Gunting Rambut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Jan 2026 07:57:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gunting Rambut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama NGO, swasta perkasa khidmat masyarakat – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/01/10/kerjasama-ngo-swasta-perkasa-khidmat-masyarakat-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/01/10/kerjasama-ngo-swasta-perkasa-khidmat-masyarakat-shahelmey/#respond Sat, 10 Jan 2026 07:57:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89500
Read Time:1 Minute, 31 Second

PUTATAN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta digalakkan untuk terus menyumbang kepada masyarakat setempat melalui pelbagai inisiatif kebajikan, khususnya menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu minggu hadapan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penglibatan NGO dan sektor swasta dalam aktiviti kemasyarakatan adalah selari dengan objektif kerajaan untuk memperkukuh khidmat masyarakat serta semangat kesukarelawanan, sekali gus meningkatkan kesedaran sosial dalam membantu golongan yang memerlukan.

Menurutnya, inisiatif sebegini secara langsung dapat meringankan beban ibu bapa yang sedikit sebanyak terkesan dengan penyediaan pembukaan musim persekolahan.

“Pihak NGO dan swasta sememangnya dialu-alukan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan, lebih-lebih lagi ketika sesi persekolahan baharu bakal bermula pada Isnin hadapan.

“Program berteraskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini amat murni dan seiring dengan dasar kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back To School Gunting Rambut Percuma’ di perkarangan Servay Putatan, dekat sini, hari ini.

Shahelmey (tengah) menunjukkan bakat beliau menggunting rambut salah seorang peserta dalam program tersebut.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Pejabat Parlimen P.173 Putatan dengan NGO Dinamik Teras Bakti dan Pertubuhan Lima Generasi (PLG).

Mengulas mengenai program gunting rambut percuma itu, Shahelmey merakamkan penghargaan terhadap komitmen semua pihak yang terus menyokong usaha Pejabat Parlimennya dalam membantu komuniti setempat.

“Saya dimaklumkan seramai kira-kira 100 peserta daripada kalangan penduduk sekitar Putatan menyertai program ini. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

“Insya-Allah, program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, dan seperti yang saya maklumkan tadi, penyertaan lebih ramai pihak seperti NGO serta pihak swasta amat digalakkan bagi menabur bakti kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Parlimen Putatan,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Khas Kanan Parlimen Putatan, Mohd Sufian Matin; Pegawai Khas Pentadbiran dan Operasi Parlimen Putatan, Mahadzir Abd Majid; serta Pengerusi NGO Dinamik Teras Bakti dan PLG Sabah, Mohammad Azmi Mohammad Sanni.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/10/kerjasama-ngo-swasta-perkasa-khidmat-masyarakat-shahelmey/feed/ 0 89500
Lebih 100 kanak-kanak dapat khidmat gunting rambut percuma di Putatan https://sabahmedia.com/2025/02/16/lebih-100-kanak-kanak-dapat-khidmat-gunting-rambut-percuma-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/lebih-100-kanak-kanak-dapat-khidmat-gunting-rambut-percuma-di-putatan/#respond Sun, 16 Feb 2025 06:14:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68800
Read Time:45 Second

Oleh FLORIETA DIET

PUTATAN: Lebih seratus kanak-kanak di sini mendapat khidmat gunting rambut secara percuma melalui Program Selamat Kembali Ke Sekolah di perkarangan Servay Putatan.

Program itu anjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Dynamic Teras Bakti (DTB) dan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Program sehari pada hari ini (16 Feb) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, beliau amat mengalu-alukan kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

“Seperti pada program pada hari ini, akan lebih memudahkan urusan ibu bapa dalam persediaan anak bergunting rambut sebelum ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DTB Mohammad Azmi Mohammad Sani tidak menjangka program berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir menbawa anak-anak masing-masing.

Katanya, program -program seperti ini yang memberi khidmat kepada masyrakat akan diteruskan pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/lebih-100-kanak-kanak-dapat-khidmat-gunting-rambut-percuma-di-putatan/feed/ 0 68800
Gunting Rambut Percuma ‘Hadiah Krismas’ https://sabahmedia.com/2021/12/20/gunting-rambut-percuma-hadiah-krismas/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/gunting-rambut-percuma-hadiah-krismas/#respond Mon, 20 Dec 2021 09:33:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10127
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Satu program kebajikan iaitu menggunting rambut secara percuma kepada golongan yang memerlukan di kawasan Kapayan telah dilaksanakan oleh seorang pemilik sebuah pusat kecantikan dekat sini.

Menurut Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomion, kerana prihatin dengan golongan yang memerlukan maka program kebajikan itu adalah ‘hadiah’ sempena hari Natal yang bakal disambut pada hujung minggu ini.

Jafery (berbaju biru) bersama sebahagian sukarelawan yang menjayakan program perkhidmatan potong rambut secara percuma di di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, Kota Kinabalu.
Jafery (berbaju biru) bersama sebahagian sukarelawan yang menjayakan program perkhidmatan potong rambut secara percuma di di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, Kota Kinabalu.

“Program ini dianjurkan oleh seorang pengusaha salon kecantikan yang juga merupakan Bendahari Sayap Wiranita Bahagian Kapayan.

“Penduduk di kawasan Kapayan di bawah Parlimen Penampang terutama kanak-kanak menerima hadiah sempena perayaan Krismas iaitu mendapat perkhidmatan memotong rambut secara percuma terutama kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika menghadiri program gunting rambut secara percuma yang diadakan di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, di sini, semalam.

Jafery berkata, lagi, program itu tidak akan terhenti setakat itu saja sebaliknya akan diteruskan di sekolah, pusat jagaan orang tua dan juga anak yatim dalam masa terdekat.

“Menyedari keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi, program ini akan diteruskan dalam masa terdekat bagi membantu mengurangkan beban keluarga di kawasan ini.

“Bayangkan sekiranya satu keluarga dapat jimatkan RM50 sebulan untuk perbelanjaan potong rambut dan sudah semestinya wang itu boleh dijadikan sebagai simpanan atau digunakan untuk keperluan harian,” katanya.

Sementara itu, pemilik pusat kecantikan dikenali sebagai Katty memaklumkan bahawa beliau dibantu oleh enam sukarelawan yang juga ‘hair stylist’ dalam program berkenaan.

“Walaupun sumbangan ini tidak seperti kebanyakkan program kebajikan yang lebih tertumpu kepada barangan bakul makanan dan kewangan tetapi kami percaya ada lagi rakyat yang mahu dibantu melalui cara lain.

“Sebab itu kami menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada rakyat yang memerlukannya dengan secara percuma,” katanya.

Terdahulu, turut menjayakan program ini, Ketua Wiranita Bahagian Kapayan, Debby Jayne dan Timbalan Setiausaha Bahagian Mitchell.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/gunting-rambut-percuma-hadiah-krismas/feed/ 0 10127