hajiji noor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Jun 2026 10:30:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png hajiji noor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji hadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 https://sabahmedia.com/2026/06/23/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-dan-ketua-menteri-ke-149/ https://sabahmedia.com/2026/06/23/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-dan-ketua-menteri-ke-149/#respond Tue, 23 Jun 2026 10:30:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98740
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Hajiji menerusi hantaran di Facebooknya berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam usaha memastikan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan.

Menurut beliau, pelbagai perkara berkaitan pembangunan negara, penyelarasan dasar serta isu-isu yang melibatkan kepentingan negeri-negeri dan rakyat telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri demi kemajuan serta kesejahteraan rakyat,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah akan terus memberikan komitmen penuh dalam memperkukuh hubungan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya, kerjasama erat antara kedua-dua pihak penting bagi membawa kemajuan kepada Sabah serta meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/23/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-dan-ketua-menteri-ke-149/feed/ 0 98740
Kerajaan negeri terus perkasa pendidikan, TVET, Al bangunkan modal insan https://sabahmedia.com/2026/06/11/kerajaan-negeri-terus-perkasa-pendidikan-tvet-al-bangunkan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2026/06/11/kerajaan-negeri-terus-perkasa-pendidikan-tvet-al-bangunkan-modal-insan/#respond Thu, 11 Jun 2026 05:33:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98039
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memberi perhatian dan keutamaan kepada agenda pembangunan pendidikan negeri menerusi pemerkasaan modal insan, peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (Al).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu penting bagi memastikan setiap anak Sabah memperoleh peluang pendidikan terbaik tanpa mengira kaum dan latar belakang, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing.

Beliau berkata, pembangunan modal insan akan terus diperkasa sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memperkukuhkan masa depan Sabah.

“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan terus diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan. Pemerkasaan TVET, pengukuhan STEM, latihan pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi Al adalah antara bidang yang turut diberi keutamaan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Kali Keempat Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha memperkasakan pendidikan melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bersama JPNS serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pembinaan dan naik taraf sekolah, penyediaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program motivasi murid luar bandar, bantuan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan serta pelbagai intervensi pendidikan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga meneruskan pelbagai bantuan pendidikan termasuk biasiswa dan dermasiswa serta 14 inisiatif bantuan pendidikan sedia ada.

“Antara bantuan yang disediakan ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA). Selain itu, Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menawarkan bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, segala bantuan dan usaha yang disalurkan itu bertujuan memberi manfaat kepada generasi muda selain menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan atas pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Katanya, peningkatan prestasi berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.00 pada 2024 kepada 4.85 pada 2025 membuktikan komitmen tinggi dan usaha gigih warga pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sabah.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan seluruh pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan negeri Sabah pada masa hadapan,” katanya.

Hajiji turut menegaskan bahawa guru merupakan tonggak utama pembangunan negara kerana bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membentuk akhlak dan nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas komitmen, keikhlasan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/11/kerajaan-negeri-terus-perkasa-pendidikan-tvet-al-bangunkan-modal-insan/feed/ 0 98039
Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail https://sabahmedia.com/2026/05/26/umat-islam-diajak-hayati-sejarah-pengorbanan-nabi-ibrahim-dan-anaknya-nabi-ismail/ https://sabahmedia.com/2026/05/26/umat-islam-diajak-hayati-sejarah-pengorbanan-nabi-ibrahim-dan-anaknya-nabi-ismail/#respond Tue, 26 May 2026 10:15:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97335
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini diajak agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua rakyat turut diseru agar sentiasa menjaga silaturahim, bersatu-padu dan mengelakkan daripada terjadinya perpecahan dan perbalahan.

“Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian yang besar. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai ktibar yang sentiasa dihayati oleh seluruh umat Islam.

“Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan. Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita pelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberikan inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negeri tercinta ini.

“Marilah kita sama-sama mengambil peluang pada hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan bagi rakyat dan negeri ini,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1447H, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu beliau berharap agar Aidiladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk umat Islam terus bermotivasi dan komited meningkatkan mutu dan nilai pengorbanan agar tergolong dalam kalangan hamba Allah SWT yang dirahmati.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/26/umat-islam-diajak-hayati-sejarah-pengorbanan-nabi-ibrahim-dan-anaknya-nabi-ismail/feed/ 0 97335
Kedudukan Sabah tidak boleh dipersoal – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/03/28/kedudukan-sabah-tidak-boleh-dipersoal-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/03/28/kedudukan-sabah-tidak-boleh-dipersoal-hajiji/#respond Sat, 28 Mar 2026 06:32:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93935
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri berdaulat dalam Malaysia tidak boleh dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, isu berkaitan kedudukan Sabah sering dimainkan semula, khususnya menjelang pilihan raya (Filipina), namun hakikatnya rakyat Sabah telah lama membuat keputusan untuk bersama membentuk Malaysia.

“Selalu apabila hampir pilihan raya (senat), timbul semula isu seumpama ini. 

“Tetapi sejak awal lagi rakyat Sabah telah memilih untuk bersama Malaysia. Perkara ini tidak boleh dipersoalkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas kenyataan Senator Filipina, Robin Padilla yang menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr. untuk menghidupkan semula tuntutan negara itu ke atas Sabah, wilayah kaya sumber minyak yang terletak di Pulau Borneo.

Dalam kenyataan di Facebook pada Rabu, Padilla berkata sudah tiba masanya Manila bertindak tegas bagi ‘menuntut hak’ yang didakwanya milik Filipina, termasuk menghantar wakil rasmi ke kawasan berkenaan.

Hajiji berkata, Sabah merupakan negeri yang sah dan berdaulat dalam Persekutuan Malaysia serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau menegaskan, sebarang dakwaan atau naratif yang cuba mempertikaikan kedudukan tersebut adalah tidak berasas dan perlu diperbetulkan.

“Ini sesuatu yang jelas dan tidak boleh diwar-warkan sebagai isu, terutama oleh pihak tertentu. Kita perlu perbetulkan kenyataan yang mengelirukan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/28/kedudukan-sabah-tidak-boleh-dipersoal-hajiji/feed/ 0 93935
Hajiji terima kunjungan hormat Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia https://sabahmedia.com/2026/02/06/hajiji-terima-kunjungan-hormat-duta-kesatuan-eropah-ke-malaysia/ https://sabahmedia.com/2026/02/06/hajiji-terima-kunjungan-hormat-duta-kesatuan-eropah-ke-malaysia/#respond Fri, 06 Feb 2026 00:34:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91073
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Khamis menerima kunjungan hormat Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Rafael Daerr, di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini.

Dalam pertemuan itu, Rafael Daerr menegaskan bahawa Sabah mempunyai kedudukan penting dalam hubungan EU-Malaysia, selari dengan peranan strategik negeri ini di rantau Asia Tenggara serta potensi besar dalam bidang ekonomi, pembangunan mampan dan hubungan antarabangsa.

Beliau turut menyatakan komitmen Kesatuan Eropah untuk terus memperkukuh hubungan dengan Sabah, berlandaskan hubungan baik dan penglibatan positif yang telah terjalin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hajiji menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka terhadap kerjasama antarabangsa yang selari dengan hala tuju pembangunan negeri dan mampu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat, khususnya dalam mempercepat agenda pembangunan Sabah.

Berdasarkan keutamaan dan hala tuju kerajaan negeri itu, Hajiji dan Rafael Daerr turut bertukar pandangan mengenai kemungkinan kerjasama masa depan antara EU dan Sabah, bukan sahaja meneruskan bentuk penglibatan sedia ada, malah meneroka peluang baharu yang lebih strategik dan berimpak tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, TYT Rafael Daerr semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Perbincangan kedua-dua pihak itu turut menyentuh pendekatan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi, sejajar dengan visi pembangunan Sabah dan kepentingan bersama Kesatuan Eropah.

Terdahulu, Rafael Daerr menghadiri majlis pelancaran Buku Sistem Jaminan Perundangan Kayu Sabah Plus (Sabah TLAS+), iaitu sistem pertama seumpamanya di dunia yang menyelaraskan secara menyeluruh aspek perundangan, keperluan bebas penebangan hutan di bawah Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), serta prinsip kelestarian sukarela dalam satu rangka kerja bersepadu.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Konsul Republic Korea di Kota Kinabalu, Encik Choi Bongkyu.

Kunjungan Choi itu adalah pertemuan pertamanya dengan Ketua Menteri selepas dilantik sebagai Konsul Republik Korea di Sabah pada November lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/06/hajiji-terima-kunjungan-hormat-duta-kesatuan-eropah-ke-malaysia/feed/ 0 91073
Kita berjaya letakkan Sabah di landasan tepat – Hajiji Noor https://sabahmedia.com/2026/01/30/kita-berjaya-letakkan-sabah-di-landasan-tepat-hajiji-noor/ https://sabahmedia.com/2026/01/30/kita-berjaya-letakkan-sabah-di-landasan-tepat-hajiji-noor/#respond Fri, 30 Jan 2026 07:49:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90677
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Sabah atas mandat untuk Kerajaan ini terus memerintah bagi penggal kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-17 lalu dan meletakkan Sabah dalam situasi yang sangat baik.

Katanya, Kerajaan kini jauh lebih baik berbanding semasa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambilalih kuasa lima tahun lalu.

“Kita telah berjaya meletakkan Sabah pada landasan yang tepat; kukuhkan kestabilan dan mantapkan pentadbiran. Kita kukuhkan ekonomi dan pertingkatkan kesejahteraan rakyat. 

“Sabah kini bersiapsiaga untuk terus mara ke hadapan dan bersedia untuk mengecapi kemajuan dan pembangunan yang berterusan.

“Dan keberadaan Sabah pada landasan yang tepat ini menuntut pihak Kerajaan untuk memperketatkan pemantauan, bagi memastikan keberkesanan pentadbiran,” katanya.

“Saya percaya, dengan kerjasama padu antara kepimpinan negeri dengan anggota penjawat awam, kita pasti mampu dan berupaya mengekalkan momentum kejayaan seperti yang telah kita capai lima tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Amanat kepada Pejawat Awam negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Hajiji berkata perkembangan politik negeri mutakhir ini telah memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Negeri sehingga mencapai penguasaan dua pertiga kerusi DUN, sekali gus menjamin kestabilan politik yang amat penting bagi kesinambungan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh jangka panjang.

Katanya, kestabilan itu juga membuka ruang kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan penggubalan serta meminda perlembagaan negeri selaras dengan keperluan semasa, katanya.

“Ini termasuklah cadangan menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada maksimum dua penggal atau 10 tahun, penambahan beberapa anggota kabinet negeri bagi menepati keperluan pentadbiran yang semakin kompleks, selain penjenamaan semula jawatan Pembantu Menteri kepada Timbalan Menteri agar lebih relevan dan selari dengan amalan pentadbiran semasa, katanya,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan negeri pada hari ini akan memastikan jentera pentadbiran terus diperkukuh dan diperhebatkan agar lebih responsif, cekap dan berkesan.

“Untuk itu, penstrukturan semula beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk GLCs sedang kita lakukan sebagai langkah penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan, serta prestasi dalam setiap entiti kerajaan ini, benar-benar efisien dan berkesan, lebih penting, tidak merugikan rakyat dan kerajaan.

“Langkah ini selaras dengan aspirasi rakyat serta agenda pembangunan kerajaan di bawah kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh hubungan serta kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan secara berterusan dan konstruktif, demi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa terpelihara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/30/kita-berjaya-letakkan-sabah-di-landasan-tepat-hajiji-noor/feed/ 0 90677
Ini pilihan raya terakhir saya – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/08/21/ini-pilihan-raya-terakhir-saya-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/08/21/ini-pilihan-raya-terakhir-saya-hajiji/#respond Thu, 21 Aug 2025 08:31:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79780
Read Time:1 Minute, 8 Second

Tuaran : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) adalah yang terakhir penyertaannya selepas lebih 35 tahun dalam arena politik negeri.

Beliau mengakui tidak pernah menyangka untuk menjadi Ketua Menteri Sabah namun kekal mempunyai semangat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, perjuangan politik ada hadnya dan perlu diteruskan oleh generasi baharu.

“Separuh hidup saya, 35 tahun, telah saya serahkan sebagai wakil rakyat. Inilah kali terakhir saya ikut pilihan raya.

“Itu pun kerana saya sebagai Pengerusi GRS, Ketua Menteri dan Presiden parti. Kalau tidak, lama sudah saya ingin berehat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan DSP Hj Hajiji dan majlis persaraan Guru Besar SK Bundung, Tuaran di sini pada Khamis.

Hajiji yang kini berusia 70 tahun berkata, perjalanan politiknya bukan sesuatu yang pernah dijangka, malah menganggap pelantikan sebagai Ketua Menteri adalah ketentuan Allah SWT.

“Saya tidak pernah mimpi jadi Ketua Menteri. Semua ini kerja Allah SWT, bukan kerja kita. Ramai orang pandai, ada yang berangan mahu jadi YB, tetapi tidak kesampaian. Sebab itu kita kena banyak bersyukur,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya keikhlasan dalam perjuangan, meskipun sering berdepan pelbagai cabaran dan kritikan sepanjang bergelar pemimpin.

“Dalam politik ini, memang tidak lari daripada dikecam. Tetapi selagi kita buat baik, selagi kita jujur dengan rakyat, insya-Allah Tuhan akan memberkati hidup dan perjuangan kita,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/21/ini-pilihan-raya-terakhir-saya-hajiji/feed/ 0 79780
Rakyat diajak untuk bersama kekalkan perpaduan, keharmonian https://sabahmedia.com/2025/03/29/rakyat-diajak-untuk-bersama-kekalkan-perpaduan-keharmonian/ https://sabahmedia.com/2025/03/29/rakyat-diajak-untuk-bersama-kekalkan-perpaduan-keharmonian/#respond Sat, 29 Mar 2025 04:23:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71282
Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Seluruh rakyat Sabah diajak tidak kira bangsa dan agama untuk sama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah bersama-sama untuk membangunkan negeri ini sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu yang dihadapi oleh rakyat,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Hajiji berkata, sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, adalah penting untuk semua pihak untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik.

Katanya, semangat bersedekah dan ihsan merupakan salah satu makna Aidilfitri dan bersama untuk  menghulurkan tangan dengan hati terbuka membantu mereka yang memerlukan. 

“Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain, memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam perayaan ini.

“Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, jangan kita lupa untuk bersyukur dengan kekuatan dan ketabahan kita sepanjang bulan Ramadan.

“Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman, mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan, dan pemahaman.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang meraikannya,” tambahnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/29/rakyat-diajak-untuk-bersama-kekalkan-perpaduan-keharmonian/feed/ 0 71282
Hajiji serah sumbangan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina https://sabahmedia.com/2025/01/25/hajiji-serah-sumbangan-limau-mandarin-sempena-tahun-baharu-cina/ https://sabahmedia.com/2025/01/25/hajiji-serah-sumbangan-limau-mandarin-sempena-tahun-baharu-cina/#respond Sat, 25 Jan 2025 07:20:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67445
Read Time:26 Second

Tuaran : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyerahkan sumbangan limau mandarin kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun Baharu Cina, di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin, di sini.

Sempena majlis itu juga, Hajiji turut menyerahkan kepala singa dan limau mandarin antaranya kepada tokong, persatuan singa, persatuan pesara dan persatuan masyarakat Cina di sekitar daerah ini.

Program anjuran Lions Club Tuaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Pengerusi Pelaksana merangkap Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/25/hajiji-serah-sumbangan-limau-mandarin-sempena-tahun-baharu-cina/feed/ 0 67445
Hajiji hadiri mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2024/10/22/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2024/10/22/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri/#respond Tue, 22 Oct 2024 12:38:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62580
Read Time:32 Second

Putrajaya: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri kali ke-144 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu Hajiji turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam pada itu, Hajiji akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-267 di Istana Negara, yang bermula esok. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/22/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri/feed/ 0 62580