Haji cilik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Jul 2026 08:29:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Haji cilik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Haji Cilik mampu lahirkan anak cemerlang akademik, ilmu agama https://sabahmedia.com/2026/07/18/program-haji-cilik-mampu-lahirkan-anak-cemerlang-akademik-ilmu-agama/ https://sabahmedia.com/2026/07/18/program-haji-cilik-mampu-lahirkan-anak-cemerlang-akademik-ilmu-agama/#respond Sat, 18 Jul 2026 08:28:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100095
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Program Simulasi Haji Cilik diharap akan terus berkembang agar dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah kaya dengan ilmu agama.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, berkata program ini bukan sekadar aktiviti tahunan semata-mata tetapi ia adalah satu pembelajaran secara praktikal yang memberi peluang dan pengalaman kepada kepada anak-anak memahami rukun-rukun haji.

“Ini termasuklah mengenali tempat-tempat suci serta menghayati nilai kesabaran, disiplin, pengorbanan, kerjasama dan kasih sayang sesama insan. Program ini berjaya menggabungkan pembelajaran, pengalaman dan penghayatan dalam satu pendekatan yang sangat kreatif.

“Inilah contoh pendidikan yang bukan sahaja mengajar ilmu, tetapi membentuk jiwa dan akhlak anak-anak. Lebih membanggakan, usaha murni ini telah berjaya menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai tadika dan sekolah rendah Islam serta keluarga dari seluruh Sabah.

“Ini membuktikan bahawa program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Islam di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Program Simulasi Haji Cilik Kali Ke-9 Tahun 2026, di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Beliau berharap pengalaman berharga hari ini menjadi penyuntik rasa cinta yang mendalam kepada agama dan membina impian murni untuk menunaikan ibadah haji yang sebenar suatu hari nanti.

“Syabas dan tahniah Persatuan Tadika Islam Swasta Sabah (PERTIS) atas penganjuran program yang begitu istimewa dan memberi manfaat ini kepada semua khususnya anak-anak jemaah cilik kita,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/18/program-haji-cilik-mampu-lahirkan-anak-cemerlang-akademik-ilmu-agama/feed/ 0 100095
Lebih 1,000 kanak-kanak sertai simulasi Haji Cilik https://sabahmedia.com/2025/07/21/lebih-1000-kanak-kanak-sertai-simulasi-haji-cilik/ https://sabahmedia.com/2025/07/21/lebih-1000-kanak-kanak-sertai-simulasi-haji-cilik/#respond Mon, 21 Jul 2025 08:39:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77666
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 1,000 kanak-kanak di seluruh Sabah berpeluang menyertai Simulasi Haji Cilik edisi kelapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Penganjuran program itu dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada kumpulan sasar mengenai ibadah haji.

Hajiji dalam ucapannya berkata, program itu merupakan simbolik kepada kebersamaan komuniti dalam mendidik anak-anak kecil tentang erti pengorbanan.

“Saya ingin menyatakan betapa terkesannya saya apabila melihat anak-anak kecil kita yang berpakaian ihram, melafazkan talbiah, dan menelusuri manasik Haji dengan penuh semangat.

“Inilah bukti bahawa pendidikan yang dimulakan dengan penuh kasih sayang dan bimbingan yang berterusan akan membentuk akhlak mulia dan kecintaan kepada agama yang mendalam,” katanya.

Penganjuran itu juga disifatkan platform integrasi kepada sistem pendidikan formal dan penghayatan agama dalam bentuk praktikal

Program itu turut mendapat kerjasama antara komuniti, institusi pendidikan dan agensi Kerajaan.

Selain itu, program itu turut sedia diperluas ke seluruh daerah dan kawasan di negeri ini agar kumpulan sasar dapat merasai pengalaman. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/21/lebih-1000-kanak-kanak-sertai-simulasi-haji-cilik/feed/ 0 77666
Simulasi Haji Cilik perlu dianjurkan di seluruh daerah – Ruslan https://sabahmedia.com/2024/07/21/simulasi-haji-cilik-perlu-dianjurkan-di-seluruh-daerah-ruslan/ https://sabahmedia.com/2024/07/21/simulasi-haji-cilik-perlu-dianjurkan-di-seluruh-daerah-ruslan/#respond Sat, 20 Jul 2024 16:33:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57807
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Program Simulasi Haji Cilik khususnya diperingkat sekolah tadika perlu diperluaskan di semua daerah di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ini adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk turut serta menyertai tanpa perlu ke ibu negeri.

“Saya berharap agar program seumpama ini perlu dibawa ke peringkat daerah yang lain kerana saya difahamkan hari ini ada yang datang dari daerah seperti Tawau; Sandakan; Semporna dan beberapa daerah lain yang begitu jauh untuk datang ke Kota Kinabalu semata-mata untuk menyertai simulasi haji ini.

“Justeru saya mencadangkan supaya seluruh daerah di Sabah dapat melaksanakan simulasi haji ini dan saya yakin ramai lagi yang kurang kemampuan untuk datang ke Kota Kinabalu.  Jadi maknanya kalau kita melakukan di peringkat daerah, peluang untuk menyertai itu itu akan lebih ramai dapat pendedahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Simulasi Haji Cilik 2024 bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Ruslan berkata, penganjuran simulasi itu dilihat amat baik dalam memberi pendedahan kepada anak-anak kecil khususnya di peringkat tadika.

Katanya, ia adalah usaha yang perlu dipupuk dan dilaksanakan dari peringkat kecil lagi.

“Dengan adanya pendedahan ini dan sejajar dengan saranan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mana kita memerlukan bakal-bakal haji dimasa hadapan yang masih bertenaga untuk datang ke Tanah Suci.

“Sudah tentu juga dengan adanya pendedahan ini, anak-anak yang masih di peringkat sekolah ini mereka mempunyai semangat dan juga pendidikan itu sendiri,” katanya.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/21/simulasi-haji-cilik-perlu-dianjurkan-di-seluruh-daerah-ruslan/feed/ 0 57807
Simulasi Haji Cilik beri pendedahan awal, pengalaman kepada anak kecil https://sabahmedia.com/2024/07/20/simulasi-haji-cilik-beri-pendedahan-awal-pengalaman-kepada-anak-kecil-2/ https://sabahmedia.com/2024/07/20/simulasi-haji-cilik-beri-pendedahan-awal-pengalaman-kepada-anak-kecil-2/#respond Sat, 20 Jul 2024 04:43:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57774
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program Simulasi Haji Cilik (SHC) merupakan satu inisiatif terbaik dalam memberi pendedahan awal serta pengalaman kepada anak kecil.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi program itu juga ianya dapat memberi peluang kepada anak kecil bagi merasai pengalaman tawaf dan saie sekali gus menanam semangat serta kefahaman peserta mengenai konsep dan amalan ibadah haji.

“Setiap rukun-rukun yang terdapat di dalam ibadah Haji ini mempunyai makna dan simbolik yang tersendiri.

“Saya dimaklumkan bahawa sepanjang simulasi ini peserta Haji Cilik diperkenalkan dan diberi pengalaman untuk merasai suasana perlaksanaan rukun-rukun seperti cara berihram, Tawaf mengelilingi Ka’abah, Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwa, Wukuf di Arafah, melontar di Jamrah, sembelihan korban dan tahallul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian SHC di Pusat Konvensyen Antarabansa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapa beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, program itu juga dapat memberi anak kecil peluang bagaimana perjalanan ibadah haji yang sebenar.

Beliau turut berasa kagum melihat sokongan yang diberikan oleh semua peserta dan ibu bapa.

“Semangat seperti ini yang kita mahukan. Semoga dengan adanya aktiviti SHC ini, ia memberi kesan yang besar kepada anak-anak, bukan sahaja satu proses pembelajaran melalui pengalaman dan permainan, tetapi ia sangat memberi kesan kepada kesedaran untuk menunaikan ibadah haji dan umrah,” katanya.

Terdahulu, program SHC peringkat Sabah itu merupakan program simulasi anak-anak cilik terbesar yang pernah diadakan di Malaysia.

Program pada kali ini telah mendapat penyertaan seramai 1,500 peserta cilik dari 53 Tadika dan Sekolah Rendah Agama di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/20/simulasi-haji-cilik-beri-pendedahan-awal-pengalaman-kepada-anak-kecil-2/feed/ 0 57774