gunung kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Oct 2026 22:40:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gunung kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pendaki dilarang guna laluan tidak diiktiraf Taman-Taman Sabah https://sabahmedia.com/2026/10/07/pendaki-dilarang-guna-laluan-tidak-diiktiraf-taman-taman-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/10/07/pendaki-dilarang-guna-laluan-tidak-diiktiraf-taman-taman-sabah/#respond Tue, 06 Oct 2026 22:40:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104934
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Pendaki Gunung Kinabalu dilarang untuk menggunakan mana-mana laluan yang tidak diiktiraf atau tidak mendapat kebenaran daripada Taman-Taman Sabah (TTS) bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin berkata, TTS selaku pihak yang diamanahkan untuk menjaga kawasan Gunung Kinabalu bertanggungjawab memastikan keselamatan pendaki yang menjalankan aktiviti pendakian di kawasan berkenaan.

Menurutnya, penggunaan laluan tidak rasmi boleh mendatangkan risiko kepada pendaki kerana trek berkenaan belum melalui proses penelitian dan pengiktirafan pihak berkuasa.

“Memang selama ini kita tidak benarkan pendaki menggunakan mana-mana laluan yang tidak diiktiraf ataupun tidak dibenarkan oleh pihak TTS.

“TTS selaku penjaga yang diamanahkan sudah pasti bertanggungjawab soal keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media penganjuran Climbathon Gunung Kinabalu Antarabangsa ke-33 di pejabatnya di sini.

Jafry berkata, kerajaan bimbang penggunaan trek yang tidak rasmi boleh menjejaskan keselamatan pendaki, terutama sekiranya laluan tersebut tidak mempunyai aspek kawalan dan pemantauan yang sewajarnya.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian susulan isu seorang pendaki yang sebelum ini menggunakan laluan selain laluan rasmi sehingga dikenakan tindakan.

“Kita khuatir juga kalau gunakan trek-trek yang tidak rasmi akan menjejaskan keselamatan para pendaki,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry mengesahkan laluan yang digunakan pendaki berkenaan bersama komuniti tempatan masih belum diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, kerajaan sememangnya sedang melihat potensi laluan baharu di Gunung Kinabalu, termasuk kawasan yang sesuai untuk diterokai, namun sebarang keputusan untuk mengiktiraf atau membuka laluan baharu belum dibuat.

“Memang sudah ada perancangan, tetapi belum lagi. Kita mahu pastikan dari segi keselamatan itu sangat penting,” katanya.

Beliau berkata, penelitian terhadap laluan baharu turut mengambil kira manfaat kepada penduduk sekitar dan rakyat Sabah, selain potensi meningkatkan aktiviti pelancongan.

Jafry menegaskan, selagi sesuatu laluan belum mendapat pengiktirafan atau kebenaran TTS, pendaki perlu menggunakan laluan rasmi yang ditetapkan bagi mengelakkan risiko keselamatan.

Pada masa sama, kerajaan akan terus meneliti potensi laluan baharu Gunung Kinabalu sebelum sebarang keputusan dibuat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/07/pendaki-dilarang-guna-laluan-tidak-diiktiraf-taman-taman-sabah/feed/ 0 104934
Jabatan Kesihatan Sabah perkasa keselamatan makanan di Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2026/09/07/jabatan-kesihatan-sabah-perkasa-keselamatan-makanan-di-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/jabatan-kesihatan-sabah-perkasa-keselamatan-makanan-di-gunung-kinabalu/#respond Mon, 07 Sep 2026 09:40:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102990
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memperkukuh kesedaran dan amalan keselamatan makanan di Gunung Kinabalu menerusi Program Ekspedisi Puncak Bersih Makanan Selamat Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Program selama tiga hari dari 2 hingga 4 September lalu itu memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keselamatan makanan di premis makanan altitud tinggi, selain meningkatkan pengetahuan pengendali makanan, malim gunung, porter dan pendaki.

Ekspedisi berkenaan diketuai Ketua Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNS, Datin Ts. Doreen Girik Anthony Gorotud.

Pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif dilaksanakan sepanjang program, termasuk bimbingan amali di dapur kepada pengendali makanan, sesi taklimat serta hebahan maklumat berkaitan keselamatan makanan.

Program itu turut merangkumi rakaman video bagi mendokumentasikan amalan keselamatan makanan sepanjang proses pendakian.

Antara pengisian utama ialah Pertandingan Explorace Keselamatan Makanan yang dianjurkan bersempena Kempen Hari Keselamatan Makanan Sedunia (WFSD) 2026.

Pertandingan yang diadakan di sekitar Gunung Kinabalu itu menjadi pendekatan kreatif dalam menyampaikan mesej kesihatan awam serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengendalian makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pendaki serta komuniti yang terlibat.

Dalam program sama, pemeriksaan premis makanan turut dijalankan bagi menilai kelayakan pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS).

Hasil penilaian mendapati restoran Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq memenuhi semua kriteria yang ditetapkan dan berjaya menerima pengiktirafan BeSS.

JKNS mengucapkan tahniah kepada kedua-dua premis atas pencapaian itu dan berharap pengiktirafan berkenaan menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan tahap kebersihan serta keselamatan makanan yang tinggi.

Usaha berkenaan penting bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pendaki serta pengunjung sentiasa diberi keutamaan, khususnya di kawasan altitud tinggi Gunung Kinabalu.

JKNS turut merakamkan penghargaan kepada Taman-Taman Sabah dan Sutera Sanctuary Lodges atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

Kerjasama antara agensi kerajaan, pengusaha premis makanan dan pihak berkepentingan penting dalam memastikan standard kebersihan dan keselamatan makanan terus dipelihara di Gunung Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/jabatan-kesihatan-sabah-perkasa-keselamatan-makanan-di-gunung-kinabalu/feed/ 0 102990
Gunung Kinabalu diiktiraf Malaysia Book of Records bagi penanda arah kiblat tertinggi https://sabahmedia.com/2025/10/27/gunung-kinabalu-diiktiraf-malaysia-book-of-records-bagi-penanda-arah-kiblat-tertinggi/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/gunung-kinabalu-diiktiraf-malaysia-book-of-records-bagi-penanda-arah-kiblat-tertinggi/#respond Mon, 27 Oct 2025 15:31:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84298
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Gunung Kinabalu terus mencipta sejarah apabila kini bukan sahaja menjadi ikon pelancongan terkenal dunia, tetapi turut menjadi lokasi kepada Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia, yang diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengiktirafan berprestij itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi Monumen Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia yang berlangsung di sini pada Isnin.

Menurut Hajiji, monumen kiblat yang dipasang di KM8 Gunung Kinabalu pada ketinggian 3,930.4 meter dari aras laut itu bukan sahaja satu pencapaian teknikal, tetapi juga simbol kekuatan iman dan keilmuan umat Islam di Sabah.

Pasukan yang menjayakan monumen arah kiblat tertinggi di Gunung Kinabalu – Foto Pejabat Mufti Sabah

“Monumen ini berdiri megah di puncak tertinggi Malaysia, menjadi lambang keutuhan akidah dan syiar Islam. Ia bukan sekadar catatan dalam buku rekod, tetapi bukti bagaimana ilmu, teknologi dan iman boleh digabungkan untuk mencipta kejayaan besar,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan penanda arah kiblat itu amat signifikan bagi pendaki Muslim yang sering berdepan kesukaran menentukan arah solat ketika berada di altitud tinggi.

“Langkah ini memberi kemudahan dan keyakinan kepada pendaki Muslim untuk menunaikan solat dengan tepat dan sempurna — satu keperluan penting dalam pelancongan mesra Muslim yang semakin berkembang,” ujarnya.

Projek ini dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, JUPEM, Taman-Taman Sabah, JAKIM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RTM, Pejabat Daerah Ranau, Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Bahagian Istiadat dan Protokol Negeri.

Penanda Arah Kiblat Tertinggi di Malaysia. – Foto Pejabat Mufti Sabah

“Sinergi antara semua agensi ini menunjukkan bahawa apabila ilmu, teknologi dan iman bersatu, hasilnya ialah sesuatu yang membanggakan.

“Gunung Kinabalu kini bukan sekadar destinasi pendakian fizikal, tetapi juga destinasi spiritual dan ilmiah,” katanya.

Hajiji turut menegaskan bahawa inisiatif itu memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan halal utama di rantau ini, sekali gus membuktikan bahawa sains dan agama boleh bergerak seiring dalam suasana harmoni.

“Monumen ini bukan sahaja menandakan arah kiblat, tetapi juga arah kemajuan negeri Sabah – satu simbol penyepaduan antara pembangunan fizikal dan rohani,” tegasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan projek bersejarah itu hingga mencipta rekod baharu buat Sabah dan Malaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/gunung-kinabalu-diiktiraf-malaysia-book-of-records-bagi-penanda-arah-kiblat-tertinggi/feed/ 0 84298
Sabah lakar sejarah baharu, monumen kiblat tertinggi dibina di Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/10/04/sabah-lakar-sejarah-baharu-monumen-kiblat-tertinggi-dibina-di-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/sabah-lakar-sejarah-baharu-monumen-kiblat-tertinggi-dibina-di-gunung-kinabalu/#respond Sat, 04 Oct 2025 11:26:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82544
Read Time:1 Minute, 43 Second

RANAU : Gunung Kinabalu melakar satu lagi sejarah baharu apabila monumen penanda arah kiblat tertinggi di Malaysia dibina di ketinggian 3,930.40 meter dari aras laut.

Majlis perasmian Program Kembara Kiblat Gunung Kinabalu itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini pada Sabtu.

Program ini dianggap sebagai satu inisiatif dakwah berimpak tinggi yang menggabungkan ilmu falak, ibadah, teknologi, dan pemeliharaan alam sekitar dalam satu pendekatan unik dan praktikal.

Hajiji dalam teks ucapannya berkata, pembinaan monumen tersebut bukan sekadar simbol keagamaan, tetapi akan turut direkodkan dalam Malaysia Book of Records selain berpotensi menjadi rekod tertinggi di Asia bagi penandaan arah kiblat rasmi.

“Program ini bukan sekadar ekspedisi rekreasi, tetapi lambang perpaduan ilmu, iman, dan inovasi.

“Ia memberikan kemudahan kepada pendaki Muslim untuk menunaikan solat dengan yakin dan sempurna walaupun berada di puncak tertinggi negara,” katanya.

Katanya, pelaksanaan ibadah solat di ketinggian tertentu sering menjadi cabaran kepada pendaki muslim sama ada dari segi penentuan arah kiblat, kekangan air untuk wuduk, serta kesukaran masa dan tempat.

Justeru itu katanya, inisiatif penandaan arah kiblat ini adalah tepat pada masanya dan amat diperlukan.

“la bukan sahaja menyelesaikan masalah fiqh semasa pendakian, tetapi memberi keyakinan dan kemudahan kepada umat islam untuk menunaikan ibadah fardu dengan sempurna walaupun dalam suasana ekstrem,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, pihaknya yakin program seumpama itu akan memberikan impak besar dalam jangka panjang.

Katanya, ini termasuklah memudahkan pelancong muslim menunaikan solat dengan yakin dan selesa; meningkatkan literasi falak dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu ia dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan halal yang mesra muslim; memberikan panduan fiqh praktikal untuk aktiviti rekreasi ekstrem dan menjadikan Gunung Kinabalu bukan sekadar destinasi fizikal tetapi juga lokasi spritual,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata,vKerajaan Negeri Sabah sentiasa menyokong usaha seumpama ini dan pihaknya percaya bahawa pendekatan seperti ini boleh dijadikan model rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Marilah kita terus memartabatkan syiar Islam, menyemarakkan dakwah dengan hikmah, dan menjadikan agama sebagai penyuluh dalam setiap aspek kehidupan-termasuk di puncak gunung,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/sabah-lakar-sejarah-baharu-monumen-kiblat-tertinggi-dibina-di-gunung-kinabalu/feed/ 0 82544
Enam puncak Gunung Kinabalu diukur semula selepas 28 tahun https://sabahmedia.com/2025/08/28/enam-puncak-gunung-kinabalu-diukur-semula-selepas-28-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/08/28/enam-puncak-gunung-kinabalu-diukur-semula-selepas-28-tahun/#respond Thu, 28 Aug 2025 00:44:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80189
Read Time:1 Minute, 18 Second

Ranau : Enam puncak utama Gunung Kinabalu kini menjadi tumpuan pasukan ekspedisi pengukuran geodetik dalam misi khas yang bermula Isnin lalu.

Ekspedisi kolaborasi antara Taman-Taman Sabah, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Tanah & Ukur Sabah (JTUS) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) itu bertujuan mendapatkan data saintifik terkini mengenai ketinggian serta kedudukan geodetik puncak-puncak Kinabalu selepas hampir tiga dekad.

Majlis pelepasan rasmi yang diadakan di Timpohon Gate, Taman Kinabalu, disempurnakan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Sr Shaffri Baudi bersama wakil Taman-Taman Sabah, Yassin Kasim.

Enam puncak yang diukur ialah; Low’s Peak (4,095m) iaitu puncak tertinggi dan mercu tanda negara dan South Peak dimana puncak ini merupakan ikonik yang terkesan pasca gempa bumi 2015.

Turut diukur adalah Ugly Sister Peak; St. John’s Peak; Donkey’s Ear Peak (sebahagiannya runtuh akibat gempa 2015) dan Tunku Abdul Rahman Peak.

Sebanyak lapan pasukan puncak dibentuk, dengan gabungan kepakaran dari JUPEM, JTUS, RISM dan Taman-Taman Sabah selain disokong oleh pasukan auxiliary serta sebuah pusat operasi utama (command centre).

Menurut kenyataan bersama, misi ini dijalankan bagi menilai kesan gempa bumi bermagnitud 6.0 pada 5 Jun 2015, yang dipercayai memberi impak besar kepada struktur geografi gunung.

“Kali terakhir pengukuran Gunung Kinabalu dibuat adalah pada tahun 1997. Data baharu ini amat penting untuk mengesahkan sama ada terdapat perubahan ketinggian serta kedudukan puncak pasca gempa,” menurut kenyataan itu di sini.

Hasil kajian ini bakal menjadi rujukan penting dalam bidang geosains, pemetaan, keselamatan pendakian serta pengurusan Gunung Kinabalu sebagai tapak warisan dunia UNESCO. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/28/enam-puncak-gunung-kinabalu-diukur-semula-selepas-28-tahun/feed/ 0 80189
Detik cemas aliran deras di Gunung Kinabalu, semua pendaki berjaya diselamatkan https://sabahmedia.com/2025/07/10/detik-cemas-aliran-deras-di-gunung-kinabalu-semua-pendaki-berjaya-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2025/07/10/detik-cemas-aliran-deras-di-gunung-kinabalu-semua-pendaki-berjaya-diselamatkan/#respond Thu, 10 Jul 2025 11:12:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77068
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU:  Kejadian aliran air deras dilaporkan berlaku di kawasan KM 7, Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu susulan hujan lebat di puncak gunung sekitar jam 6.15 pagi tadi.

Menurut Pengurusan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, hujan yang turun sejak awal pagi menyebabkan limpahan air deras dari kawasan dataran tinggi ke atas denai pendakian. Bagaimanapun, pemantauan oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), Pasukan Tindak Balas Kecemasan Gunung (MOSAR) dan Malim Gunung mendapati kawasan tersebut masih selamat untuk dilalui dengan penggunaan tali keselamatan yang telah disediakan.

Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan itu berjaya melepasi laluan berkenaan dengan selamat pada jam lebih kurang 7.48 pagi.

“Taman-Taman Sabah ingin memaklumkan bahawa kejadian aliran air deras seperti ini adalah fenomena biasa yang boleh berlaku setiap kali hujan turun di kawasan pergunungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai langkah keselamatan, Taman-Taman Sabah telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pemantauan cuaca dan penutupan laluan pendakian sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan. Pemeriksaan cuaca biasanya dilakukan seawal jam 2 hingga 3 pagi oleh petugas SAR Taman sebelum sebarang keputusan pendakian dibuat.

Pada hari kejadian, pemeriksaan awal mendapati cuaca masih dalam keadaan selamat dan pendakian dibuka pada jam 3.26 pagi. Namun, cuaca berubah secara mendadak dengan hujan lebat dan angin kencang bermula jam 6.15 pagi sehingga menyebabkan pembentukan aliran air deras di kawasan Check Point Sayat-Sayat.

Pendaki yang menuruni laluan ketika itu dibantu oleh Malim Gunung untuk melepasi kawasan tersebut dengan selamat.

Taman-Taman Sabah menasihati para pendaki agar sentiasa bertenang dan mematuhi arahan serta nasihat yang diberikan oleh Malim Gunung dan pasukan SAR Taman sekiranya berdepan situasi sedemikian demi keselamatan semua pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/10/detik-cemas-aliran-deras-di-gunung-kinabalu-semua-pendaki-berjaya-diselamatkan/feed/ 0 77068
Setiap langkah bersama Navdeep – Simran Jaryal https://sabahmedia.com/2025/05/17/setiap-langkah-bersama-navdeep-simran-jaryal/ https://sabahmedia.com/2025/05/17/setiap-langkah-bersama-navdeep-simran-jaryal/#respond Fri, 16 May 2025 16:10:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73944
Read Time:1 Minute, 24 Second

Ranau : Seorang kakak kepada pendaki muda yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 2015, Simran Jaryal berjaya menamatkan pendakian ke puncak  bagi mewakili adiknya mendiang Navdeep Singh.

Simran berkata, kejayaan itu bukanlah sekadar pencapaian peribadi, tetapi sebuah penghormatan penuh kasih kepada adik lelakinya yang terkorban dalam tragedi itu yang meragut nyawa 18 orang termasuk pelajar dan guru dari Singapura.

“Saya ingin berkongsi pengalaman saya menamatkan pendakian ini bagi pihak adik saya.  Mencapai puncak Gunung Kinabalu merupakan salah satu pengalaman paling emosional dalam hidup saya. 

“Ia adalah pendakian yang penuh dengan cabaran fizikal, renungan yang mendalam, dan kasih sayang yang luar biasa. Setiap langkah yang saya ambil, saya membawa bersama kenangan tentang adik saya, Navdeep dan gelak tawanya, keberaniannya, dan semangatnya yang tidak pernah goyah,” katanya.

Perkongsian itu dimuatnaik menerusi hantaran yang dikemaskini di Facebook Mount Kinabalu pada Jumaat.

Katanya, adiknya adalah seorang budak yang nakal dan lucu dan orang yang boleh menceriakan suasana hanya dengan senyuman atau komen yang penuh jenaka.

Menurtnya lagi, adiknya sangat bangga kerana telah terpilih untuk ekspedisi Gunung Kinabalu pada tahun 2015, dan dia berlatih dengan penuh dedikasi dan keazaman.

“Walaupun dia tidak berkesempatan untuk sampai ke puncak sendiri, kehadirannya sentiasa terasa sepanjang perjalanan saya.

“Pendakian ini bukan hanya untuk saya, ia adalah untuk Navdeep dan rakan-rakannya. Saya merasai tenaganya dalam udara gunung, dalam kata-kata semangat dari mereka yang mendaki bersama saya, dan dalam detik-detik sepi ketika laluan menjadi curam dan semangat saya hampir luntur.

“Keluarga dan rakan-rakan yang mengenali dan menyayanginya memberi sokongan dan kekuatan mereka, mengingatkan saya bahawa kesedihan dan kasih sayang sering berjalan seiring,” katanya lagi. – SABAH MEDIA / FOTO MOUNT KINABALU

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/17/setiap-langkah-bersama-navdeep-simran-jaryal/feed/ 0 73944
UMS cipta sejarah kibar bendera di puncak Gunung Kinabalu guna robot  https://sabahmedia.com/2024/11/25/ums-cipta-sejarah-kibar-bendera-di-puncak-gunung-kinabalu-guna-robot/ https://sabahmedia.com/2024/11/25/ums-cipta-sejarah-kibar-bendera-di-puncak-gunung-kinabalu-guna-robot/#respond Mon, 25 Nov 2024 10:46:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64390
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengibarkan bendera UMS di puncak Gunung Kinabalu menggunakan robot rekaan pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan UMS semalam.

Ekspedisi menawan Gunung Kinabalu sempena sambutan Ulang Tahun UMS ke-30 itu diketuai sendiri Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim Md Mansor.

Kasim yang tiba dipuncak kira-kira jam 6 pagi semalam turut disertai seramai 30 peserta terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr. Raman Noordin, Pengarah Pusat Alumni Dr. Arif @ Kamisan Pusiran dan pegawai serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Turut sama menyertai ekspedisi itu adalah anggota keselamatan, pasukan perubatan dari Hospital UMS, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024, pelajar Fakulti Kejuruteraan yang terlibat dalam pembuatan robotik, atlet UMS; dua pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) serta seorang pelajar antarabangsa dari negara Jepun.

Kasim dalam hantaran di Facebooknya berkata, UMS Lambang Puncak Jaya merupakan nama program yang diambil dari senikata lagu UMS Bertekad Csmerlang sebagai mercu tanda UMS di puncak Gunung Kinabalu.

Katanya, pencapaian itu bukan sahaja melambangkan kegigihan dan semangat tinggi dalam meraikan ulang tahun ke-30 UMS, tetapi juga simbolik kepada kejayaan UMS dalam mendaki puncak kecemerlangan pendidikan dan inovasi sepanjang tiga dekad ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, yang menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMS untuk terus mengorak langkah dengan penuh semangat dan dedikasi. 

“Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk terus membawa nama UMS ke puncak dunia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/25/ums-cipta-sejarah-kibar-bendera-di-puncak-gunung-kinabalu-guna-robot/feed/ 0 64390
Pembukaan HATC beri tambahan hasil kutipan pendakian ke Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/10/17/pembukaan-hatc-beri-tambahan-hasil-kutipan-pendakian-ke-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/10/17/pembukaan-hatc-beri-tambahan-hasil-kutipan-pendakian-ke-gunung-kinabalu/#respond Thu, 17 Oct 2024 11:42:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62358
Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kundasang : Pembukaan Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu (HATC-Mt. Kinabalu) yang melibatkan pendakian empat puncak di ketinggian melebihi 3,900 meter dijangka akan memberi tambahan peningkatan hasil kutipan pendakian ke gunung berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Peter Lebar @ Lintar berkata, jumlah pendaki Gunung Kinabalu pada tahun lalu adalah seramai 47,212 orang dengan hasil kutipan sebanyak RM 9.5 juta. 

Katanya, HATC-Mt. Kinabalu akan memberi peningkatan hasil kutipan kira-kira  lebih RM 5 juta setahun. 

“Malim Gunung dan Poter akan memperolehi limpahan pendapatan sebanyak lebih kurang 20 peratus daripada hasil tambahan ini sebagai bayaran perkhidmatan yang diberikan.

“Peningkatan jumlah pendaki Gunung dan  hasil kutipan taman ini sudah tentu akan memberikan tanggungjawab dan cabaran yang berat kepada pengurusan TTS. 

“Justeru itu, TTS telah membangunkan  Prosedur Operasi Piawaian (SOP) Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu untuk dilaksanakan bermula pada hari ini,” katanya ketika berucap melancarkan HATC-Mt. Kinabalu di sini hari ini.

Peter berkata, ini termasuklah mewajibkan semua pendaki aras tinggi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki, menetapkan tugas dan tanggungjawab Pasukan Penyelamat Gunung ‘High Altitude Search & Rescue Team’ bersama Pasukan Bantuan Penyelamat BOMBA  MoSAR, Malim Gunung dan Porter.

Katanya, ia termasuklah melatih dan menghantar  Pegawai Taman dan anggota penyelamat Gunung ke Latihan Pendakian Aras Tinggi di luar negara termasuk ke pendakian Gunung Everest pada masa akan datang.

“Salah satu keistimewaan pusat ini adalah faktor jarak dengan pintu masuk antarabangsa iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Taman Kinabalu, yang hanya mengambil masa tidak melebihi tiga jam perjalanan menggunakan kenderaan. 

“Saya dimaklumkan, pendakian ke Everest Base Camp (EBC) Himalaya, dengan ketinggian 5,364 meter mengambil tempoh masa 14 hari  dan di Gunung Kilimanjaro, Tanzania dengan ketinggian 5,895 meter mengambil masa tujuh hari dengan jarak pendakian lebih kurang 35 kilometer,” katanya.

Dalam pada itu, Peter berkata, penubuhan dan pengoperasian pusat itu dilihat memberi cabaran dan tanggungjawab yang lebih besar kepada pengurusan TTS, Jabatan dan agensi-agensi penyelamat yang terlibat khususnya dari segi keselamatan pendaki yang mengalami kemalangan. 

Katanya, sebanyak 88 kes kemalangan pendaki direkodkan pada tahun lalu.

“Dari jumlah itu, sebanyak 26 kes kemalangan melibatkan penyelamatan penuh iaitu pendaki diusung. Manakala, sembilan kes kemalangan pendaki dibawa turun ke bawah dan 53 kes pendaki diberi rawatan awal. 

“Setakat tahun ini, dua kes kematian pendaki di gunung berlaku, disebabkan kesejukan atau ‘hipotermia’,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/17/pembukaan-hatc-beri-tambahan-hasil-kutipan-pendakian-ke-gunung-kinabalu/feed/ 0 62358
9 pelajar antarabangsa jayakan ekspedisi ke Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/09/27/9-pelajar-antarabangsa-jayakan-ekspedisi-ke-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/9-pelajar-antarabangsa-jayakan-ekspedisi-ke-gunung-kinabalu/#respond Fri, 27 Sep 2024 00:08:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61277
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Sembilan pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai negara menyahut cabaran untuk mendaki Gunung Kinabalu menerusi program ‘Pengantarabangsaan Melalui Warisan 2024: Perjalanan Antarabangsa Ke Puncak’ baru-baru ini.

Sembilan pelajar antarabangsa tersebut merupakan pelajar dari pelbagai negara, antaranya dari Jepun, Timor Leste, Bangladesh, Yaman, Pakistan, China, Brunei Darussalam, Filipina dan Indonesia. 

 Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program anjuran Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) bersempena dengan sambutan ulang tahun UMS ke-30 tahun ini adalah inisiatif dalam mempromosikan UMS khususnya, dan negeri Sabah kepada pelajar antarabangsa.

“Pendakian Gunung Kinabalu oleh pelajar-pelajar antarabangsa ini adalah bagi memperkenalkan UMS dan negeri Sabah di mata dunia, bahawa negeri ini memiliki banyak khazanah yang perlu diterokai bukan hanya dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran tetapi perlu dialami dan dipelopori.

“Kita telah memilih sembilan orang pelajar antarabangsa disebabkan UMS merupakan universiti kesembilan daripada 20 universiti awam di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  ditemui media selepas menyempurnakan acara pelepasan ekspedisi para pelajar di Foyer Bangunan Canselor, UMS. 

Dr Kasim berkata, misi pendakian ini menunjukkan bahawa kepimpinan UMS prihatin terhadap kebajikan dan keperluan pendedahan kepada pelajar antarabangsa supaya mereka juga diberi peluang dan kesempatan untuk menghayati keindahan alam semula jadi yang ada di Sabah.

Terdahulu, Pengarah PPPG, Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din memaklumkan para peserta bersemangat dan telah membuat persiapan rapi dalam menjayakan ekspedisi tersebut. 

“Mereka menawarkan diri untuk menyertai tanpa sebarang paksaan kerana mendaki Gunung Kinabalu bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

“Para peserta dipilih mengikut aspek fizikal dan mental, dan mereka telah berlatih beberapa minggu sebagai persediaan untuk ekspedisi ini,” katanya. 

Hadir sama pada acara pelepasan tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/9-pelajar-antarabangsa-jayakan-ekspedisi-ke-gunung-kinabalu/feed/ 0 61277