkapasiti 30MW yang mengalami masalah teknikal sejak 5 September 2023 juga dijangka akan beroperasi pada 29 Februari 2024.

Manakala itu, Stesen Jana Kuasa Hidro Tenom Pangi juga sedang dalam proses pembaikan selepas ditutup sepenuhnya akibat kerosakan teruk ketika tragedi bencana alam pada 31 Oktober 2022 dijangka akan beroperasi secara berperingkat bermula pada bulan Mac, Jun dan Oktober tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/20/dua-syarikat-ipp-beri-bekalan-155mw-semula-ke-grid-sabah/feed/ 0 48233
SESB pertingkat kapasiti penjanaan dengan mulatugas 15MWac Loji Tenaga Solar Skala Besar di grid Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/27/sesb-pertingkat-kapasiti-penjanaan-dengan-mulatugas-15mwac-loji-tenaga-solar-skala-besar-di-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/sesb-pertingkat-kapasiti-penjanaan-dengan-mulatugas-15mwac-loji-tenaga-solar-skala-besar-di-grid-sabah/#respond Mon, 27 Nov 2023 09:02:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45766
Read Time:1 Minute, 7 Second

LABUAN: Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah akan dipertingkatkan lagi dengan pengoperasian dua lagi Loji Solar Skala Besar (LSS) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, dua loji LSS yang hampir siap dibina di Labuan iaitu loji berkapasiti 10MWac, dibangunkan oleh Solar PV Power Sdn.Bhd. syarikat usahasama antara Jetama Energy Sdn. Bhd. (JETAMA) dan Symbior Solar dijangka akan dimulatugas pada Disember 2023 manakala sebuah lagi loji berkapasiti 5MWac yang dibangunkan oleh Sabah Energy Corporation (SEC) akan dimulatugas pada Februari 2024.

“Pengoperasian dua loji LSS ini akan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan kekurangan kapasiti penjanaan grid dengan peningkatan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak disiang hari.

“Pengoperasian LSS ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Grid Sabah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian setelah melaksanakan satu lawatan kerja ke tapak LSS di Tanjung Kubong dan LSS Kampung Bukit Kalam pada Sabtu.

Lawatan itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif JETAMA, Ahmad Naim Uddang, dan Pengurus Projek SEC, Muhammad Faruq.

Kedua-dua loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang telah dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Baki tujuh lagi loji LLS akan dimulatugas dan dioperasikan secara berperingkat sehingga Jun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/sesb-pertingkat-kapasiti-penjanaan-dengan-mulatugas-15mwac-loji-tenaga-solar-skala-besar-di-grid-sabah/feed/ 0 45766