Grs ph – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Aug 2025 00:58:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Grs ph – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRN17: GRS teruskan kerjasama dengan PH, fokus pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/10/prn17-grs-teruskan-kerjasama-dengan-ph-fokus-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/prn17-grs-teruskan-kerjasama-dengan-ph-fokus-pembangunan-sabah/#respond Sun, 10 Aug 2025 14:35:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78987
Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Perkara itu dinyatakan dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang diadakan pada malam ini.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerjasama itu telah banyak membantu menstabilkan politik di Sabah selain memberi ruang kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tumpuan khusus kepada usaha-usaha membangunkan negeri ini.

Katanya, ini termasuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kemudahan asas.

“Kita akan duduk semeja dengan kepimpinan PH dalam masa terdekat bagi menentukan agihan kerusi yang akan ditandingi oleh parti masing-masing. 

“GRS kekal berpendirian bahawa parti-parti tempatan hendaklah mengambil peranan utama dalam kerjasama yang akan dipersetujui,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, majlis tertinggi GRS tidak membincangkan atau menyentuh sebarang kerjasama dengan parti-parti lain bagi menghadapi PRN17. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/prn17-grs-teruskan-kerjasama-dengan-ph-fokus-pembangunan-sabah/feed/ 0 78987
GRS-PH sebuah kerajaan peduli rakyat – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/03/27/grs-ph-sebuah-kerajaan-peduli-rakyat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/03/27/grs-ph-sebuah-kerajaan-peduli-rakyat-hajiji/#respond Thu, 27 Mar 2025 14:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71204
Read Time:1 Minute, 41 Second

Sipitang: Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat yang sentiasa mengambil peduli soal masalah rakyat selain membantu mereka yang susah atau miskin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji  Noor berkata, walaupun kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha memajukan negeri dan membangunkan ekonomi namun ia tidak sekali-kali meminggirkan usaha membantu rakyat yang memerlukan pembelaan.

“Sebagaimana biasanya dalam bulan Ramadan, apapun yang kita lakukan bagi mengimarahkan bulan ini, kita tidak boleh lupa mereka yang kurang mampu.

“Itulah sebenarnya antara fadilat berpuasa supaya kita menginsafi bahawa ada kalangan rakan kita yang memerlukan atau masih dalam keadaan susah. Kerana itulah dalam bulan Ramadan ini pelbagai acara kita adakan bagi menyantuni rakyat yang saya maksudkan ini.

“Dalam kerajaan, kita mempunyai satu dasar atau polisi di mana kerajaan ini, saya anggap sebagai kerajaan rakyat, kerajaan yang peduli masalah rakyat. Selain tumpuan kita untuk membina atau membangunkan ekonomi kita dengan pelbagai cara, rakyat miskin atau yang susah ini perlu dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sipitang di sini malam ini.

Hajiji berkata, sejajar dasar peduli rakyat yang diterapkan GRS-PH, kerajaan menggubal polisi menyediakan bantuan kepada rakyat yang memerlukan, bermula dari anak yang baru lahir hinggalah golongan dewasa.

Katanya, bagi anak yang baru lahir, kerajaan menyediakan tabung pendidikan sebagai bekalan apabila mereka memasuki alam persekolahan.

“Kita wujudkan tabungan pendidikan kepada anak yang baru lahir. Mungkin ramai yang tidak tahu perkata ini, tapi kita memang ada bantuan untuk mereka. 

“Itulah kita panggil kerajaan ini sebagai kerajaan peduli rakyat, kerana dari yang baru lahir hinggalah rakyat yang tua dan tidak mampu kita bantu,” katanya.

Jelasnya, banyak sudah dilakukan kerajaan yang menjurus kepada peduli rakyat, termasuk bantuan kewangan RM300 sebulan selama setahun kepada rakyat miskin tegar pada tahun ini.

Terbaru, katanya Kabinet Negeri pada Rabu meluluskan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negeri sebanyak RM500 untuk sambutan Aidilfitri bulan ini dan RM500 lagi sempena Kaamatan pada Mei depan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/27/grs-ph-sebuah-kerajaan-peduli-rakyat-hajiji/feed/ 0 71204