Hadir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 17 Feb 2024 02:10:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hadir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KM hadir Majlis Apresiasi Kecemerlangan JKM https://sabahmedia.com/2024/02/17/km-hadir-majlis-apresiasi-kecemerlangan-jkm/ https://sabahmedia.com/2024/02/17/km-hadir-majlis-apresiasi-kecemerlangan-jkm/#respond Sat, 17 Feb 2024 02:10:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49607
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan Jabatan Ketua Menteri 2018-2023 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima untuk tahun 2018 hingga 2023.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Terdahulu, Safar dalam ucapannya berkata kerajaan negeri sentiasa komited dan mengiktiraf budaya kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam dengan menyediakan pelbagai anugerah.

“Saya berharap pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk terus proaktif dan produktif dalam memberikan
penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan seterusya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga yang lain,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan awam adalah tulang belakang kepada negara, justeru menjadi tanggungjawab semua untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Pada zaman yang serba pantas ini, keinginan dan kehendak rakyat menuntut perubahan dalam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan.

“Bagi memenuhi kehendak rakyat ini, kita mestilah sentiasa berpandangan jauh ke hadapan untuk memastikan penjawat awam terus kekal relevan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat bagi mendukung gagasan Malaysia Madani serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 125 orang warga cemerlang Jabatan Ketua Menteri daripada 15 Pejabat, Bahagian dan Unit setelah ditapis serta dinilai sumbangan mereka, telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Ketua Menteri bagi tahun 2018 hingga 2023. Manakala seramai 39 orang lagi menerima Anugerah Khas bagi tahun 2021 hingga 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/17/km-hadir-majlis-apresiasi-kecemerlangan-jkm/feed/ 0 49607
Hajiji hadir Ceramah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran https://sabahmedia.com/2023/12/03/hajiji-hadir-ceramah-perdana-sempena-tamu-belia-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/12/03/hajiji-hadir-ceramah-perdana-sempena-tamu-belia-tuaran/#respond Sun, 03 Dec 2023 13:27:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46002
Read Time:37 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Cermah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran 2023 anjuran Tuaran Youth Club di Padang Istiadat Tuaran pada Ahad.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama penceramah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan jemputan lain pada majlis Ceramah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran 2023 di Padang Istiadat Pekan Tuaran pada Ahad. – Foto ihsan JKM Sabah

Penceramah jemputan khas, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid menyampaikan ceramah bertajuk “Keperibadian Rasulullah SAW”.

Hadir sama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.

Ribuan masyarakat Islam khususnya golongan belia menghadiri majlis itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/03/hajiji-hadir-ceramah-perdana-sempena-tamu-belia-tuaran/feed/ 0 46002