Hajiji cuepacs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 May 2024 08:28:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hajiji cuepacs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji terima kunjungan Presiden CUEPACS https://sabahmedia.com/2024/05/16/hajiji-terima-kunjungan-presiden-cuepacs/ https://sabahmedia.com/2024/05/16/hajiji-terima-kunjungan-presiden-cuepacs/#respond Thu, 16 May 2024 08:28:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54496
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato Dr Adnan Mat di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah mengenai isu kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, turut dibincangkan termasuklah mengenai isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk penjawat awam.

Adnan diiringi oleh Setiausaha Kewangan CUEPACS, Anuar Mamat, Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin, Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Murkam Hussien dan Setiausaha Agung KGKS, Riduan Mohd Yassin.

Dr Adnan berada di Sabah atas lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Kiulu. – SABAH MEDIA / FOTO JKM 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/16/hajiji-terima-kunjungan-presiden-cuepacs/feed/ 0 54496