Grs keningau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Oct 2025 04:45:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Grs keningau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GRS bukan sekadar berjanji, tapi bertindak demi rakyat – Yazid https://sabahmedia.com/2025/10/27/grs-bukan-sekadar-berjanji-tapi-bertindak-demi-rakyat-yazid/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/grs-bukan-sekadar-berjanji-tapi-bertindak-demi-rakyat-yazid/#respond Mon, 27 Oct 2025 04:45:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84256
Read Time:55 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus menegaskan komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri Sabah kekal menjadi keutamaan, bukan sekadar slogan politik semata-mata.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) GRS Keningau Station, Yazid Mohd Hasnan Tawik Mansai @ Charles, berkata perjuangan GRS berasaskan niat murni untuk mengubah kehidupan rakyat tanpa mengira latar belakang, dan bukan hanya mengejar kedudukan atau kuasa.

“GRS bukan sekadar berjanji, kami bertindak! Setiap dasar dan langkah mesti membawa perubahan yang nyata – daripada pembangunan infrastruktur asas, peluang ekonomi, hingga kebajikan masyarakat luar bandar.

“Kami di sini untuk rakyat, bukan untuk kekuasaan,” katanya.

Beliau berkata, GRS terus memperkukuh pelbagai inisiatif bantuan sosial, membuka akses pendidikan dan keusahawanan yang lebih luas, selain memastikan kawasan pedalaman tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Kemajuan Sabah hanya bermakna apabila setiap rakyat menikmati kesejahteraan yang sebenar.

“Sebab itu setiap pemimpin dan jentera GRS digerakkan untuk mendengar suara rakyat dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Yazid menyeru rakyat Sabah agar terus menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan GRS demi menjamin kesinambungan agenda pembangunan berteraskan kestabilan, integriti dan keikhlasan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/grs-bukan-sekadar-berjanji-tapi-bertindak-demi-rakyat-yazid/feed/ 0 84256
Pemuda GRS Keningau dekati komuniti, hargai jasa wira kesihatan https://sabahmedia.com/2025/10/26/pemuda-grs-keningau-dekati-komuniti-hargai-jasa-wira-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/pemuda-grs-keningau-dekati-komuniti-hargai-jasa-wira-kesihatan/#respond Sun, 26 Oct 2025 03:46:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84181
Read Time:49 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Keningau, Rafie Datuk Robert, meneruskan pendekatan mesra rakyat dengan menyantuni petugas kesihatan di sekitar daerah ini melalui program penghargaan khas baru-baru ini.

Program itu bertujuan menyampaikan buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada para petugas kesihatan yang menjadi tunjang utama dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat sentiasa terpelihara.

Antara fasiliti yang dikunjungi ialah Klinik Kesihatan Apin-Apin, Klinik Desa Kampung Baginda, Klinik Kesihatan Bingkor, Pejabat Kesihatan Pergigian Keningau, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Keningau, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau serta Hospital Keningau.

Rafie berkata, sumbangan kecil ini merupakan pengiktirafan kepada dedikasi dan kecekalan para petugas kesihatan yang terus berkhidmat tanpa jemu, khususnya selepas melalui tempoh mencabar ketika pandemik COVID-19.

“Mereka tidak pernah berhenti berbakti. Sumbangan ini tanda penghargaan kami atas komitmen tinggi mereka dalam menjaga kesihatan rakyat Keningau,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Pemuda GRS Keningau akan terus melaksanakan program berbentuk kebajikan dan penghargaan kepada golongan yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/pemuda-grs-keningau-dekati-komuniti-hargai-jasa-wira-kesihatan/feed/ 0 84181
Jangan hina orang Sabah, pesan Hajiji kepada pemimpin pembangkang https://sabahmedia.com/2025/01/23/jangan-hina-orang-sabah-pesan-hajiji-kepada-pemimpin-pembangkang/ https://sabahmedia.com/2025/01/23/jangan-hina-orang-sabah-pesan-hajiji-kepada-pemimpin-pembangkang/#respond Thu, 23 Jan 2025 08:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67331
Read Time:3 Minute, 26 Second

Keningau: Sikap pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang menganggap pemimpin dan rakyat negeri ini sebagai ‘palui’ ketika datang berceramah di sini dilihat sebagai satu penghinaan kepada rakyat Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji  Noor berkata, pemimpin dan rakyat Sabah sentiasa berpegang kepada amalan berpolitik secara sopan dan mementingkan keharmonian.

Katanya, pemimpin yang bersikap seperti itu tidak wajar datang ke Sabah kerana budaya berpolitik di Semenanjung yang dibawa mereka tidak sesuai dengan budaya politik yang diamalkan di negeri ini.

“Banyak pemimpin dari seberang datang, saya beritahu mereka, kalau datang mesti sopan santun datang negeri kita, jangan bawa perangai dari sana ke Sabah yang harmoni dan aman damai ini.

“Saya mahu beritahu Hamzah Zainudin jangan hina orang Sabah, jangan hina pemimpin Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Sayangi Sabah Zon 6 di Dataran Keningau, di sini hari ini.

Program Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Zon 6 Keningau itu dihadiri kira-kira 10,000 rakyat dan penyokong GRS dari sekitar Keningau dan daerah berhampiran.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri I yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr.Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Antara pemimpin GRS lain yang turut hadir ialah Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman serta pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Hajiji yang juga Pengerusi GRS merujuk kepada ucapan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menyebut pemimpin dan rakyat Sabah sebagai ‘palui’ ketika berucap dalam satu program PN di Sepanggar, baru-baru ini.

Hajiji berkata, Sabah tidak memerlukan pemimpin bersikap seperti itu dan mereka tidak sewajarnya datang ke negeri ini untuk membawa budaya berpolitik dari Semenanjung.

“Kita tidak mahu pemimpin seumpama ini. Walaupun kita meraikan demokrasi, tapi budaya orang Sabah lain dengan sebelah sana (Semenanjung). Kalau sana maki hamun, makilah kamu, tapi jangan bawa ke Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji menggesa rakyat berbilang etnik, kepercayaan dan keturunan di negeri ini supaya bersatu hati menjaga keharmonian dan menyokong GRS yang menggabungkan lapan parti tempatan demi kebaikan Sabah

“Kerana itulah saya ingin merayu kepada rakyat kita yang berbilang kaum dan kepercayaan ini, marilah kita bersatu hati dan sokonglah GRS yang terdiri daripada parti tempatan kita,” katanya.

Beliau yakin gabungan itu mampu memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang tidak lama lagi kerana menyifatkan lapan parti tempatan yang bersama GRS cukup mantap untuk berdepan saingan lawan.

“Kalau lapan parti sudah bergabung ini, saya tidak percaya kita boleh kalah pada PRN nanti, tidak mungkin. Dengan kejayaan dan pencapaian kita empat tahun ini tidak mungkin kita gagal pada PRN ini.

“Apa yang penting kita bersatu hati, walaupun berlainan pandangan, kita raikan, kita hormati. Tapi bila buat keputusan, kita satu hati kerana itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita pada PRN akan datang,” katanya.

Beliau juga mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan di media sosial mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadap GRS dan kerajaan negeri sekarang.

Katanya, GRS mempunyai rekod pentadbiran yang baik berdasarkan pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang lebih empat tahun memerintah dan wajar diberi mandat semula bagi meneruskan agenda pembangunan yang dirancang menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bermula 2026 hingga 2030.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengulangi pendiriannya mengenai strategi politik yang harus dilaksanakan kerajaan negeri iaitu berbaik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Dalam kita berpolitik kita mesti ada strategi. Kita kena baik juga dengan Persekutuan. Kita dalam negara Malaysia, negeri mesti kerjasama dengan persekutuan. 

“Kita mesti belajar apa berlaku pada masa lalu apabila kita tidak kerjasama dengan persekutuan, apa jadi kepada USNO dan PBS pada waktu itu, kita kena belajar pengalaman lalu.

“Malaysia negara kita dan Sabah negeri kita, saya setuju kita mesti jaga Sabah sebagai rumah kita, tapi kita mesti bersama dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat tuntut apa yang menjadi hak kita,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi membina sebuah Pusat Mini Konvensyen di Keningau untuk kemudahan rakyat di daerah ini dan kawasan pedalaman. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/23/jangan-hina-orang-sabah-pesan-hajiji-kepada-pemimpin-pembangkang/feed/ 0 67331