Hajiji gagasan rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Jul 2025 05:34:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Hajiji gagasan rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Tunggu ucapan saya Ahad ini’, Hajiji dijangka umum hala tuju Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/07/25/tunggu-ucapan-saya-ahad-ini-hajiji-dijangka-umum-hala-tuju-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/07/25/tunggu-ucapan-saya-ahad-ini-hajiji-dijangka-umum-hala-tuju-gagasan-rakyat/#respond Fri, 25 Jul 2025 05:34:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77896
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor dijangka akan mengumumkan hala tuju penting parti itu sempena Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gagasan Rakyat Ahad ini.

Ketika ditanya mengenai usul atau hala tuju baharu parti menjelang pilihan raya akan datang, Hajiji yang Ketua Menteri Sabah hanya memberikan jawapan ringkas.

“Tunggu ucapan saya pada hari Ahad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Penerangan Siri ke-3 Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Seminar itu yang turut dihadiri Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji ditanya mengenai kemungkinan sebarang usul besar berkaitan hala tuju Gagasan Rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 diputuskan pada persidangan itu yang bermula dengan persidangan peringkat sayap parti, esok.

Terdahulu, mengenai seminar tertutup hari ini, Hajiji berkata ia adalah perjumpaan ketua penerangan Gagasan Rakyat dari semua bahagian dan peringkat parti itu.

“Hari ini kita mulakan persidangan dengan berjumpa ketua-ketua penerangan parti daripada setiap bahagian dan semua peringkat. 

“Kita gerakkan jentera bagi penjelasan perjuangan parti apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini. Itu mesti diterangkan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, seminar itu bagi memastikan pemimpin Gagasan Rakyat di semua bahagian dan peringkat menggiatkan jentera bagi menghadapi PRN17. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/25/tunggu-ucapan-saya-ahad-ini-hajiji-dijangka-umum-hala-tuju-gagasan-rakyat/feed/ 0 77896
Gagasan Rakyat Sindumin sokong kepimpinan Hajiji terus terajui Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2024/09/22/gagasan-rakyat-sindumin-sokong-kepimpinan-hajiji-terus-terajui-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/09/22/gagasan-rakyat-sindumin-sokong-kepimpinan-hajiji-terus-terajui-kerajaan-negeri/#respond Sun, 22 Sep 2024 02:21:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61017
Read Time:1 Minute, 10 Second

Sipitang: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ketua Bahagiannya Datuk Dr Yusof berkata, dibawah kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri berjaya membawa Sabah ke satu peringkat yang positif terutama ekonomi.

Katanya, beberapa strategi yang dilaksanakan berjaya menjana ekonomi dan berkembang positif.

“Rangka ekonomi yang berkesan dan jelas berjaya meningkatkan pendapatan negeri hampir RM7 bilion pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin di Dewan Terbuka Dataran QSS di Mesapol, di sini semalam.

Mesyuarat dirasmikan Hajiji dan turut hadir dua naib presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Setiausaha Agung Datuk Razali Razi.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, bagi meneruskan usaha positif membangunkan Sabah ini, kestabilan politik amat diperlukan.

“Elakkan perkara yang boleh menjejaskan usaha ini dan berilah sokongan sehingga matlamat membangunkan Sabah, tercapai,” katanya.

Pada masa sama, perjuangan hak-hak Sabah dibawah Perjanjian Malaysia 1963 terus diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji menerusi perundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, terbaru, Kerajaan Persekutuan menerusi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan kenaikan sekali ganda kepada RM600 juta daripada RM300 juta pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pemberian khas ini sudah tentu digunakan untuk meningkatkan prasarana dan infrastruktur yang masih diperlukan khususnya di kawasan pedalaman Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/22/gagasan-rakyat-sindumin-sokong-kepimpinan-hajiji-terus-terajui-kerajaan-negeri/feed/ 0 61017