Hadapan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Dec 2021 03:24:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hadapan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan Mengekang Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/#respond Wed, 22 Dec 2021 03:24:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10178
Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN: Keputusan kerajaan melonggarkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka, menyebabkan tugas dan tanggungjawab petugas barisan hadapan juga semakin bertambah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira masa demi untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di Sabah.

Katanya, semua pihak masih berusaha menangani krisis yang telah mengorbankan banyak jiwa dan memberi impak negatif yang amat besar ke atas ekonomi, sosial dan cara hidup masyarakat global.

“Pandemik ini juga telah mengubah gaya hidup rakyat kepada norma baharu dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi.

“Kerajaan Negeri berharap hubungan yang erat di antara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat dapat dikekalkan agar kita dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri ini,” katanya pada Majlis Penghargaan Sekalung Budi kepada Barisan Hadapan Daerah Tuaran di Grand Ballroom Rasa Ria Resort, di sini semalam.

Hajiji berharap rakyat secara keseluruhannya akan membantu kerajaan menangani pandemik ini dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

“Kita bantu barisan hadapan dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk melindungi keluarga, komuniti dan negara daripada pandemik COVID-19,” tegasnya.

Beliau juga menyeru petugas barisan hadapan agar memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan dengan membantu menjayakan aspirasi pembangunan sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Katanya, setelah hampir dua tahun berlalu, rakyat pastinya telah berjaya mengadaptasi persekitaran kerja dengan norma baharu.

Hajiji bagi pihak kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang hingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran dibawah kepimpinan Pegawai Daerah yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat semasa pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/feed/ 0 10178
1,200 Penerima Vaksin, Petugas Barisan Hadapan Terima Sumbangan Makanan https://sabahmedia.com/2021/08/19/1200-penerima-vaksin-petugas-barisan-hadapan-terima-sumbangan-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/1200-penerima-vaksin-petugas-barisan-hadapan-terima-sumbangan-makanan/#respond Thu, 19 Aug 2021 06:03:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4875
Read Time:45 Second

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merakamkan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan terkemuka Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) Sdn. Bhd. atas sumbangan yang tidak putus-putus kepada penduduk daerah Ranau.

Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya menyambut baik sumbangan daripada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk membantu.

“KTC telah memberikan sumbangan 1,200 roti jenama Creamos bun dan susu kotak Dutch Lady. Terima kasih saya ucapkan kepada Pegarah Eksekutif Dexter Lau.

“Roti dan susu kotak ini kemudiannya diagihkan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Kg. Kaingaran, Kg. Timbua, Kg. Perancangan dan Klinik Kesihatan Kundasang dan akan diserahkan kepada penerima vaksin, untuk dijadikan alas perut setelah selesai menerima suntikan,”katanya.

Edaran tersebut diketuai oleh Japli Sami, dibantu oleh kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Pejabat ADUN Kundasang.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan edaran,” kata Dr. Joachim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/1200-penerima-vaksin-petugas-barisan-hadapan-terima-sumbangan-makanan/feed/ 0 4875
Program CSR, Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/07/19/program-csr-hand-to-hand-food-bank-malaysia-bersama-komuniti-dan-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/program-csr-hand-to-hand-food-bank-malaysia-bersama-komuniti-dan-petugas-barisan-hadapan/#respond Mon, 19 Jul 2021 07:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3254
Read Time:1 Minute, 48 Second

PAPAR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bekerjasama dengan Sekretariat Food Bank Malaysia (SFBM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak 99 Speedmart Sdn Bhd melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkonsepkan Food Bank bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail berkata, sebanyak 300 bakul makanan disediakan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan terkesan semasa pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Sabah.

Katanya, kolaborasi program ini melibatkan Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd yang turut sama bekerjasama dan The Lost Food Project (TLFP) sebagai Rakan Strategik Utama (RSU) SFBM bagi menjayakan program CSR ini.

Program CSR yang dinamakan sebagai Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan ini dilancarkan secara maya di negeri Sabah bertempat di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut, Papar hari ini (19 Julai).

Menurut Iskandar, Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dipilih sebagai tempat program CSR pengagihan bakul makanan ini kerana rekod MPT yang telah melaksanakan program Food Bank atau Tabung Makanan sebelum ini adalah sangat rapi, profesional dan lancar, malah setakat ini MPT telah mengagihkan sebanyak 2056 bakul makanan dari sumbangan orang awam diberi kepada mereka yang memerlukan di kawasan daerah berdekatan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MPT Prof Madya Dr Awang Setia Musleh turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak MYCC, SFBM, KPDNHEP dan pihak 99 Speedmart Sdn Bhd kerana memilih MPT untuk program CSR bakul makanan tersebut dan sekaligus dapat membantu meringankan beban masyarakat setempat yang terkesan semasa pandemik ini.

“Saya berharap dengan adanya sumbangan bakul makanan ini akan dapat menceriakan suasana bagi yang meraihkan Hari Raya Aidiladha esok,” ujar Dr Awang Setia lagi ketika ditemui semasa majlis pelancaran program tersebut.

Turut Hadir semasa program secara maya itu iaitu Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Penasihat Masjid Puncak Taqwa, Samin Ongki, Pengarah, Komunikasi Dan Advokasi MYCC, Noor Azila Ahmad, Timbalan Pengarah MYCC, Emeliadiana Alawi, Pembantu Penyelidik MYCC, Nurul Nadia Shahar, Ketua Penolong Pengarah (Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan) KPDNHEP, Muslimun Md Yusof, Pasukan Sekretariat Food Bank Malaysia KPDNHEP dan Pengurus Operasi 99 Speedmart Mohd Mahrus Mohd Faizal.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/program-csr-hand-to-hand-food-bank-malaysia-bersama-komuniti-dan-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 3254