Haji sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Apr 2026 04:17:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Haji sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TH sedia RM210 juta bantu jemaah haji secara bersasar https://sabahmedia.com/2026/04/12/th-sedia-rm210-juta-bantu-jemaah-haji-secara-bersasar/ https://sabahmedia.com/2026/04/12/th-sedia-rm210-juta-bantu-jemaah-haji-secara-bersasar/#respond Sun, 12 Apr 2026 04:17:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94720
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) secara bersasar dengan peruntukan RM210 juta tahun ini bagi meringankan beban jemaah haji Muassasah.

Ketua Syariah Kumpulan TH, Imran Mohammad Khayat, berkata menerusi inisiatif itu jemaah kumpulan B40 hanya perlu membayar RM15,000 atau kira-kira 45 peratus daripada kos sebenar haji.

Imran (dua dari kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam.

“Manakala kumpulan M40 membayar RM23,500 atau kira-kira 71 peratus.

“Secara keseluruhan TH telah memperuntukkan lebih RM2.72 bilion menerusi HAFIS sejak diperkenalkan pada 2001,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kursus Perdana Haji Musim Haji 1447H/2026M Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat), di sini pada Sabtu.

Di samping itu, beliau memaklumkan TH turut memperkenalkan inisiatif ‘Menuju Istito’ah’ yang menekankan persediaan menyeluruh sebelum menunaikan ibadah haji.

“Istito’ah merangkumi empat aspek utama iaitu kemampuan kewangan, kesihatan, keselamatan serta kuota atau kebenaran menunaikan haji.

“Melalui inisiatif ini, TH menggalakkan umat Islam membuat persediaan lebih awal melalui amalan menabung secara konsisten serta menjaga kesihatan diri,” katanya.

Imran (dua dari kiri) ketika bacaan doa di KPH.

Tambah beliau, TH menggalakkan pendeposit membuat potongan gaji atau potongan berkala melalui kaedah debit terus bagi memudahkan simpanan.

“TH turut menyediakan kalkulator simpanan haji di laman web rasminya bagi membantu pendeposit merancang simpanan dengan lebih teratur,” jelasnya.

Menurutnya, usaha itu penting bagi memastikan pendeposit mempunyai simpanan mencukupi apabila tiba giliran menunaikan haji selain menikmati manfaat seperti agihan keuntungan, pelunasan zakat, pematuhan syariah dan jaminan kerajaan.

TH melaksanakan program ‘THoriq Ya Hajj’ yang menggalakkan bakal jemaah kekal aktif dan cergas melalui aktiviti berjalan kaki dengan pemantauan secara maya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/12/th-sedia-rm210-juta-bantu-jemaah-haji-secara-bersasar/feed/ 0 94720
Jemaah haji Sabah diingat jaga disiplin, nama baik negara di Tanah Suci https://sabahmedia.com/2026/04/12/jemaah-haji-sabah-diingat-jaga-disiplin-nama-baik-negara-di-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2026/04/12/jemaah-haji-sabah-diingat-jaga-disiplin-nama-baik-negara-di-tanah-suci/#respond Sun, 12 Apr 2026 02:33:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94707
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Bakal jemaah haji negeri Sabah dinasihat untuk terus menjaga disiplin, menjaga kesihatan diri selain mematuhi peraturan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bakal jemaah haji turut diminta untuk menjaga nama baik negara khususnya negeri ini.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia amat dikenali sebagai antara jemaah yang paling berdisiplin.

“Anda bukan sahaja melaksanakan ibadah, malah secara langsung menjadi duta kecil negara.  Peluang ini mungkin datang sekali seumur hidup, maka penuhilah masa di Tanah Suci dengan memperbanyakkan ibadah.

“Jangan lupa untuk turut mendoakan kesejahteraan negara kita agar terus aman, Makmur dan diberkati oleh Allah S.W.T,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) bagi musim haji 1447H/2026M di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam

Hajiji  berkata, menerusi KPH itu, Tabung Haji (TH) telah mempersiapkan para bakal jemaah haji dari aspek mental, fizikal dan kefahaman haji menerusi modul praktikal manasik haji.

“Antaranya seperti tawaf, saie dan melontar jamrah dengan jumlah yang ramai agar ia memberi gambaran suasana yang menghampiri keadaan di Tanah Suci,” katanya.

Terdahulu, seramai 532 orang peserta menyertai KPH membabitkan tiga buah daerah di Zon Pantai Barat negeri ini.

Antara daerah terlibat Kota Kinabalu; Beaufort dan Kota Belud. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/12/jemaah-haji-sabah-diingat-jaga-disiplin-nama-baik-negara-di-tanah-suci/feed/ 0 94707
Hasrat ibu tunai haji bersama keluarga tercapai selepas empat kali menangguh https://sabahmedia.com/2025/05/19/hasrat-ibu-tunai-haji-bersama-keluarga-tercapai-selepas-empat-kali-menangguh/ https://sabahmedia.com/2025/05/19/hasrat-ibu-tunai-haji-bersama-keluarga-tercapai-selepas-empat-kali-menangguh/#respond Mon, 19 May 2025 00:48:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74074
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Tawau : Hasrat seorang ibu, Patemah Wadan,63, untuk menunaikan ibadah haji bersama lapan lagi ahli keluarganya tercapai selepas empat kali menangguhkan pemergian ke Tanah Suci sejak 2018.

Patemah akan ditemani suaminya Musa Sulaiman,63, serta tiga anak lelakinya Umar Khalid Musa,36,; Saad Salahuddin Musa,32 dan Amir Azizi Musa,30.

Lebih manis lagi apabila menantu Patemah iaitu Maznah Massi,36,Intan Mariana Maliki, 32, dan Afiqah Hamilton Hanifah,30,turut sama terpilih menunaikan haji mengikuti mahram masing-masing selain adiknya Salmah Wading,57.

Berkongsi kisah manis itu, Patemah berkata, beliau mula mendaftar haji pada tahun 2004 dan suami serta anaknya pula mendaftar pada 2007.

Namun katanya, impian untuk menunaikan haji itu terpaksa ditangguh selama empat kali iaitu pada tahun 2018, 2020, 2022 dan 2023 atas beberapa masalah yang dihadapi termasuk anak-anak yang masih bersekolah pada ketika itu.

“Saya tangguh sebab masa itu anak-anak masih belajar. Ada yang baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ada yang baru masuk universiti, ada pula yang baru mula kerja. Saya tidak sampai hati mahu tinggalkan mereka dalam keadaan macam tu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media sebelum berlepas ke Tanah Suci pada Ahad.

Patemah bersama keluarganya merupakan antara 109 bakal jemaah haji Sabah yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.10 malam tadi menerusi penerbangan khas KT058s.

Patemah mengakui tidak menyangka apabila sekali lagi dipanggil menjadi tetamu Allah pada tahun ini dan bertuah apabila kesemua mereka dipanggil serentak.

“Bila dapat tawaran kursus, saya tanya anak-anak sama ada boleh pergi ke tahun ni, mereka jawab boleh mak, semua dah lapang, semua dah kerja. Saya terus cakap, ini rezeki kita,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai simpanan di Tabung Haji (TH) Patemah berkongsi mula menyimpan di TH seawall tahun 1989 menerusi potongan gaji untuk kesemua anaknya.

“Saya yang uruskan simpanan mereka. Setiap bulan potong gaji untuk akaun haji. Suami pun sama. Dari dulu lagi kami dah rancang supaya satu hari nanti boleh pergi sama-sama,” katanya.

Ketiga-tiga menantu perempuan juga turut serta kerana masing-masing pergi bersama suami sebagai mahram.

“Empat kali tangguh… tapi Allah bagi lebih dari yang saya minta. Dapat pergi sekali dengan suami, anak-anak, menantu dan adik. Saya tak tahu nak cakap, syukur sangat-sangat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/19/hasrat-ibu-tunai-haji-bersama-keluarga-tercapai-selepas-empat-kali-menangguh/feed/ 0 74074
Umat Islam Sabah diseru waspada, urus haji melalui agensi diiktiraf https://sabahmedia.com/2025/04/26/umat-islam-sabah-diseru-waspada-urus-haji-melalui-agensi-diiktiraf/ https://sabahmedia.com/2025/04/26/umat-islam-sabah-diseru-waspada-urus-haji-melalui-agensi-diiktiraf/#respond Sat, 26 Apr 2025 12:38:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72732
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Umat Islam di Sabah diingatkan agar sentiasa merujuk kepada Tabung Haji (TH) atau agensi yang diiktiraf bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan berkaitan urusan haji.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, TH merupakan sebuah agensi yang berwibawa dalam membimbing bakal jemaah haji di seluruh negara.

“Saya menyeru semua umat Islam di Sabah supaya berhati-hati. Pastikan semua urusan berkaitan haji dibuat melalui Tabung Haji atau agensi yang telah dilantik dan diiktiraf.

“Ini bagi mengelakkan kita terlibat dalam penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Kursus Perdana Haji Zon Pantai Barat di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini petang tadi bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Pengurus Besar Bahagian Syariah Lembaga Tabung Haji, Ustaz Imran Mohammad Khayat dan Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah Sarawak Datuk Nurlaila Said.

Kursus dua hari berakhir hari ini turut disertai lebih 400 bakal jemaah haji melibatkan beberapa buah daerah di kawasan Pantai Barat.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama turut merakamkan penghargaan kepada TH atas usaha berterusan memberikan kursus asas dan bimbingan kepada jemaah di seluruh daerah di Sabah. 

Katanya, langkah itu dilihat penting bagi memastikan jemaah dilengkapkan dengan ilmu dan panduan sebelum berangkat ke tanah suci.

Dalam pada itu, Arifin turut menggalakkan umat Islam di negeri ini untuk membudayakan amalan menabung sejak dari kecil, terutamanya melalui TH sebagai persediaan masa depan termasuk pendaftaran haji.

“Tahun ini hampir 1,000 bakal jemaah dari Sabah akan menunaikan haji. Diharapkan pada masa akan datang, kuota haji untuk negeri ini akan terus bertambah,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan hanya berurusan melalui saluran rasmi bagi memastikan segala urusan haji mereka selamat dan sah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/26/umat-islam-sabah-diseru-waspada-urus-haji-melalui-agensi-diiktiraf/feed/ 0 72732
Jemaah haji diharap jadi duta promosi TH https://sabahmedia.com/2024/07/15/jemaah-haji-diharap-jadi-duta-promosi-th/ https://sabahmedia.com/2024/07/15/jemaah-haji-diharap-jadi-duta-promosi-th/#respond Mon, 15 Jul 2024 11:36:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57588
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu: Jemaah haji khususnya di negeri ini diharap dapat menjadi duta kepada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk membantu mempromosikan badan korporat itu sebagai pilihan utama pendeposit.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata langkah tersebut penting dalam usaha memperkasakan serta memastikan TH kekal sebagai penyedia perkhidmatan haji terbaik dunia.

“Apa yang kita harapkan mereka akan menjadi duta kepada tabung haji utk terus menyebarkan menyemarakkan semangat keluarga masing-masing khususnya di kampung supaya terus membantu Tabung Haji menyebarkan syiar haji.

“Yang sangat penting ialah memperkasa TH itu sendiri dengan menabung di sana, mendaftar dan sentiasa berkempen untuk menabung di Tabung Haji.

“Kita berharap mereka (jemaah haji) ini dapat membantu TH dalam memperkasa tabungan di tabung haji itu sendiri dengan caranya paling kurang berkempen untuk keluarga, diri sendiri dan terus menyumbang atau terus menabung,” katanya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui pada Majlis Menyambut Keberangkatan Tiba Jemaah Haji Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Mengulas mengenai operasi haji tanah air pada tahun ini, beliau yang juga Exco Agama Negeri Sabah berkata, TH merupakan antara agensi pengurusan haji terbaik dunia yang terkenal dengan prestasi cemerlangnya.

“Operasi TH memang cemerlang sejak dahulu lagi dan kita yakin mereka sentiasa menabahbaik dan memang TH sangat profesional.

“Selepas saja umat islam menunaikan ibadah haji ni, mereka terus menyambung kursus untuk tahun depan di samping mereka buat post mortem untuk tambah baik perkhidmatan TH yang sentiasa mendapat pujian bukan sahaja dari kita tapi pujian di peringkat antarabangsa,” katanya.

Turut hadir menyantuni para jemaah haji Sabah ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar; Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Tabung Haji (TH), Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip merangkap Pengarah Operasi Stesen Berlepas Kota Kinabalu Musim Haji 1445H/2024M.

Jemaah haji Sabah yang berlepas dari Kota Kinabalu sejak 1 Jun lalu, kini mula kembali ke tanah air menerusi enam penerbangan melibatkan lebih 900 orang hingga Rabu ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/15/jemaah-haji-diharap-jadi-duta-promosi-th/feed/ 0 57588