grs sukau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Oct 2025 09:37:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png grs sukau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU DU Sabah: Jentera GRS Sukau pastikan kekuatan terus kukuh dan mantap https://sabahmedia.com/2025/10/30/prn17-sabah-jentera-grs-sukau-pastikan-kekuatan-terus-kukuh-dan-mantap/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/prn17-sabah-jentera-grs-sukau-pastikan-kekuatan-terus-kukuh-dan-mantap/#respond Thu, 30 Oct 2025 09:26:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84503
Read Time:46 Second

SANDAKAN: Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.59 Sukau terus memperkukuh kekuatan dan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 melalui lawatan kerja dan mesyuarat di Kampung Litang, baru-baru ini.

Lawatan kerja itu diketuai oleh Emerson Dawang yang mewakili Ketua Bahagian GRS Sukau, Datuk Juhari Janan, bertujuan memastikan kesiapsiagaan Bilik Gerakan GRS serta memperkukuh semangat perjuangan di peringkat akar umbi.

Selain meninjau operasi Bilik Gerakan, rombongan turut mengadakan mesyuarat Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Litang, yang dihadiri ketua-ketua cawangan GRS bagi membincangkan strategi dan pengisian program menjelang PRN.

Lawatan itu turut disertai oleh OKK Ramsah Jakaria serta Ahli Jawatankuasa GRS DUN N.59 Sukau yang lain.

Menurut kenyataan GRS Sukau hari ini, semangat perjuangan dalam kalangan ahli dan petugas jentera terus diperkukuh bagi memastikan kekuatan jentera GRS Sukau kekal mantap serta bersedia menghadapi pilihan raya itu nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/prn17-sabah-jentera-grs-sukau-pastikan-kekuatan-terus-kukuh-dan-mantap/feed/ 0 84503
Juhari Janan turun padang, mantapkan jentera GRS Sukau menjelang PRN17 https://sabahmedia.com/2025/10/26/juhari-janan-turun-padang-mantapkan-jentera-grs-sukau-menjelang-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/juhari-janan-turun-padang-mantapkan-jentera-grs-sukau-menjelang-prn17/#respond Sun, 26 Oct 2025 05:07:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84184
Read Time:53 Second

SUKAU :  Ketua Bahagian Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sukau, Datuk Juhari Janan, bersama rombongan jentera parti telah turun padang ke Kampung Paris di sini pada Sabtu, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

Lawatan ini memberi peluang kepada Juhari untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk setempat, sambil memastikan kesediaan jentera parti di peringkat akar umbi.

Program dimulakan di Kampung Paris I, di mana Juhari menyerahkan sumbangan lampu solar kepada penduduk, sebagai pemenuhan janji yang pernah dibuat sebelum ini.

“Janji ditepati. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kita untuk membawa kemajuan ke Sukau,” katanya.

Rombongan kemudian meneruskan lawatan ke Kampung Paris 3 bagi sesi muafakat dan perbincangan bersama penduduk serta anggota jentera parti.

Lawatan diakhiri di Kampung Sri Tekala Paris II, di mana Juhari berinteraksi dengan golongan belia dan meninjau bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) GRS setempat, memastikan jentera parti bersedia menghadapi pilihan raya.

Keseluruhan program berlangsung lancar dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Aktiviti ini diharap dapat mengukuhkan hubungan antara GRS dan komuniti setempat, sambil memperkukuh persiapan menghadapi PRN Ke-17. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/juhari-janan-turun-padang-mantapkan-jentera-grs-sukau-menjelang-prn17/feed/ 0 84184