Grs lumadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Nov 2025 03:50:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Grs lumadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Rekod pencapaian teruji, Ruslan optimis pertahan DUN Lumadan https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-rekod-pencapaian-teruji-ruslan-optimis-pertahan-dun-lumadan/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-rekod-pencapaian-teruji-ruslan-optimis-pertahan-dun-lumadan/#respond Tue, 25 Nov 2025 03:50:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86954
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

BEAUFORT : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam optimis dan menyatakan keyakinan tinggi untuk memperoleh mandat baharu daripada rakyat selepas 29 November ini.

Beliau berkata keyakinan itu adalah berbekalkan rekod pencapaian yang dianggap sudah “teruji” sepanjang tempoh pentadbirannya sebelum ini di DUN Lumadan.

Meskipun mengakui saingan kali ini lebih sengit dengan kehadiran enam calon pesaing, namun menegaskan bahawa pihak lawan hanya hadir dengan janji, sedangkan kerajaan sebelum ini sudah membuktikan hasil kerja di lapangan.

“Sepanjang lima tahun, beberapa isu kritikal telah berjaya kita selesaikan termasuk pembinaan lima menara telekomunikasi; penyelesaian masalah air dan banjir kilat; program baik pulih rumah daif dan bantuan kepada lebih 100,000 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi golongan miskin tegar,” katanya kepada Sabah Media di sini pada Isnin.

Menurutnya, bantuan sedia ada termasuk pemberian RM300 dan bayaran tambahan RM900 yang terus disalurkan ke akaun penerima merupakan bukti komitmen kerajaan dalam membela golongan rentan.

Sementara itu, beliau turut menekankan pembangunan belia sebagai fokus utama, dengan pembinaan 12 dewan terbuka untuk kegunaan sukan dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, sebelum dewan tersebut dibina, anak muda sering berkumpul di tepi jalan sehingga awal pagi dan mudah terdedah kepada aktiviti tidak sihat.

Menurutnya, kemudahan baharu itu kini menjadi pusat aktiviti belia dan mengurangkan gejala sosial.

“Selain infrastruktur, program pembangunan sahsiah turut diberi penekanan. Melalui inisiatif mengimarahkan 30 masjid dan 42 surau, saya turun padang menghadiri program Subuh bagi menunjukkan contoh kepimpinan kepada masyarakat.

“Kesungguhan pemimpin hadir ke masjid jauh sebelum matahari terbit sepatutnya menjadi inspirasi kepada masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan menegaskan pembangunan Lumadan harus bergerak seimbang antara kemajuan fizikal, rohani dan ekonomi rakyat.

“Kita bukan hanya membina jalan dan dewan. Kita membina masyarakat,” katanya sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa rakyat akan terus mempercayai kepimpinan beliau pada pilihan raya kali ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/pru-sabah-rekod-pencapaian-teruji-ruslan-optimis-pertahan-dun-lumadan/feed/ 0 86954
Kerajaan erat Sabah-Persekutuan membolehkan rancangan kemajuan, pembangunan rakyat direalisasikan – Ruslan https://sabahmedia.com/2025/11/20/kerajaan-erat-sabah-persekutuan-membolehkan-rancangan-kemajuan-pembangunan-rakyat-direalisasikan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/kerajaan-erat-sabah-persekutuan-membolehkan-rancangan-kemajuan-pembangunan-rakyat-direalisasikan-ruslan/#respond Thu, 20 Nov 2025 05:34:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86476
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Rhea Dharmin

BEAUFORT: Kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan Persekutuan yang kuat membolehkan banyak perancangan berkaitan kemajuan dan pembangunan untuk rakyat negeri ini dapat direalisasikan, kata Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Beliau berkata dalam konteks negeri Sabah, jalinan kerjasama antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) membolehkan kerajaan negeri sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 6 Oktober lepas memperolehi dana bagi pelaksanaan rancangan untuk rakyat.

“Kita memang akui bahawa kerajaan (GRS-PH), kita perlu berjuang bersama-sama mereka. Kalau tidak ada PH bantu, mungkin (akibat) Langkah Kinabalu itu kita tidak dapat mempertahankan kerajaan hari ini.

“Dalam konteks kerjasama, kita memerlukan sokongan dan perhatian yang sebaik-baiknya oleh kerajaan pusat. Kita melihat sejarah pada pemerintahan lepas, kita tidak ada persefahaman dengan kerajaan pusat.

“Ia agak sukar dimana walaupun kita menjadi kerajaan di negeri ini tapi tidak ada kerjasama dengan kerajaan pusat, bukan mudah untuk kita mendapatkan dana mencukupi untuk bantu rakyat.

“Tapi dengan adanya kerjasama daripada PH dan kerajaan Malaysia Madani ini, kita lihat banyak dana telah disalurkan kepada kerajaan GRS-PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS DUN Klias dan DUN Lumadan bertempat di Dewan Bagandang, di sini, pada Rabu.

Program itu disempurnakan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Susulan itu, Ruslan menekankan bahawa sokongan kuat daripada kerajaan Persekutuan membolehkan kerajaan negeri dapat memajukan Sabah.

“Saya yakin kerajaan yang kuat ini mesti disokong oleh kerajaan pusat. Saya juga apa sahaja perancangan kerajaan di negeri kita dapat capai,” katanya.

DUN Lumada bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) pada 29 November ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/kerajaan-erat-sabah-persekutuan-membolehkan-rancangan-kemajuan-pembangunan-rakyat-direalisasikan-ruslan/feed/ 0 86476
Ruslan tekad mahu wujudkan Lumadan Agro Hub, bantu usahawan pertanian  https://sabahmedia.com/2025/11/18/ruslan-tekad-mahu-wujudkan-lumadan-agro-hub-bantu-usahawan-pertanian/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/ruslan-tekad-mahu-wujudkan-lumadan-agro-hub-bantu-usahawan-pertanian/#respond Tue, 18 Nov 2025 03:12:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86236
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh Rhea Dharmin

BEAUFORT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam tekad mahu mewujudkan Lumadan Agro Hub sekiranya diberi mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Katanya, menerusi program terbabitz beliau akan mewujudkan sebuah pusat untuk menghimpunkan semua usahawan desa, pasar tani dan kampung  

Mengulas lanjut, katanya beliau melihat pertanian agroponik mempunyai potensi besar dan lebih mudah diuruskan.

“Pertama, saya telah melihat beberapa orang pengusaha (pertanian agroponik) yang berjaya. Malah saya melihat (tanpa) kawasan yang tidak mempunyai tanah luas boleh mengusahakan pertanian agroponik ini.

“Kedua, ia sangat mudah untuk diurus dan juga cepat untuk mendapatkan hasil daripada tanaman tersebut.

“Kalau ia diurus dengan baik, ada pemasaran, pengangkutan, kita yakin masyarakat kita akan berusaha lebih kuat. Saya ingat dalam sebuah kampung itu, kalau ada 10 orang pengusaha .. kita ada 84 kampung, maknanya hari-hari kita beli dan kutip sayur-makanan.

“Paling penting harus ada bimbingan dan mereka mempunyai pengalaman. Selain mendapat sedikit suntikan semangat, mereka juga dapat didedahkan daripada segi teknik untuk penanaman hidroponik,” katanya.

Menurutnya, beliau juga bercadang untuk meneliti dan mencari beberapa kawasan tanah terbiar untuk diusahakan oleh penduduk disini.

“Contohnya, di daerah Beaufort ini adalah satu daerah yang mengeluarkan sagu. Tapi hari ini pokok rumbia semakin hari semakin pupus. 

“Jadi, selaku pemimpin kita perlu ada wawasan untuk menanam semula pokok rumbia ini supaya ia tidak pupus. Hasil daripada rumbia sudah begitu tinggi dimana harganya boleh sehingga mencecah RM120 untuk 50 kilogram (KG).

“Maknanya, sebatang pokok rumbia boleh menghasilkan enam hingga lapan karung sagu. Jadi ini boleh menghasilkan dalam RM5 hingga RM600 sebatang pokok rumbia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Ramah Mesra Bersama Calin GRS No 4 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Beaufort Selatan, di sini, semalam.

Disamping itu, beliau juga berkata daerah ini mempunyai potensi besar dalam bidang penternakan khususnya kerbau dan juga udang.

“Perikanan hari ini kalau kita mengharapkan hasil di laut memang berkurangan. Tapi apa yang saya mahu tekankan, kita akan bawa manfaatkan kawasan tanah subur yang sesuai untuk membina kolam udang, contohnya di Bintuka. 

“Hari ini pengusaha kita sudah pun menuai  udang dua hingga tiga kali menuai udang. Sekali menuai (boleh memperolehi) hingga 10 tan. Satu tan satu kilo harganya RM25.

“Begitu juga tanah terbiar dimana banyak padang ragut yang terbiar begitu saja. Kita melihat potensi pemeliharaan kerbau yang semakin berkurangan. Harga kerbau hari ini mencecah RM7,000 hingga RM8,000 seekor,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/ruslan-tekad-mahu-wujudkan-lumadan-agro-hub-bantu-usahawan-pertanian/feed/ 0 86236