GRS Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 May 2026 11:28:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png GRS Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji pengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS https://sabahmedia.com/2026/05/12/hajiji-pengerusikan-mesyuarat-majlis-tertinggi-grs/ https://sabahmedia.com/2026/05/12/hajiji-pengerusikan-mesyuarat-majlis-tertinggi-grs/#respond Tue, 12 May 2026 11:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96562
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS),mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Antara pemimpin parti komponen GRS yang hadir ialah Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr.Joachim Gunsalam, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Tan Sri Liew Yun Fah dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Senator Tan Sri Anifah Aman.

Turut hadir sama Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun, Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J.Kurum dan Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/12/hajiji-pengerusikan-mesyuarat-majlis-tertinggi-grs/feed/ 0 96562
PRU Sabah : Rekod lima tahun kukuh, GRS yakin raih majoriti mudah – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/11/20/pru-sabah-rekod-lima-tahun-kukuh-grs-yakin-raih-majoriti-mudah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/pru-sabah-rekod-lima-tahun-kukuh-grs-yakin-raih-majoriti-mudah-hajiji/#respond Thu, 20 Nov 2025 06:11:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86479
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kejayaan yang dicapai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam tempoh lima tahun lalu menjadi faktor utama keyakinan gabungan itu untuk mencapai majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan telah berjaya dilaksanakan secara konsisten, sekaligus membawa Sabah kembali ke ‘landasan yang betul’ menuju kemajuan.

“Kita begitu yakin kerana dalam masa lima tahun ini, kita telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan Sabah.

“Selain itu, pelbagai sektor ekonomi telah dipertingkatkan selain program kebajikan meluas untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan 1,974 Geran Subsidiari 1Borneo kepada USIA oleh Jabatan Tanah dan Ukur di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata,Kerajaan turut menumpukan kepada pembangunan modal insan dengan menyediakan bantuan pendidikan terbesar dalam sejarah Sabah.

“Dalam masa hampir lima tahun, kita belanja RM1.3 bilion. Biasiswa pun kita tingkatkan, macam-macam lagi”, katanya.

Menurut beliau, kejayaan Kerajaan termasuk termeterainya perjanjian dengan PETRONAS, peningkatan hasil negeri daripada hampir RM4 bilion kepada RM7 bilion, selain rizab negeri yang bertambah daripada sekitar RM3 bilion kepada lebih RM8 bilion.

“Ini satu kejayaan dan rakyat mesti melihat ini,” katanya sambil menyatakan hampir 100,000 rakyat dibawah E-Kasih menerima bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) bernilai RM300 sebulan termasuk bantuan perumahan seperti Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Mengulas serangan pembangkang, Hajiji berkata, mereka pernah memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan persekutuan, namun tidak menunjukkan pencapaian yang setara. Justeru beliau berharap rakyat membuat pilihan tepat pada pilihan raya nanti.

“Kita sudah berada di landasan yang betul. Saya harap rakyat tengok betul-betul. Jangan ikut perasaan tetapi lihat bukti prestasi nyata pencapaian kerajaan GRS dalam lima tahun ini.”

Menurutnya, Kerajaan kini sedang melaksanakan pelbagai agenda pembangunan termasuk menyelesaikan masalah air yang menurutnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan terdahulu yang menamatkan konsesi air.

“Kita kena bayar RM315 juta. Kalau tidak ada pembatalan ini, RM315 juta itu kita boleh guna untuk buat jalan raya kampung, jambatan kampung dan sebagainya”, tegas beliau.

Hajiji turut menolak dakwaan kononnya Kerajaan GRS terlibat dalam rasuah dan menyifatkannya sebagai fitnah bermotif politik.

“Apa yang rasuah? Kita potong ataupun batalkan permohonan mereka dalam cari gali mineral… Itu (dakwaan) semua mempunyai motif politik yang jahat,” katanya.

“Sebab itu keluarlah video-video itu. Orang dari sana datang ke sini mahu mengajar kita. Patut dia ada disiplin dan sopan bila datang ke negeri orang untuk mencari rezeki. Apa dia mahu buat di sini?” tegasnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/pru-sabah-rekod-lima-tahun-kukuh-grs-yakin-raih-majoriti-mudah-hajiji/feed/ 0 86479
Bukan cakap kosong, GRS bukti bantu tanpa pilih kasih – Liew Yun Fah https://sabahmedia.com/2025/10/25/bukan-cakap-kosong-grs-bukti-bantu-tanpa-pilih-kasih-liew-yun-fah/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/bukan-cakap-kosong-grs-bukti-bantu-tanpa-pilih-kasih-liew-yun-fah/#respond Sat, 25 Oct 2025 00:45:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84099
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah menafikan dakwaan kononnya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengamalkan pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Sebaliknya, katanya, kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor terbukti mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang politik atau perbezaan fahaman.

“Saya sendiri berada dalam kerajaan GRS dan saya saksi sendiri Ketua Menteri tidak pernah pilih kasih.

“Contohnya, rumah yang kita serahkan hari ini ada penerima bukan penyokong GRS, tapi tiada siapa pun membantah. Bila rakyat layak dan susah, kerajaan tetap bantu,” katanya

Liew yang juga Naib Pengerusi GRS berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di Merotai, baru-baru ini.

Menurutnya, fitnah terhadap kerajaan GRS tidak berasas, malah wajar ditolak kerana apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Ketua Menteri selalu ingatkan kami bahawa rakyat adalah penentu kerajaan. Rakyat tidak bersalah, yang penting pemimpin perlu jujur dan terus bantu mereka,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat agar menilai secara adil usaha kerajaan negeri dalam memperjuangkan nasib rakyat susah, khususnya melalui program perumahan SMJ.

“Belum pernah ada kerajaan bagi rumah percuma seperti ini. Tapi masih ada yang menabur fitnah terhadap kerajaan GRS dan Ketua Menteri. Ini tidak adil.

“Rakyat yang sudah menerima bantuan patut bersama menegakkan kebenaran,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, lima buah rumah SMJ diserahkan kepada penerima di kawasan Merotai, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan perumahan di kawasan itu sudah mencecah puluhan unit.

Liew berkata, sekiranya kerajaan GRS terus diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri kali ini, program seumpama itu akan diperluas ke seluruh pelusuk Sabah.

“Kita akan terus bantu golongan berpendapatan rendah dan rakyat yang hidup susah. Itu komitmen kita,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima rumah SMJ, Jais Tarongak, 55, meluahkan rasa syukur selepas menerima rumah baharu yang sekian lama dinantikan.

“Kami sudah lama menunggu rumah sendiri. Sebelum ini saya tinggal di rumah mertua. Ramai pemimpin datang, tapi kali ini baru betul-betul dapat rumah percuma.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri dan Tan Sri Liew yang tidak jemu membantu rakyat Merotai,” katanya.

Menurutnya, rumah baharu itu bukan sekadar tempat berteduh, tetapi lambang keprihatinan kerajaan terhadap rakyat bawahan. Inilah bukti kerajaan yang betul-betul sayang rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/bukan-cakap-kosong-grs-bukti-bantu-tanpa-pilih-kasih-liew-yun-fah/feed/ 0 84099
Dasar prihatin GRS terus dirasai rakyat luar bandar, bukti komitmen pembangunan menyeluruh https://sabahmedia.com/2025/10/06/dasar-prihatin-grs-terus-dirasai-rakyat-luar-bandar-bukti-komitmen-pembangunan-menyeluruh/ https://sabahmedia.com/2025/10/06/dasar-prihatin-grs-terus-dirasai-rakyat-luar-bandar-bukti-komitmen-pembangunan-menyeluruh/#respond Sun, 05 Oct 2025 22:11:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82610
Read Time:1 Minute, 48 Second

TAMBUNAN : Kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat menerusi dasar dan inisiatif yang diperkenalkan.

Rata-rata masyarakat di negeri ini menyifatkan ianya sebagai satu dasar dan inisiatif yang prihatin, penyayang dan mesra rakyat.

Bagi seorang penduduk luar bandar, Eddona Edwin, 39, kerajaan kini disifatkan bukan sahaja menumpukan kepada kemajuan bandar, tetapi juga memberi perhatian besar terhadap pembangunan di kawasan kampung.

Eddona Edwin

Katanya, ini termasuklah projek penyelenggaraan jalan, penyediaan bekalan air bersih, serta peningkatan kemudahan asas rakyat.

“Kerajaan sekarang banyak memberi bantuan dari segi kewangan dan pembangunan di kampung kami.

“Kami berterima kasih kerana nasib penduduk luar bandar tidak diabaikan,” katanya ketika di Sabah Media di sini baru-baru ini 

Bagi peniaga, Norika Tajin,59, berkata, bantuan sekali bayar RM5,000 yang diberikan oleh kerajaan negeri dianggap sebagai bukti keprihatinan terhadap golongan usahawan tempatan serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat.

Norika Tajin

“Bantuan itu bukan kecil nilainya. Ia menjadi modal penting untuk kami terus berniaga dan menyara keluarga. 

“Kerajaan hari ini sangat prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyifatkan kerajaan GRS sebagai kerajaan mesra rakyat yang berusaha menyeimbangkan pembangunan fizikal dengan kelestarian alam sekitar, seiring dengan matlamat pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir, Norika turut menyeru belia Sabah agar keluar mengundi dan memilih parti yang benar-benar memperjuangkan kepentingan negeri serta masa depan generasi muda.

“Saya harap anak muda tidak bersikap acuh tak acuh. Sabah ini rumah kita, jadi kitalah yang perlu menjaganya. Kita mahu seperti Sarawak,berdikari dengan parti tempatan yang kuat,” katanya.

Sementara itu, bagi Eddora Edwin, 40, berharap agar wakil rakyat yang bakal dipilih nanti benar-benar turun padang dan terus mendekati rakyat bagi memahami keperluan sebenar komuniti setempat.

“Harapan kami supaya wakil rakyat selepas ini terus membantu rakyat, rajin turun padang dan meninjau keperluan kampung dari masa ke semasa,” katanya.

Eddora Edwin

Menurutnya, sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan GRS menjadi bukti bahawa dasar kerajaan yang berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri semakin diterima ramai.

Katanya, ia selaras dengan semangat Sabah Maju Jaya yang terus digerakkan ke seluruh pelusuk negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/06/dasar-prihatin-grs-terus-dirasai-rakyat-luar-bandar-bukti-komitmen-pembangunan-menyeluruh/feed/ 0 82610
GRS Sindumin lancar jentera PRN17 https://sabahmedia.com/2025/08/31/grs-sindumin-lancar-jentera-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/08/31/grs-sindumin-lancar-jentera-prn17/#respond Sun, 31 Aug 2025 06:11:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80380
Read Time:1 Minute, 21 Second

Sindumin: Pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin disifatkan sebagai detik bersejarah dalam usaha parti mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, gabungan parti di DUN Sindumin itu merupakan antara yang pertama melancarkan jentera PRN17 GRS.

 “Kita mungkin antara yang pertama melancarkan jentera ini. Matlamat kita jelas, iaitu memulakan gerakan sebagai ‘kick off’ untuk menyuntik semangat perjuangan dalam kalangan ahli komponen GRS,” katanya.

Pelancaran diadakan pada Sabtu di Quang Square Sipitang membabitkan kerjasama Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Ia turut dihadiri kira-kira 500 orang termasuk ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua cawangan serta penyokong parti.

Hadir sama, Ketua Bahagian PBS Sindumin Angian Alai dan Ketua Bahagian STAR Sindumin Eric Suab @ Majid Boh.

Yusof berkata, pelancaran jentera itu turut menyaksikan penyerahan surat lantikan kepada 17 Ketua Daerah Mengundi (PDM) yang akan menggerakkan strategi di peringkat akar umbi.

“Mulai hari ini gerak kerja sudah disusun. Selepas ini, fokus akan diberikan kepada peringkat daerah mengundi dan strategi untuk mencapai kemenangan pada PRN kali ini,” katanya.

Beliau menekankan kepentingan jentera pilihan raya yang tersusun, berdisiplin serta bijak menyusun strategi bagi memastikan kemenangan GRS di kawasan berkenaan.

“Dari pengalaman saya sebagai pengarah jentera, persiapan mesti kemas dan siap siaga. Strategi sudah ada, kini kita tunggu masa untuk melaksanakan,” katanya.

Dr. Yusof turut mengingatkan bahawa PRN kali ini adalah amat kritikal seperti yang ditekankan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, kerana ia bakal menentukan hala tuju masa depan Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/31/grs-sindumin-lancar-jentera-prn17/feed/ 0 80380
Sabah berwajah baharu jika GRS diberi mandat https://sabahmedia.com/2025/07/12/sabah-berwajah-baharu-jika-grs-diberi-mandat/ https://sabahmedia.com/2025/07/12/sabah-berwajah-baharu-jika-grs-diberi-mandat/#respond Sat, 12 Jul 2025 11:04:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77179
Read Time:2 Minute, 55 Second

Penampang: Sabah mampu berubah wajah menjadi sebuah negeri yang lebih maju, makmur, aman dan sentosa jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelbagai pencapaian penting telah dicapai selama hampir lima tahun memimpin negeri ini.

Katanya,ia termasuklah pemulihan ekonomi negeri dan peningkatan pelaburan serta hasil kerajaan negeri secara signifikan.

“Ketika kita mengambil alih pentadbiran negeri pada September 2020, Sabah berdepan situasi ekonomi paling buruk dalam sejarah.

“Namun, dengan perancangan teliti dan pelaksanaan Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0), kita bukan sahaja berjaya memulihkannya, malah melonjakkan prestasi ekonomi negeri ke tahap yang amat membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutupan Konvensyen Parti Bersatu Sabah (PBS) – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Dewan Hongkod Koisaan di sini pada Sabtu.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, antara pencapaian utama kerajaan GRS termasuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada 2024 meningkat kepada RM84.3 bilion, berbanding RM83.2 bilion pada 2023.

Katanya, kutipan hasil negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2022 hampir mencecah RM7 bilion, berbanding hanya RM3.59 bilion pada 2020.

“Rizab Kerajaan Negeri kini telah mencecah RM8.6 bilion.Pelaburan domestik dan asing yang berjaya dibawa masuk ke Sabah sejak 2021 pula berjumlah RM35.38 bilion.

“Semua ini adalah petunjuk ekonomi yang sihat dan bukti keupayaan serta kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan GRS.

“Tiada siapa yang boleh menafikannya. Hanya pembangkang sahaja yang memilih untuk menutup mata dan menafikan fakta-fakta ini,” katanya.

Menurut Hajiji, GRS bukan sahaja berupaya menjana kemajuan ekonomi, tetapi turut komited dalam menyempurnakan pembangunan infrastruktur asas, membasmi kemiskinan tegar dan mensejahterakan kehidupan rakyat seluruhnya.

“Insya-Allah, jika GRS terus diberi mandat dalam pilihan raya akan datang, kita akan pastikan semua rancangan pembangunan yang telah dirangka dapat dilaksanakan sepenuhnya, daripada bandar hingga ke pedalaman,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut menekankan bahawa dasar Hala Tuju SMJ bukan sekadar dokumen, tetapi satu pelan strategik jangka panjang yang menyeluruh merangkumi pembangunan sumber manusia, pengurusan hasil bumi dan kecekapan pentadbiran.

“Dengan iltizam politik yang kuat, ditambah dengan iklim ekonomi yang semakin baik serta kestabilan politik yang kita sama-sama perjuangkan sejak 2020, saya yakin Sabah akan melangkah jauh ke hadapan sebagai negeri yang maju, aman dan makmur,” katanya.

Beliau turut mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli GRS supaya terus mempertahankan perjuangan gabungan itu dalam menghadapi cabaran masa depan, tohmahan pembangkang serta gerakan terselindung yang bertujuan melemahkan kekuatan politik GRS.

Katanya, kejayaan pentadbiran GRS menyebabkan pihak pembangkang tidak senang dan berterusan melakukan serangan politik bersifat destruktif, termasuk penyebaran dakyah palsu, penipuan dan fitnah terhadap kerajaan serta pemimpin-pemimpinnya.

“Mereka tidak akan berhenti. Mereka cemburu dan irihati terhadap kejayaan yang kita capai. Mereka mahu melihat kita gagal, lemah dan jatuh.

“Justeru, saya ingatkan, rumah kita, kita jaga. GRS ini rumah kita, tempat kita berlindung dan mengatur perjuangan. Kalau bukan kita sendiri yang menjaganya, siapa lagi yang boleh kita harapkan?” katanya .

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Konvensyen PBS-STAR 2025 sebagai satu detik bersejarah yang memperkukuh muafakat politik tempatan, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa GRS bersedia menghadapi PRN17 dengan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu dan berwibawa.

Menurutnya, kerjasama erat antara dua parti tempatan adalah lambang kematangan politik yang meletakkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah mengatasi perbezaan fahaman.

“Konvensyen ini bukan sahaja memperlihatkan semangat penyatuan dalam kalangan parti tempatan yang punya sejarah dan prinsip tersendiri, malah membuktikan bahawa GRS mampu melangkah lebih jauh sebagai gabungan politik yang benar-benar mewakili aspirasi rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/12/sabah-berwajah-baharu-jika-grs-diberi-mandat/feed/ 0 77179
GRS platform terbaik terajui Sabah – Dr Yusof https://sabahmedia.com/2025/06/18/grs-platform-terbaik-terajui-sabah-dr-yusof/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/grs-platform-terbaik-terajui-sabah-dr-yusof/#respond Wed, 18 Jun 2025 11:59:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75798
Read Time:1 Minute, 16 Second

Sindumin : Rakyat Sabah diseru agar menggunakan platform Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai landasan utama untuk menentukan hala tuju politik negeri ini tanpa terlalu bergantung kepada pihak luar.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Sindumin  di sini pada Rabu.

“Kita mahu orang Sabah menggunakan landasan GRS untuk mendominasi Sabah. Gunakan kekuatan dalaman kita. Kita tidak boleh bergantung dengan orang luar,” katanya.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Rubin Balang.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut menyentuh soal kerjasama politik, namun menegaskan bahawa sebarang kerjasama mestilah dilakukan atas dasar saling menghormati. 

“Ini merujuk kepada tindakan beberapa parti luar yang telah mengumumkan kerusi akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah lebih awal tanpa rundingan.

“Kita boleh kerjasama, tapi mereka mesti hormat kita. Tapi sekarang mereka sudah umum kerusi akan ditandingi  pada Pilihan Raya Negeri nanti, rakyat Sabah perlu faham perkara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Dr Yusof menyatakan kesediaan GRS untuk bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang, selaras dengan seruan yang dibuat oleh kepimpinan gabungan itu.

 “Kita sahut seruan tanding solo. Tapi yang penting, kita perlu ada kekuatan dalaman. Kita kena kerja kuat dan ada azam yang tinggi,” katanya.

Beliau juga meluahkan keyakinan bahawa GRS adalah gabungan terbaik untuk terus menerajui pentadbiran negeri Sabah.

 “Saya yakin GRS akan terus memerintah Sabah. Kita hanya perlu terus bekerja keras dan memperkukuhkan perpaduan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/grs-platform-terbaik-terajui-sabah-dr-yusof/feed/ 0 75798
GRS wajar ketuai PRN Sabah – Hajiji Noor https://sabahmedia.com/2025/05/12/grs-wajar-ketuai-prn-sabah-hajiji-noor/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/grs-wajar-ketuai-prn-sabah-hajiji-noor/#respond Mon, 12 May 2025 07:15:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73706
Read Time:2 Minute, 21 Second

Kunak : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengulangi pendiriannya yang mahu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengetuai cabaran kerajaan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Katanya, beliau merasai kehendak rakyat negeri ini yang mahu supaya kerajaan negeri diketuai oleh parti tempatan, khususnya menerusi GRS selaku satu-satunya gabungan politik berasaskan parti tempatan di Sabah.

Beliau berkata, pencapaian kerajaan negeri yang diketuai GRS ketika ini sudah terbukti, termasuk dari segi pembangunan ekonomi yang wajar terus ditingkatkan melalui mandat baharu daripada rakyat melalui PRN17 nanti.

“Banyak inisiatif kita laksanakan di seluruh Sabah yang cukup baik untuk masa depan bukan saja kepada pembangunan Sabah, tapi untuk membangunkan ekonomi kita keseluruhannya.

“Saya bangga kerana kita mempunyai satu pasukan mantap dalam kerajaan dan rakyat memberikan sokongan padu. Kita mesti belajar daripada sejarah politik Sabah, kalau asyik gaduh, kita akan berpecah.

“Atas sebab itu saya mahu GRS menjadi ketua pada PRN nanti, saya merasai denyut nadi rakyat kepada kita. Aspirasi mereka mahukan supaya kerajaan diketuai oleh sebuah parti tempatan di Sabah.

“Kita jangan fikir lain lagi, kita mesti pastikan sokongan kepada kerajaan hari ini yang sudah kita nampak bukti pencapaiannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Ketua Menteri: Membina Masa Depan Kunak, di Padang Pekan Kunak pada Isnin.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif.

Hajiji berkata pencapaian dilakar kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah berlaku dalam kerajaan terdahulu, antaranya Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS yang memberi banyak manfaat kepada Sabah.

Katanya, banyak yang diperolehi Sabah melalui perjanjian itu seperti 20 peratus pegangan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang dan projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang.

“Banyak yang kita dapat ini, ada lagi masih dirunding dengan PETRONAS, dulu mana ada. Kalau kita runding dengan baik, PETRONAS beri kita peluang majukan minyak dan gas di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pencapaian kerajaan pimpinannya tetap menjadi keutamaan meskipun dirinya menjadi sasaran serangan fitnah, termasuk dianggap sebagai seorang pemimpin yang lemah.

“Walaupun tiap hari difitnah, ada yang kata apa itu Hajiji lemah lembut, sentimental. Tapi belum tahu siapa Hajiji, tidak pandai takut, kita lawan kerana saya tahu rakyat di belakang GRS,” katanya.

Pada majis itu, Hajiji turut mengumumkan penyerahan tanah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sebagai sebagai rizab perkampungan bagi Kampung Kunak Jaya, Bagian dan Selamat.

Beliau turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM1.2 juta untuk membina kemudahan jeti di Kampung Pangkalan seperti disuarakan Norazlinah selaku wakil rakyat Kunak.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut meminta rakyat Kunak supaya meneruskan sokongan kepada Norazlinah dan memastikan kemenangan GRS pada PRN17 demi kesinambungan pembangunan di daerah ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/grs-wajar-ketuai-prn-sabah-hajiji-noor/feed/ 0 73706
Sebarang keputusan berhubung PRN akan dirujuk AMT GRS – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/05/12/sebarang-keputusan-berhubung-prn-akan-dirujuk-amt-grs-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/05/12/sebarang-keputusan-berhubung-prn-akan-dirujuk-amt-grs-hajiji/#respond Mon, 12 May 2025 06:54:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73700
Read Time:57 Second


Kunak : Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang akan dirujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi GRS.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, langkah itu penting bagi menjamin kestabilan politik dan mencerminkan pandangan gabungan secara menyeluruh.

Katanya, kerjasama politik antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang isu. 

“Kerajaan negeri ketika ini adalah hasil kerjasama GRS dan PH dan setakat ini tiada sebarang masalah timbul.

“Kita hormat pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komited untuk mewujudkan suasana politik yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Kunak di sini hari ini.

Hajiji turut menekankan komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan suasana politik stabil demi pembangunan berterusan.

Namun begitu, beliau turut menekankan keperluan untuk Kerajaan Persekutuan memahami dan mengiktiraf sentimen serta aspirasi rakyat tempatan Sabah dalam membentuk kerjasama politik yang lebih matang dan progresif.

“Saya ingin tekankan kepada Perdana Menteri bahawa realiti politik di Sabah harus dilihat dari lensa rakyat tempatan sendiri. 

“Kita perlukan satu persefahaman dan persembahan politik yang mencerminkan kemajuan serta kehendak rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/12/sebarang-keputusan-berhubung-prn-akan-dirujuk-amt-grs-hajiji/feed/ 0 73700
GRS sasar tawan semua kerusi DUN di Tawau dan Kalabakan https://sabahmedia.com/2025/02/16/grs-sasar-tawan-semua-kerusi-dun-di-tawau-dan-kalabakan/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/grs-sasar-tawan-semua-kerusi-dun-di-tawau-dan-kalabakan/#respond Sun, 16 Feb 2025 10:37:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68837
Read Time:2 Minute, 59 Second

Tawau: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk menawan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tawau dan Kalabakan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat di kedua-dua Parlimen itu perlu menyokong gabungan berkenaan demi memastikan tiada kawasan DUN yang tercicir daripada pembelaan wakil rakyatnya.

Katanya, kerajaan GRS – Pakatan Harapan (PH) Plus pimpinannya mempunyai hala tuju yang jelas dan agenda besar bagi membangunkan Sabah, termasuk di Tawau dan Kalabakan demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Pada PRN nanti mesti undi GRS kerana banyak pencapaian yang kita berjaya lakukan
sepanjang empat tahun memerintah negeri ini berbanding kerajaan sebelum ini.

“Jadi saya minta rakyat di DUN Merotai dan kawasan DUN lain di Kalabakan serta
Tawau pastikan semua DUN di sini dimenangi GRS.

“Kita ada agenda besar untuk Sabah, kita ada hala tuju, berbanding kerajaan sebelum ini yang tiada hala tuju, hanya berbohong dan buat fitnah di sana sini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata demikian pada sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Anak Merotai anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) di Dewan Terbuka Dato Sri Najib, Merotai, di sini hari ini.

Hadir sama Presiden PHRS, Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal, ADUN Balung, Datuk Hamild Awang.

Hajiji memberi jaminan GRS akan kekal membentuk kerajaan negeri selepas PRN17 nanti berikutan pencapaiannya dalam membawa perubahan di negeri ini selepas lebih empat tahun memerintah.

Sehubungan itu, Hajiji mahu semua kawasan DUN termasuk Merotai diwakili wakil rakyat kerajaan agar usaha membawa pembangunan di kawasan itu lebih berjalan lancar.

“Percayalah dalam PRN akan datang kerajaan GRS akan membentuk kerajaan sekali lagi. Jadi saya tidak mahu Merotai ketinggalan kali ini, Merotai mesti diwakili wakil kerajaan.

“Kita mesti menang di sini, majukan Merotai. Kita bukan bercakap kosong, kita ada hala tuju,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut memberi jaminan berhubung isu bekalan air akan dapat diselesaikan pada tahun ini setelah semua kerja penambahbaikan dilaksanakan.

“Isu air saya bagi jaminan kita dapat selesaikan pada tahun ini. Kita ada peruntukan, loji air kita akan dinaik taraf dan dibaiki.

“Begitu juga masalah paip bocor, kita akan baiki, jadi masalah air ini kita akan selesai pada tahun ini juga kerana kita ada perancangan, kita ada usaha, bukan kita cakap kosong.

“Kalau cakap kosong seperti pembangkang saya rasa itu tidak perlu kita beri perhatian. Mereka tidak boleh buat apa-apa, kita sudah beri peluang kepada mereka, tapi apa mereka buat.

“Mereka (pembangkang) umpama tin kosong, memang besar bunyinya kalau diketuk. Tapi kita empat tahun memerintah sudah banyak kita capai,” katanya.

Dalam ucapannya, Hajiji turut mengumumkan kelulusan permohonan Tanah Perkampungan Iban, Merotai Besar dan Kampung Melati Burut untuk diwartakan sebagai rizab perkampungan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kelulusan Pemasangan Lampu Solar Jalan Raya Besar dari Jambatan Putih hingga ke Sungai Udin, Merotai dengan peruntukan RM1.9 juta yang akan dipasang selewat-Iewatnya pada April atau Mei 2025.

Hajiji turut mengumumkan pembukaan Pekan Baharu Merotai di Kijang Point yang menempatkan 100 unit rumah dua tingkat dan 16 unit kedai yang sudah siap dibina oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta Perkasa Reality.

Turut diumumkan pembinaan sebuah dewan untuk Merotai dengan peruntukan RM2 juta.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan surat tawaran tanah daripada Jabatan Tanah dan Ukur kepada 42 penerima dari Kampung Iban, Merotai.

Terdahulu, Hajiji meluangkan masa melawat Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sri Tanjong, Datuk Naim Haji Ahmat yang sakit di kediamannya di Taman Ria, Tawau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/grs-sasar-tawan-semua-kerusi-dun-di-tawau-dan-kalabakan/feed/ 0 68837