grs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 16 Oct 2026 06:49:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png grs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Konvensyen GRS 2026 berlangsung di Kudat Ahad ini https://sabahmedia.com/2026/10/16/konvensyen-grs-2026-berlangsung-di-kudat-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2026/10/16/konvensyen-grs-2026-berlangsung-di-kudat-ahad-ini/#respond Fri, 16 Oct 2026 06:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105468
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menganjurkan Konvensyen GRS 2026 di Dewan Tun Mustapha, Kudat, pada Ahad ini.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata konvensyen tahunan yang julung kali dianjurkan pada 18 Oktober itu diadakan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS supaya penganjuran konvensyen tidak tertumpu di Kota Kinabalu sahaja, sebaliknya dilaksanakan secara bergilir di daerah lain, tertakluk kepada kesesuaian logistik.

Beliau berkata, konvensyen itu dijangka menghimpunkan hampir 3,000 peserta dan pemerhati yang mewakili kesemua 26 kawasan Parlimen di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Konvensyen berkenaan akan menampilkan ucaptama Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, selain sesi perkongsian oleh enam Timbalan Pengerusi GRS yang mewakili kepimpinan utama setiap parti komponen gabungan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, konvensyen itu menjadi platform untuk menghimpunkan kepimpinan pusat dan pimpinan utama bahagian bagi membincangkan strategi politik serta perkembangan agenda pembangunan negeri.

Beliau berkata, perbincangan akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama, iaitu memperkukuh kesiapsiagaan parti, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), serta menilai kemajuan agenda pembangunan rakyat dan negeri berdasarkan manifesto GRS.

“Penilaian itu turut memberi penekanan kepada pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi memastikan agenda pembangunan negeri terus digerakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata, kepimpinan parti di peringkat akar umbi yang tidak dapat menghadiri konvensyen secara fizikal turut berpeluang mengemukakan pandangan dan maklum balas secara dalam talian menerusi platform yang disediakan oleh Sekretariat Ibu Pejabat GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/16/konvensyen-grs-2026-berlangsung-di-kudat-ahad-ini/feed/ 0 105468
PRU16: GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen, calon boleh menang jadi pertimbangan https://sabahmedia.com/2026/10/06/pru16-grs-sasar-lebih-15-kerusi-parlimen-calon-boleh-menang-jadi-pertimbangan/ https://sabahmedia.com/2026/10/06/pru16-grs-sasar-lebih-15-kerusi-parlimen-calon-boleh-menang-jadi-pertimbangan/#respond Tue, 06 Oct 2026 07:31:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104838
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan lebih 15 jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang dengan memberi tumpuan kepada kawasan berpotensi serta pemilihan calon yang boleh menang.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan simulasi undi PRN Sabah lalu, GRS secara teorinya berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi Parlimen di Sabah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu bukan sasaran akhir kerana GRS mahu membina kekuatan lebih besar bagi memastikan suara Sabah di peringkat Persekutuan lebih kukuh.

“Kalau kita lihat dari segi kiraan simulasi, tidak termasuk dengan adanya UPKO sekarang, kalau kita lihat kiraan undi simulasi DUN yang lepas, GRS secara atas kertas boleh menang dalam 14 hingga 15 kerusi Parlimen.

“Tetapi kita mahu lebih daripada itu sebab kita mahu ada suara Sabah, solidariti Sabah, suara Sabah itu melalui GRS dengan jumlah kerusi yang jauh lebih besar,” katanya pada ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Menurut Armizan, GRS kini mempunyai tujuh Ahli Parlimen susulan kemasukan UPKO yang membawa dua Ahli Parlimen ke dalam gabungan berkenaan.

Beliau berkata, strategi GRS bagi menghadapi PRU akan datang adalah untuk mengekalkan sokongan di kawasan yang dimenangi atau memperoleh jumlah undi signifikan, selain meningkatkan sokongan di kawasan yang mempunyai potensi untuk dimenangi.

Dalam masa sama, katanya, pengalaman dan pengajaran daripada PRN Sabah lalu akan menjadi antara pertimbangan utama dalam menentukan calon yang akan bertanding.

“Bukan hanya kerusi yang berpotensi untuk menang tetapi paling penting juga lesson learned daripada Pilihan Raya Negeri yang lepas, winnable candidate juga cukup penting.

“Jadi itu antara pertimbangan yang dilihat dalam perbincangan kita,” katanya.

Armizan berkata, GRS juga perlu mengambil kira mesej yang disampaikan rakyat Sabah menerusi keputusan PRN lalu, selain memastikan kestabilan kerajaan negeri dapat diteruskan.

Katanya, bentuk kerjasama politik di peringkat negeri juga perlu mengambil kira perkembangan politik semasa di peringkat nasional yang dinamik.

“Keutamaan kita buat masa ini adalah memperkuatkan GRS. Kita mahu kestabilan kerajaan negeri itu dapat diteruskan dan pada masa yang sama kita mahu suara rakyat melalui Pilihan Raya Negeri lepas itu kita ambil kira.

“Yang paling penting, rumah kita, kita perkemaskan dulu, perkukuhkan GRS,” katanya.

Mengenai kemungkinan parti nasional bertanding di bawah GRS, Armizan berkata perkara itu belum dibincangkan dan tidak berbangkit dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen dan sekiranya wakil-wakil dari kawasan itu berpecah tanpa kesepaduan, kekuatan suara Sabah di peringkat Persekutuan akan menjadi kurang kukuh.

“Kita mahu supaya wakil-wakil Sabah di 25 kawasan Parlimen itu kelak datangnya daripada GRS dan Ahli Parlimen yang boleh bersama-sama membawa aspirasi Sabah dan kepentingan negeri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/06/pru16-grs-sasar-lebih-15-kerusi-parlimen-calon-boleh-menang-jadi-pertimbangan/feed/ 0 104838
KDM bukan GRS, tarik sokongan bukan isu – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/08/29/kdm-bukan-grs-tarik-sokongan-bukan-isu-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/08/29/kdm-bukan-grs-tarik-sokongan-bukan-isu-hajiji/#respond Sat, 29 Aug 2026 12:16:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102462
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak melihat tindakan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menarik sokongan sebagai isu kerana parti itu bukan sebahagian daripada GRS, kata Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sebaliknya, katanya, perkara yang lebih penting ialah pendirian wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk ADUN Paginatan Rusdin Riman dari parti KDM yang masih menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.

“KDM ini bukan ahli GRS. Dia bukan dalam Gabungan Rakyat Sabah. Jadi tidak timbul dia tarik sokongan atau tidak, itu dia punya masalah.

“Yang penting di sini, dia mempunyai satu wakil rakyat. Wakil rakyat di Paginatan ini telah menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata GRS akan terus bekerjasama dengan parti-parti yang menganggotai kerajaan negeri ketika ini, termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kerjasama berkenaan turut menjadi asas kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Pilihan raya sepatutnya diadakan kalau tempohnya sampai akhir tahun depan. Jadi, sebagai parti yang mengetuai kerajaan, kita mesti bersedia daripada sekarang menggerakkan parti semua peringkat termasuk sayap-sayap dengan turun ke bawah buat program untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum walaupun kita tidak tahu bila diadakan,” katanya.

Hajiji berkata GRS akan terus turun padang menemui rakyat bagi memperkukuh jentera parti di semua peringkat.

“Kita sentiasa bekerja turun ke bawah menemui rakyat untuk kita perkuatkan jentera parti GRS dan juga Gagasan Rakyat,” katanya.

Mengenai agihan kerusi Parlimen, beliau berkata GRS akan berunding dengan rakan-rakan dalam kerajaan negeri, namun rundingan itu belum dimulakan.

“GRS adalah peneraju utama kerajaan negeri. Jadi, kita akan bincang dengan mereka akan agihan kerusi yang akan dipertandingkan.

“Kita berharap kawan-kawan kita dalam kerajaan, parti-parti itu mestilah rasional dan kita akan tempatkan calon-calon mereka yang boleh menang dalam pilihan raya nanti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/29/kdm-bukan-grs-tarik-sokongan-bukan-isu-hajiji/feed/ 0 102462
KDM bukan parti komponen GRS – Armizan https://sabahmedia.com/2026/08/15/kdm-bukan-parti-komponen-grs-armizan/ https://sabahmedia.com/2026/08/15/kdm-bukan-parti-komponen-grs-armizan/#respond Sat, 15 Aug 2026 12:27:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101654
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bukan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tegas Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November lalu, KDM melalui ADUN tunggalnya memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Keputusan tersebut menjadikan KDM sebahagian daripada Kerajaan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan berkata, susulan pengumuman Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter mengenai menarik sokongan terhadap kerajaan GRS hari ini, beliau berkesempatan menghubungi ADUN Paginatan, Datuk Rusdin Riman, yang juga ADUN tunggal KDM.

Menurut Armizan, Rusdin memaklumkan komitmennya adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya selain memastikan kestabilan kerajaan negeri bagi meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.

“Beliau juga turut bersama dalam satu acara yang melibatkan ADUN-ADUN kerajaan pagi tadi di Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/15/kdm-bukan-parti-komponen-grs-armizan/feed/ 0 101654
UPKO sertai GRS, perkukuh kestabilan politik Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/10/upko-sertai-grs-perkukuh-kestabilan-politik-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/10/upko-sertai-grs-perkukuh-kestabilan-politik-sabah/#respond Mon, 10 Aug 2026 00:35:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101316
Read Time:2 Minute, 21 Second

PENAMPANG: Penyertaan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kestabilan politik negeri sekali gus memantapkan kerjasama parti-parti tempatan dalam usaha membangunkan Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyertaan UPKO dalam GRS yang diputuskan Majlis Tertinggi GRS pada 8 Jun lalu adalah satu petanda positif dalam perkembangan politik di Sabah dan diterima dengan hati terbuka. 

“Sebenarnya, apabila kita menerima permohonan daripada UPKO untuk menyertai GRS, kita melihat itu sebagai satu petanda positif dalam perkembangan politik di Sabah; dan kita menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun UPKO ke-32 dan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, di sini, malam ini. 

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, keberadaan UPKO dalam gabungan parti-parti lokal Sabah itu sudah tentu akan memperkukuhkan lagi kestabilan politik di Sabah, sekali gus memantapkan kerjasama parti-parti tempatan melalui GRS. 

“Dengan jaminan kestabilan politik, sudah pasti lebih mudah untuk Kerajaan Negeri memberi fokus kepada agenda pembangunan rakyat, kemakmuran ekonomi negeri dan kemajuan infrastruktur di Sabah,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh pimpinan dan ahli UPKO untuk terus sama-sama menjayakan wawasan Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper, selain memperkukuh perpaduan dan kerjasama semua parti komponen GRS. 

Hajiji berkata, beliau amat menghargai sokongan padu Presiden UPKO dan ahli-ahli parti itu sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri yang membolehkannya memimpin pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 yang kini diteruskan dalam SMJ 2.0. 

Beliau berkata pelantikan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan membawa misi besar bagi memastikan agenda pelaburan, pembangunan perindustrian dan keusahawanan di Sabah dapat direalisasikan dengan jayanya selaras dengan matlamat SMJ 2.0. 

“Saya amat yakin, dengan komitmen dan kerjasama padu semua pihak; dari peringkat pimpinan Kerajaan kepada peranan dan penglibatan kedua-dua sektor awam dan swasta, insya-Allah, pelan pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0, akan dapat dijayakan dengan penuh kecemerlangan,” katanya. 

Beliau berkata, sebagai rakan seperjuangan dalam GRS, parti komponen mungkin datang daripada asas perjuangan dan latar belakang yang berbeza, namun semuanya berteduh di bawah satu bumbung yang sama dan memperjuangkan bumi Sabah yang sama. 

“GRS ini adalah rumah kita, rumah yang harus kita jaga bersama; rumah yang memayungi perjuangan kita, perjuangan demi rakyat dan negeri tercinta,” katanya. 

Hajiji berkata, perpaduan dan kerjasama politik yang erat dan jitu adalah kunci kepada masa depan Sabah yang lebih maju, cemerlang dan makmur. 

“Inilah agenda yang mesti kita laksanakan supaya generasi Sabah yang akan datang boleh berbangga dengan legasi yang bakal kita tinggalkan untuk mereka,” katanya. 

Beliau turut mengajak semua parti komponen GRS memperkukuh perpaduan dan terus bekerjasama erat bagi membangunkan Sabah yang tercinta. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/10/upko-sertai-grs-perkukuh-kestabilan-politik-sabah/feed/ 0 101316
Kerajaan GRS komited bela nasib rakyat, tidak abaikan keperluan penduduk https://sabahmedia.com/2026/06/25/kerajaan-grs-komited-bela-nasib-rakyat-tidak-abaikan-keperluan-penduduk/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/kerajaan-grs-komited-bela-nasib-rakyat-tidak-abaikan-keperluan-penduduk/#respond Wed, 24 Jun 2026 22:20:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98821
Read Time:1 Minute, 15 Second

SANDAKAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat dan tidak pernah mengabaikan kebajikan serta keperluan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat dan komited dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus dipertingkatkan menerusi pelbagai inisiatif serta bantuan yang diperkenalkan.

“Kerajaan GRS sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat dan amat prihatin terhadap kebajikan mereka. Rakyat tidak diabaikan dan tidak dibiarkan terus dibelenggu pelbagai masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lot Tanah Rizab Anak Negeri di Kampung Sungai Batang, di sini, pada Rabu.

Menurut Hazem, pelbagai bentuk bantuan dan program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan adalah bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi penduduk, termasuk di kawasan Kampung Sungai Batang.

“Masalah yang dihadapi penduduk di kampung ini sememangnya diberikan perhatian. Kita akan berusaha mengatasi isu bekalan air, sistem perparitan dan jalan masuk yang menjadi keperluan utama penduduk.

“Perkara ini sedang diberi perhatian dan saya telah meminta jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan untuk tampil membantu dalam mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Hazem berkata, sebagai wakil rakyat kawasan Sungai Manila, beliau akan terus memainkan peranan dalam membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada masyarakat setempat.

“Selaku ADUN Sungai Manila, saya komited untuk terus membawa kesejahteraan kepada rakyat dan akan berusaha memastikan setiap masalah yang dihadapi penduduk dapat ditangani sebaik mungkin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/kerajaan-grs-komited-bela-nasib-rakyat-tidak-abaikan-keperluan-penduduk/feed/ 0 98821
GRS terima UPKO sebagai ahli gabungan baharu https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-terima-upko-sebagai-ahli-gabungan-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-terima-upko-sebagai-ahli-gabungan-baharu/#respond Thu, 18 Jun 2026 09:58:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98430
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara bersetuju menerima Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai ahli gabungan baharu berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang diadakan di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, penyertaan UPKO selaras dengan perjuangan GRS yang berteraskan konsep “Sabah United, Sabah First” serta usaha memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan parti-parti tempatan.

“Kita telah bersetuju sebulat suara untuk menerima UPKO sebagai ahli gabungan baharu GRS.

“Penerimaan ini sejajar dengan perjuangan GRS sendiri iaitu Sabah United, Sabah First dan untuk memberi kekuatan kepada parti-parti gabungan tempatan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Hajiji berkata, kemasukan UPKO juga dilihat mampu memperkukuhkan kestabilan kerajaan negeri yang diterajui GRS ketika ini.

Beliau mengesahkan status keahlian UPKO dalam gabungan itu berkuat kuasa serta-merta selepas keputusan dicapai oleh Majlis Tertinggi GRS.

“Mulai hari ini, UPKO secara rasminya menjadi ahli GRS dan perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak UPKO selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat kebimbangan dalam kalangan parti komponen mengenai penyertaan UPKO, Hajiji menegaskan semua parti menyokong keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.

“Tiada. Semua setuju kerana kita mahu menguatkan GRS. Jadi tiada isu kebimbangan atau perkara lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-terima-upko-sebagai-ahli-gabungan-baharu/feed/ 0 98430
GRS perkukuh jentera, lantik enam pengerusi zon hadapi PRU https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-perkukuh-jentera-lantik-enam-pengerusi-zon-hadapi-pru/ https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-perkukuh-jentera-lantik-enam-pengerusi-zon-hadapi-pru/#respond Thu, 18 Jun 2026 09:49:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98424
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mula memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan melantik enam pengerusi zon bagi menyelaras gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera di seluruh negeri.

Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang berlangsung di sini, pada Khamis.

Menurutnya, pelantikan pengerusi zon bertujuan melaksanakan naziran serta memantau laporan persiapan parti-parti komponen di setiap kawasan Parlimen mengikut zon yang ditetapkan.

“Walaupun tempoh Parlimen hanya akan berakhir pada penghujung tahun depan, kita di Sabah mesti bersedia lebih awal.

“Perkara yang paling dititikberatkan ialah kerjasama dan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen GRS serta rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan di Sabah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Enam zon yang diwujudkan melibatkan semua kawasan Parlimen di Sabah dengan setiap zon diketuai pemimpin kanan gabungan tersebut.

Hajiji sendiri mengetuai Zon 1 yang merangkumi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Zon 2 yang meliputi Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dipengerusikan Timbalan Pengerusi Parti GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, manakala Zon 3 melibatkan Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang diketuai Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman.

Bagi Zon 4 yang merangkumi Ranau, Keningau, Pensiangan dan Tenom, ia dipengerusikan Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Zon 5 melibatkan Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran dan Kinabatangan dipimpin Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin, manakala Zon 6 yang merangkumi Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna diketuai Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah(PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.

Hajiji berkata, semua presiden parti komponen akan memainkan peranan penting dalam memastikan kesiapsiagaan jentera di zon masing-masing.

Katanya, matlamat utama GRS adalah memastikan kemenangan besar pada PRU akan datang.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi, Hajiji berkata GRS akan menggunakan logo gabungan itu dan akan memilih calon yang mempunyai peluang terbaik untuk menang.

“Kita akan cari siapa yang boleh menang. GRS tetap GRS, guna logo GRS,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kerusi Parlimen, beliau berkata GRS berhasrat bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah selain satu kerusi di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Insya-Allah, 26 termasuk Labuan,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali dan ahli-ahli majlis tertinggi GRS lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/18/grs-perkukuh-jentera-lantik-enam-pengerusi-zon-hadapi-pru/feed/ 0 98424
UMNO Sabah Perlu Terima Realiti Politik Baharu Kata Salleh Said Keruak https://sabahmedia.com/2026/05/24/umno-sabah-perlu-terima-realiti-politik-baharu-kata-salleh-said-keruak/ https://sabahmedia.com/2026/05/24/umno-sabah-perlu-terima-realiti-politik-baharu-kata-salleh-said-keruak/#respond Sun, 24 May 2026 08:59:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97243
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata landskap politik Sabah dan Sarawak berkembang melalui laluan yang berbeza sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, dipengaruhi faktor sejarah, demografi serta kepimpinan tempatan masing-masing.

Menurut beliau, di Sarawak, UMNO tidak pernah bertapak kerana langkah itu dilihat penting bagi mengekalkan kestabilan politik negeri serta mengelakkan perpecahan sokongan Bumiputera, khususnya dalam kalangan Bumiputera Islam.

Katanya, walaupun parti nasional seperti PKR, DAP dan PAS hadir membawa naratif reformasi, keadilan sosial dan politik pelbagai kaum, pengaruh mereka di Sarawak masih tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja.

“Parti-parti tempatan terus menjadi kekuatan utama terutama di kawasan luar bandar dan campuran, sekali gus menjadikan Sarawak lebih cenderung kepada kepimpinan negeri dalam memperjuangkan isu hak negeri, pembangunan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Salleh berkata situasi di Sabah pula berbeza apabila UMNO memasuki negeri itu pada tahun 1991 atas jemputan Tun Mustapha Harun dan United Sabah National Organisation (USNO) bagi menyatukan sokongan Bumiputera Islam.

Beliau berkata kemasukan UMNO ketika itu membolehkan parti tersebut memainkan peranan dominan dalam politik Sabah untuk satu tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, katanya, landskap politik Sabah kini berubah apabila sokongan Bumiputera telah berpecah kepada beberapa blok politik dan UMNO bukan lagi wadah tunggal penyatuan masyarakat Bumiputera di negeri itu.

“UMNO Sabah hari ini tidak lagi memainkan peranan dominan, sebaliknya menjadi pelengkap yang menyokong kerajaan negeri yang diterajui serta ditunjangi oleh gabungan parti tempatan,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa masa depan UMNO di Sabah bergantung kepada sejauh mana parti itu menerima realiti politik semasa dan membina kerjasama strategik demi memperkukuh perpaduan, pembangunan negeri serta pelaksanaan MA63.

Secara keseluruhan, katanya, Sarawak kekal dipacu oleh parti-parti tempatan manakala Sabah mengekalkan keseimbangan antara kekuatan parti tempatan dan peranan pelengkap parti nasional.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/24/umno-sabah-perlu-terima-realiti-politik-baharu-kata-salleh-said-keruak/feed/ 0 97243
GRS perlu terus berinovasi, kukuh kepimpinan berpasukan https://sabahmedia.com/2026/04/27/grs-perlu-terus-berinovasi-kukuh-kepimpinan-berpasukan/ https://sabahmedia.com/2026/04/27/grs-perlu-terus-berinovasi-kukuh-kepimpinan-berpasukan/#respond Mon, 27 Apr 2026 01:21:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95624
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu terus melaksanakan inovasi dan pembaharuan dalam pengurusan organisasi bagi memastikan parti kekal relevan serta berdaya saing dalam landskap politik yang semakin mencabar.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pendekatan itu penting bagi mengelakkan organisasi menjadi lemah, tidak berkembang dan akhirnya kehilangan sokongan.

Menurutnya, perancangan masa depan parti termasuk melahirkan pelapis kepimpinan berkualiti perlu diberi keutamaan bagi menjamin kesinambungan perjuangan parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Taklimat Khas Ketua-Ketua Bahagian serta kepimpinan Wanita, Pemuda dan Beliawanis peringkat negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Masidi yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pengurusan tersusun dari peringkat bahagian hingga akar umbi amat penting bagi memastikan setiap struktur kepimpinan berfungsi secara efektif.

Katanya, konsep kepimpinan berpasukan perlu menjadi teras utama dalam memperkukuh organisasi, berbanding hanya bergantung kepada kekuatan individu atau nama parti semata-mata.

“Setiap bahagian perlu bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dan bersatu bagi memastikan kekuatan parti secara keseluruhan,” katanya.

Tambah beliau, dengan perancangan rapi serta pembaharuan berterusan, parti akan lebih bersedia menghadapi pilihan raya akan datang dan mampu menangani cabaran politik dengan lebih berkesan.

Masidi turut mengingatkan pemimpin dan ahli parti agar mengambil iktibar daripada kejatuhan beberapa parti politik besar sebelum ini akibat kegagalan melakukan pembaharuan dalam pengurusan organisasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/27/grs-perlu-terus-berinovasi-kukuh-kepimpinan-berpasukan/feed/ 0 95624