guru besar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 May 2026 10:43:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png guru besar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 https://sabahmedia.com/2026/05/10/sabah-sokong-aspirasi-rancangan-pendidikan-malaysia-2026-2035/ https://sabahmedia.com/2026/05/10/sabah-sokong-aspirasi-rancangan-pendidikan-malaysia-2026-2035/#respond Sun, 10 May 2026 10:43:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96448
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong penuh aspirasi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dengan memberi penekanan kepada pendidikan digital dan infrastruktur, kesejahteraan guru, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap aspek keadilan pendidikan, pendidikan inklusif luar bandar, penerapan nilai serta identiti tempatan dan pemerkasaan kepimpinan sekolah.

Beliau berkata, melalui sinergi erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, isu kritikal seperti sekolah daif dan kekurangan guru di pedalaman Sabah diyakini dapat diatasi secara tuntas dalam tempoh rancangan 10 tahun itu.

“Kerajaan negeri turut bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan agenda memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di negeri ini, termasuk menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan.

“Kehadiran pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini melambangkan simbolik kerjasama yang utuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan, terutama ketika pelaksanaan fasa awal RPM 2026-2035 sedang digerakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Persidangan Agung Perwakilan Kali Ke-4 Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah  (SICC), di sini, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk James Ratib.

Hajiji berkata, pendidikan terus menjadi agenda utama kerajaan negeri menerusi pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), walaupun bidang pendidikan berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sepanjang tempoh 2021 hingga 2025, sebanyak 14 bantuan pendidikan diperkenalkan kerajaan negeri dan semua inisiatif itu diteruskan pada tahun ini bagi membantu mengurangkan beban sekolah serta memastikan murid di Sabah tidak tercicir daripada arus pendidikan perdana.

“Antara bantuan pendidikan yang disediakan ialah Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS).

“Turut disediakan ialah Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES), selain pembiayaan pendidikan seperti biasiswa, dermasiswa, pinjaman pengajian dan bantuan zakat,” katanya.

Hajiji berkata berkata, Guru Besar memainkan peranan penting sebagai pemimpin utama sekolah dan menjadi tulang belakang dalam membentuk kualiti pendidikan serta masa depan generasi muda di negeri ini.

Menurutnya, cabaran dunia pendidikan masa kini menuntut pemimpin sekolah bukan sahaja cekap dalam pentadbiran, malah memiliki empati tinggi terhadap warga sekolah serta mampu memimpin perubahan.

“Justeru, saya berharap persidangan ini menjadi medan terbaik untuk merangka hala tuju masa depan, menilai pencapaian dan membincangkan strategi bagi menyokong agenda pendidikan negara.

“Saya juga berharap PGBM Sabah terus menjadi wadah kukuh dalam menyuarakan aspirasi Guru Besar demi memartabatkan profesion keguruan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/10/sabah-sokong-aspirasi-rancangan-pendidikan-malaysia-2026-2035/feed/ 0 96448
Digantung tugas, guru besar didakwa guna dokumen palsu https://sabahmedia.com/2025/04/23/penjawat-awam-didakwa-guna-dokumen-palsu-untuk-peroleh-peruntukan-khas-ketua-menteri-rm85000/ https://sabahmedia.com/2025/04/23/penjawat-awam-didakwa-guna-dokumen-palsu-untuk-peroleh-peruntukan-khas-ketua-menteri-rm85000/#respond Wed, 23 Apr 2025 08:00:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72527
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang guru besar yang digantung kerja mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri melibatkan RM85, 000.

Tertuduh, Abd Rasad Sadikir Sadikil, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di.sini, hari ini.

Pertuduhan pertama dan kedua, menyatakan bahawa Abd Rasad didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Penyata Akaun bertarikh 19 Ogos 2021 dan Surat Sokongan Pegawal Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan N1 Banggi bertarikh 4 April 2021.

Kedua-dua dokumen palsu tersebut dikemukakan untuk menipu bagi tujuan mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri untuk pembinaan Pejabat Pentadbiran Persatuan Komuniti Anak Banggi di Kampung Karakit Banggi, Kudat berjumlah RM85,000 yang disalurkan melalui Kementerian Kewangan Negeri Sabah ke dalam akaun bank milik seorang Wanita.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara April hingga Julai 2021 di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Blok C Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Izzati Safiee, memohon agar dua pertuduhan baharu ini disatukan (consolidate) dengan empat lagi pertuduhan terdahulu yang dihadapi tertuduh. Nur Izzati turut memohon agar jaminan yang dikenakan dalam kes terdahulu dilanjutkan bagi kes baharu ini.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 12 Jun sebagai tarikh sebutan semula bagi kes ini bersama kes-kes terdahulu. Tiada wang jaminan tambahan dikenakan, kerana jaminan sedia ada terpakai untuk kes ini.

Pada May 21, 2024, Abd Rasad yang merupakan seorang guru besar, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran bekalan peralatan sekolah rendah membabitkan RM9,667.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Oktober dan Disember 2018 di Pejabat Am SK Manggis/ Mangkubou di Pitas.

Mahkamah sebelum ini membenarkan ikat jamin RM10,000, dengan hanya RM5,000 perlu didepositkan, serta seorang penjamin tempatan. Tertuduh turut diperintahkan melaporkan diri di pejabat SPRM dua kali sebulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan, dan menyerahkan pasport kepada mahkamah, jika ada.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/23/penjawat-awam-didakwa-guna-dokumen-palsu-untuk-peroleh-peruntukan-khas-ketua-menteri-rm85000/feed/ 0 72527
Guru Besar Main Peranan Lonjak Sistem Pendidikan Negara https://sabahmedia.com/2022/02/20/guru-besar-main-peranan-lonjak-sistem-pendidikan-negara/ https://sabahmedia.com/2022/02/20/guru-besar-main-peranan-lonjak-sistem-pendidikan-negara/#respond Sun, 20 Feb 2022 03:31:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12390
Read Time:2 Minute, 22 Second

KENINGAU : Guru Besar memainkan peranan amat penting dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melonjakkan sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah mengamalkan prinsip kepimpinan terbuka, proaktif dan responsif terhadap tuntutan-tuntutan baharu dan mengutamakan pelanggan.

“Peranan yang dimainkan para Guru Besar bukan sahaja memberi impak besar terhadap pembinaan minda generasi muda, malah amat penting bagi mencorakkan gaya hidup yang positif dalam kalangan mereka.

“Justeru saya menyeru agar pesara Guru Besar dapat terus menyumbang kepada komuniti, membantu menyalurkan pendapat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperasi dan badan-badan amal yang mempunyai kaitan dengan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sesi Libat Urus Bersama Guru- Guru Besar Zon Pedalaman anjuran Majlis Guru Besar Daerah Keningau.

Pada sesi itu, seramai 17 orang mantan Guru Besar di daerah ini yang telah bersara wajib dan juga bersara pilihan pada tahun 2020 dan 2021 turut diraikan.

Sementara itu, Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, infrastruktur pendidikan merangkumi memperluaskan capaian internet, memastikan ketersambungan jalan raya di kawasan pedalaman dan menaik taraf sekolah daif sedang giat dilaksanakan.

Katanya, pembinaan 46 menara telekomunikasi yang baharu serta menaik taraf 44 menara sedia ada kepada rangkaian 4G sedang giat dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Pelajar-pelajar di kampung yang jauh seperti Babalitan, Salitan, Saliliran, Pohon Batu dan Nangkawan akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas seterusnya memudahkan akses kepada pembelajaran dalam talian.

“Manakala kemajuan kerja fizikal sebanyak enam peratus telah dicapai bagi projek menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pekan Pensiangan sepanjang 56 kilometer yang telah bermula sejak Julai 2021.

“Apabila siap dibina, para guru-guru dan anak murid akan menikmati masa perjalanan yang lebih pendek daripada 3 jam kepada 1 jam serta keadaan jalan yang lebih selesa serta selamat,” katanya.

Katanya, sebanyak tiga buah sekolah daif juga telah siap dinaik taraf iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Panagatan, SJKC Cheng Ming dan SK Inandung.

“Manakala beberapa buah sekolah seperti SK Pekan Nabawan, SK Simbuan, SK Sapulut, Sekolah K9 Pekan Pensiangan dan SK Ponontomon sedang dalam pelaksanaan.

“Selain itu, pembinaan Bangunan Baharu sebagai pusat tingkatan enam yang mengandungi 12 bilik darjah, makmal komputer, bilik guru dan lain- lain kemudahan di SMK Nabawan juga telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),” katanya.

Menurutnya, pendidikan yang inklusif merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan sejak dahulu lagi.

Beliau percaya melalui pendidikan yang inklusif dan mampan, generasi muda yang berpengetahuan tinggi dapat dilahirkan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Terdahulu, pada majlis itu, sejumlah RM50,000 akandisumbangkan kepada Majlis Guru Besar Daerah Keningau bagi membantu persatuan tersebut memperkukuhkan jaringannya disamping membantu dalam pelaksanaan program-program pemerkasaan pendidikan di kawasan Pedalaman Sabah meliputi Sook, Tulid, Nabawan, Pagalungan dan Pensiangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/20/guru-besar-main-peranan-lonjak-sistem-pendidikan-negara/feed/ 0 12390