Hajiji ekonomi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Nov 2024 04:10:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hajiji ekonomi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hala tuju SMJ 1.0 berjaya ubah, baiki prestasi ekonomi Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/10/hala-tuju-smj-1-0-berjaya-ubah-baiki-prestasi-ekonomi-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/10/hala-tuju-smj-1-0-berjaya-ubah-baiki-prestasi-ekonomi-sabah/#respond Sun, 10 Nov 2024 04:10:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63531
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 berjaya merubah dan memperbaiki prestasi ekonomi Sabah yang sebelum ini jatuh merudum akibat Pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan GRS telah mengadaptasikan konsep politik pembangunan melalui suatu dasar yang realistik dan pragmatik, sesuai dengan kehendak dan keperluan negeri Sabah.

“Pendekatan mesra pelabur yang kita ambil, telah berjaya menarik masuk beberapa syarikat besar ke negeri ini, dimana pada tahun lalu sahaja nilai pelaburan yang tercatat berjumlah RM11.34 bilion, merupakan yang ketujuh tertinggi dalam negara. 

“Serentak dengan itu, hasil negeri turut meningkat naik pada tahun yang sama yang mencecah RM7 bilion, merupakan yang tertinggi dalam sejarah. Selain itu, kita juga berupaya meningkatkan peratus pertumbuhan ekonomi negeri dengan unjuran 4.5 hingga lima peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, semua itu dapat dicapai kerana Kerajaan kini mempunyai iltizam politik yang tinggi. 

“Pertama, untuk mewujudkan kestabilan politik. Kedua, untuk memulihkan semula ekonomi negeri. Ketiga, bekerja keras untuk memantapkan sistem penyampaian dalam sektor awam; termasuk memantapkan hubungan baik dengan sektor swasta, dan keempat, menjaga dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan. 

“Keempat-empat pendekatan ini telah berhasil membawa negeri ini kembali ke landasan yang tepat, dan kita berharap rakyat akan terus memberikan mandat kepada kita pada pilihan raya akan datang, kerana agenda besar pembangunan seperti yang terkandung di dalam Hala Tuju SMJ masih banyak yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan terus menerokai sumber-sumber baharu untuk menyokong sumber ekonomi sedia ada agar pertumbuhan ekonomi negeri ini dapat terus dipertingkatkan dari tahun ke tahun. 

Katanya, pada masa sama, pelan pembangunan juga akan dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri bertekad menerokai potensi  Ekonomi  Biru iaitu  sumber  baharu  dalam  pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan khazanah laut yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui, serta lain-lain produk industri yang boleh diperolehi daripadanya. 

“Kedudukan Sabah yang luarbiasa strategik; dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, sangat sesuai untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru yang disebut-sebut akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini untuk beberapa dekad mendatang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/10/hala-tuju-smj-1-0-berjaya-ubah-baiki-prestasi-ekonomi-sabah/feed/ 0 63531
Kerajaan timbang cadangan Model Ekonomi Sabah baharu https://sabahmedia.com/2024/09/27/kerajaan-timbang-cadangan-model-ekonomi-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/kerajaan-timbang-cadangan-model-ekonomi-sabah-baharu/#respond Fri, 27 Sep 2024 00:18:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61281
Read Time:38 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan kajian mengenai Model Ekonomi Sabah baharu oleh Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Kajian Pembangunan (Sabah).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya terbuka kepada cadangan itu bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih baik.

Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat mengenai cadangan tersebut di Menara Kinabalu di sini semalam.

Hajiji turut menggesa SEAC untuk menjalankan kajian yang menyeluruh melalui penglibatan dengan semua kementerian negeri dan pihak berkepentingan.

Hadir dalam taklimat tersebut ialah Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, ahli SEAC yang diketuai oleh Pengerusi Tan Sri David Chu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif IDS Profesor Datuk Dr Ramzah Dambul. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/kerajaan-timbang-cadangan-model-ekonomi-sabah-baharu/feed/ 0 61281