Hadiri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 May 2023 08:28:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hadiri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji hadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2023/05/17/hajiji-hadiri-majlis-hari-raya-aidilfitri-setiausaha-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/05/17/hajiji-hadiri-majlis-hari-raya-aidilfitri-setiausaha-kerajaan-negeri/#respond Wed, 17 May 2023 08:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34586
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan ahli Kabinet Negeri menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Menara Kinabalu hari ini.

Hajiji disambut mesra para tetamu sebaik tiba di Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Menara Kinabalu hari ini. – Foto ihsan JKM Sabah

Turut hadir Speaker Datuk Seri Kadzim Yahya, pembantu menteri, wakil rakyat, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai, setiausaha tetap dan ketua jabatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/17/hajiji-hadiri-majlis-hari-raya-aidilfitri-setiausaha-kerajaan-negeri/feed/ 0 34586
Hajiji hadiri Majlis Iftar Perdana MBR Bersama OKU & Asnaf https://sabahmedia.com/2023/04/09/hajiji-hadiri-majlis-iftar-perdana-mbr-bersama-oku-asnaf/ https://sabahmedia.com/2023/04/09/hajiji-hadiri-majlis-iftar-perdana-mbr-bersama-oku-asnaf/#respond Sun, 09 Apr 2023 11:09:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32451
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke 7 di Dewan Hadhari MBR dekat sini, hari ini.

Hajiji serah sumbangan duit raya kepada penerima. – Foto ihsan JKM Sabah

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60 ribu daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis MBR.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr.Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/09/hajiji-hadiri-majlis-iftar-perdana-mbr-bersama-oku-asnaf/feed/ 0 32451
Masidi hadiri Majlis Iftar Kumpulan Yayasan Sabah di Ranau https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/#respond Sun, 02 Apr 2023 10:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32031
Read Time:45 Second

RANAU: Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun menzahirkan penghargaan beliau kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Surau Kampung Terelobou sebagai tapak penganjuran program Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di sini pada Sabtu.

“Hampir setiap tahun Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program Iftar seperti ini dengan hasrat mengeratkan hubungan silaturahim di antara komuniti setempat dan agensi kerajaan.

“Acara seperti ini memang baik untuk kita semua. Saya memuji keprihatinan dan kesungguhan Kumpulan Yayasan Sabah menyantuni segenap lapisan masyarakat di Sabah dan ini sememangnya peranan dan identiti Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada golongan Asnaf dan Surau Kg. Terelobou.

Majlis yang dihadiri sekitar 200 orang penduduk Kg Terelobou tersebut dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majis turut dihadiri Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd. Ghani dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/feed/ 0 32031
118 pemain hadiri sesi pemilihan terakhir Piala Presiden dan Piala Belia https://sabahmedia.com/2023/01/20/118-pemain-hadiri-sesi-pemilihan-terakhir-piala-presiden-dan-piala-belia/ https://sabahmedia.com/2023/01/20/118-pemain-hadiri-sesi-pemilihan-terakhir-piala-presiden-dan-piala-belia/#respond Fri, 20 Jan 2023 09:47:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28222
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Seramai 118 pemain akan menghadiri sesi pemilihan fasa akhir bagi pembentukan pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2023.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), David Wisom berkata, pemilihan fasa akhir itu diadakan bagi memilih seramai 25 pemain terbaik untuk setiap pasukan.

Katanya, sesi pemilihan ini akan dikendalikan barisan panel jurulatih bertauliah seperti Justin Ganai, Jelius Ating, Burhan Ajui dan Matlan Marjan serta beberapa lagi jurulatih berpengalaman.

“Persediaan awal kedua-dua pasukan ini amat penting bagi memastikan setiap pemain bersedia untuk bersaing pada kejohanan Piala Belia dan Piala Presiden tahun ini.

“Kita mengharapkan, segala usaha dan persiapan yang dirangka ketika ini dapat menghasilkan kejayaan bukan saja di peringkat kumpulan tetapi juga di pusingan akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat fasa akhir sesi pemilihan di pejabat SAFA, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat dan barisan panel pemilih yang terlibat.

David berkata, pihak SAFA sentiasa memberi keutamaan kepada pasukan Piala Belia dan Piala Presiden untuk kesinambungan masa depan bola sepak di negeri ini.

Katanya, kedua-dua kejohanan ini adalah pendedahan awal kepada para pemain terhadap corak permainan berintensiti tinggi sebelum ke peringkat seterusnya seperti Liga Super dan Liga Simpanan.

“Kita mahu meningkatkan kualiti teknikal dan kreativiti pemain selain kemampuan pemain muda dalam merencanakan permainan ketika perlawanan.

“Sudah pasti, semua ini memerlukan persiapan awal terutamanya oleh barisan jurulatih bagi membina pasukan berkualiti dan berprestasi tinggi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/20/118-pemain-hadiri-sesi-pemilihan-terakhir-piala-presiden-dan-piala-belia/feed/ 0 28222
Hajiji, Tun Juhar Hadiri Kenduri Doa Selamat Sempena Ramadan 1443/2022 https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/#respond Fri, 01 Apr 2022 14:22:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13781
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Dalam majlis itu, Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/feed/ 0 13781
63 Penduduk Kampung Mukim Serusup Hadiri Program Anjuran LPPKN https://sabahmedia.com/2022/03/27/63-penduduk-kampung-mukim-serusup-hadiri-program-anjuran-lppkn/ https://sabahmedia.com/2022/03/27/63-penduduk-kampung-mukim-serusup-hadiri-program-anjuran-lppkn/#respond Sun, 27 Mar 2022 06:48:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13539
Read Time:35 Second

TUARAN: Seramai 63 penduduk kampung dari Mukim Serusup, Pinambawan dan Kindu menghadiri program Jerayawa Keluarga Malaysia Smart Belanja yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPKN) di Dewan Terbuka Masjid Haji Noor di Kampung Serusup, di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama ahlinya turut diberi penerangan mengenai fungsi dan tugas Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar semasa lawatan mereka ke gerai pameran sempena program itu.

Seterusnya, beliau menyampaikan sijil kepada para peserta program Jerayawa Keluarga Malaysia Smart Belanja.

Turut hadir dalam majlis itu, Penolong Pengarah Kanan LPPKN Sabah Suzma Khairisti Mamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/27/63-penduduk-kampung-mukim-serusup-hadiri-program-anjuran-lppkn/feed/ 0 13539
COVID-19: Hadiri Upacara Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/23/covid-19-hadiri-upacara-pengebumian-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/covid-19-hadiri-upacara-pengebumian-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sat, 23 Oct 2021 03:21:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7824
Read Time:55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah semalam berpunca dari menghadiri upacara pengebumian di Kg Alab Senagang, Tenom.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Alab Senagang, Tenom merupakan kluster jenis komuniti.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan disyaki berpunca daripada upacara pengebumian ibu mertua kepada kes indeks.

“Pada 10 Oktober 2021, ibu mertua kes indeks yang meninggal dunia, telah dibawa balik ke Kg Alab Senagang pada 11 Oktober 2021.

“Seramai 20 ahli keluarga dilaporkan berkumpul semasa jenazah di bawa pulang ke rumah kes namun siasatan lanjut masih dijalankan. Daripada 88 saringan, 50 kes didapati positif termasuk empat kes baharu dilaporkan pada Jumaat (22 Oktober 2021),” kata Masidi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, kes indeks kluster tersebut adalah seorang wanita tempatan berusia 37 tahun, tinggal di Kg Alab Senagang, Tenom.

“Kes indeks disahkan positif COVID-19 di Hospital Tenom pada 14 Oktober 2021 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pada hari yang sama,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/covid-19-hadiri-upacara-pengebumian-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 7824