hajiji Hajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 Mar 2024 01:37:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hajiji Hajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji sempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri https://sabahmedia.com/2024/03/28/hajiji-sempurnakan-istiqbal-nuzul-al-quran-peringkat-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/03/28/hajiji-sempurnakan-istiqbal-nuzul-al-quran-peringkat-negeri/#respond Thu, 28 Mar 2024 01:37:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51761
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semalam menyempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri Sabah di sini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah (PBNS) kepada 30 asnaf dari kawasan Kota Kinabalu.

Selepas berbuka puasa, Hajiji turut menunaikan solat fardhu Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Antara pengisian majlis  itu  ialah Tazkirah Khas  Nurul  Al-Quran oleh penceramah  jemputan  dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Mohd Arifin Mohd.Arif dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain.

Selain itu turut hadir sama Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi PBNS, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/28/hajiji-sempurnakan-istiqbal-nuzul-al-quran-peringkat-negeri/feed/ 0 51761