hajiji belia sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 30 Mar 2024 02:42:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hajiji belia sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah peruntuk RM16.89 Juta laksana program pemerkasaan belia https://sabahmedia.com/2024/03/30/sabah-peruntuk-rm16-89-juta-laksana-program-pemerkasaan-belia/ https://sabahmedia.com/2024/03/30/sabah-peruntuk-rm16-89-juta-laksana-program-pemerkasaan-belia/#respond Sat, 30 Mar 2024 02:42:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51872
Read Time:1 Minute, 59 Second

Putatan:  Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM16.89 juta bagi melaksanakan pelbagai program pemerkasaan belia sejajar dengan Dasar Belia Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan komited terhadap pembangunan belia di negeri ini kerana mahu melahirkan generasi belia yang mempunyai kualiti ilmu, kemahiran, kepimpinan dan berdaya saing.

“Ini kerana belia adalah pemacu signifikan bagi pertumbuhan ekonomi negeri. Oleh sebab itu, sebanyak RM16.89 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.

“Program itu adalah menjurus kepada pemerkasaan belia bagi mencapai kesejahteraan sosio-ekonomi,” katanya pada Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sabah di Masjid Daerah Putatan di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya serta Ahli Parlimen Putatan.

Hajiji berkata, belia yang cemerlang adalah belia yang mendekatkan diri dengan Al Quran dan menghayati amalan sunnah khususnya di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Menjadi harapan saya, hubungan silaturrahim antara belia dan anggota masyarakat sentiasa diperkukuhkan kerana belia yang beriman adalah benteng yang terbaik untuk memelihara dan mengekalkan kesejahteraan masyarakat negeri dan negara.

“Sesuai dengan kemuliaan bulan Ramadan dan berpuasa sepanjang bulan suci ini, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunnah seperti menunaikan solat sunat tarawih dan solat witir, tadarus Al Quran, berzikir dan bersedekah.

“Ini kerana bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan terdapat satu malam yang sangat bernilai serta penuh keberkatan yang disebut sebagai al-qadar. Allah SWT menjanjika kepada sesiapa yang beribadah dan menghidupkan malam tersebut akan memperolehi ganjaran pahala yang tidak ternilai seumpama beribadat seribu bulan lamanya.

“Justeru sebagai umat Islam kita hendaklah memanfaatkan sepenuhnya setiap detik di dalam bulan suci ini bukan setakat berpuasa sahaja tetapi juga mengerjakan amal ibadah lain demi memperoleh pahala serta keredhaan Allah SWT,” katanya.

Mengenai program itu, Hajiji menyarankan agar beberapa persatuan lain seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta persatuan-persatuan Islam yang terdapat di sekolah dan institusi pengajian Tinggi (IPT) dilibatkan sama dalam program akan datang.

Tambahnya, usaha murni penganjur melambangkan kejayaan dalam kolaborasi besar yang melibatkan pelbagai pihak ke arah menyemarakkan syiar Islam, menyerikan bulan suci Ramadan di samping memperkukuh kesatuan, perpaduan dan keharmonian ummah.

Pada majlis itu, Shahelmey yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari serta Pegawai Daerah Masawi Salleh menyampaikan hadiah serta sijil penyertaan kepada para pemenang pertandingan azan dan kuiz ramadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/30/sabah-peruntuk-rm16-89-juta-laksana-program-pemerkasaan-belia/feed/ 0 51872
Sabah sentiasa beri keutamaan kepada pembangunan belia https://sabahmedia.com/2023/12/02/sabah-sentiasa-beri-keutamaan-kepada-pembangunan-belia/ https://sabahmedia.com/2023/12/02/sabah-sentiasa-beri-keutamaan-kepada-pembangunan-belia/#respond Sat, 02 Dec 2023 05:36:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45968
Read Time:2 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan belia di Sabah menerusi peruntukan yang lebih tinggi pada tahun depan berbanding pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan memperuntukkan RM16.89 juta menerusi Belanjawan Negeri 2024 berbanding RM16.42 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia seperti aktiviti kesukarelawan dan perpaduan sosial.

“Peruntukan yang lebih tinggi untuk tahun hadapan jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan belia Sabah sebagai pemimpin masa depan.

“Pada 2024, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pelbagai program termasuk aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan bagi memperkasakan belia selaras dengan Dasar Belia Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Karnival Belia Sabah 2023 peringkat negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan.

Hajiji berkata, Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta pada tahun lalu bagi melaksanakan inisiatif baharu iaitu Skim Kejayaan Usahawan Belia Sabah (SYABAS).

Katanya, golongan belia adalah aset dan mesti diberi peluang dalam pembangunan ekonomi negeri.

“SYABAS merupakan satu inisiatif untuk membantu usahawan belia dalam memulakan dan memulihkan perniagaan mereka daripada kesan COVID-19. Sehingga Oktober tahun ini, 2,655 belia telah menerima RM2,000 setiap seorang dan 238 lagi diberi RM5,000 setiap seorang daripada skim itu,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, selain memberi tumpuan kepada sektor utama di bawah rancangan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk merangsang pertumbuhan dan pemulihan ekonomi, penekanan turut diberikan kepada teras kedua pelan itu iaitu Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM44 juta melalui 10 inisiatif untuk membantu belia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta dan awam.

“Melalui semua inisiatif dan peruntukan yang ada untuk belia, saya berharap kita dapat mencapai sasaran untuk memastikan belia meningkatkan potensi mereka dan dapat bersaing di peringkat global, memperoleh pendidikan yang lebih baik yang membuka peluang yang lebih besar untuk mereka dan menjadi lebih tabah menghadapi cabaran serta lebih kreatif untuk mengukir peluang baharu,” katanya.

Beliau mengingatkan slogan, ‘Belia Sabah Maju Jaya’ akan sentiasa relevan selaras dengan slogan SMJ kerana ia merangkumi semangat dan aspirasi untuk membangunkan Sabah dan mengharumkan nama negeri.

“Ia juga mencerminkan hasrat kita untuk terus maju dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, budaya dan sosial khususnya dalam kalangan belia,” katanya.

Hajiji berkata Karnival Belia Sabah merupakan salah satu program penting dalam menghargai peranan belia dalam pembangunan negeri, sambil menambah ia adalah platform untuk memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

Beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri akan meneliti permohonan bantuan MBS untuk menganjurkan program jerayawara belia bagi tahun 2024, jika ia belum dipertimbangkan untuk peruntukan tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/02/sabah-sentiasa-beri-keutamaan-kepada-pembangunan-belia/feed/ 0 45968