Guru Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Apr 2026 09:17:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Guru Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengisian guru Sabah capai 98.22 peratus, majoriti anak tempatan https://sabahmedia.com/2026/04/10/pengisian-guru-sabah-capai-98-22-peratus-majoriti-anak-tempatan/ https://sabahmedia.com/2026/04/10/pengisian-guru-sabah-capai-98-22-peratus-majoriti-anak-tempatan/#respond Fri, 10 Apr 2026 09:17:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94646
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU :  Tahap pengisian guru di Sabah kini mencapai 98.22 peratus, sekali gus memastikan kelancaran operasi sekolah di seluruh negeri, hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk James Ratib, berkata daripada jumlah itu, seramai 86.75 peratus guru merupakan anak Sabah.

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasa bakat tempatan dalam sektor pendidikan.

“Perkembangan ini mencerminkan keberkesanan penyelarasan dasar serta komitmen berterusan antara Kerajaan Negeri dan pihak SPP dalam memastikan keperluan tenaga pengajar sentiasa mencukupi dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi SPP yang diketuai Datuk Adzman Talib.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Hassan Mahali.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut menyentuh aspek pengurusan perkhidmatan pendidikan, termasuk pelantikan dan penempatan guru serta keperluan memperkukuh bidang-bidang kritikal yang menyokong agenda sains, teknologi dan inovasi Sabah.

Kunjungan itu juga mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan negeri dalam memastikan sektor pendidikan terus diperkasa sebagai asas utama pembangunan modal insan.

Pada masa sama, SPP menegaskan komitmennya untuk terus menyokong keperluan Sabah melalui pengurusan sumber manusia pendidikan yang lebih efisien dan responsif.

Pertemuan itu dilihat mampu memperkukuh penyelarasan antara peringkat Persekutuan dan negeri, sekali gus memastikan sistem pendidikan Sabah terus maju, inklusif serta relevan dengan keperluan semasa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/10/pengisian-guru-sabah-capai-98-22-peratus-majoriti-anak-tempatan/feed/ 0 94646
Dari pedalaman ke pentas dunia: Dr Velerie cipta sejarah pendidikan Sabah https://sabahmedia.com/2026/04/03/dari-pedalaman-ke-pentas-dunia-dr-velerie-cipta-sejarah-pendidikan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/04/03/dari-pedalaman-ke-pentas-dunia-dr-velerie-cipta-sejarah-pendidikan-sabah/#respond Fri, 03 Apr 2026 01:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94194
Read Time:1 Minute, 40 Second

KENINGAU: Seorang guru dari pedalaman Sabah membuktikan bahawa dedikasi dan inovasi mampu menembusi pentas antarabangsa apabila berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan.

Pendidik dari Sekolah Kebangsaan Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus, sekali lagi mencipta kejayaan apabila disenaraikan pendek bagi Cambridge Dedicated Teacher Awards 2026, sekali gus menjadi pengiktirafan antarabangsa kedua yang diraihnya tahun ini.

Daripada lebih 12,000 pencalonan guru seluruh dunia, beliau berjaya menembusi senarai akhir, satu pencapaian membanggakan yang mengangkat nama Sabah dan Malaysia di mata global.

Mengimbas perjalanan tersebut, Dr Velerie menegaskan perubahan tidak perlu menunggu sistem, sebaliknya boleh dimulakan oleh individu yang berani mencuba.

“Saya tidak menunggu sistem untuk berubah. Saya memilih menjadi pencetus perubahan kerana setiap anak berhak mendapat sistem yang memahami mereka,” katanya kepada Sabah Media.

Menurut beliau, usaha itu bermula daripada sebuah kelas agama terbiar dan rumah guru yang usang, yang kemudiannya ditransformasikan menjadi Pusat Pembelajaran Multisensori.

Katanya, pusat tersebut dilengkapi bilik terapi, ruang sensori dan kemudahan digital, dibangunkan berasaskan prinsip bahawa pembelajaran hanya dapat berlaku apabila murid berasa selamat.

“Pembelajaran bermula apabila otak berasa selamat. Apabila emosi anak-anak stabil, potensi mereka akan lebih mudah digilap,” jelasnya.

Melalui pendekatan NeuroArts yang menggabungkan seni dan neurosains, beliau membantu murid autisme dan neurodivergen mencapai regulasi emosi, sekali gus membuka ruang pembelajaran yang lebih inklusif.

Lebih 100 murid telah menerima manfaat daripada pendekatan tersebut, bukan sahaja dari segi akademik, malah dari aspek keyakinan diri dan perkembangan emosi.

Usaha beliau turut diperluas melalui latihan, ceramah serta gerakan komuniti yang memberi impak kepada guru dan ibu bapa di seluruh negara dalam memperkukuh pendidikan inklusif.

Dalam tahun sama, Dr Velerie turut mencatat satu lagi pencapaian apabila disenaraikan sebagai Top 50 Finalist bagi Global Teacher Prize 2026, antara pengiktirafan tertinggi dalam dunia pendidikan.

Kejayaan itu membuktikan bahawa dari pedalaman Sabah, seorang guru mampu mencipta perubahan besar dan memberi inspirasi di peringkat dunia.

Ia sekali gus menjadi simbol bahawa inovasi dalam pendidikan tidak bergantung kepada kemewahan, sebaliknya lahir daripada keikhlasan, keberanian dan komitmen untuk memastikan setiap anak mendapat peluang yang adil untuk berjaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/03/dari-pedalaman-ke-pentas-dunia-dr-velerie-cipta-sejarah-pendidikan-sabah/feed/ 0 94194