Grs ph plus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Mar 2025 01:58:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Grs ph plus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan GRS-PH PLUS mampu bertahan lama teruskan agenda pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2025/03/02/kerajaan-grs-ph-plus-mampu-bertahan-lama-teruskan-agenda-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/03/02/kerajaan-grs-ph-plus-mampu-bertahan-lama-teruskan-agenda-pembangunan-sabah/#respond Sun, 02 Mar 2025 01:58:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69652
Read Time:1 Minute, 37 Second

Sipitang : Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) Plus mampu bertahan lama bagi meneruskan agenda pembangunan negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kerajaan negeri ketika ini berada di landasan yang betul dalam meningkatkan hasil dan ekonomi negeri ini.

Katanya, selain itu kebajikan rakyat terus diutamakan dengan yang terbaru melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) dengan menyediakan bantuan tunai RM300 setiap bulan kepada yang penerima yang lain sehingga 31 Disember 2025.

“Percayalah Kerajan Negeri sekarang GRS-PH PLUS akan bertahan lama dan rakyat bijak berfikir yang mana boleh meneruskan kemajuan Sabah,” katanya pada Program Jelajah Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mendulong, semalam.

Program ini dilaksanakan selama empat hari sejak 25 Februari lepas bermula di Kampung Long Pasia diikuti Long Mio, Pa Kemadang, Iburu, Meligan, Meligan, Ulu Bole, Lumampau dan lokasi terakhir semalam di Bamban dan Mendulong.

Ia diselaraskan oleh Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin yang diketuai ketuanya Walter@Fikri Antahar.

Pada program itu, selain menyantuni penduduk kampung, Dr Yusof turut meninjau prasarana yang ada dan rosak yang memerlukan pembaikan terutama jambatan gantung, jalan kampung dan rumah penduduk kampung.

Beliau turut menziarahi penduduk kampung yang sakit. 

Dr Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin yakin rakyat di kawasan itu bijak menilai mana parti yang mampu terus memperjuangkan mereka.

Dalam pada itu, pada program tersebut, beliau menekankan penduduk di kawasan Ulu Padas untuk terlibat dalam aktiviti pertanian bagi menjana pendapatan khususnya penanaman padi, kopi, sayur-sayuran dan buah-buahan antaranya nanas.

Ini kerana, katanya, kawasan Ulu Padas ini mempunyai tanah yang subur untuk aktiviti pertanian.

Menurutnya, ini juga akan dapat menampung permintaan mereka yang bekerja dan menetap di Sipitang menerusi pembangunan yang akan berlaku di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Warga Sipitang perlu bersedia dan merebut peluang yang wujud dengan kemasukan beberapa projek berasaskan minyak dan gas di SOGIP yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/02/kerajaan-grs-ph-plus-mampu-bertahan-lama-teruskan-agenda-pembangunan-sabah/feed/ 0 69652
GRS-PH Plus letak Sabah dilandasan tepat – Nizam https://sabahmedia.com/2025/02/07/grs-ph-plus-letak-sabah-dilandasan-tepat-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/02/07/grs-ph-plus-letak-sabah-dilandasan-tepat-nizam/#respond Thu, 06 Feb 2025 23:38:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68144
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Plus (GRS-PH Plus) berjaya meletakkan negeri Sabah ke landasan yang tepat sepanjang tempoh hampir lima tahun mengemudi negeri di bawah bayu ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, hal ini boleh dibuktikan dengan melihat kepada pencapaian hasil pendapatan negeri yang terus meningkat setiap tahun. 

“Kerana apabila GRS mengambil tampuk pemerintahan negeri ini, keadaan ekonomi Sabah berada di tahap yang sangat teruk.

“Tetapi Alhamdulillah atas kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri bersama rakan-rakan pimpinannya, telah meletakkan Sabah di landasan yang tepat, yang betul, di mana tahun demi tahun hasil pendapatan negeri kita semakin meningkat sehingga mencipta sejarah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra Warga Emas, Taman Delima Kapayan 2025 anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kapayan di sini, baru-baru ini.

Nizam yang juga Ketua Penerangan Gagasan Rakyat mengingatkan kepada rakyat di negeri ini untuk terus mempertahankan kerajaan sedia ada yang berjaya meningkatkan ekonomi Sabah.

“Inilah yang harus kita pertahankan kerana petanda yang positif ini telah membolehkan kerajaan memberi banyak kemudahan dan kemajuan kepada rakyat.

“Sebagai contoh setiap perayaan-perayaan yang ada di Sabah diiktiraf sebagai perayaan rakyat Sabah. Bukan saja Hari Raya, malah Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Krismas dan sebagainya telah menjadi satu perayaan yang diberi peruntukan untuk dianjurkan dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan.

“Begitu juga peruntukan kepada badan-badan bukan Islam, kepada sekolah-sekolah mubaligh, kepada kuil dan tokong-tokong, ditingkatkan tahun demi tahun sejak kita mula menjadi kerajaan pada tahun 2021.

“Kita telah tingkatkan peruntukan untuk semua ini kepada RM40 juta, naik lagi kepada RM50 juta, naik lagi kepada RM60 juta dan tahun ini juga dinaikan lagi kepada RM70 juta,” katanya.

Terdapat lapan parti komponen kini berada dalam GRS, termasuklah, Gagasan Rakyat, STAR, PBS, SAPP, LDP, PCS, USNO dan PHRS.

Manakala, komponen dalam PH pula adalah, UPKO, DAP, AMANAH dan PKR. Selain itu terdapat juga beberapa pemimpin dari UMNO yang turut menyokong kerajaan sedia ada ketika ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/07/grs-ph-plus-letak-sabah-dilandasan-tepat-nizam/feed/ 0 68144
Kestabilan politik faktor Kerajaan GRS, PH Plus dapat tingkat pendapatan negeri https://sabahmedia.com/2024/11/06/kestabilan-politik-faktor-kerajaan-grs-ph-plus-dapat-tingkat-pendapatan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/11/06/kestabilan-politik-faktor-kerajaan-grs-ph-plus-dapat-tingkat-pendapatan-negeri/#respond Wed, 06 Nov 2024 09:31:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63362
Read Time:1 Minute, 42 Second

Beaufort: Kestabilan politik menjadi antara faktor Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Plus berupaya meningkatkan pendapatan negeri dan rakyat mendapat manfaatnya.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusuf Yacob berkata, penting kepada semua pihak termasuk badan-badan keagamaan dan sekolah-sekolah bukan Islam untuk memberi sokongan kepada kerajaan.

“Penerima-penerima khususnya sekolah dan badan keagamaan ini mesti melihat secara menyeluruh supaya negeri kita ini terus aman, terus stabil dari segi politiknya.

“Dan kita lihat melalui Kerajaan GRS dan PH Plus, kita dapat memberi sumbangan yang lebih kerana pendapatan negeri bertambah.

“Pendapatan ini bertambah oleh kerana Negeri kita dibawah Kerajaan GRS dan PH Plus lebih stabil dan kita boleh menyusun pentadbiran negeri yang lebih baik dan kita berharap ini dapat kita teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Badan Keagamaan dan Sekolah Bukan Islam Zon Pedalaman Bawah di Dewan Pa’Musa, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Roslan Muharam dan turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Juil Nuatim.

Bantuan kewangan yang diserahkan berjumlah RM6.2 juta melibatkan 48 sekolah, 100 gereja dan 28 tokong di daerah Papar, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok dan Sipitang.

Dr Yusof yang juga ADUN Sindumin berkata, pemimpin badan keagamaan dan sekolah-sekolah bukan Islam ini mesti memahami pentingnya sokongan kepada kerajaan untuk kestabilan politik.

“Ini demi untuk faedah bersama secara keseluruhan dan kita di Sabah ini dengan kepelbagaian kaum..kita tidak boleh ada konflik di antara agama di antara kaum, kita kena teruskan keamanan yang wujud,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memberikan bantuan kewangan kepada badan keagamaan dan sekolah bukan Islam yang menunjukkan Kerajaan Negeri memahami akan keperluan rakyat.

Menurutnya, bantuan kewangan ini sangat penting untuk sekolah-sekolah walaupun sekolah bukan Islam kerana sebenarnya orang Islam pun ada yang menjadi murid di sekolah ini.

Katanya, badan-badan keagamaan sangat penting juga untuk rakyat samada orang Islam atau bukan Islam kerana semua agama mengajar yang baik sebagai mengisi jiwa rakyat ke arah yang baik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/06/kestabilan-politik-faktor-kerajaan-grs-ph-plus-dapat-tingkat-pendapatan-negeri/feed/ 0 63362