haji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 May 2026 09:12:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png haji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 141 jemaah terakhir lengkapkan penghantaran 1,195 bakal haji Sabah ke tanah suci https://sabahmedia.com/2026/05/15/141-jemaah-terakhir-lengkapkan-penghantaran-1195-bakal-haji-sabah-ke-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2026/05/15/141-jemaah-terakhir-lengkapkan-penghantaran-1195-bakal-haji-sabah-ke-tanah-suci/#respond Fri, 15 May 2026 09:10:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96725
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seramai 141 bakal jemaah haji dari negeri ini menjadi kumpulan terakhir dari Sabah yang berlepas ke Tanah Suci hari ini, sekali gus melengkapkan penghantaran keseluruhan 1,195 jemaah haji negeri ini bagi musim haji 1447H/2026M.

Penerbangan KT87 menggunakan pesawat khas AMAL yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.30 tengah hari menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai destinasi transit.

Kesemua jemaah dijadualkan meneruskan penerbangan terus ke Jeddah pada jam 6.05 petang waktu Malaysia dan dijangka tiba pada jam 10 malam waktu tempatan Arab Saudi.

Majlis pelepasan kumpulan terakhir itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam

Beliau berkata, penghantaran kumpulan terakhir itu menandakan semua bakal jemaah haji dari Sabah telah berjaya dihantar ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima.

“Alhamdulillah, urusan penghantaran jemaah haji Sabah tahun ini berjalan lancar hasil kerjasama semua agensi yang terlibat termasuk Lembaga Tabung Haji, syarikat penerbangan dan petugas terlibat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para jemaah supaya sentiasa menjaga kesihatan, mematuhi segala arahan petugas serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/15/141-jemaah-terakhir-lengkapkan-penghantaran-1195-bakal-haji-sabah-ke-tanah-suci/feed/ 0 96725
Kerajaan teliti impak kenaikan kos haji, TH sedia pelan persediaan https://sabahmedia.com/2026/03/15/kerajaan-teliti-impak-kenaikan-kos-haji-th-sedia-pelan-persediaan/ https://sabahmedia.com/2026/03/15/kerajaan-teliti-impak-kenaikan-kos-haji-th-sedia-pelan-persediaan/#respond Sat, 14 Mar 2026 18:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93282
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan sedang meneliti secara menyeluruh kemungkinan peningkatan kos menunaikan ibadah haji tahun ini bagi memastikan kebajikan jemaah Malaysia terus terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri sebelum ini bagi meneliti langkah terbaik menghadapi sebarang perubahan termasuk kenaikan kos.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta semua agensi berkaitan mengambil pendekatan proaktif termasuk menjalankan kajian awal serta membuat persiapan rapi.

“Alhamdulillah di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kita sudah meminta semua agensi mengambil pendekatan membuat kajian dan persiapan sebaiknya termasuk melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

“Sebenarnya sebelum ini lagi TH sudah menubuhkan pasukan petugas khas yang membincangkan perkara ini dan mereka juga sudah mempunyai perancangan tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Simfoni Ramadan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad.

Dr Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kenaikan kos  menunaikan ibadah haji berikutan ketegangan konflik di rantau Teluk.

Beliau berkata, beberapa perbincangan lanjut akan diteruskan pada minggu hadapan bagi memperhalusi langkah yang perlu diambil termasuk pelan kontingensi.

Menurutnya, TH mempunyai pasukan yang mantap dan berpengalaman untuk menangani sebarang perubahan termasuk berkaitan kos pengurusan haji.

“Apa yang kita mahu maklumkan kepada semua, insyaAllah TH mempunyai pasukan yang mampu menangani dan mendepani apa-apa perubahan yang berlaku.

“Kita akan melihat bagaimana untuk menangani peningkatan kos ini sebaiknya agar ia memberi manfaat dan pada masa sama menjaga kebajikan semua jemaah haji kita,” katanya.

Mengulas mengenai penilaian risiko keselamatan jemaah, Dr Zulkifli berkata perkara itu sentiasa dipantau dengan kerjasama rapat pihak berkuasa Malaysia serta autoriti di Arab Saudi.

Katanya, setiap perkembangan akan diteliti dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji negara sentiasa terjamin.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, TH sudah memulakan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan bagi memastikan kos penerbangan haji tidak meningkat secara mendadak.

Menurutnya, rundingan itu membabitkan beberapa syarikat penerbangan termasuk syarikat tempatan dan luar negara terutamanya dari Arab Saudi.

“Keputusan mengenai kos penerbangan haji hanya akan diumumkan oleh pihak Tabung Haji atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selepas rundingan selesai.

“Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan konflik di rantau Teluk kerana sekiranya krisis berpanjangan, ia boleh memberi risiko kepada rantaian bekalan global termasuk kos penerbangan mengerjakan ibadah haji.

“Saya sekadar hendak memberi sedikit gambaran kemungkinan jika peperangan di Teluk itu menjadi krisis yang berpanjangan dan itulah risiko yang bakal kita hadapi tetapi kita juga bersedia dengan langkah bagaimana kita menanganinya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/15/kerajaan-teliti-impak-kenaikan-kos-haji-th-sedia-pelan-persediaan/feed/ 0 93282
TH raih anugerah tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ https://sabahmedia.com/2025/06/09/th-raih-anugerah-tertinggi-labaytum-diamond-award/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/th-raih-anugerah-tertinggi-labaytum-diamond-award/#respond Mon, 09 Jun 2025 03:51:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75242
Read Time:1 Minute, 45 Second

BERNAMA

Makkah : Buat julung kalinya Lembaga Tabung Haji (TH) menerima Anugerah Tertinggi Labaytum ‘Diamond Award’ untuk pengurusan jemaah haji terbaik dunia daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi malam tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kejayaan Malaysia mengekalkan kecemerlangan dalam soal pengurusan jemaah haji empat tahun berturut-turut itu hasil usaha gigih seluruh warga kerja TH khususnya petugas haji dan sahabat maktab yang tidak jemu menyantuni jemaah.

Sehubungan itu beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain; Ketua Pegawai Eksekutif Mustakim Mohamad serta Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun yang menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam pengurusan haji tahun ini.

“TH dan Kerajaan Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Labaytum untuk tahun keempat berturut-turut. Alhamdulillah lebih menarik lagi, malam ini kita turut menerima anugerah tertinggi Diamond Award,” katanya kepada media selepas Program Majlis Penutupan Musim Haji 1446H oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di sini, Ahad.

“Proses penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi adalah sangat teliti dan ketat, merangkumi pelbagai aspek termasuk pengurusan, kebajikan para jemaah serta aspek keselamatan mereka sepanjang tempoh ibadah haji,” katanya.

Mohd Na’im berkata pengiktirafan itu turut menjadi pemangkin semangat kepada TH untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan menambah baik pengurusan haji dari semasa ke semasa.

“Kami  (TH) tidak akan berhenti di sini, Insya-Allah TH akan melaksanakan sesi post-mortem bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dan bekerjasama dengan syarikat Al-Masyariq untuk memperkukuh lagi aspek kebajikan dan keselesaan jemaah pada musim haji akan datang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat serta membantu menilai pencapaian TH melalui laporan berita.

Sementara itu Mohd Na’im berkata dua bangunan penginapan jemaah sedia ada dijangka tamat tempoh pajakan pada tahun ini dan perbincangan akan diadakan bersama pemilik bangunan bagi menilai kesesuaian dari segi lokasi serta kemudahan yang disediakan.

Anugerah Labaytum merupakan pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pengurus-pengurus jemaah haji dari seluruh dunia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/th-raih-anugerah-tertinggi-labaytum-diamond-award/feed/ 0 75242
Kakak tangguh, tiga beradik teruskan impian arwah bapa https://sabahmedia.com/2025/05/21/kakak-tangguh-tiga-beradik-teruskan-impian-arwah-bapa/ https://sabahmedia.com/2025/05/21/kakak-tangguh-tiga-beradik-teruskan-impian-arwah-bapa/#respond Wed, 21 May 2025 09:48:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74216
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : “Mulanya kami akan pergi berempat, tapi kakak sulung saya terpaksa menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji kerana disahkan hamil sebulan selepas menerima tawaran haji,” kata Sumiyana Mohd Syukur,30.

Sumiyana bersama dua lagi adiknya Umy Kalsum,29, dan Asmaria,26, adalah antara 141 bakal jemaah haji Sabah bagi kumpulan terakhir berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan khas KT65S dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Anak kedua dari empat beradik itu berkata, kesemua mereka termasuk kakaknya telah didaftarkan oleh Allahyarham bapanya di Tabung Haji (TH) dengan simpanan permulaan sebanyak RM5,000 setiap seorang.

“Arwah bapa saya telah mendaftarkan kami semua empat orang Lembaga Tabung Haji seawal tahun 2009, dengan memasukkan sejumlah RM5,000 sebagai permulaan simpanan. 

“Sejak itu, kami meneruskan simpanan sedikit demi sedikit, dibantu dividen tahunan sehingga akhirnya kami semua menerima tawaran serentak hujung 2024 yang lalu.

“Namun kami agak sedih juga bila kakak kami tidak dapat ikut. Sebulan lepas dapat tawaran, dia tahu dia mengandung. Dia sendiri pun sedih sangat, sebab ini memang impian kami arwah bapa dari dulu mahu tengok kami semua pergi Haji sama-sama,” katanya.

Selain menunaikan haji bersama dua lagi adiknya, Sumiyana berkata, suaminya Norziman Saidid,31, bersama adik iparnya Ridwan Abdul Muing,32, turut sama menemani mereka sebagai mahram.

Katanya, pasangan masing-masing turut diberi kelulusan sebagai mahram selepas rayuan diluluskan oleh TH. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/21/kakak-tangguh-tiga-beradik-teruskan-impian-arwah-bapa/feed/ 0 74216
Rezeki berganda, guru pilih ke Tanah Suci https://sabahmedia.com/2025/05/20/rezeki-berganda-guru-pilih-ke-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/rezeki-berganda-guru-pilih-ke-tanah-suci/#respond Tue, 20 May 2025 05:06:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74146
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Seorang Penolong Kanan di sebuah sekolah menengah di Kunak memperoleh rezeki berganda apabila menerima dua khabar gembira serentak iaitu kenaikan pangkat sebagai Pengetua dan panggilan bagi menunaikan ibadah haji.

Guru berkenaan, Ahmad Nontji,52, berkata, meskipun menerima rezeki berganda, beliau memilih untuk pergi menunaikan ibadah haji selepas mengambil pandangan dan nasihat pelbagai pihak termasuk pegawai Tabung Haji (TH).

Beliau yang ditemani isterinya Siti Sundari  Mukhson Hadi,49, meluahkan rasa syukur apabila kedua-dua peluang yang tidak selalu diperolehi berjaya dicapai hasil keizinan dan perancangan Allah SWT.

“Memang pada awalnya saya agak dilema kerana kedua-duanya datang dalam masa yang hampir sama. Saya dapat tawaran kursus kepengetuaan dan dalam masa yang sama, saya juga menerima panggilan haji.

“Selepas mendapatkan nasihat dari pelbagai pihak termasuk Pengurus TH Semporna, serta pihak pengurusan sekolah dan Institut Aminuddin Baki (IAB), saya memutuskan untuk mendahulukan ibadah haji.

“Alhamdulillah, IAB membenarkan penangguhan kursus, jadi saya tidak perlu melepaskan mana-mana peluang ini. Saya dapat menunaikan haji dan pada masa yang sama tetap meneruskan perjalanan kerjaya saya sebagai pengetua selepas pulang nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum berlepas ke Tanah Suci menggunakan penerbangan khas KT62S di sini pada Isnin.

Ahmad dan isterinya adalah antara 142 bakal jemaah haji yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah semalam.

Sementara itu, Ahmad yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai berkata, beliau telah mula menyimpan di TH sejak tahun 2000 dan mendaftar haji pada Jun 2009. 

Katanya, selepas hampir 15 tahun menanti, beliau dan isterinya akhirnya dipanggil untuk ke Tanah Suci pada tahun ini.

Isterinya, Siti Sundari mengakui teruja dan bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah haji bersama suaminya.

“Menjadi tetamu Allah bukan mudah. Mudah-mudahan kami dikurniakan haji yang mabrur,” katanya.

Pasangan ini memiliki lima orang anak. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/rezeki-berganda-guru-pilih-ke-tanah-suci/feed/ 0 74146
137 bakal jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci https://sabahmedia.com/2025/05/17/137-bakal-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2025/05/17/137-bakal-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/#respond Sat, 17 May 2025 12:49:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74003
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Seramai 137 bakal jemaah haji daripada Sabah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan KT055s malam ini.

Bakal jemaah haji itu merupakan kumpulan pertama daripada Sabah yang akan bertolak ke Tanah Suci pada jam 4.30 pagi pada Ahad menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines.

Majlis pelepasan bakal jemaah haji itu disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Hadir sama pada majlis pelepasan itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nurlaila Said.

Terdahulu, Mohd Na’im ketika berucap berkata, pihaknya menasihati para tetamu Allah yang terpilih pada tahun ini untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di samping mematuhi saranan daripada pihak Tabung Haji (TH) dan segala peraturan pihak Kerajaan Arab Saudi demi kesejahteraan para jemaah.

“Bakal jemaah haji negeri Sabah perlu mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang Kerajaan Arab Saudi dengan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang tuan rumah. Ikuti segala arahan TH dan fokus kepada ibadat untuk mencapai haji mabrur,” katanya.

Penerbangan pertama bakal haji Sabah itu merupakan penerbangan ke-55 daripada keseluruhan 100 penerbangan sewa khas haji yang disediakan untuk membawa seramai 31, 600 orang bakal haji Malaysia bagi Musim Haji 1446H/2025M.

Seramai lebih 15,000 orang bakal haji negara kini telah berada di Tanah Suci.

Penerbangan bakal haji dari Sabah ini akan bergabung dengan bakal haji dari Selangor seramai 147 orang, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 284 orang. 

Mereka akan berlepas daripada KLIA menaiki pesawat MH8126 dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 8.25 pagi waktu Arab Saudi pada hari yang sama.

Bagi musim haji 1446H/2025M, Sabah mencatatkan keseluruhan jemaah seramai 962 orang di mana 395 orang terdiri daripada jemaah lelaki dan 567 orang adalah jemaah wanita. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/17/137-bakal-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/feed/ 0 74003
Hajiji dan isteri santuni jemaah haji Tuaran https://sabahmedia.com/2025/05/14/hajiji-dan-isteri-santuni-jemaah-haji-tuaran/ https://sabahmedia.com/2025/05/14/hajiji-dan-isteri-santuni-jemaah-haji-tuaran/#respond Wed, 14 May 2025 09:30:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73824
Read Time:53 Second

Tuaran: Para jemaah haji dari daerah ini diraikan dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di kediaman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Kampung Serusup di sini pada Rabu.

Hadir sama meraikan dan menyantuni jemaah haji adalah Datin Seri Juliah Salag.

Majlis perjumpaan itu diadakan bagi meraikan dan memberi kata-kata semangat kepada seramai 31 bakal tetamu Allah sebelum mereka berangkat menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci.

Hajiji menzahirkan doa dan harapan agar semua jemaah diberikan kelancaran perjalanan, kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur.

“Saya doakan agar semuanya dipermudahkan dan selamat pergi serta selamat pulang,” katanya.

Beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada para jemaah haji dan petugas Tabung Haji serta meluangkan masa beramah mesra bersama mereka.

Suasana majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat serta jamuan santai.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Operasi, Lembaga Tabung Haji, Mohamed Ameen Abdul Wahab, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pengarah Negeri Sabah, Lembaga Tabung Haji, Yusdi Nasip. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/14/hajiji-dan-isteri-santuni-jemaah-haji-tuaran/feed/ 0 73824
6,000 bakal jemaah terima tawaran haji setakat semalam – Mohd Na’im https://sabahmedia.com/2025/01/04/6000-bakal-jemaah-terima-tawaran-haji-setakat-semalam-mohd-naim/ https://sabahmedia.com/2025/01/04/6000-bakal-jemaah-terima-tawaran-haji-setakat-semalam-mohd-naim/#respond Sat, 04 Jan 2025 00:14:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66453
Read Time:1 Minute, 32 Second

BERNAMA

Sepang: Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata surat tawaran haji telah diedarkan secara berperingkat kepada 31,600 bakal jemaah haji bermula 16 Dis lepas dan dijangka selesai pada 15 Jan ini.

“Kalau tidak terima sampai 15 Jan ini (maka) tak adalah (tawaran). Yang telah menerima (surat) tawaran haji itu maknanya mereka dah pergi pemeriksaan (kesihatan).

“Kita akan memulakan proses rayuan selepas 15 Jan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) di sini semalam

Beliau berkata setakat ini, TH telah menerima kira-kira 60,000 rayuan haji bagi musim ini sejak 19 Dis lepas.

Sementara itu, Mohd Na’im turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan pakej haji dan umrah yang ditawarkan oleh individu dan syarikat pelancongan tidak berlesen.

Beliau berkata masih ramai mudah terperdaya dengan pakej haji tidak sah yang ditawarkan oleh pihak bertanggungjawab meskipun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pengurusan TH dalam memberikan peringatan secara berkala kepara orang ramai.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius isu penipuan pakej haji dan komited untuk menangani kes penipuan membabitkan jemaah haji negara menerusi kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan dan lesen daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995.

“Justeru, suka saya mengingatkan semua bakal haji untuk memastikan pakej haji ingin diambil adalah daripada 37 Pengelola Jemaah Haji telah dilesenkan oleh TH termasuk bakal haji yang mendapat visa Furada dan Mujamalah agar pemantauan dapat dilakukan bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia mendapat perkhidmatan terbaik,” katanya. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/04/6000-bakal-jemaah-terima-tawaran-haji-setakat-semalam-mohd-naim/feed/ 0 66453
TH tanggung RM261 juta bantuan bersasar jemaah musim haji 1446H/2025M https://sabahmedia.com/2024/12/16/th-tanggung-rm261-juta-bantuan-bersasar-jemaah-musim-haji-1446h-2025m/ https://sabahmedia.com/2024/12/16/th-tanggung-rm261-juta-bantuan-bersasar-jemaah-musim-haji-1446h-2025m/#respond Mon, 16 Dec 2024 05:21:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65536
Read Time:1 Minute, 48 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur:  Bantuan Kewangan Haji kepada bakal jemaah haji muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat itu pada musim 1446H/2025M yang bakal ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) dianggarkan  berjumlah RM261 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata bakal jemaah haji muassasah dalam kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada TH sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang.

“Bantuan yang berjumlah RM18,300 ini adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan kos haji, menjadikan bayaran haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.

“Bakal haji muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan kos haji. Bayaran haji bagi seorang jemaah M40 ialah RM23,500,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Syed Hamadah berkata bagi jemaah muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan pula perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang.

Syed Hamadah berkata prinsip Bantuan Kewangan Haji bersasar adalah selaras dengan polisi TH untuk mengurangkan Bantuan Kewangan Haji yang dibiayai daripada keuntungan pelaburan secara beransur-ansur sejak 2022 demi kemampanan kewangan TH.

“Penurunan Bantuan Kewangan Haji juga adalah adil bagi memastikan kelestarian kewangan TH dan mengurangkan kesan Bantuan Kewangan Haji terhadap pulangan pelaburan kepada pendeposit. Memastikan kadar pulangan yang baik dan mampan juga satu daripada tanggungjawab penting TH,” katanya.

Selain itu Syed Hamadah berkata TH telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M, dengan kos haji kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah.

Beliau berkata bagi mengawal kos haji, TH telah berusaha untuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.

“Harga penginapan di Tanah Suci juga telah meningkat dengan mendadak akibat daripada pembangunan pesat di Makkah dan Madinah, namun TH telah berjaya mengikat perjanjian dengan pengusaha hotel untuk beberapa tahun akan datang bagi memastikan keterjaminan harga penginapan terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi 1446H/2025M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini dan bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran. –BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/16/th-tanggung-rm261-juta-bantuan-bersasar-jemaah-musim-haji-1446h-2025m/feed/ 0 65536
Kumpulan pertama 118 jemaah haji Sabah kembali ke tanah air https://sabahmedia.com/2024/07/14/kumpulan-pertama-118-jemaah-haji-sabah-kembali-ke-tanah-air/ https://sabahmedia.com/2024/07/14/kumpulan-pertama-118-jemaah-haji-sabah-kembali-ke-tanah-air/#respond Sat, 13 Jul 2024 23:53:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57513
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan pertama jemaah haji Sabah seramai 118 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini kira-kira jam 5.10 pagi tadi.

Dengan ketibaan itu, ia menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua untuk Musim Haji 1445H/2024M bagi menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air khususnya di negeri Sabah.

Ketibaan para jemaah haji disambut Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Tabung Haji (TH) Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Negeri Sabah merangkap Pengarah Operasi Stesen Berlepas Kota Kinabalu Musim Haji 1445H/2024M Yusdi Nasip.

Kumpulan jemaah dari Sabah itu tiba di ibu negara semalan dari Madinah sebelum berlepas ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2.30 pagi tadi menggunakan pesawat Malaysia Airlines KT76 (MH8576).

Nurlaila ketika ditemui berkata, semua jemaah yang tiba adalah melibatkan 54 jemaah lelaki dan 64 jemaah wanita.

“Alhamdulillah, hari ini jemaah kita yang pertama daripada Sabah telah pun selamat kembali ke tanah air seramai 118 orang iaitu lelaki 54 dan wanita seramai 64 orang.

“Ketibaan mereka daripada Madinah semalam dan selamat kembalilah ke Sabah pada hari ini dan kita lihat tadi semua sihat-sihat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nurlaila turut memaklumkan dua jemaah haji Sabah yang dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci telah diziarahi dan disantuni petugas TH Sabah.

“Dua jemaah haji kita telah meninggal dunia di Tanah Suci dan urusan lawatan ziarah kepada waris  telah selesai dilaksanakan oleh pengarah operaso Tuan Haji Yusdi baru-baru ini sebelum ketibaan jemaah bagi fasa dua ini.

“Kedua-dua keluarga sudah pun menerima khabar duka ini dan mereka disantuni sebaiknya disini dan begitu juga di Tanah Suci,” katanya.

Sebanyak lima lagi penerbangan haji akan tiba ke Sabah yang berakhir Rabu ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/14/kumpulan-pertama-118-jemaah-haji-sabah-kembali-ke-tanah-air/feed/ 0 57513