grs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Jun 2025 07:48:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png grs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GRS komited pertahan DUN Sebatik, senarai calon sudah dihantar untuk pemilihan https://sabahmedia.com/2025/06/01/grs-komited-pertahan-dun-sebatik-senarai-calon-sudah-dihantar-untuk-pemilihan/ https://sabahmedia.com/2025/06/01/grs-komited-pertahan-dun-sebatik-senarai-calon-sudah-dihantar-untuk-pemilihan/#respond Sun, 01 Jun 2025 07:48:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74918
Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah komited untuk terus bekerja keras dan berusaha bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik pada pilihanraya negeri akan datang.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata semangat ahli-ahli parti bahagian itu jelas menunjukkan kesiapsiagaan mereka untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

“Saya difahamkan sebanyak 161 cawangan di Sebatik telah berjaya mengadakan mesyuarat masing-masing dan menghantar perwakilan ke persidangan sejak pagi tadi (semalam).

“Melihat kepada gerak kerja sama ada ahli-ahli dan perwakilan yang hadir, semangat mereka sangat tinggi dan telah bersiap sedia untuk memastikan DUN Sebatik kekal milik GRS,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sebatik 2025 di Dewan Masyarakat Tawau, di sini semalam.

Hadir sama pada persidangan itu ialah Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sebatik merangkap Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Hassan A Gani dan wakil-wakil dari parti komponen GRS.

Menjawab persoalan berkaitan isu perpecahan dalam kalangan ahli sekiranya ada di antaranya tidak dicalonkan, Nizam beliau berkata ia adalah perkara biasa dalam dunia politik, namun menegaskan bahawa kepentingan parti perlu diutamakan.

“Setiap orang berhak mencuba nasib. Tetapi apabila keputusan muktamad dibuat oleh pucuk pimpinan parti, saya yakin semua akan akur kerana perjuangan parti lebih penting daripada kepentingan peribadi,” tambah beliau.

Menurutnya, senarai pendek calon berpotensi bagi Zon 12 yang merangkumi Parlimen Tawau dan Kalabakan melibatkan tujuh DUN telah dihantar kepada kepimpinan parti untuk tapisan akhir.

“Dalam satu zon ada sekurang-kurangnya ada tiga nama disenaraikan untuk setiap DUN, termasuk penyandang. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang benar-benar boleh menjamin kemenangan,” jelasnya.

Nizam turut menepis tuduhan pihak lawan yang mendakwa GRS menggunakan dana kerajaan untuk berkempen, sambil menegaskan semua gerak kerja parti dibiayai sepenuhnya oleh parti.

Beliau menegaskan tuduhan tersebut adalah tidak berasa dan GRS tidak pernah menggunakan dana kerajaan dalam kempen politik.

Dalam pada itu, Nizam turut memuji usaha dan gerak kerja ADUN yang berusaha membawa pelbagai pembangunan ke kawasan tersebut, termasuk menerusi inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Penduduk Pulau Sebatik turut menikmati limpahan pembangunan seperti rumah SMJ yang ditingkatkan kepada 40 buah setahun, selain pembaikan jambatan, jeti, dan bantuan kepada sekolah,” katanya lagi.

Terdahulu dalam ucapan perasmian persidangan, Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi GRS yang telah memimpin negeri ini ke arah pembaharuan dan kemajuan sejak hampir lima tahun.

Beliau menegaskan, kerajaan GRS telah membuktikan keupayaan mereka menerusi pelbagai inisiatif pembangunan terutama dalam menyediakan bekalan elektrik, air dan infrastruktur jalan yang berterusan.

“Empangan air di Cinta Mata adalah contoh projek yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah. Projek-projek ini telah dihidupkan semula selepas kerajaan terdahulu menghentikannya,” katanya.

Selain itu, Nizam turut menyentuh pelaburan besar bernilai RM31 bilion oleh Estel Group yang disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, sebagai tanda keyakinan pelabur terhadap Sabah di bawah pentadbiran GRS-PH.

Beliau juga menegaskan komitmen kerajaan GRS dalam memperkasakan modal insan Sabah melalui peruntukan biasiswa bernilai RM127 juta dan pelbagai bantuan sosial seperti bantuan bulanan kepada golongan miskin tegar serta pelajar di dalam dan luar negeri.

“Ini adalah bukti nyata kerajaan GRS sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat Sabah,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/01/grs-komited-pertahan-dun-sebatik-senarai-calon-sudah-dihantar-untuk-pemilihan/feed/ 0 74918
Rumah Mesra SMJ terus dilaksana selagi Kerajaan GRS memerintah – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/#respond Sat, 13 Apr 2024 05:18:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52504
Read Time:2 Minute, 5 Second

RANAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat miskin termasuk membina Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk rakyat yang memerlukan.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, selagi Kerajaan Negeri GRS memerintah, program Rumah Mesra SMJ ini akan diteruskan demi membantu rakyat yang memerlukan.

“Setiap DUN akan diperuntukkan 20 buah Rumah Mesra SMJ dan rumah yang telah siap ini merupakan rumah yang dibina sejak 2022 lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ di Kampung Merungin 2, kelmarin (12 April).

Turut hadir, Pegawai Daerah Ranau, Tinus Saiman, Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kundasang, Dounis Sani, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gompoyo; dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Dr. Joachim berkata, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra SMJ akan disenaraihitamkan (blacklisted).

“Kerajaan tidak mahu rumah-rumah ini lewat disiapkan. Terdapat kontraktor yang melengah-lengahkannya, maka mereka itulah yang akan disenaraihitamkan.

“Kita akan melihat punca kelewatan pembinaan rumah sama ada kerana cuaca atau jarak lokasi jauh dan mereka (kontraktor) juga akan diberikan elaun khas,” katanya ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Dr. Joachim turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memilih Ranau sebagai hos kepada pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri bagi tahun 2024.

Pelancaran Pesta Kaamatan di Ranau akan diadakan pada 1 Mei 2024.

Beliau berkata, jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Pegawai Daerah Ranau sebagai Pengerusi mengadakan mesyuarat setiap minggu sebagai persediaan pelancaran pesta tersebut.

Selain itu, semua agensi-agensi kerajaan dan persatuan etnik seperti Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) dan beberapa lagi persatuan etnik di Ranau dilibatkan secara langsung dalam pelancaran Pesta Kaamatan ini.

“Pelancaran Pesta Kaamatan akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau manakala bagi aktiviti lain seperti sukan rakyat akan diadakan di tapak tamu pekan Ranau.

“Sepatutnya, pelancaran diadakan secara besar-besaran dan kita bersedia menggunakan lapangan terbang lama tetapi, setelah berbincang dan berdasarkan keadaan kini di mana semua harga barang meningkat dan rakyat mengadu kos sara hidup turut meningkat, maka kita telah mengambil pendekatan sederhana.

“Sebagai mewakili Pengerusi Pelaksana dan semua wakil rakyat daerah Ranau saya menjemput seluruh rakyat di Sabah untuk hadir menyaksikan pelancaran Pesta Kaamatan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Selepas majlis penyerahan kunci Rumah SMJ itu, Dr. Joachim turut mengunjungi rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta beberapa lagi rumah dalam DUN Kundasang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/feed/ 0 52504
PRN17 Sabah: Perjuang 30 peratus calon, kerusi Wanita GRS – Azizah https://sabahmedia.com/2024/03/31/prn17-sabah-perjuang-30-peratus-calon-kerusi-wanita-grs-azizah/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/prn17-sabah-perjuang-30-peratus-calon-kerusi-wanita-grs-azizah/#respond Sun, 31 Mar 2024 04:33:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51927
Read Time:2 Minute, 48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu calon dan kerusi wanita yang sedia ada dikekalkan dan juga ditambah lagi sekurang-kurangnya 30 peratus untuk kerusi Wanita pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Azizah Mohd Dun berkata, beliau gembira wanita-wanita GRS semuanya bersemangat tinggi untuk menghadapi PRN ke-17 akan datang.

“Sebagai sebuah parti lokal Gabungan Rakyat Sabah, calon-calon Wanita sudah semestinya pimpinan yang akan menentukan tapi kami mahu calon dan kerusi wanita yang ada ini dikekalkan dan juga ditambah lagi kerusi yang ada untuk Wanita.

“Sekurang-kurangnya kita masih memperjuangkan 30 peratus kerusi untuk Wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua-ketua Wanita Komponen GRS dan Pengerusi zon-zon di Kota Kinabalu semalam.

Jelas beliau lagi, tidak dinafikan Wanita GRS rajin dan kuat bekerja jadi tidak rugi jika Wanita dicalonkan pada PRN akan datang.

“Selain itu kita serah kepada pucuk pimpinan tapi saya ingin mengingatkanlah kepada semua Wanita, jika kita bercita-cita untuk menjadi calon, terus menjadi calon, kita kena kerja kuat untuk memastikan kita dapat memenangi hati rakyat sebab di hujungnya nanti rakyat yang akan tentukan,” tegasnya.

Justeru, Azizah turut menyeru kepada semua khususnya jentera Wanita GRS supaya tidak selesa dengan pencapaian masa kini sebaliknya terus meningkatkan gerak kerja 
berkhidmat kepada rakyat.

“Jentera parti khususnya Wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya terus mengukuhkan perpaduan sebagai  satu pasukan dalam perjuangan parti.

“Kita kena terus bekerja kuat, perkukuhkan perpaduan, bersatu hati dalam komponen GRS dan elakkan perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan kita.

“Sebab itu, peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar sekarang. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datin Malianah Ugau (PBS), Datuk Flovia Ng (STAR), Noraiza Md Noor (SAPP), Puan Sri Diana Datuk Y Diego (USNO), Norazian Dumit (PHRS), Glenna Wong (LDP), Penolong Bendahari Wanita GRS, Datuk Surinam Sadikun, Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Vyonne Yong, Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh, Setiausaha Kerja Fariza Jimmy serta Pengerusi-pengerusi Zon.

Azizah berkata dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua wanita komponen parti GRS insya Allah akan terus menjadi satu pasukan yang kuat.

“Jentera pilihan raya perlu mengetahui bahawa pengundi muda masa kini akan menjadi ‘game changer’ kepada parti politik. Kita perlu berusaha merancang sebaik mungkin cara dan kaedah untuk mendekati serta memastikan mereka selari dengan hala tuju GRS itu sendiri.

“Peranan wanita amat penting dan mereka boleh menentukan siapa kerajaan dan siapa wakil rakyat kerana pengundi wanita di Sabah tidak kurang daripada 50 peratus.

“Peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” jelasnya.

Justeru, katanya, Wanita GRS adalah tonggak kepada kekuatan parti yang mendokong kerajaan pada hari ini, bersama rakan-rakan daripada parti lain.

“Oleh itu, pergerakan wanita parti komponen dalam GRS perlu terus meningkatkan persefahaman dan perpaduan yang sedia terjalin utuh, untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan demi aspirasi rakyat negeri ini,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/prn17-sabah-perjuang-30-peratus-calon-kerusi-wanita-grs-azizah/feed/ 0 51927
Hajiji hadiri Majlis Berbuka Puasa GRS https://sabahmedia.com/2024/03/20/hajiji-hadiri-majlis-berbuka-puasa-grs/ https://sabahmedia.com/2024/03/20/hajiji-hadiri-majlis-berbuka-puasa-grs/#respond Wed, 20 Mar 2024 13:56:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51345
Read Time:24 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Pengerusi Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Datuk Seri Dr Maximus Ongkili,
Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Setiausaha Agung Datuk Seri
Masidi Manjun dan ahli-ahli majlis tertinggi serta ketua-ketua komponen GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/20/hajiji-hadiri-majlis-berbuka-puasa-grs/feed/ 0 51345
GRS tidak akan menjadi sebahagian mana-mana “Langkah” https://sabahmedia.com/2024/01/10/grs-tidak-akan-menjadi-sebahagian-mana-mana-langkah/ https://sabahmedia.com/2024/01/10/grs-tidak-akan-menjadi-sebahagian-mana-mana-langkah/#respond Wed, 10 Jan 2024 13:04:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47795
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan sekali-kali mengambil bahagian dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Persekutuan sekarang, kerana ia akan membawa kepada huru-hara dan menjejaskan kestabilan negara,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga pengerusi GRS mempersoalkan motif dan niat pelaku “Langkah Dubai”, adakah ia semata-mata untuk memenuhi agenda politik mereka sendiri tanpa mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat?

“Kita mempunyai Kerajaan Persekutuan yang berfungsi dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri kita, kenapa perlu rosakkan hubungan baik itu?

“Kami bekerja untuk kesejahteraan negara dan rakyat, kami tidak menyokong sebarang tindakan yang akan meruntuhkan negara,” tegasnya.

Menurutnya, Malaysia mengamalkan demokrasi, mereka yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri hanya perlu menunggu Pilihan Raya Umum untuk melihat sama ada rakyat menerimanya.

“GRS menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami yakin dengan kepimpinan beliau. Biarkan beliau memimpin negara kita yang berbilang kaum ke arah kesejahteraan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/10/grs-tidak-akan-menjadi-sebahagian-mana-mana-langkah/feed/ 0 47795
GRS selamatkan Sabah dan sejahterakan rakyat – Armizan https://sabahmedia.com/2023/12/17/grs-selamatkan-sabah-dan-sejahterakan-rakyat-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/12/17/grs-selamatkan-sabah-dan-sejahterakan-rakyat-armizan/#respond Sun, 17 Dec 2023 08:08:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46661
Read Time:2 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Laungan slogan ‘Selamatkan Sabah, Sejahterakan Rakyat’ oleh parti Warisan adalah retorik, trek rekod kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah selamatkan Sabah, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

“Slogan yang dilaung parti Warisan, bagi saya ia adalah retorik, dia ada hak untuk datang dengan apa-apa tema perjuangan mereka agenda mereka, bagi kami apa yang penting rakyat kita sudah semakin matang rakyat lebih melihat kepada ‘result over rhetoric‘ atau hasil atas retorik itu yang cukup penting dan itu yang kita lakukan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri dan saya daripada GRS itulah fokus kita,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Sabah Street Fashion Show di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, sebenarnya kerajaan GRS telah selamatkan Sabah daripada hanya menerima RM53 juta pemberian khas yang telah dipersetujui oleh kerajaan Warisan melalui surat pada Oktober 2019 kepada Kerajaan Persekutuan.

“GRS selamatkan Sabah daripada terima hanya 53 juta bila GRS ambil alih kerajaan dengan pantas Datuk Seri Hajiji Noor tulis surat batalkan persetujuan kerajaan negeri dan tuntut untuk jumlah yang lebih besar, kita berjaya dapat RM125 juta pada tahun 2022, 2023 ini ditingkatkan kepada RM300 juta.

“jadi mana yang selamatkan Sabah RM53 juta kah, RM125 juta, RM300 juta? jadi itu practical question, saya pernah tanya kepada satu MP apa asas mereka setuju RM53 juta pada tahun 2019, adakah RM53 juta itu 40 peratus, sampai sekarang MP itu tidak jawab.

” Jadi saya mahu tanya mungkin MP Kota Belud tolong jawab beliau berada dalam kerajaan persektuuan sebagai timbalan menteri adakah 53 juta yang kerajaan Warisan setuju itu melalui surat rasmi Oktober 2019, RM53 juta itu 40 peratus?

“Jadi cukup-cukuplah kita gunakan retorik politik, bagi saya Sabah dan rakyat Sabah tidak akan maju kalau 20 tahun kita hanya bersandarkan retorikal politik, semua political players yang ada di Sabah ini pernah berada dalam kerajaan, sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan jadi masing-masing ada trek rekod, boleh semak trek rekod masing-masing,” tegasnya.

Mengenai ‘kesejahteraan rakyat’, Armizan berkata, tidak pernah ada dalam sejarah kerajaan Sabah ada program khas bagi rumah kepada rakyat, tapi kerajaan GRS pada tahun 2022 memperkenalkan Rumah Mesra SMJ, sebanyak 20 unit Rumah Mesra SMJ untuk setiap kawasan DUN, tahun depan kerajaan GRS PH Sabah akan teruskan program itu.

“Tetapi masa Warisan tidak ada program untuk beri rumah kepada rakyat hanya bergantung kepada kerajaan persekutuan, jadi siapa sejahterakan rakyat Sabah, Warisan atau GRS? Jadi itu adalah contoh mudah.

Menurut Armizan apa sahaja agenda, slogan dan retorik, sekarang di peringkat negeri GRS PH adalah kerajaannya keutamaan untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan pembangunan Sabah.

“itu untuk buktikan kepada rakyat, berusaha sehabis baik untuk kita menangani isu-isu rakyat kita, jadi saya harap MP Kota Belud yang retoriknya cukup hebat, teks yang dibaca dengan intonasi yang cukup mantap terbaik jawablah pertanyaan saya adakah RM53 juta itu 40 peratus untuk menyelamatkan rakyat Sabah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/17/grs-selamatkan-sabah-dan-sejahterakan-rakyat-armizan/feed/ 0 46661