Gunung kinabaly – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Aug 2025 08:37:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gunung kinabaly – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KMJG bawa Jalur Gemilang, bendera Sabah ke puncak Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/08/19/kmjg-bawa-jalur-gemilang-bendera-sabah-ke-puncak-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/kmjg-bawa-jalur-gemilang-bendera-sabah-ke-puncak-gunung-kinabalu/#respond Tue, 19 Aug 2025 08:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79636
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kundasang: Kolaborasi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bersama Taman-Taman Sabah (TTS) mencipta sejarah tersendiri apabila bakal memacakkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di Puncak Gunung Kinabalu.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, acara berkenaan bertujuan menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan di negeri Sabah tahun ini.

“Pada pagi ini KMJG mencipta sejarah sekali lagi apabila menyampaikan Jalur Gemilang dan juga bendera Sabah kepada malim gunung untuk di bawa dan dipacakkan di puncak Gunung Kinabalu.

“Kita laksanakan dengan kolaborasi TTS untuk menzahirkan semangat kebangsaan dan salah satu cara kita menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini di negeri Sabah, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada Malim Gunung di Taman Kinabalu di sini pada Selasa.

Seramai 35 Malim Gunung terlibat membawa Jalur Gemilang dan bendera Sabah untuk dipacakkkan di Puncak Gunung Kinabalu.

Menurut Jainisah, poskad edisi khas KMJG turut dikirimkan melalui peti pos Panalaban.

“Bersama-sama itu juga, kita turut mengirimkan poskad khas KMJG untuk dikirimkan melalui peti pos tertinggi yang ada di Malaysia terletak di Panalaban yang juga akan disempurnakan oleh Malim Gunung sebagai rakan strategik.

“Kita berharap semangat menyambut hari kebangsaan yang membara ini akan terus kekal teguh dan gagah seperti gunung Kinabalu,” katanya.

Jainisah yang juga ketua konvoi KMJG tidak menolak satu hari nanti, peserta konvoi sendiri akan pacakkan Jalur Gemilang di Puncak Kinabalu.

“Kita akan cuba, tahun ini memang tidak sempat namun pada tahun akan datang sekiranya kita mempunyai peluang dan kita dapat berkolaborasi lagi dengan TTS atau mana-mana lagi jabatan juga agensi termasuklah syarikat swasta untuk bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu.

“Kita sendiri yang akan pacakkan bendera Jalur Gemilang dan juga bendera Sabah dan mungkin kita sendiri juga yang akan menghantar poskad khas sekali lagi kepada pemimpin tempatan kepada pengurusan-pengurusan tertinggi.

“Itu nanti juga sebagai bukti bahawa konvoi itu sendiri telah pun menawan gunung kinabalu sebagai simbolik kepada semangat kita, patriotisme kita, tanda kita sayang dan cinta kepada negara kita, ” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/kmjg-bawa-jalur-gemilang-bendera-sabah-ke-puncak-gunung-kinabalu/feed/ 0 79636
Taman-Taman Sabah rancang buka lebih banyak laluan pendakian ke Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/11/26/taman-taman-sabah-rancang-buka-lebih-banyak-laluan-pendakian-ke-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/11/26/taman-taman-sabah-rancang-buka-lebih-banyak-laluan-pendakian-ke-gunung-kinabalu/#respond Tue, 26 Nov 2024 00:43:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64417
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Lebih banyak laluan pendakian ke Gunung Kinabalu dirancang untuk dibuka bagi mengurangkan kesesakan di laluan sedia ada selain membantu meningkatkan sumber ekonomi pelancongan tempatan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Peter Lintar berkata, laluan baharu itu bertujuan bagi memberi pengalaman baharu kepada pendaki.

Selain itu katanya, ia juga dapat mempelbagaikan manfaat ekonomi ke daerah sekitar selain memelihara ekosistem gunung yang sensitif.

“Pada masa ini, laluan sedia ada ke Gunung Kinabalu sangat sesak. Apabila kami membuka tempahan dalam talian, slot untuk tempoh enam bulan habis ditempah dalam masa hanya dua hari.

“Permintaan tinggi ini juga menyebabkan kesesakan di laluan pendakian yang memberi kesan kepada pengalaman pendaki dan juga alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Saintifik Marai-Parai–West Gurkha 2024 di sini semalam.

Peter berkata, laluan baharu itu nanti akan meliputi daerah Kota Belud dan Kota Marudu.

Katanya, ia juga merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan pelancongan di kawasan berkenaan selain daerah Ranau. 

“Kami bercadang untuk mencipta pendakian lebih daripada sehari terutama bagi mereka yang mencari pengembaraan lebih mencabar dan langkah itu juga akan membantu menyebarkan manfaat ekonomi kepada komuniti setempat terutama di Kota Belud dan Kota Marudu,” katanya.

Peter berkata, rancangan itu termasuk membuka laluan di kawasan seperti Gurkha Hut dan Sayap yang menawarkan flora dan fauna unik yang tidak terdapat di tempat lain di gunung itu.

Tambahnya, penyelidik telah menemui spesies tumbuhan baharu di sepanjang laluan ini bagi menambah daya tarikan kawasan tersebut.

“Kawasan ini menawarkan perspektif berbeza terhadap Gunung Kinabalu, dengan beberapa bahagian mempunyai pendakian hampir menegak sehingga 90 darjah.

“Cabaran seperti ini pasti menarik minat pendaki yang mencari pengalaman mendebarkan,” katanya.

Beliau berkata,  kebanyakan pendaki hanya tertumpu kepada puncak tertinggi, Low’s Peak, pada ketinggian lebih 4,000 meter.

Menurutnya, Gunung Kinabalu mempunyai enam puncak yang berbeza, dan TTS menggalakkan pendaki untuk meneroka kesemuanya.

“Ramai yang berfikir mereka telah menakluk Gunung Kinabalu setelah sampai ke satu puncak, tetapi kemenangan sebenar adalah mencapai kesemua enam puncak,” katanya.

Walaupun semua puncak boleh diakses dari laluan yang sama, pembukaan laluan baharu akan memudahkan pendaki untuk meneroka lebih banyak puncak.

Katanya, pihaknya berharap akan dapat memuktamadkan dan membuka laluan baharu ini secepat mungkin untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pendaki seluruh dunia. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/26/taman-taman-sabah-rancang-buka-lebih-banyak-laluan-pendakian-ke-gunung-kinabalu/feed/ 0 64417